JW subtitle extractor

Kenneth Cook, Jr.: Bumi yang Akan Kekal Selama-Lamanya

Video Other languages Share text Share link Show times

Dalam penyingkapan yang disampaikan kepada Rasul Yohanes,
Yesus menjelaskan apa yang akan berlaku
apabila Yehuwa melenyapkan orang yang menentang kerajaan-Nya.
Wahyu 11:18 memanggil mereka “orang yang merosakkan bumi.”
Mari kita baca ayat itu.
Wahyu 11:18:
“Namun bangsa-bangsa menjadi marah,
dan Engkau menjadi murka.
Masa yang ditetapkan untuk menghakimi orang mati sudah tiba.
Inilah masanya Engkau memberikan
ganjaran kepada hamba-hamba-Mu . . . .
Inilah masanya Engkau membinasakan
orang yang merosakkan bumi.”
Ayat ini meyakinkan kita
bahawa Yehuwa tidak akan membenarkan bumi terus dirosakkan.
Tetapi, adakah ayat ini hanya merujuk
kepada perbuatan mereka yang mencemarkan bumi
dan menyalahgunakan sumber alam?
Untuk mengetahui jawapannya,
kita akan bincang empat soalan berikut:
Apakah maksud “bumi” yang disebut dalam Bible?
Ungkapan “merosakkan bumi” di Wahyu 11:18 merujuk kepada apa?
Bilakah Yehuwa akan menghentikannya?
Dan apakah bumi yang akan kekal untuk selama-lamanya?
Mula-mula, apakah maksud “bumi"?
Untuk jawab soalan itu,
mari kita bincang tentang planet bumi dan manusia.
Apa kaitannya dengan manusia?
Seperti sesetengah perkataan lain dalam Bible,
perkataan “bumi” boleh membawa beberapa maksud.
Perhatikan perkataan “syurga.”
Apabila kita dengar perkataan “syurga,”
kita mungkin terfikir tentang alam roh,
atau kedudukan yang tinggi atau mulia.
Memang benar, perkataan Ibrani yang
diterjemahkan sebagai “syurga”
boleh merujuk kepada alam roh
atau kedudukan yang tinggi atau mulia.
Tetapi, perkataan “syurga” juga
boleh merujuk kepada langit atau angkasa lepas.
Mari kita baca Daniel 4:26.
Di sini, Daniel mentafsirkan mimpi
Nebukadnezar tentang pokok yang besar.
Dia kata,
“Kerajaan tuanku akan dikembalikan kepada tuanku
setelah tuanku sedar bahawa Tuhanlah
yang sedang memerintah di syurga.”
Perkataan “syurga” di sini bukan merujuk kepada langit secara harfiah,
tetapi merujuk kepada pemerintahan Yehuwa.
Begitu juga, dalam Bible,
perkataan “bumi” boleh membawa beberapa maksud.
Pertama sekali, fikirkan tentang planet bumi.
Ada orang yang menamakan planet
berdasarkan nama tuhan-tuhan palsu.
Tapi, di Kejadian bab 1,
Yehuwa menamakan planet ini “Bumi.”
Kita yakin nama tuhan-tuhan palsu yang telah digunakan ini
pasti akan dilenyapkan.
Namun, Yehuwa dengan jelas sekali memberitahu kita
apa yang akan berlaku kepada bumi pada masa depan.
Pengkhutbah 1:4 kata,
“Satu generasi datang, dan satu generasi pergi,
tetapi bumi [iaitu planet ini] kekal buat selama-lamanya.”
Mazmur 104:5 kata,
“Bumi tidak akan bergerak dari tempatnya buat selama-lamanya.”
Ya, bumi tidak akan dimusnahkan.
Tujuan Tuhan baginya akan terlaksana.
Apakah tujuan Tuhan bagi bumi?
Tuhan mahu bumi ini dipenuhi dengan manusia yang setia,
sempurna, dan hidup gembira buat selama-lamanya.
Mari kita bincang tentang manusia pula.
Bila kita fikir tentang bumi,
kita juga fikir tentang manusia yang hidup di bumi.
Banyak ayat Bible merujuk kepada manusia
semasa guna perkataan “bumi.”
Contohnya, di Kejadian 18:25,
Abraham memanggil Yehuwa “Hakim bagi seluruh bumi,” iaitu manusia.
Di Kejadian 24:3,
dia juga memanggil Yehuwa “Tuhan yang berkuasa atas . . . bumi,”
yang juga merujuk kepada manusia.
