JW subtitle extractor

Sejarah Kemajuan Umat Tuhan—Mengajar Menerusi Filem dan Video

Video Other languages Share text Share link Show times

Hari ini kita menggunakan video
dalam hampir setiap aspek ibadat dan kerja penyebaran kita.
Tapi tahukah anda
umat Yehuwa sudah mula guna filem dan video
untuk menginjil dan mengajar
lebih daripada 100 tahun yang lalu?
Mari kita lihat bagaimana dan mengapa
di episod ini
dalam Sejarah Kemajuan Umat Tuhan.
Semasa Pelajar Bible mula menginjil sekitar 1881,
industri gambar bergerak baru saja bermula.
Biarpun begitu,
C. T. Russell dan rakan-rakannya sedar
itu cara yang berkesan untuk sebarkan mesej.
Filem bukan sahaja digunakan untuk capai lebih banyak orang,
tapi juga menyentuh hati orang dengan kebenaran Bible.
Semasa konvensyen pada Jun 1913,
pelajar Bible dengan berani membuat keputusan
untuk menggunakan gambar bergerak
sebagai alat baharu untuk menginjil dan mengajar.
Kurang daripada setahun kemudian,
iaitu pada Januari 1914,
para saudara mula tayangkan “Drama-Foto Penciptaan.”
Tayangan lapan jam ini merangkumi slaid berwarna
dan gambar bergerak.
Kebanyakan filem itu dibeli oleh Russell daripada syarikat lain.
Bayangkan
anda duduk dalam dewan yang penuh dengan orang,
dan mungkin buat kali pertama
anda melihat gambar bergerak tentang peristiwa yang disebut dalam Bible.
Dan ada lagi sesuatu dalam “Drama-Foto”
yang membuat hadirin sangat terkejut.
Inilah “Drama-Foto Penciptaan”
yang dihasilkan oleh I.B.S.A.,
(Persatuan Pelajar Bible Antarabangsa).
Bunyi yang selaras dengan video!
“Drama-Foto” dimainkan di panggung dan dewan di serata dunia.
Namun dapatkah filem yang digunakan untuk ajar kebenaran
bukan hanya ditayangkan di panggung
tapi juga dapat ditonton dari rumah sendiri?
Itulah sebabnya para saudara menghasilkan
siri filem yang pendek pada tahun 1920-an.
Filem tanpa suara ini,
yang menunjukkan perjalanan J. F. Rutherford
di tempat-tempat yang disebut dalam Bible,
dihasilkan untuk ditonton di rumah.
Para saudara buat aturan dengan sebuah syarikat
untuk cipta projektor mudah alih dan yang tidak mahal
hanya untuk menayangkan filem-filem ini.
Orang yang berminat yang menonton filem ini
dapat lihat tempat-tempat yang disebut dalam Bible
dan belajar tentang banyak nubuat.
Dalam 20 tahun berikutnya,
organisasi guna radio dan peti nyanyi untuk sebarkan berita baik
kepada lebih banyak orang
dan bukan lagi guna filem.
Tapi pada 1950-an,
Badan Pimpinan sedar bahawa orang yang berminat
perlu lihat sendiri organisasi ini ialah organisasi antarabangsa.
Jadi, mereka guna filem lagi
dan menghasilkan The New World Society in Action.
Dalam filem yang panjangnya 1 jam 20 minit ini,
penonton dapat lihat bangunan Bethel dan konvensyen antarabangsa.
Mereka dapat bayangkan keadaannya menginjil
di sesetengah kawasan yang paling terpencil di serata dunia.
Filem tambahan yang dikeluarkan beberapa tahun berikutnya
menunjukkan kerja yang dilakukan umat Tuhan
dan nubuat Bible yang menjadi kenyataan.
Kemudian
pada 1966,
filem yang bertajuk Heritage dikeluarkan.
Filem yang panjangnya 28 minit ini
dengan realistik menunjukkan masalah sebenar yang dihadapi orang muda.
Dalam masa 60 saat,
sebuah keluarga di Amerika Syarikat hampir berpecah belah.
Apa yang berlaku?
Keluarga bertengkar saja?
Tidak. Ini lebih serius daripada itu.
Apakah kesan terhadap keluarga ini?
Menerapkan prinsip Bible bantu keluarga lebih erat dan bersatu.
Filem Heritage dimainkan di perhimpunan litar
dan perhimpunan besar yang lain.
Filem itu juga ditayangkan
dalam lebih daripada 150 stesen televisyen di Amerika Syarikat.
Selepas 1966,
organisasi berhenti membuat filem
dan mula melakukan pementasan drama moden
dan Bible semasa konvensyen.
Selama bertahun-tahun,
drama sebegini bantu orang daripada pelbagai umur
untuk bayangkan kisah Bible
dan adalah satu bahagian yang paling dinantikan.
Pada 1990,
ada teknologi baharu yang buat para saudara
memutuskan sekali lagi untuk membuat filem.
Contohnya, semakin banyak keluarga ada pemain kaset video di rumah.
Jadi pada 1990,
video kita yang pertama dikeluarkan,
tajuknya
Jehovah’s Witnesses—The Organization Behind the Name.
Video itu menunjukkan kerja yang dilakukan di Bethel
dan bantu penonton faham bagaimana bahan bacaan dihasilkan
dan digunakan dalam kerja penyebaran sedunia.
Sejak itu,
hamba yang setia dan bijaksana
terus menggunakan video.
Teknologi filem telah banyak berubah dalam 100 tahun,
tapi tujuan organisasi Yehuwa menggunakan kaedah ini tetap sama,
iaitu untuk menyentuh hati semua orang dengan kebenaran Bible.