JW subtitle extractor

James Mantz: Melegakan Orang Lain Semasa Kita Sendiri Hadapi “Masa Genting”

Video Other languages Share text Share link Show times

Ayat tema hari ini
ialah 2 Korintus 1:3,4,
Sejak kita dilahirkan,
kita semua perlukan kelegaan.
Anda tidak ingat kali pertama
anda menangis kerana lapar,
tidak selesa,
atau mahu didukung.
Tapi, anda pasti ingat
kali terakhir anda perlukan kelegaan.
Sudah pasti banyak antara kita
memerlukan kelegaan sekarang.
Inilah hakikatnya.
Mazmur 90:10 menjelaskan,
oleh kerana kita tidak sempurna,
Banyak situasi dapat menyebabkan kita sedih,
kecewa,
atau sakit hati.
Sesetengah situasi itu dialami oleh kita semua.
Oleh kerana kita tidak sempurna,
kita jatuh sakit,
menjadi tua,
dan kehilangan orang tersayang.
Mungkin kita hadapi situasi yang tidak dialami orang lain,
seperti kemalangan,
masalah ekonomi,
masalah perkahwinan,
bencana alam,
menjadi mangsa penderaan atau jenayah,
atau alami pergolakan politik dan peperangan.
Kita mungkin menderita dan perlu kelegaan
kerana kepercayaan kita.
Kita mungkin tinggal dengan ahli keluarga
yang tidak menyembah Yehuwa,
mengalami penganiayaan di tempat kerja atau sekolah,
atau mungkin dipenjarakan.
Mungkin ahli keluarga kita atau kawan baik kita
meninggalkan Yehuwa.
Pendosa yang bertaubat juga perlu kelegaan
apabila mereka kembali ke sidang.
Tidak kira penderitaan berlaku kepada semua orang,
kepada kita sahaja,
atau kerana kita menyembah Yehuwa,
kita semua perlukan kelegaan.
Penderitaan berlaku di merata tempat.
1 Petrus 5:9 mengatakan,
‘Semua saudara seiman di dunia
mengalami penderitaan yang sama.’
Namun,
ayat 6 dan 7 beritahu kita
siapa yang dapat memberi kita kelegaan.
Ayat itu kata,
Yehuwalah sumber kelegaan sejati bagi kita.
Musa yakin bahawa Yehuwa akan menyokong
dan melegakan dia
tidak kira apa situasi yang dia hadapi.
Dia mencatatkan keyakinannya kepada Tuhan
di Ulangan 33:27
Semasa kita memerlukan kelegaan,
tangan Yehuwa akan menyokong kita,
Dia akan melegakan kita
dan bantu kita untuk bertabah.
Buku Mazmur banyak kali menyebut
tentang kasih Yehuwa
dan cara dia melegakan kita.
Contohnya,
di Mazmur 94:19,
seorang pemazmur menulis,
Roma 15:4 kata,
Tidak kira apa kesusahan yang kita alami,
kita boleh cari ayat Bible yang membawa kelegaan.
Buku Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian,
dibawah tajuk “Kelegaan”
membincangkan sebab-sebab kita berasa tawar hati.
Buku itu ada ayat-ayat Bible yang meyakinkan kita
tentang kasih Yehuwa
serta kisah tentang watak-watak Bible
yang mengalami kesusahan
dan cara Yehuwa bantu mereka.
Cara terbaik untuk mendapat kelegaan ialah
memintanya daripada Yehuwa.
Di Mazmur 145,
Raja Daud memuji Yehuwa
atas cara Dia menjawab doa kita.
Di ayat 18 dan 19
Daud menulis,
Sebagaimana ibu bapa membantu anak mereka
semasa anak mereka menangis,
begitu juga Yehuwa membantu kita semasa kita
berseru minta tolong.
Seperti yang dijelaskan di 1 Samuel bab 1 dan 2,
Hana, seorang wanita Israel, sangat “pedih hati”
sehingga tidak mahu makan
kerana tidak mempunyai anak.
Semasa dia berada di khemah suci,
dia “mula berdoa kepada Yehuwa
sambil menangis teresak-esak.”
Yehuwa mendengar dan menjawab doa
wanita yang rendah hati itu.
Selepas itu,
Hana “beredar dari situ lalu dia makan,
dan mukanya tidak sedih lagi.”
