JW subtitle extractor

Geoffrey W. Jackson: Apakah yang Kita Tahu tentang Cara Yehuwa Menghakimi Orang pada Masa Depan?

Video Other languages Share text Share link Show times

Apa yang kita telah belajar dari ceramah Saudara Splane?
Sudah pasti anda tahu jawapannya.
Kita telah belajar untuk memandang Yehuwa,
dan anaknya Yesus Kristus,
sebagai Hakim seluruh dunia
yang berbelas kasihan.
Kita dapat percaya Yehuwa dan Yesus
akan buat penghakiman yang betul.
Kita tahu Yehuwa dan Yesus
dapat membaca hati orang,
dan untuk masa yang sangat lama,
mereka telah ikuti standard keadilan sempurna
yang Yehuwa tetapkan.
Sekarang, kita akan bincang penghakiman masa depan
semasa kesengsaraan besar.
Namun, adakah kita perlu mengubah pemahaman kita
tentang perkara ini?
Sebelum kita bincangkan hal itu,
secara jujurnya,
dari tahun-tahun yang lepas,
ada perubahan dalam pemahaman kita
tentang apa yang berlaku semasa kesengsaraan besar.
Jika anda sudah lama dalam kebenaran,
kadang-kadang susah untuk ingat,
‘Adakah ini pemahaman lama,
atau adakah ini pemahaman terkini?’
Untuk membantu kita memahami dengan jelas
peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
semasa kesengsaraan besar,
mari kita lihat video ini.
Peristiwa apakah yang menandakan
permulaan kesengsaraan besar?
Kemusnahan Babilon Besar.
Iaitu, apabila kerajaan manusia
menunjukkan kebencian terhadap pelacur simbolik,
iaitu empayar agama palsu sedunia.
Perkara ini akan menuju kepada
pembinasaan semua organisasi agama palsu.
Peristiwa apakah yang mengakhiri kesengsaraan besar?
Perang Armagedon.
Peristiwa ini ialah bahagian terakhir kesengsaraan besar.
Yesus, 144,000 kaum terurap yang dibangkitkan,
dan jutaan malaikat, akan berperang dengan semua yang
menentang Yehuwa, Kerajaan-Nya, dan umat-Nya di bumi.
Ini ialah “perang...pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa.”
Kita sudah tahu permulaan
dan peristiwa akhir kesengsaraan besar dengan jelas.
Jadi, mari kita bincangkan beberapa soalan.
Apakah jangka masa antara permulaan
dan peristiwa terakhir?
Kita tidak tahu.
Kita tahu banyak peristiwa telah dinubuatkan
akan berlaku pada masa itu.
Tapi, semua peristiwa ini
mungkin akan berlaku dalam jangka masa yang singkat.
Kita akan berfokus pada beberapa peristiwa
yang akan berlaku pada penghujung kesengsaraan besar.
Bilakah serangan Gog dari Magog akan berlaku?
Ini tidak akan berlaku pada permulaan kesengsaraan besar,
tapi pada penghujung kesengsaraan besar.
Serangan bangsa-bangsa bersekutu
terhadap umat Tuhan
akan menuju kepada Perang Armagedon.
Jadi, serangan Gog akan berlaku
sejurus sebelum Armagedon.
Bilakah saki-baki kaum terurap
akan dikumpulkan dan dibawa ke syurga?
Buku Yehezkiel menunjukkan
bahawa semasa Gog dari Magog
mulakan serangannya,
beberapa orang kaum terurap
akan masih berada di bumi.
Namun, Wahyu 17:14 memberitahu kita
bahawa apabila Yesus berperang
dengan bangsa-bangsa,
dia akan datang dengan
“orang yang dipanggil dan dipilih.”
Iaitu, semua 144,000 kaum terurap
yang dibangkitkan.
Jadi, pengumpulan terakhir kaum terurap
mesti berlaku selepas permulaan
serangan Gog dari Magog,
tapi sebelum permulaan perang Armagedon.
Maksudnya, kaum terurap akan dikumpulkan
dan dibawa ke syurga
pada penghujung kesengsaraan besar,
dan bukan pada permulaannya.
Bilakah penghakiman terakhir
biri-biri dan kambing akan berlaku?
