JW subtitle extractor

Adik-Beradik Otalora: Bina Iman supaya Dapat Menghadapi Tragedi dengan Tabah

Video Other languages Share text Share link Show times

Saya dari Colombia.
Kami ada enam adik-beradik
dan kami semua perempuan.
Sejak kecil lagi,
saya sudah belajar kebenaran
daripada ibu bapa kami.
Kami sekeluarga bergiat aktif
dalam khidmat kepada Yehuwa.
Kebenaran sudah sebati dalam hidup bapa saya
dan dia mahu kami ikut teladannya.
Dia memastikan kami membaca ayat harian
sebelum ke sekolah.
Kami boleh lambat ke sekolah
tapi tidak boleh keluar rumah
sebelum baca ayat harian.
Keluarga kami besar,
tapi kami selalu menghadiri perjumpaan.
Kami guna dua barisan tempat duduk.
Dia selalu mengambil berat terhadap saudara saudari.
Dia sentiasa bersedia untuk membantu mereka.
Dia sangat murah hati
dan begitu juga dengan ibu kami.
Jadi, dia selalu menjemput pelajar Biblenya
dan saudara saudari ke rumah kami.
Dan saya masih ingat
dia akan menutup pintu dapur,
pasang muzik
dan memasak makanan yang sedap.
Dia mahu kami gembira dan menikmati hidup
terutamanya semasa kami bersama-sama
sebagai satu keluarga.
Dia akan beri kami apa yang kami perlukan
dan menikmatinya.
Dia selalu membawa kami
pergi jalan-jalan pada hujung minggu
selepas perjumpaan
dan selepas kerja penyebaran.
Saya sangat bersyukur ada bapa sepertinya.
Pada suatu hari, semuanya berubah.
Masa itu kami berada di rumah.
Semasa bapa saya pergi
meletakkan kereta ke garaj,
ada beberapa lelaki datang
dengan membawa mesingan
dan
mereka mengugut ibu bapa kami
keluar dari kereta untuk menculik bapa kami.
Kami dengar bunyi bising.
Kami semua menjadi takut dan kami berlari keluar.
Saya masih ingat masa itu
bapa kami
terbaring di tanah.
Ada beberapa orang lelaki
telah menembaknya.
Dia ditinggalkan begitu sahaja.
Saya mengangkat bapa dan memeluknya.
Dia dibawa ke hospital
dan beberapa jam kemudian
dia meninggal.
Sebelum bapa meninggal,
dia kata,
"Yehuwa,
lindungilah anak-anak perempuan saya.
Jagalah mereka dan isteri saya."
Ibu kami sangat kuat
dan dia membantu kami untuk menjadi kuat.
Dan ibu terus menyembah Yehuwa dengan setia.
Dalam minggu yang sama bapa kami meninggal,
kami ada perjumpaan
dan adik saya Raquel ada tugasan.
Biarpun bapa kami meninggal hari sebelumnya,
keesokannya,
Raquel masih buat tugasannya di sidang.
Dan minggu seterusnya,
kami tetap menghadiri perhimpunan litar.
Jadi, kami mahu ikut teladan bapa kami
semasa dia masih hidup.
Hidup ini sangat sukar.
Semasa kami perlu membuat keputusan,
kami selalu fikirkan Yehuwa dulu
dan kesetiaan yang selalu ditunjukkan
oleh bapa kami kepada Yehuwa.
Walaupun bapa sudah meninggal
tapi saya mengekalkan rutin yang biasa saya buat
semasa dia masih hidup untuk bantu
adik-beradik saya terus sembah Yehuwa.
Mula-mula saya berdoa kepada Yehuwa
minta “kesejahteraan yang jauh lebih unggul
daripada apa yang dapat difahami oleh manusia.”
Sekarang bila ada masalah,
saya doa,
"Yehuwa, bantu saya kekalkan kesejahteraan ini.
Jangan biarkan cabaran merampasnya."
Dan Yehuwa menguatkan saya.
Saya sayang dan hormat kepada adik-beradik saya
kerana mereka juga seperti ibu kepada saya.
Tiga adik-beradik lain masih tinggal di Colombia.
Jadi, kami saling berhubung melalui panggilan telefon
atau melalui Zoom
agar mereka dapat melihat ibu kami
walaupun tinggal di bandar yang lain.
Saudara-mara kami yang bukan Saksi
mahu menjaga dan membesarkan adik-beradik yang lain.
Tapi, kami tidak mahu keluarga kami berpisah
kerana itu bukan keinginan bapa saya.
Dia ingin kami semua memasuki dunia baharu
dan menyembah Yehuwa bersama-sama.
Semua usaha, kehidupan, dan pembaktiannya
kepada Yehuwa tidak akan dilupakan
biarpun dia tiada bersama kami.
Kami memastikan semua kerja kerasnya
tidak akan sia-sia.
Bapa saya telah mengajar saya
banyak hal tentang Yehuwa
dan ciptaan-Nya.
Hal itu, membuat saya
lebih mengasihi Yehuwa.
Semua itu telah membantu saya
untuk menghadapi masa depan.
Saya selalu kata,
"Wah, bapa sudah tiada
tapi dia memastikan kami
ada Bapa, Yehuwa."
Hal itu membantu saya hidup gembira.
Kata-kata terakhir
bapa kami ialah,
"Yehuwa, isteri saya, anak-anak perempuan saya."
Jadi, di Firdaus nanti,
saya mahu beritahu dia,
"Bapa, kami semua ada di sini."
Bapa bantu
kami berjaya.