Yesaya 49:13, “Bersoraklah hai langit, dan bersukacitalah hai bumi.”
Wahyu 19:2 menggambarkan agama palsu
sebagai “pelacur besar yang merosakkan bumi
dengan perbuatan seks yang tidak bermoral.”
Jelaslah, ayat-ayat itu merujuk kepada
manusia yang dapat dihakimi,
menyembah Tuhan, menunjukkan sukacita,
dan yang dapat dicemari oleh perbuatan yang tidak bermoral.
Setakat ini, kita sudah bincang tentang planet bumi
dan tujuan Tuhan bagi bumi.
Kita juga telah bincang
perkataan “bumi” boleh merujuk kepada manusia.
Sekarang, mari kita bincang soalan ini:
Ungkapan “merosakkan bumi” di Wahyu 11:18 merujuk kepada apa?
Planet bumi?
Manusia?
Atau kedua-duanya?
Planet bumi.
Yehuwa sangat benci melihat bumi dirosakkan pada hari ini.
Dia pasti membenci pencemaran,
perubahan iklim akibat perbuatan manusia,
penyalahgunaan sumber alam,
dan juga kerosakan yang disebabkan oleh peperangan.
Yehuwa mengambil berat tentang ciptaan-Nya.
Selepas cipta bumi, “Tuhan berpuas hati.”
Kita boleh baca tentang ini di Kejadian bab 1 dan 2.
Yehuwa pasti sangat gembira!
Planet bumi ialah pemberian daripada-Nya.
Mazmur 115:16 kata,
“Dia telah memberikan bumi kepada manusia.”
Jadi, Yehuwa benci kerosakan bumi.
Bagaimana pula dengan manusia?
Adakah kerosakan bumi juga
merangkumi kerosakan akhlak manusia?
Ya, kita dapat lihat tentang hal ini di Kejadian 6:11, 12.
Ayat ini kata bahawa pada zaman Nuh,
bumi sudah rosak dalam pandangan Tuhan.
Semasa kita baca ayat ini,
cuba lihat kaitan antara bumi dan manusia.
Kejadian 6:11, 12 mengatakan,
“Bumi sudah rosak dalam pandangan Tuhan,
dan bumi penuh dengan keganasan.
Ya, apabila Tuhan memandang bumi,
Dia mendapati bumi sudah rosak
dan semua manusia berbuat jahat.”
Dapatkah anda lihat kaitannya?
Ayat ini bukan sahaja menyebut tentang kerosakan planet bumi,
tapi juga mengaitkan kerosakan bumi
dengan perbuatan manusia yang jahat.
Begitu juga hari ini,
sepertimana manusia merosakkan planet bumi,
dunia di bawah pengaruh Syaitan
juga merosakkan akhlak manusia.
Bumi sedang dirosakkan dalam dua cara ini.
Bagaimana?
Secara beransur-ansur,
agama palsu dan manusia menggalakkan orang
untuk hidup dalam cara yang
bertentangan dengan kehendak Tuhan.
Sebagai contoh,
kita dapat lihat peperangan yang berterusan,
perasaan benci terhadap bangsa lain
yang menyebabkan perpecahan.
Kita dapat lihat perbuatan menggugurkan anak,
dan perkahwinan orang yang sama jantina.
Banyak orang menerima idea bahawa
seseorang berhak menentukan jantina mereka sendiri.
Mereka kata, “Kamu boleh jadi sesiapa sahaja yang kamu inginkan.”
Benarkah?
Apakah pandangan Yehuwa tentang hal ini?
Di Ulangan 22:5,
Dia beritahu orang Israel bahawa
“Orang perempuan tidak boleh memakai pakaian orang lelaki,
dan orang lelaki tidak boleh memakai pakaian orang perempuan.
Hal ini demikian kerana Yehuwa, Tuhan kamu,
membenci orang yang melakukan hal sebegitu.”
Jika Pencipta kita benci perbuatan
memakai pakaian yang membuat seseorang
nampak seperti orang yang berlawanan jantina,
apatah lagi perbuatan menentukan jantina sendiri!
Baru-baru ini,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengubah definisi jantina.
Menurut pertubuhan itu,
“selain daripada lelaki dan perempuan, terdapat juga jantina lain.”
Pertubuhan itu juga menyatakan,
“Ada pelbagai jenis jantina yang wujud di antara lelaki dan perempuan.”
Benarkah hal ini?
Jelaslah, manusia sedang merosakkan bumi.
Bahkan kerajaan di seluruh dunia
cuba membuat peraturan selaras dengan pandangan ini.
