JW subtitle extractor

Izak Marais: Selalu Ucapkan Kata-Kata yang Menyenangkan (Kol. 4:6)

Video Other languages Share text Share link Show times

Kolose 4:6 kata, “Hendaklah kata-kata kamu
sentiasa menyenangkan dan enak didengari
seperti makanan yang ditambahkan dengan garam.”
Mari kita bincang ayat ini.
Ada tiga soalan.
Pertama: Apa itu kata-kata yang menyenangkan?
Kedua: Mengapa kata-kata yang menyenangkan penting?
Dan ketiga: Bagaimana mengucapkan
kata-kata yang menyenangkan?
Pertama: Apa itu kata-kata yang menyenangkan?
Perkataan “menyenangkan” ada maksud yang istimewa.
Rasul Paulus guna perkataan Yunani ini
lebih daripada 100 kali dalam surat-suratnya.
Apa yang istimewa tentang perkataan ini?
Ia diterjemahkan sebagai “kebaikan hati yang unggul”
dan ada kalanya sebagai “hadiah yang baik.”
Maksudnya, ‘Hendaklah kata-kata kamu sentiasa
seperti hadiah yang baik.’
Kita boleh bandingkan idea ini
dengan kata-kata Paulus di Efesus bab empat.
Efesus 4:29, bahagian kedua kata,
“Ucapkanlah kata-kata baik yang
dapat menguatkan orang,
supaya orang yang mendengar akan
mendapat manfaat.”
Tapi perhatikan bahagian pertama ayat ini,
“Janganlah biarkan kata-kata yang busuk
keluar daripada mulut kamu.”
Cuba kamu bayangkan,
ada makanan yang busuk dalam peti sejuk kamu.
Kamu ambil keluarnya. Di luar nampak okey.
Tapi bila kamu buka penutup, bau busuk keluar,
kamu menoleh, tutup makanan itu,
dan terus membuangnya.
Sekarang, bayangkan kamu sedang
berbual dengan kawan baik kamu.
Kamu ingat kamu akan dengar sesuatu
yang menggalakkan.
Tapi kamu mendengar kata-kata
yang mengkritik,
yang teruk dan negatif tentang seseorang
atau suatu aturan.
Memang mengecewakan!
Kata-katanya memang busuk, tapi kamu
tidak boleh menoleh.
Kalau kamu buat begitu, dia akan cakap buruk
tentang kamu pula.
Jadi, apa yang kamu buat?
Kamu tukar topik perbualan atau mengakhirinya.
Ya, kita semua pernah alaminya,
sama ada mendengar atau mengucapkan kata-kata negatif.
Sekarang, mari kita bincang soalan kedua:
Mengapa kata-kata yang menyenangkan penting?
Pertimbangkan kata-kata di Yakobus bab 3, ayat 6.
Yakobus 3:6, “Lidah bagaikan api.
Anggota tubuh yang penuh dengan kejahatan ini
dapat menajiskan seluruh tubuh dan menghancurkan
kehidupan seseorang serta membawa kebinasaan
seperti api daripada Gehena.”
Siapa yang akan dibuang dalam Gehena?
Orang yang menyalahgunakan lidah.
Yesus mengatakan hal yang sama.
Pertimbangkan kata-katanya di Matius bab 12, ayat 36.
Matius 12:36.
Dia kata, “Aku memberitahu kamu bahawa
pada Hari Penghakiman, manusia akan
dipertanggungjawabkan
atas setiap perkataan sia-sia yang pernah dituturkan.”
Kita mungkin tanya, “Bukankah Yehuwa hakimi kita
berdasarkan apa yang ada dalam hati?”
Ya, perhatikan Matius 12 ayat 34, bahagian kedua,
“Apa yang melimpah dalam hati,
itulah yang akan diucapkan oleh mulut.”
Kadang-kadang, seseorang nampaknya
bercakap tanpa berfikir,
tapi sebenarnya, ia dari hati.
Yehuwa hakimi kita berdasarkan siapa diri kita yang sebenarnya
dan juga kesan kata-kata kita terhadap orang lain.
Sudah tentu, Yehuwa ialah contoh terbaik
