00:00:01
Tuhan guna 40 lelaki untuk tulis Bible.00:00:05
00:00:05
Tahukah anda, mereka tulis pada bahan apa?00:00:08
00:00:09
Lagipun, bahagian Bible yang paling lama00:00:11
00:00:11
ditulis lebih dari 1,000 tahun sebelum kertas wujud.00:00:15
00:00:16
Manuskrip Bible yang paling awal ditulis pada bahan papirus.00:00:20
00:00:22
Papirus sejenis tumbuhan air cetek.00:00:24
00:00:24
Batangnya boleh mencapai ketinggian kira-kira 4.6 meter.00:00:29
00:00:30
Lebih dari 4,000 tahun dahulu,00:00:32
00:00:32
orang Mesir berjaya menukar papirus menjadi bahan tulis00:00:36
00:00:36
yang licin dan kuat seperti kertas.00:00:38
00:00:39
Susah untuk hasilkannya bahkan dengan alatan moden.00:00:43
00:00:44
Batangnya dipotong menjadi kepingan nipis,00:00:46
00:00:46
direndam, diratakan,00:00:48
00:00:49
disusun berlapis-lapis,00:00:51
00:00:53
dan ditekan00:00:56
00:00:56
menjadi helaian.00:00:57
00:00:59
Apabila helaian itu kering, gading, cangkerang, atau batu00:01:03
00:01:03
digunakan untuk melicinkan permukaannya.00:01:05
00:01:06
Hasilnya papirus itu boleh digunakan untuk menulis.00:01:09
00:01:10
Untuk buat satu gulungan, helaian-helaian papirus dilekat00:01:14
00:01:14
di sepanjang hujungnya.00:01:16
00:01:16
Panjang satu gulungan mungkin lebih dari 6 meter.00:01:19
00:01:22
Tapi kira-kira 2,000 tahun yang lalu,00:01:25
00:01:25
helaian-helaian ini digabungkan dalam cara yang baharu00:01:28
00:01:28
supaya lebih mudah digunakan.00:01:30
00:01:32
Helaian-helaian papirus dilipat dan dijahit untuk menjadi sesuatu00:01:37
00:01:37
yang mirip dengan buku moden iaitu kodeks.00:01:40
00:01:41
Sudah tentu banyak masa diperlukan00:01:43
00:01:43
untuk menghasilkan permukaan menulis ini.00:01:45
00:01:46
Tapi masa itu tiada pen dan pensel moden.00:01:48
00:01:49
Jadi apa yang orang guna untuk tulis?00:01:51
00:01:53
Biasanya orang ambil batang tumbuhan yang keras serta berlubang00:01:57
00:01:57
dan buat potongan di satu hujung untuk menghasilkan pen.00:02:01
00:02:03
Pada zaman Bible, satu jenis dakwat yang biasa00:02:08
00:02:08
adalah dihasilkan dengan menggabungkan abu00:02:12
00:02:12
dan bahan yang melekit.00:02:13
00:02:14
Kemudian air ditambah ke dalam campuran itu.00:02:17
00:02:22
Tidak kira dalam bentuk gulungan atau kodeks,00:02:25
00:02:25
papirus mudah jadi reput.00:02:27
00:02:27
Memang menakjubkan00:02:29
00:02:29
bahawa banyak cebisan manuskrip Bible papirus00:02:32
00:02:32
masih ada sehingga hari ini.00:02:34
00:02:34
Inilah beberapa cebisan manuskrip00:02:37
00:02:37
berusia lebih dari 2,000 tahun00:02:39
00:02:39
yang dihasilkan semula.00:02:41
00:02:43
Lama-kelamaan, penyalin Bible mula salin petikan Bible00:02:47
00:02:47
pada bahan yang lebih tahan lama.00:02:50
00:02:50
Sekitar abad keempat Masihi, kulit binatang seperti biri-biri,00:02:54
00:02:54
anak lembu, atau kambing digunakan.00:02:56
00:02:57
Mula-mula, kulit binatang direndam dalam air dan kapur.00:03:01
00:03:02
Lepas itu, bulu dan daging yang masih ada dikeluarkan.00:03:05
00:03:10
Kemudian, kulit itu diregangkan00:03:12
00:03:12
dan bahan-bahan yang selebihnya seperti lemak00:03:15
00:03:15
dikikis dengan pisau.00:03:16
00:03:17
Seterusnya, kulit itu diregangkan lagi00:03:20
00:03:20
dan dibiar kering supaya jadi keras.00:03:23
00:03:24
Akhirnya, kapur ditabur ke atasnya dan digosok dengan batu00:03:28
00:03:28
supaya permukaan menulis rata.00:03:31
00:03:32
Seperti yang anda lihat,00:03:33
00:03:33
menghasilkan satu kertas kulit binatang pun00:03:36
00:03:36
memerlukan banyak usaha.00:03:38
00:03:38
Namun banyak salinan Bible yang ditulis pada kertas kulit00:03:42
00:03:42
masih wujud seperti dua manuskrip asal ini.00:03:45
00:03:46
Di Itali, Kodeks Amiatinus00:03:48
00:03:48
yang berusia lebih 1,300 tahun ialah manuskrip terkenal.00:03:53
00:03:53
Buku ini adalah Bible lengkap yang tertua dalam bahasa Latin.00:03:57
00:03:58
Sejarawan rasa lebih 400 kulit binatang00:04:01
00:04:01
digunakan untuk hasilkannya.00:04:03
00:04:05
Salinan ini besar,00:04:07
00:04:07
tapi yang asal lagi besar.00:04:09
00:04:09
Beratnya 34 kilogram.00:04:12
00:04:12
Wah, memang berat!00:04:13
00:04:15
Banyak kerja diperlukan untuk hasilkan satu Bible saja.00:04:19
00:04:20
Papirus, kulit binatang, dan kertas boleh jadi reput.00:04:24
00:04:24
Jadi, Yehuwa pastikan Bible disalin berulang kali00:04:29
00:04:29
untuk memelihara Firman-Nya.00:04:32
00:04:32
Hasilnya, beribu-ribu cebisan salinan kuno Bible masih wujud.00:04:37
00:04:38
Semasa anda buka ayat Bible, ingatlah banyak usaha dicurahkan00:04:42
00:04:42
untuk hasilkan salinan Bible yang pertama.00:04:45
00:04:45
Walaupun ditulis ribuan tahun dahulu pada bahan yang mudah reput,00:04:49
00:04:49
Bible masih terpelihara.00:04:51
00:04:51
Memang hebat.00:04:52
Bagaimana Firman Tuhan Mula Dihasilkan
-
Bagaimana Firman Tuhan Mula Dihasilkan
Tuhan guna 40 lelaki untuk tulis Bible.