Sekali lagi,
meskipun kita tidak tahu dengan tepat
turutan peristiwa ini,
nampaknya penghakiman terakhir
akan berlaku pada penghujung
kesengsaraan besar,
dan bukan pada permulaannya.
Itulah masa
‘apabila Anak Manusia datang dalam kemuliaannya
dengan semua malaikatnya.’
Sudah pasti, ada banyak lagi
peristiwa yang dinubuatkan
akan berlaku pada jangka masa ini.
Namun, kita akan bertumpu pada
tiga peristiwa berikut
yang akan berlaku
sejurus sebelum permulaan perang Armagedon.
Apakah pengajarannya?
Pertama,
penghakiman Yesus terhadap biri-biri dan kambing,
serta pemusnahan orang jahat,
akan berlaku pada penghujung kesengsaraan besar.
Kedua,
masih akan ada saki-baki kaum terurap di bumi
sehingga permulaan serangan Gog dari Magog,
iaitu pada penghujung kesengsaraan besar.
Ketiga, biri-biri dan kambing akan dihakimi
berdasarkan cara mereka melayan kaum terurap,
termasuk semasa kesengsaraan besar.
Video itu bantu kita ingat
apa yang kita sudah percaya.
Jadi, jika anda tulis nota,
jangan beritahu orang bahawa itu pemahaman baharu.
Namun, bagaimanakah peristiwa-peristiwa
yang akan berlaku
pada penghujung kesengsaraan besar,
mempengaruhi pemahaman kita
tentang penghakiman
yang Yehuwa akan buat melalui Yesus?
Seraya kita menghampiri kesengsaraan besar,
semakin jelas pemahaman kita
tentang apa yang akan berlaku.
Ya, pemahaman kita menjadi semakin jelas
pada masa yang tepat
dan dalam cara yang boleh bantu kita
bertabah mengharungi kesengsaraan besar,
dan juga bersukacita pada masa itu.
Jadi sekarang,
kita akan bincangkan
empat soalan yang sangat menarik.
Ya, masih cukup masa.
Soalan pertama ialah,
selepas Babylon Besar dimusnahkan,
dan semasa kesengsaraan besar bermula,
seperti yang kita tengok dalam carta tadi,
adakah orang yang bukan Saksi,
masih berpeluang
untuk mula menyembah Yehuwa bersama kita?
Masih ada peluang bagi merekakah?
Apa yang kita kata sebelum ini?
Kita kata, "Tidak!
Tiada lagi peluang bagi orang untuk menyertai kita
pada masa itu."
Mengapa kita kata begitu?
Kerana dahulu,
kita percaya bahawa setiap butiran Banjir Besar
akan jadi kenyataan hari ini.
Kita berfikir bahawa pintu bahtera yang ditutup
sebelum banjir bermula,
bermaksud bahawa orang
tiada lagi peluang untuk menyertai kita
semasa kesengsaraan besar bermula.
Memang benar,
Yesus pernah membandingkan
apa yang berlaku pada zaman Nuh,
dengan kehadirannya
sebagai raja yang memerintah.
Tapi, Yesus tidak menyebut
bahawa setiap butiran zaman Nuh
melambangkan peristiwa pada masa depan,
dan dia tidak menyatakan
bahawa orang akan
hilang peluang untuk sembah Yehuwa.
Mari fikirkan soalan itu lagi.
Semasa kesengsaraan besar bermula,
adakah orang masih ada peluang
untuk menyertai kita?
Untuk menjawabnya, mari lihat carta ini.
Anda ingat,
bilakah penghakiman terakhir
bagi biri-biri dan kambing akan berlaku?
Bukan pada permulaan,
tetapi pada penghujung kesengsaraan besar.
Mari kita fikirkan
tentang orang yang kita kenali,
mungkin saudara-mara yang tidak seiman,
orang yang disingkirkan,
atau orang lain yang pernah dengar
atau belajar Bible dengan kita.
Mungkinkah beberapa di antara mereka,
setelah melihat pemusnahan Babilon Besar,
mula percaya
bahawa apa yang dikatakan Saksi-Saksi Yehuwa
terbukti benar?
Dapatkah mereka memihak pada kebenaran?
Jika mereka mengubah sikap
dan menyertai kita,
adakah kita akan kecewa?