dalam mengucapkan kata-kata yang menyenangkan.
Mari kita lihat contoh di Zakharia bab 1.
Zakharia bab 1.
Dalam bab ini, malaikat Yehuwa
sedang bercakap kepada Yehuwa di ayat 12.
Malaikat ini sangat tertekan kerana nampaknya
ibadat palsu berleluasa dan ibadat sejati
sedang diketepikan.
Malaikat kata, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,
Engkau sudah murka terhadap Yerusalem
dan kota-kota Yehuda selama 70 tahun.
Sampai bilakah mereka harus menunggu belas kasihan-Mu?”
Perhatikan ayat 13, “Dengan kata-kata yang ramah,
Yehuwa melegakan hati malaikat yang
bercakap kepada aku.”
Kita tidak tahu apa yang Yehuwa kata,
yang pasti Yehuwa lemah lembut dan baik hati.
Mari kita bincang soalan ketiga:
Bagaimana kita dapat belajar
untuk ucapkan kata-kata yang menyenangkan?
Terdapat dua prinsip Bible yang boleh kita bincang,
walaupun sebenarnya ada banyak lagi.
Prinsip yang pertama terdapat di Efesus 5:1.
Efesus 5 ayat 1,
“Maka ikutlah teladan Tuhan sebagai
anak-anak yang dikasihi-Nya.”
Anak-anak suka meniru ibu bapa mereka.
Mereka sangat suka buat sesuatu untuk ibu bapa mereka.
Bayangkan seorang anak kecil.
Dia beri hadiah kepada ibunya.
Mungkin itu bukan hadiah yang paling mewah,
tapi bagi ibunya, itu hadiah yang terbaik.
Mengapa?
Kerana dia meniru ibunya.
Mungkin dia nampak ibunya murah hati
terhadap orang lain.
Jadi dia pun ikut.
Hal ini buat ibunya sangat gembira.
Begitu juga Yehuwa.
Dia sangat gembira bila kita meniru-Nya.
Jadi, ini ada kaitan dengan perasaan penghargaan kita.
Perasan itu menjadi lebih kuat
jika kita selalu ucapkan terima kasih.
Maka, bersyukurlah kepada Yehuwa setiap hari
atas segala yang dilakukan-Nya.
Kita mungkin tidak sedar semua perkara
yang dilakukan oleh Yehuwa demi kita.
Tapi, jika kita setiap hari ucapkan terima kasih
atas apa yang kita tahu dilakukan demi kita,
kita akan rasa bersyukur dan kagum dengan-Nya.
Hasilnya, semakin kagum kita terhadap Yehuwa,
semakin mudah bagi kita meniru-Nya.
Janganlah kita rasa diri kita tidak berguna
dan berkata, “Tapi, saya tidak dapat tiru Yehuwa.”
Tidak!
Jika kita bersyukur kepada Yehuwa,
kita pasti akan dapat meniru-Nya.
Prinsip yang kedua terdapat dalam
ayat harian yang berkata bahawa percakapan kita harus
“seperti makanan yang ditambahkan dengan garam.”
Pada zaman Bible, tiada peti sejuk.
Jadi, garam ditambah supaya makanan tahan lama.
Dengan demikian, kesegaran makanan dapat dikekalkan.
Begitu juga, kata-kata kita yang menyenangkan
patut mengekalkan harga diri orang lain.
Ia juga patut mengekalkan kasih
serta persahabatan yang akan kekal selama-lamanya.
Kata-kata ini ialah hasil daripada
rasa syukur dalam hati.
Jadi, carilah kebaikan orang lain
dan galakkan mereka untuk terus tunjuk kebaikan itu.
Ya, kita selalu buat begitu kepada orang tersayang kita.
Sebagai kesimpulan, tidak kira apa keadaan
atau perasaan kita,
ucapkanlah kata-kata yang menyenangkan.
Layanlah orang dengan baik hati.
Janganlah putus asa.
Jadikan Mazmur 19:14 sebagai matlamat anda,
“Ya Yehuwa, Gunung Batuku dan Penebusku,
semoga renungan hatiku dan kata-kataku
menyenangkan hati-Mu!”