Mereka mengkritik orang yang
tidak mempunyai pandangan yang sama.
Amsal 19:3 menjelaskan,
“Seseorang menyimpang kerana kebodohan sendiri,
lalu dia naik marah terhadap Yehuwa pula.”
Yehuwa telah mengasaskan perkahwinan
sebagai satu ikatan kekal
antara seorang lelaki dan seorang wanita.
Di Matius 19:4, 5,
Yesus menekankan hal ini semasa memetik Kejadian 2:24.
Dia kata,
“‘Belum pernahkah kamu membaca
bahawa Dia yang menciptakan manusia pada mulanya
menciptakan lelaki dan perempuan? . . .
Dia juga berfirman,
‘Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya
dan tinggal bersama isterinya,
lalu mereka berdua akan menjadi satu’?’”
Dia menciptakan lelaki dan perempuan,
lalu mereka berdua akan menjadi satu.
Tujuan Tuhan bagi manusia sangat jelas,
tapi dunia Syaitan kata
perkahwinan sama jantina boleh diterima.
Benarkah hal ini?
Kita tahu bahawa pemikiran ini adalah salah satu cara
yang digunakan Syaitan untuk merosakkan manusia
agar mereka tidak diterima oleh Tuhan
dan tujuan Tuhan bagi manusia tidak tercapai.
Tapi, hal ini tidak akan berlaku
kerana tujuan Tuhan bagi manusia dan bumi akan tercapai.
Sepertimana Yehuwa tidak akan biarkan
planet dinamakan berdasarkan tuhan palsu lagi,
Dia juga tidak akan biarkan perbuatan yang tidak bermoral
dan perbuatan menentukan jantina sendiri untuk berterusan.
Demi nama-Nya dan orang yang mengasihi-Nya,
Yehuwa akan “membinasakan orang yang merosakkan bumi.”
Kita mungkin berasa mudah untuk bincang
isu-isu ini dengan rakan seiman.
Tapi, apa yang sedang kita lakukan untuk bantu orang lain?
Adakah kita sedang membantu orang lain untuk
menghormati pandangan Yehuwa terhadap bumi,
manusia, dan tujuan-Nya bagi masa depan?
Kita ada hati nurani yang bersih
kerana kita tidak pernah teragak-agak
untuk beritahu orang ajaran Bible tentang hal ini.
Di jw.org, terdapat banyak rencana
yang boleh dibaca oleh orang yang berhati jujur, seperti
“Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Pengguguran Bayi?”
“Adakah Bible Menyebut tentang Perkahwinan Sama Jantina?”
dan “Bagaimana Saya Jelaskan Pandangan
Bible tentang Hubungan Sejenis?”
yang ada dalam bahasa Indonesia.
Kita bersyukur kerana ada bahan bacaan
ini untuk bantu orang lain.
Jadi, apa yang lebih penting bagi Yehuwa?
Planet bumi atau manusia?
Kedua-duanya akan bertahan selamanya
kerana Yehuwa menghargainya.
Tetapi, manusia adalah jauh lebih penting.
Yehuwa beri Anak-Nya sebagai tebusan untuk manusia,
bukan untuk planet bumi.
Yohanes 3:16 kata,
“Tuhan begitu mengasihi dunia ini
sehingga Dia memberikan Anak tunggal-Nya,
supaya setiap orang yang beriman kepadanya
tidak dibinasakan tetapi mendapat kehidupan kekal.”
Di Amsal 8:31, Yesus, iaitu “jurubina” Yehuwa
yang mahir, mengatakan,
“Aku senang hati apabila melihat bumi yang diciptakan-Nya,
dan yang paling aku sukai ialah manusia.”
Selepas tahu hal ini, apa yang perlu kita terus lakukan?
Kita perlu beritahu orang lain pandangan Yehuwa
secara sopan dan hormat selagi ada peluang.
Kita tidak mahu berasa malu untuk mengisytiharkan berita baik
kerana berita baik ini tentang Firdaus
dan juga masanya Yehuwa selesaikan masalah di bumi.
Hal ini patut menggalakkan ibu bapa,
seraya mereka melindungi anak-anak daripada usaha Syaitan,
yang ingin merosakkan hati dan minda mereka
dengan fikiran yang salah dan tidak bermoral.
Syukurlah, akhir sudah sangat dekat.
Perhatikan apa yang dikatakan di Wahyu 14:6, 7.
Semasa membacanya,
perhatikan berita baik yang diisytiharkan oleh satu malaikat.
Jadi, mari kita baca Wahyu 14:6, 7.