Kita tidak boleh bersikap dogmatik.
Tapi, kita juga tidak mahu seperti Yunus,
dan kata, “Oh tidak tidak.
Pintu sudah tutup.
Uh uh, tidak boleh!”
Kita harus ingat kisah Bible lain
yang bantu kita faham
bagaimana Yehuwa,
sebagai Hakim yang berbelas kasihan,
melayan orang pada masa lampau.
Contohnya,
fikirkan kisah orang Israel meninggalkan Mesir.
Tolong buka bersama saya,
buku Keluaran Bab 12.
Keluaran bab 12.
Kita akan baca bahagian
akhir ayat 38.
Semasa keluar dari Mesir,
Keluaran 12:38 menyatakan,
“Sekumpulan besar orang daripada bangsa-bangsa lain
juga pergi bersama mereka.”
Dan perhatikan,
ada nota kaki untuk ayat ini.
Nota kaki untuk ayat 38 menyatakan,
“Orang Mesir juga termasuk dalam kumpulan ini.”
Jadi, apa yang berlaku?
Semasa Yehuwa mendatangkan
Sepuluh Tulah ke atas orang Mesir,
jelaslah sesetengah orang Mesir dapat melihat
bahawa Yehuwa jauh lebih kuat
daripada dewa palsu yang mereka sembah.
Jadi apabila orang Israel
meninggalkan Mesir,
beberapa orang Mesir ini,
mengambil keputusan untuk menyertai mereka.
Ini sangat menarik, bukan?
Tapi memang, kita mungkin berfikir,
‘Ya saya faham sebab sebalik kepercayaan kita dahulu.
Tapi, betulkah semua orang yang pernah
belajar Bible dengan kita dahulu,
ada peluang untuk menyertai kita
selepas Babilon Besar dimusnahkan?
Tidak adil betul!
Sudah lambat untuk bertaubat.’
Tapi, adakah kita sedang meniru
“Hakim bagi seluruh bumi”
yang berbelas kasihan?
Kita tidak boleh berasa hairan
jika Yehuwa menunjukkan belas kasihan.
Dan fikirkan,
seperti dalam carta masa tadi,
kita lihat bahawa ini ialah jangka masa
sebelum penghakiman terakhir.
Jadi, sesiapa yang berpihak kepada Yehuwa
pada awal kesengsaraan besar,
masih harus menghadapi serangan Gog dari Magog.
Itu masa yang sangat-sangat susah.
Tapi, apa yang kita perlu perhatikan
dalam hal ini?
Ini sama seperti abad pertama,
pada 66 M,
semasa orang harus buat keputusan.
Ramai orang mengambil keputusan
untuk meninggalkan Yerusalem.
Mereka membuat keputusan itu
berdasarkan apa yang mereka sudah tahu
dan telah dengar.
Dalam cara yang sama,
kerja penyebaran kita dewasa ini
sangat penting.
Mari kita lihat apa yang dikatakan Rasul Paulus
di buku Roma.
Roma 10:13, 14.
Seraya kita membaca,
fikir tentang apa yang mesti berlaku
sebelum Babilon Besar dimusnahkan.
Sebelum Babilon Besar dimusnahkan,
ayat 13 menyatakan,
“Hal ini demikian kerana
‘semua orang yang menyeru nama Yehuwa
akan diselamatkan.’
Tetapi bagaimanakah mereka dapat berseru kepada-Nya
jika mereka belum beriman kepada-Nya?
Bagaimanakah mereka dapat beriman kepada-Nya
jika mereka tidak mengenal-Nya?
Bagaimanakah mereka dapat mengenal-Nya
jika tiada orang yang menyebarkan
perkhabaran tentang-Nya?”
Kerana itulah kerja penyebaran
sangat mendesak dan penting hari ini.
Ramai orang mengambil keputusan
untuk berkhidmat kepada Yehuwa sekarang.
Namun begitu,
semasa kesengsaraan besar bermula,
mungkinkah ramai orang yang
pernah dengar mesej yang
Saksi-Saksi Yehuwa khabarkan,
akan mengambil keputusan yang betul,
iaitu, untuk menyembah Yehuwa?
Sekali lagi, kita tidak pasti,
tapi kita harap hal ini akan berlaku.
