JW subtitle extractor

Rahsia Perkahwinan yang Bahagia: Tunjukkan Hormat

Video Other languages Share text Share link Show times

Walaupun kita berusaha menunjukkan hormat,
kadangkala orang lain tidak menghormati kita.
Persoalannya, bagaimana pula dalam keluarga kita?
Bolehkah kita menunjukkan lebih banyak hormat
kepada ahli keluarga kita?
Cara kita dibesarkan mungkin telah mempengaruhi sikap kita.
Jadi, kita perlu mengubahnya.
Atau kita mungkin perlu ubah pilihan hiburan kita.
Walaupun tidak senang, kita dapat memupuk semula
sikap hormat terhadap pasangan kita.
Perhatikan prinsip Bible ini.
Biasanya, para suami mahu dihormati.
Para isteri pula mahu suami mereka menghargai mereka,
mengasihi mereka,
dan mendengarkan mereka.
Apabila kita ambil langkah pertama untuk menunjukkan
hormat terhadap pasangan hidup kita,
pasangan kita juga akan rasa lebih mudah untuk menghormati kita.
Ingatlah bahawa kata-kata kita dapat
meninggalkan kesan terhadap pasangan kita.
Jadi, kita harus berhati-hati dengan
apa yang kita katakan di depan orang lain
atau semasa hanya bersama pasangan kita.
Jika anda mahu membetulkan suatu masalah,
janganlah lakukannya di depan orang lain.
Bercakaplah dengan lemah lembut
dan gunakan kata-kata yang sopan.
Walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapat pasangan anda,
tunjukkanlah anda menghargai pendapatnya.
Fikirkan semua perkara yang pasangan anda
buat untuk menjaga keluarga anda,
sama ada perkara yang besar, mahupun perkara yang kecil.
Janganlah bertumpu kepada kelemahan pasangan anda.
Pujilah dia atas perkara baik yang dilakukannya,
dan elakkan daripada mengkritiknya.
Setiap hari, beritahulah pasangan anda
secara spesifik apa yang anda hargai tentangnya.
Ya, pasangan hidup kita paling berhak untuk dihormati.
Dengan menunjukkan hormat, kita akan menikmati
perkahwinan yang damai dan bahagia.
Tiga soalan ini dapat membantu anda
menunjukkan hormat dalam perkahwinan anda.
Anggaplah ini satu peluang untuk
meluahkan isi hati anda.
Dengarkanlah pasangan anda dan buatlah perubahan.
Jika sesuai, hentikan video ini dan bincanglah tiga soalan ini.