Begitu juga,
Yehuwa akan melegakan kita semasa kita
mencurahkan isi hati kita melalui doa.
Bible seringkali sebut tentang kelegaan
seperti di 2 Korintus 1:3,4.
Ayat ini merupakan tema
bagi perbincangan kita hari ini.
Mari baca ayat ini.
Dan seraya kita membacanya,
cuba renungkan bagaimana ayat ini
dapat membantu kita melegakan orang lain
semasa kita sendiri hadapi cubaan.
2 Korintus 1:3,4 kata,
Yehuwa “berbelas kasihan.”
Seseorang yang “berbelas kasihan”
rasa sedih melihat orang lain menderita.
Jadi, ayat ini menjelaskan perasaan Yehuwa
terhadap hamba-Nya yang menderita.
Paulus juga kata,
Yehuwa ialah
“Tuhan yang melegakan hati kita.”
Jadi, Yehuwa
ialah sumber kelegaan.
Ayat 4 menjelaskan
satu cara Yehuwa melegakan hati kita,
iaitu melalui saudara saudari kita.
Ayat itu kata,
Yehuwa “melegakan hati kita semasa kita
mengalami segala macam cubaan
supaya dengan kelegaan hati
yang kita terima daripada Tuhan,
kita juga dapat melegakan hati orang lain
yang mengalami segala macam cubaan.”
Adakah anda perhatikan,
apabila kita menerima kelegaan,
kita dapat melegakan orang lain?
Yehuwa melegakan kita
dan Dia memberikan kita kuasa suci-Nya
supaya kita dapat meniru-Nya
dan melegakan orang lain.
Jadi, sebagai orang Kristian,
kita bukan sahaja
menerima kelegaan,
kita juga beri kelegaan.
Ya,
kita semua ada tanggungjawab
untuk beri kelegaan
walaupun kita sendiri
perlu kelegaan.
Bagaimana kita melakukannya?
Fikirkan contoh Rasul Paulus.
Semasa dia dipenjarakan buat kali pertama di Roma,
Paulus kata beberapa saudara telah menjadi
“sumber kelegaan hati” baginya.
Di Kolose bab 4,
dia menyebut tiga daripada mereka
iaitu Aristarkhus,
Tikhikus,
dan Markus.
Kita akan dengar lebih banyak lagi tentang mereka
di bahagian lain nanti.
Paulus menghargai usaha mereka untuk melawat
dan melegakannya melalui bantuan praktikal
dan kata-kata mereka.
Tapi, Paulus mahu memberi,
bukan hanya menerima.
Dia menggunakan masanya di penjara
untuk menggalakkan mereka yang melawatnya
dan menulis surat untuk menggalakkan sidang-sidang.
Saudari Clodean dari Afrika Selatan
meniru contoh Paulus
selepas dia menjalani pembedahan.
Disebabkan pandemik COVID-19,
tiada orang datang melawatnya.
Clodean enggan berasa kasihan terhadap diri sendiri.
Dia berdoa kepada Tuhan meminta kekuatan
untuk melegakan orang lain.
Clodean menghubungi semula
pelajar Biblenya yang dahulu.
Wanita itu belajar lagi dan menghadiri perjumpaan.
Kemudian, Clodean mula belajar Bible
dengan adik pelajarnya.
Dia beri Clodean empat lagi nama wanita
yang berminat.
Oleh sebab Clodean melegakan orang lain
walaupun dia sendiri hadapi masalah kesihatan,
dia dapat memulakan 16 pembelajaran Bible.
Adakalanya,
mereka yang menghadapi masalah teragak-agak
untuk menerima bantuan orang lain.
Contohnya,
semasa Musa beritahu orang Israel
bahawa Yehuwa akan membebaskan mereka
daripada perhambaan di Mesir,
pada mulanya mereka
“tidak mendengarkannya kerana . . . mereka tawar hati.”
Kemudiannya mereka dengar.
Naomi, yang namanya bermaksud “Kesenangan,”
tinggal di negeri asing kerana kebuluran di Israel.
Dia seorang balu dan meratapi kematian dua anak lelakinya.
Apabila dia kembali ke Israel,
para wanita di Bethlehem berkata,
“Betulkah dia itu Naomi?