Berkaitan perkara ini,
mari kita bincang satu topik sensitif.
Mmm, apakah itu?
Ada di antara kita sebelum ini,
anda juga mungkin kenal orang itu,
yang mungkin pernah kata,
“Kamu tahu saudara-mara saya yang tidak seiman?
Saya harap dia mati sebelum kesengsaraan besar.”
Aha!
Kami tahu apa yang anda katakan.
Kita kata, “Jika dia mati sebelum kesengsaraan besar,
dia berpeluang untuk dibangkitkan.
Tapi, kalau semasa, uh uh.”
Fikirkan tentang hal ini.
Adakah penyelamatan seseorang
bergantung pada bila mereka mati?
Atau, adakah ini bergantung
pada keadaan hati mereka?
Hakim seluruh dunia
yang berbelas kasihan
tahu keadaan hati mereka.
Dan apa yang kita fikirkan
jika kita tanya soalan itu?
Kita sedang bayangkan Yehuwa cakap kepada Yesus,
“Tengok orang ini.
Mereka sepatutnya mati selama-lamanya.
Tapi alamak,
mereka mati sebelum kesengsaraan besar.
Aduh, kita perlu membangkitkannya!”
Biar betul!
Yehuwa ialah hakim yang berbelas kasihan dan benar.
Dia tahu hati orang.
Dia tidak dapat ditipu atau diperdaya.
Pasti anda rasa
soalan pertama itu menarik, kan?
Selepas kesengsaraan besar bermula,
adakah orang masih berpeluang terima kebenaran?
Jawapannya, kita perlu tunggu dan lihat.
Tapi menurut Bible,
ada kemungkinan sesetengah orang
boleh terima kebenaran masa itu.
Soalan kedua,
bilakah kerja untuk menyebarkan berita baik
akan berakhir?
Itu soalan baik.
Ingat, berita baik
hanya berita baik untuk kita
dan untuk orang yang menerimanya.
Seperti di Mazmur bab 2,
berita ini tidak pernah
jadi berita baik bagi dunia.
Apa yang dikatakan Matius 24:14?
Ayat itu kata bahawa
‘berita baik Kerajaan Tuhan akan disebarkan.
Kemudian, barulah akhir akan datang.’
Mari kita lihat garis masa lagi.
Apakah maksud “akhir” dalam ayat itu?
Maksudnya, penghujung kesengsaraan besar.
Hal ini bererti
berita baik Kerajaan Tuhan
masih akan disebarkan
semasa kesengsaraan besar,
dan berita itu masih berita baik bagi kita,
tapi tidak baik bagi dunia.
Seraya masa berlalu,
berita baik itu akan menjadi lebih terus terang, 
sehingga orang harus membuat keputusan,
sama ada mereka menerima Kerajaan Tuhan,
atau tidak.
Ini satu lagi sebab
mengapa kita tidak patut hairan
jika sesetengah orang menerima kebenaran
semasa kesengsaraan besar.
Soalan ketiga.
Bagi semua orang yang mati semasa kesengsaraan besar,
adakah mereka akan mati selama-lamanya
dan tidak dibangkitkan?
Kita boleh katakan bahawa
orang yang bersifat kambing
tidak akan dibangkitkan.
Kerana, menurut kata Yesus,
“orang sebegini akan mati selama-lamanya.”
Dan 2 Tesalonika bab 1 menyebut bahawa,
“hukuman yang akan dijatuhkan kepada mereka
ialah kebinasaan yang kekal.”
Tapi, bilakah hal ini berlaku?
Mari lihat garis masa semula.
Kita sedang bincang masa
apabila Yesus datang bersama kaum terurap.
Apa yang dapat kita lihat dalam garis masa ini?
Kita lihat bahawa peristiwa ini berlaku
pada penghujung kesengsaraan besar,
apabila orang dihakimi sebagai kambing.
Pada penghujung kesengsaraan besar,
mereka sudah diberikan penghakiman itu.
Tapi, ini menimbulkan beberapa soalan.
Jelaslah, mereka yang dihakimi sebagai kambing,
iaitu mereka yang terima kebinasaan kekal,
sudah diberikan peluang yang secukupnya
untuk menerima, atau menolak Kerajaan Tuhan.
