JW subtitle extractor

Saksi-Saksi Yehuwa—Siapakah Kami?

Video Other languages Share text Share link Show times

Siapakah Saksi-Saksi Yehuwa?
Kami terdiri daripada
pelbagai kaum dan bahasa.
Tapi kepercayaan
dan matlamat kami sama.
Kami menyembah Yehuwa, Tuhan yang
disebut dalam Bible dan pencipta segala sesuatu.
Kami orang Kristian, jadi kami
ikut ajaran dan teladan Yesus Kristus.
Seperti Yesus kami berusaha untuk jujur, aman,
dan patuh kepada undang-undang negara.
Yang lebih penting,
kami meniru teladan Yesus
dengan meluangkan masa
untuk mengajar orang tentang
Bible dan Kerajaan Tuhan.
Kami dikenali sebagai Saksi-Saksi Yehuwa,
kerana memberikan kesaksian tentang
Tuhan Yehuwa dan kerajaan-Nya.
Setiap minggu, kami berkumpul
di Dewan Perjumpaan
untuk belajar tentang Tuhan dan Bible.
Masuk adalah percuma
dan semua orang
dialu-alukan untuk datang.
Untuk cari Dewan Perjumpaan berdekatan,
terimalah surat jemputan
daripada Saksi-Saksi Yehuwa
atau gunakan kotak carian di laman jw.org.