“Dia mempunyai berita baik yang kekal
untuk diisytiharkan kepada orang yang tinggal di bumi,
iaitu kepada setiap bangsa, suku, bahasa, dan kaum.
Malaikat itu berkata dengan suara yang lantang,
‘Takutlah kepada Tuhan dan muliakanlah Dia
kerana masa penghakiman-Nya sudah tiba.
Sembahlah Dia yang menjadikan langit, bumi, laut, dan mata air.’”
Jadi, apakah berita baik yang terkandung
dalam mesej yang diisytiharkan oleh malaikat itu?
Dia kata,
“Takutlah kepada Tuhan dan muliakanlah Dia
kerana masa penghakiman-Nya sudah tiba.”
Ini memang berita baik bagi mereka
yang mencintai apa yang benar.
Kita juga gembira untuk memberitahu orang
tentang mesej ini semasa kita menginjil.
Kata-kata di Kisah 17:31 meyakinkan kita bahawa 
Yehuwa “sudah menetapkan hari untuk menghakimi seluruh dunia
dengan adil” melalui Anak-Nya.
Hal ini akan membawa kelegaan dan kedamaian
kepada mereka yang ingin menyenangkan hati Yehuwa!
Dalam ceramah ini, kita sudah bincang
bahawa dalam Bible,
perkataan “bumi” boleh merujuk kepada planet
dan manusia yang tinggal di bumi.
Kita juga telah bincang bahawa bumi sedang dirosakkan
melalui pencemaran alam sekitar
dan penyalahgunaan sumber alam.
Tapi, bukan itu saja,
Syaitan dan dunianya juga berusaha merosakkan manusia
melalui apa-apa sahaja cara.
Tapi mereka akan gagal.
Yehuwa sudah mengorbankan Anak-Nya
agar manusia yang setia dapat diselamatkan
dan tujuan-Nya dilaksanakan.
Namun, bilakah hal ini akan berlaku?
Bilakah Yehuwa akan membinasakan orang yang merosakkan bumi?
Jawapannya ialah tidak lama lagi.
Yehuwa tidak akan membenarkan
kerosakan bumi untuk berterusan.
Jangan meragui hal ini.
Yehuwa sudah menentukannya.
“Dia sabar . . .
Dia tidak ingin seorang pun dibinasakan.”
Tetapi, “hari Yehuwa akan datang.”
2 Petrus 3:13 kata,
“Kita menantikan apa yang sudah dijanjikan Tuhan,
iaitu langit baharu dan bumi baharu.”
“Bumi baharu” ini merujuk kepada masyarakat baharu
yang akan menyembah satu-satunya Tuhan
yang benar selama-lamanya.
Orang yang merosakkan bumi
tidak akan menjadi sebahagian masyarakat itu.
Di Matius 19:28, Yesus mengatakan,
“Tuhan akan menjadikan semua perkara baharu.”
Menurut nota pembelajaran dalam bahasa Indonesia,
hal ini merujuk kepada “masa pembaharuan.”
Pada masa itu, pemerintahan Yesus dan
mereka yang akan memerintah bersamanya
akan membuat keadaan di bumi menjadi sempurna lagi,
seperti yang dinikmati pasangan manusia
pertama sebelum mereka berdosa.
Ya, kita menantikan masa itu.
Semua masalah yang disebabkan oleh
orang yang menentang Tuhan akan dihapuskan,
dan tujuan Yehuwa bagi bumi akan terlaksana.
Jadi, “bumi” yang sedang dirosakkan merujuk kepada apa?
“Bumi” yang sedang dirosakkan merujuk kepada
planet bumi dan manusia yang dicemari oleh dunia Syaitan.
Tapi, apa itu “bumi” yang akan kekal selama-lamanya?
Pertama, planet bumi.
Bible kata, planet bumi akan kekal selama-lamanya.
Kedua, dan yang paling penting,
ialah manusia yang ditebus oleh Yesus
dan yang menyambut berita baik.
Mereka ialah “bumi baharu.”
Bumi baharu akan tiba.
Semasa pemerintahan 1,000 tahun Kristus,
Yesus akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.
Yesus bertekad untuk memuliakan Yehuwa
dan melaksanakan tujuan-Nya bagi bumi.
Tujuan Yehuwa dan apa yang akan
berlaku pada masa depan sangat jelas.
Pada masa depan,
semua perkara akan menjadi baharu.
Planet bumi akan diperbaharui
dan dipenuhi dengan orang sempurna
yang mengasihi dan menyembah Yehuwa.
Inilah bumi yang akan kekal selama-lamanya.