JW subtitle extractor

Tirulah Iman Mereka—Ribka

Video Other languages Share text Share link Show times

Lama dahulu,
Abraham utus hambanya Eliezer
untuk cari isteri bagi anak lelakinya, Ishak.
Dia tahu seorang wanita yang beriman diperlukan untuk laksanakan tujuan Tuhan.
Tapi,
siapa yang sanggup tinggalkan rumah
dan pergi ke tempat yang tidak diketahui?
Ribka!
Ribka!
Mak, saya dah pulang.
Hai, sayang.
Hai, Mak.
Ribka!
Lama sudah sepupu kamu cari kamu.
Ana, saya di sini!
Ribka,
boleh kamu bawa ini kepada Ayah?
Boleh. Dia masih kerja?
Ya, masih.
Ribka, lama saya cari kamu.
Boleh saya ikut kamu?
Boleh.
Hai, Ayah.
Laban cakap Ayah perlu ini.
Oh, terima kasih.
Ada apa yang saya boleh bantu?
Kamu boleh ikut saya ke perigi.
OK.
Ana, tak boleh.
Kamu perlu bantu sedia makan malam.
OK.
Hai!
Hai Ribka.
Hai!
Jumpa lagi.
Tolong!
Beri aku sedikit air
dari tembikarmu.
Minumlah tuan.
Saya akan timba air agar unta-unta tuan minum sampai puas.
Pasti kamu penat.
Tuan.
Tolong beritahu saya,
kamu anak siapa?
Adakah tempat untuk kami bermalam di rumah bapamu?
Saya tidak akan makan
sebelum menyampaikan pesanan yang saya bawa.
Sila katakan.
Saya hamba Abraham.
Yehuwa telah memberkati tuan saya dengan melimpah.
Sara, iaitu isteri tuan saya,
telah lahirkan seorang anak lelaki semasa dia tua.
Tuan saya suruh saya bersumpah,
lalu dia kata,
‘Pergilah ke rumah bapa saya
dan carilah dalam kalangan saudara-mara saya
seorang isteri
untuk anak saya.’
Tapi saya tanya,
“Bagaimana pula jika gadis itu enggan mengikut saya?”
Dia jawab,
“Yehuwa akan mengutus malaikat-Nya untuk menyertaimu,
dan Dia pasti memberkati perjalananmu.”
Hari ini,
semasa saya sampai di perigi,
saya berdoa,
‘Yehuwa, Tuhan kepada tuan saya Abraham,
berkatilah perjalanan saya.
Sekarang saya berdiri dekat sebuah perigi.
Saya akan berkata kepada seorang gadis muda
yang datang untuk menimba air,
“Tolong, beri saya sedikit air daripada tembikar airmu.”
Jika dia menjawab,
“Minumlah,
dan saya juga akan menimba air untuk unta-unta tuan,”
maka gadis itulah
yang telah dipilih oleh Yehuwa
untuk anak tuan saya.’
Sebelum saya selesai berdoa dalam hati,
Ribka pun datang
sambil membawa tembikar
di atas bahunya.
Selepas itu, saya bertanya kepadanya,
“Kamu anak siapa?”
Dia jawab,
“Bapa saya Betuel.”
Maka saya mengenakan
anting-anting pada hidungnya
dan gelang pada tangannya.
Sekarang, beritahulah saya
jika kamu sudi menunjukkan kesetiaan
dan kebaikan hati kepada tuan saya.
Jika tidak,
beritahulah saya juga,
supaya saya tahu apa yang harus saya lakukan.
Ini berasal daripada Yehuwa.
Biarlah dia jadi isteri
kepada anak lelaki tuanmu,
seperti yang Yehuwa firmankan.
Negeb jauh.
Bila kamu akan balik?
Kenapa tak boleh tinggal sini saja?
Ayah saya kata,
“Ini berasal daripada Yehuwa.”
Kamu boleh sembah Yehuwa di sini!
Memang benar.
Tapi kamu tahu,
Yehuwa akan berkati kamu
dalam cara yang kamu tidak dapat bayangkan.
Kita masih ada masa
bersama.
Mari kita nikmatinya.
Yehuwa, kenapa saya?
Kumpulkan semua orang
dan sediakan unta.
Kita akan segera bertolak.
Baiklah.
Mengapa kamu mengemas?
Izinkanlah saya pulang kepada tuan saya.
Biarlah Ribka tinggal bersama kami untuk 10 hari lagi.
Sekurangnya 10 hari.
Lepas itu, dia boleh pergi.
Janganlah halang saya.
Yehuwa sudah membuat perjalanan saya berjaya.
Izinkanlah saya pulang kepada tuan saya.
Mari kita panggil Ribka,
dan tanya pendapatnya.
Ribka!
Eliezer mahu jalan sudah.
Sekarang.
Tumpang lalu.
Sudikah kamu pergi bersamanya?
Ya, saya sudi.
Mak sayang kamu.
Ribka!
Semoga kamu
menjadi ibu kepada berjuta-juta orang.
Semoga keturunanmu menguasai kota-kota
orang yang membenci mereka.
Puji Yehuwa!
Puji Yehuwa!
Saya akan rindu kamu.
Saya sayang kamu.
Ribka tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya,
dan Bible tidak kata bahawa dia jumpa lagi dengan keluarganya.
Dia tunjukkan iman
semasa dia meninggalkan hidup yang selesa
bersama keluarganya.
Yehuwa telah memberkatinya
dengan menjadikannya nenek moyang kepada Mesias.
Imannya memang patut ditiru.