JW subtitle extractor

Janganlah Biarkan Syaitan Buat Anda Berasa Takut (Ul. 1:17)

Video Other languages Share text Share link Show times

Tema bagi ceramah ini ialah
“Janganlah Biarkan Syaitan Buat Anda Berasa Takut.”
Maksud “menakutkan” ialah
membuat seseorang untuk melakukan
atau tidak melakukan sesuatu
dengan membuli
dan mengugut mereka.
Syaitan suka menakutkan orang
untuk buat mereka melakukan kehendaknya.
Sebaliknya, Yehuwa mendorong kita dengan kasih.
Perkataan yang diterjemahkan sebagai “takut”
terdapat dalam nota pembelajaran
Alkitab Edisi Pelajaran bahasa Inggeris
sebanyak dua kali
dan juga dalam Bible.
Di Ulangan 1:17,
Yehuwa memberitahu para hakim untuk
“janganlah takut terhadap sesiapa pun”
agar dapat menghakimi orang dengan adil.
Selain itu,
dalam Bible juga
terdapat banyak contoh orang yang cuba
untuk menakutkan orang lain.
Fikirkan contoh Goliat.
Goliat, yang tingginya kira-kira tiga meter,
cuba untuk menakutkan Daud
yang masih muda.
Di 1 Samuel bab 17, Goliat kata kepada Daud,
“Datanglah kepadaku
dan aku akan memberikan dagingmu kepada burung
dan binatang-binatang untuk dimakan.”
‘Datanglah kepadaku, budak,
dan aku akan berikan bangkaimu kepada burung dan dubuk.’
Kata-katanya sangat menakutkan.
Bagaimana pula dengan pegawai Asyur
yang cuba menakutkan orang Yahudi
dalam bahasa Ibrani pada zaman Hizkia?
Atau Sanbalat dan Tobia
yang menghina Nehemia dan orang Yahudi
kerana membina tembok kota?
Komen ayat harian hari ini,
yang diambil dari Menara Pengawal,
sebut tentang Nebukadnezar.
Dia cuba menakutkan tiga pemuda Ibrani
untuk menyembah patung.
Daniel 3:1 kata,
‘Dia membuat sebuah patung yang tingginya kira-kira 27 meter
dan lebarnya hampir 3 meter.’
Patung itu sangat menakutkan.
Dan menurut ayat dua, dia juga mengumpulkan
“semua ketua gabenor wilayah, penguasa, gabenor, penasihat.”
Ini sekumpulan orang yang menakutkan.
Dan di ayat empat hingga enam,
utusan raja mengumumkan,
‘Inilah perintah raja:
Sewaktu kamu mendengar bunyi trompet, seruling, ziter,
kamu harus sujud menyembah patung.
Sesiapa yang tidak sujud menyembah patung itu
akan segera dilemparkan ke dalam relau api
yang bernyala-nyala.’
Tapi,
tiga pemuda Ibrani itu
tidak berasa takut.
Hari ini, Syaitan masih cuba untuk buat kita berasa takut.
Orang mungkin kata,
“Jika tidak terima transfusi darah,
kamu tentu akan mati.”
“Jika kamu tidak terima kerja ini, . . .
(dia sebut kerja yang menggugat kerohanian anda)
keluarga kamu tiada makanan.”
“Kenapa kamu tidak merokok?
Kamu pengecutkah?”
“Kenapa kamu tidak berdating dengan gadis itu yang suka kamu?
Kamu ini gay kah?”
Hari ini, Syaitan terus menakutkan orang.
1 Petrus 5:8 kata,
‘Si Iblis seperti singa yang mengaum.’
Syaitan seolah-olah mengaum
untuk menakutkan kita.
Menurut buku “Pemahaman,”
seekor singa akan mengaum
untuk menyebabkan binatang-binatang peliharaan
berlarian ke arah yang sama.
Akibatnya, pagar yang melindungi mereka roboh.
Tetapi soalannya,
apakah yang kita belajar
daripada tiga pemuda Ibrani yang dapat bantu kita
tidak biarkan Syaitan buat kita berasa takut?
Pengajaran yang pertama ialah
teruslah percaya kepada Yehuwa dengan sepenuh hati
walaupun Syaitan sedang mengaum.
Sila buka Daniel bab tiga
dan perhatikan bagaimana mereka percaya kepada Yehuwa
walaupun hadapi situasi yang menakutkan.
Bab 3 ayat 16 kata,
“Sadrakh, Mesakh, dan Abednego menjawab,
‘Tuanku Nebukadnezar,
kami tidak akan mencuba membela diri.
Jika kami dilemparkan ke dalam relau api
yang bernyala-nyala,
Tuhan yang kami sembah dapat menyelamatkan kami
daripada relau itu dan daripada tangan tuanku.
Tetapi jika Tuhan kami tidak berbuat demikian,
hendaklah tuanku tahu bahawa kami masih
tidak akan menyembah dewa dewi tuanku
ataupun patung emas yang tuanku dirikan.’”
Ya, mereka percaya Yehuwa.
Pengajaran kedua,
kuasa suci
akan membantu kita untuk tetap tenang