Tahukah anda, mereka tulis pada bahan apa?
Lagipun, bahagian Bible yang paling lama
ditulis lebih dari 1,000 tahun sebelum kertas wujud.
Manuskrip Bible yang paling awal ditulis pada bahan papirus.
Papirus sejenis tumbuhan air cetek.
Batangnya boleh mencapai ketinggian kira-kira 4.6 meter.
Lebih dari 4,000 tahun dahulu,
orang Mesir berjaya menukar papirus menjadi bahan tulis
yang licin dan kuat seperti kertas.
Susah untuk hasilkannya bahkan dengan alatan moden.
Batangnya dipotong menjadi kepingan nipis,
direndam, diratakan,
disusun berlapis-lapis,
dan ditekan
menjadi helaian.
Apabila helaian itu kering, gading, cangkerang, atau batu
digunakan untuk melicinkan permukaannya.
Hasilnya papirus itu boleh digunakan untuk menulis.
Untuk buat satu gulungan, helaian-helaian papirus dilekat
di sepanjang hujungnya.
Panjang satu gulungan mungkin lebih dari 6 meter.
Tapi kira-kira 2,000 tahun yang lalu,
helaian-helaian ini digabungkan dalam cara yang baharu
supaya lebih mudah digunakan.
Helaian-helaian papirus dilipat dan dijahit untuk menjadi sesuatu
yang mirip dengan buku moden iaitu kodeks.
Sudah tentu banyak masa diperlukan
untuk menghasilkan permukaan menulis ini.
Tapi masa itu tiada pen dan pensel moden.
Jadi apa yang orang guna untuk tulis?
Biasanya orang ambil batang tumbuhan yang keras serta berlubang
dan buat potongan di satu hujung untuk menghasilkan pen.
Pada zaman Bible, satu jenis dakwat yang biasa
adalah dihasilkan dengan menggabungkan abu
dan bahan yang melekit.
Kemudian air ditambah ke dalam campuran itu.
Tidak kira dalam bentuk gulungan atau kodeks,
papirus mudah jadi reput.
Memang menakjubkan
bahawa banyak cebisan manuskrip Bible papirus
masih ada sehingga hari ini.
Inilah beberapa cebisan manuskrip
berusia lebih dari 2,000 tahun
yang dihasilkan semula.
Lama-kelamaan, penyalin Bible mula salin petikan Bible
pada bahan yang lebih tahan lama.
Sekitar abad keempat Masihi, kulit binatang seperti biri-biri,
anak lembu, atau kambing digunakan.
Mula-mula, kulit binatang direndam dalam air dan kapur.
Lepas itu, bulu dan daging yang masih ada dikeluarkan.
Kemudian, kulit itu diregangkan
dan bahan-bahan yang selebihnya seperti lemak
dikikis dengan pisau.
Seterusnya, kulit itu diregangkan lagi
dan dibiar kering supaya jadi keras.
Akhirnya, kapur ditabur ke atasnya dan digosok dengan batu
supaya permukaan menulis rata.
Seperti yang anda lihat,
menghasilkan satu kertas kulit binatang pun
memerlukan banyak usaha.
Namun banyak salinan Bible yang ditulis pada kertas kulit
masih wujud seperti dua manuskrip asal ini.
Di Itali, Kodeks Amiatinus
yang berusia lebih 1,300 tahun ialah manuskrip terkenal.
Buku ini adalah Bible lengkap yang tertua dalam bahasa Latin.
Sejarawan rasa lebih 400 kulit binatang
digunakan untuk hasilkannya.
Salinan ini besar,
tapi yang asal lagi besar.
Beratnya 34 kilogram.
Wah, memang berat!
Banyak kerja diperlukan untuk hasilkan satu Bible saja.
Papirus, kulit binatang, dan kertas boleh jadi reput.
Jadi, Yehuwa pastikan Bible disalin berulang kali
untuk memelihara Firman-Nya.
Hasilnya, beribu-ribu cebisan salinan kuno Bible masih wujud.
Semasa anda buka ayat Bible, ingatlah banyak usaha dicurahkan
untuk hasilkan salinan Bible yang pertama.
Walaupun ditulis ribuan tahun dahulu pada bahan yang mudah reput,
Bible masih terpelihara.
Memang hebat.
-