Namun, bagaimana pula
sebelum penghakiman terakhir itu?
Kesengsaraan besar bermula,
dan kita tidak tahu untuk berapa lama.
Tapi, setiap hari semasa kesengsaraan besar,
pasti akan ada orang yang mati.
Sebenarnya, setiap hari di serata dunia,
kira-kira 150,000 orang mati
kerana sakit tua, peperangan, penyakit,
atau lain lagi.
Jadi, bagaimana dengan orang ini?
Mereka tidak dibunuh oleh Yehuwa sebagai hukuman.
Tapi ingatlah,
Hakim yang berbelas kasihan tahu
siapa yang patut dibangkitkan,
dan siapa yang tidak patut dibangkitkan.
Jadi, kita tidak boleh
bersikap dogmatik tentang mereka
yang mati pada masa itu.
Kita tahu Yehuwa dan Yesus akan
melakukan apa yang benar.
Sekarang, soalan terakhir yang menarik.
Adakah semua orang yang hidup
semasa kesengsaraan besar,
akan ada peluang yang sepenuhnya untuk memilih
sama ada untuk menyokong Kerajaan Tuhan,
atau tidak?
Apakah jawapan anda?
Jangan cakap.
Jawapan yang ringkas ialah
kita tidak tahu.
Dan kita tidak perlu tahu,
kerana kita bukan hakim!
Itu bukan kerja kita.
Tapi anda mungkin masih tertanya,
‘Mengapa kita tidak tahu?
Selama ini saya percaya
orang tidak dapat belajar kebenaran pada masa itu!’
Namun ingat,
secara purata 150,000 orang mati setiap hari.
Tapi, 350,000 bayi
juga dilahirkan setiap hari.
Jadi, biarpun kesengsaraan besar
hanya berlaku selama beberapa hari,
banyak bayi akan dilahirkan.
Dan, bagaimana pula
dengan orang yang tinggal di kawasan
yang belum menerima kesaksian yang menyeluruh?
Mungkin kerana kerja kita disekat di kawasan itu.
Kita mungkin tertanya,
‘Adakah kita sempat menginjil kepada setiap individu?’
Matius 10:23
menunjukkan bahawa kita mungkin tidak sempat.
Berikut ialah soalan yang menarik.
Adakah munasabah
untuk kata bahawa Yehuwa dan Yesus
akan menghakimi jutaan orang sebagai kambing
secara automatik,
walaupun mereka tiada peluang yang sepenuhnya
untuk menerima kebenaran?
Soalan yang menarik.
Jika mereka belum ada peluang yang sepenuhnya,
dan mereka mati pada masa itu,
mungkinkah mereka terima pembangkitan
sebagai orang yang tidak baik?
Apakah jawapannya?
Kita tidak tahu jawapannya.
Kita tidak boleh dogmatik,
dan kita tidak patut begitu,
kerana kita tidak tahu. 
Tetapi, kita dapat dilegakan
dengan apa yang kita tahu.
Jadi, apa yang kita tahu?
Kita tahu bahawa Yehuwa dan Yesus berbelas kasihan,
dan akan selalu buat apa yang benar.
Apa yang Yehezkiel 33:11 kata?
Di sini Yehuwa kata,
“Aku tidak suka melihat orang jahat mati.”
Dia mahu mereka berubah.
Kita tahu bahawa Yehuwa dan Yesus
akan menghakimi setiap individu
dengan adil, baik,
dan belas kasihan.
Sekarang anda mungkin fikir,
‘Wah! Banyak saya belajar hari ini.’
Mungkin tangan anda penat ambil nota.
Jangan risau,
ada satu rencana Menara Pengawal
yang akan membincangkan
semua butiran ini.
Tunggulah!
Tapi sementara itu,
apa yang kita perlu terus buat?
Kita perlu terus menginjil
kepada sebanyak orang yang mungkin.
Kita tidak tahu hasil baik yang akan diperoleh.
Ingatlah, semasa kita terus menginjil,
biarlah Yehuwa dan Yesus yang menjadi hakim.
Mereka akan sentiasa melakukan apa yang benar,
berbelas kasihan, dan adil.
Kita boleh 100% yakin terhadap perkara ini.