JW subtitle extractor

Moses Maphoto: Saya Menemui Kebahagiaan Sejati

Video Other languages Share text Share link Show times

Pada suatu malam, polis datang ke rumah kami.
Mereka tendang pintu-pintu
dan memecahkan tingkap-tingkap rumah kami.
Mereka memberitahu kami,
mereka akan merampas rumah kami.
Selepas kejadian itu,
saya menjadi panas baran.
Saya marah dan bertekad untuk buat apa sahaja
agar dapat keadilan dan kebebasan.
Sistem aparteid menyebabkan pengasingan kaum.
Contohnya, ada sekolah dikhaskan untuk orang berkulit putih
dan sekolah dikhaskan untuk orang berkulit hitam.
Taraf pendidikan bagi orang berkulit hitam
sangat rendah.
Kerajaan menggunakan kebanyakan duitnya
untuk memanfaatkan orang berkulit putih.
Bilik darjah murid berkulit hitam
lebih sesak berbanding
dengan bilik darjah murid berkulit putih.
Semasa membesar, saya bertekad untuk menjadi peguam
agar dapat melawan sistem aparteid dari segi undang-undang.
Selepas kejadian yang tidak adil itu,
pandangan saya berubah.
Saya ingin membuat sesuatu
yang boleh membawa kedamaian,
kebebasan, dan keadilan dengan segera.
Saya menjadi ahli sebuah organisasi politik
dan pergi ke negara jiran
untuk menerima latihan tentera.
Organisasi politik itu
melantik saya sebagai ketua pasukan askar
yang berjuang untuk kebebasan.
Tanggungjawab saya sebagai ketua pasukan
ialah untuk mencari lokasi simpanan rahsia
bagi senjata perang
dan untuk melatih ahli-ahli baharu
yang menyertai organisasi itu.
Kami melatih mereka untuk perang gerila
yang akan melawan kerajaan.
Kami ajar mereka cara menggunakan senapang
dan pelbagai jenis bahan letupan
yang disimpan di lokasi itu.
Saya seorang yang sangat kejam.
Saya tidak hormati sesiapa pun,
dan saya tidak takut pada apa-apa.
Saya tidak puas kerana saya sangka
semua dalam organisasi politik itu akan bersatu padu
kerana kami ada tujuan yang sama.
Sebaliknya, ada kebencian,
ada prasangka,
dan pertengkaran dalam kalangan ahli organisasi itu.
Isteri saya seorang Saksi Yehuwa.
Kami sependapat bahawa dia harus mencari seseorang
untuk belajar Bible dengan saya.
Seorang saudari datang dan beritahu saya
tentang berita baik Kerajaan Tuhan.
Tapi saya jadi marah
bila dia kata bahawa Kerajaan Tuhan
akan membinasakan semua kerajaan lain,
termasuk organisasi politik saya.
Saya semakin marah bila bercakap dengan dia,
tapi saya perhatikan dia senyum saja,
tidak berteriak atau melawan.
Saya hairan.
Hal itu menyentuh hati saya.
Mereka jemput saya ke dewan perjumpaan.
Saya perhatikan
bahawa setiap orang yang hadir
mengambil bahagian.
Anak-anak kecil pun mengangkat tangan
dan memberikan komen dengan baik.
Jelas mereka telah buat persediaan
dan komen mereka masuk akal.
Mereka semua dapat mencari ayat Bible dengan cepat.
Meskipun saya pelajar universiti,
saya tidak dapat buat begitu.
Saya fikir, ‘Wah, saya pun mahu jadi seperti mereka.’
Saya perhatikan
standard pendidikan yang
mereka terima dalam organisasi Yehuwa
jauh lebih tinggi berbanding dengan pendidikan
yang kami terima di bawah sistem aparteid
yang bermutu sangat rendah.
Dalam pengalaman saya,
jelas bahawa mempercayai manusia
adalah seperti “mengejar angin,”
tetapi mempercayai Yehuwa
membawa kebahagiaan kepada manusia.
Sejak kecil lagi,
saya sangat inginkan kebebasan,
kedamaian, dan kebahagiaan.
Tapi saya tidak dapat menemuinya
sehingga saya datang ke dewan perjumpaan.
Di sanalah saya menemui kebebasan sejati,
keadilan sejati, kebahagiaan sejati,
dan saya ditunjukkan kasih yang sejati.
Kehidupan saya berubah dengan sepenuhnya.
Saya ada hubungan yang baik dengan Yehuwa.
Hubungan itu menjadikan saya seorang yang pengasih,
berempati,
yang berusaha menjadi rendah hati,
dan yang hidup berdamai dengan orang lain.
Saya telah mengenakan keperibadian baharu
dengan sepenuhnya.