dan memberi jawapan yang baik kepada para penentang.
Seperti yang kita baru baca,
tiga pemuda Ibrani itu
telah memberi jawapan yang baik dan tenang.
Jelaslah, kuasa suci yang membantu mereka.
Kuasa suci juga akan bantu kita.
Di Lukas 12:11, 12, Yesus kata,
‘Semasa kamu dibawa ke perhimpunan awam
dan dihadapkan kepada para pemerintah
dan pihak berkuasa,
janganlah khuatir.
Kuasa suci Tuhan akan mengajar kamu
apa yang harus kamu katakan.’
Pengajaran ketiga,
Yehuwa dapat menggunakan malaikat-Nya
untuk selamatkan kita daripada situasi yang menakutkan,
seperti tiga pemuda Ibrani yang diselamatkan secara mukjizat.
Semasa raja melihat relau api,
dia tidak nampak tiga lelaki itu sedang terbakar.
Sebaliknya, dia nampak empat lelaki sedang berjalan.
Lelaki keempat itu ialah malaikat.
Apabila keluar dari relau api,
Daniel 3:27 kata, ‘Bahkan bau asap
tidak ada pada mereka.
Tidak sehelai rambut pun yang hangus.’
Biasanya, bau asap senang melekat di baju kita.
Kita pun tahu rambut senang hangus.
Dulu, saya cuba menghidupkan dapur gas.
Saya guna mancis kayu.
Saya tidak melakukannya dengan betul.
Jadi, api membakar separuh bulu tangan saya.
Tapi, rambut mereka tidak hangus
dan mereka tidak bau asap.
Hari ini, kita tidak mengharapkan malaikat Yehuwa
menyelamatkan kita secara mukjizat.
Tapi Yehuwa dapat guna mereka
untuk membantu kita.
Malaikat Yehuwa dapat membantu kita
cari kerja untuk menyara keluarga
dan cari doktor yang menghormati pendirian kita tentang darah.
Atau, Yehuwa dapat guna malaikat-Nya
untuk bantu kita tetap setia semasa hadapi cabaran.
Pengajaran keempat ialah
keyakinan yang teguh terhadap pembangkitan
dapat menguatkan kita
walaupun nyawa kita terancam.
Tiga pemuda Ibrani pasti tahu permintaan Ayub
di Ayub 14:13
agar Yehuwa menyembunyikannya dalam Kuburan
dan tentukan waktu
untuk mengingat atau membangkitkannya.
Mereka juga pasti tahu pembangkitan Elia dan Elisa.
Mereka tidak tahu jika mereka akan diselamatkan.
Tapi, mereka tahu mereka akan dibangkitkan jika tetap setia.
Begitu juga dengan kita.
Jika kita yakin
terhadap pembangkitan,
Syaitan tidak dapat membuat kita berasa takut
walaupun semasa nyawa kita terancam.
Harapan pembangkitan dapat bantu kita tetap setia.
Pengajaran yang kelima ialah
jika kita bertekad untuk tetap setia,
hal ini akan memberi kesaksian yang baik.
Semasa tiga pemuda itu keluar dari relau api
dengan selamat,
raja itu kata,
“Terpujilah Tuhan yang disembah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. . . .
Tiada tuhan yang dapat menyelamatkan orang,
seperti yang telah dilakukan oleh Tuhan mereka.”
Jika Nebukadnezar dan orang Babilon yang nampak,
tergolong antara orang yang tidak baik yang dibangkitkan,
seperti yang disebut di Kisah 24:15,
mereka sudah tahu sesuatu tentang Yehuwa,
yang dapat bantu mereka menghampiri-Nya di dunia baharu.
Dan jika askar-askar
yang mati semasa melemparkan mereka ke dalam relau api
juga dibangkitkan,
mereka akan diberitahu apa yang berlaku selepas kematian mereka.
Dan hal ini pasti akan bantu mereka
untuk menghampiri Yehuwa.
Begitu juga hari ini.
Apabila kita tetap setia dan tidak takut,
kita memberikan kesaksian yang baik.
Banyak orang menerima kebenaran
kerana melihat kesetiaan kita.
Kita sudah belajar
lima pengajaran daripada tiga pemuda Ibrani
supaya tidak berasa takut.
Pertama,
teruslah percaya kepada Yehuwa
walaupun Syaitan sedang mengaum.
Kedua,
kuasa suci akan bantu kita tetap tenang
dan beri jawapan yang baik.
Ketiga,
Yehuwa dapat guna malaikat-Nya
dalam pelbagai cara
untuk selamatkan kita daripada situasi yang menakutkan.
Keempat,
harapan pembangkitan
akan membantu kita supaya tidak berasa takut
semasa nyawa kita terancam.
Dan kelima,
dengan bertekad untuk tetap setia,
kita akan memberi kesaksian yang baik kepada orang lain.
Jadi,
seperti tiga pemuda Ibrani,
mari kita bertekad untuk tidak biarkan Syaitan
buat kita berasa takut.