Kerana rasa Yehuwa yang menyebabkan
dia menderita,
dengan sedih, Naomi menjawab,
‘Janganlah panggil saya Naomi,
panggillah saya Mara,
kerana Tuhan telah membiarkan kehidupan saya
menjadi sangat pahit.’
Kemudian,
Naomi menjadi lebih rapat dengan umat Tuhan
dan sudi terima bantuan mereka.
Akhirnya, dia tidak bersedih lagi tapi hidup gembira.
Jika anda sedang menderita,
cubalah elak kecenderungan untuk mengasingkan diri
daripada orang lain.
Hal ini memang mencabar.
Tetapi, jika anda sudi bergaul dengan orang lain,
ini membuka peluang kepada anda untuk menerima
dan merasai kelegaan daripada Yehuwa
melalui kata-kata dan tindakan saudara saudari.
Kelegaan yang kita terima daripada Yehuwa
dapat membantu kita menjadi lebih peka
terhadap keperluan orang lain.
Dan itulah langkah pertama
untuk memberi kelegaan.
Kita perlu guna daya pemerhatian
untuk mengenal pasti
mereka yang memerlukan kelegaan.
Kita mungkin tahu
seseorang perlukan kelegaan
kerana mereka mengalami kemalangan,
kehilangan kerja,
atau kehilangan orang tersayang.
Adakalanya, bukan mudah untuk tahu
seseorang perlu kelegaan.
Namun dari perubahan tingkah laku
atau raut muka mereka,
kita mungkin sedar mereka bergelut dengan masalah.
Kita tidak mahu mendesak mereka
tapi kita boleh tanya soalan yang sesuai
untuk mengetahui perasaan mereka.
Mereka mungkin belum bersedia
untuk beritahu kita masalah mereka.
Jadi, kita perlu sabar.
Langkah yang kedua ialah,
berdoa kepada Yehuwa untuk tahu
apa yang kita dapat buat.
Mungkin tiada apa-apa yang boleh kita buat
untuk hilangkan masalah mereka.
Contohnya,
seorang mubaligh yang kehilangan isterinya kata,
“Saya tidak mahu berhenti meratapinya.
Saya hanya mahu belajar untuk bertabah.”
Sangat penting untuk kita menerapkan kata-kata
di Amsal 3:27,
“Buatlah kebaikan kepada orang yang memerlukan bantuan
dan janganlah menahan diri
jika kamu berupaya membantunya.”
Kadang-kadang kita tidak tahu
apa yang kita patut cakap atau buat.
Dalam Bible,
kata Yunani bagi perkataan “kelegaan”
secara harfiah bermaksud
“memanggil seseorang ke sisi kita.”
Jadi, ambillah langkah ketiga ini,
tunjukkanlah anda mahu bantu mereka.
Kita tidak perlu bercakap banyak.
Kehadiran kita saja boleh memberi kelegaan
dan menunjukkan bahawa kita ambil berat
terhadap mereka.
Mungkin mereka mahu meluahkan perasaan sahaja.
Jika begitu,
jadilah pendengar yang baik.
Jika anda baca Bible bersama,
ingatkanlah mereka tentang perasaan Yehuwa
terhadap penderitaan mereka.
Jadi, apa yang penting ialah
anda cuba memahami perasaan mereka
dan menunjukkan bahawa anda mengambil berat
terhadap mereka.
Contohnya, seorang saudari yang berkhidmat
di ibu pejabat sedunia
kehilangan ibu bapanya semasa pandemik.
Selepas menemani ibunya yang sakit tenat sepanjang hari,
dia kembali ke rumah dan melihat sebuah bakul
yang penuh dengan buah-buahan
daripada rakan sekerjanya.
Dia kata,
“Apa yang melegakan hati saya bukanlah buah-buahan itu,
ataupun bungkusannya yang sangat cantik,
tetapi apa yang sangat menyentuh hati saya ialah
keprihatinan dan kasih yang mereka tunjukkan
pada masa yang paling susah dalam hidup saya.”
Pada Mac 2011,
apabila gempa bumi dan tsunami yang dahsyat berlaku di Jepun,
saudara saudari di Jepun dan negara lain
memberikan bantuan dengan segera.
Dua tahun setengah kemudian,
saya dan isteri saya
melawat beberapa sidang di kawasan itu.
Salah satu sidang telah terima mesej menggalakkan
daripada saudara saudari di Nepal.
Di sidang lain,
sebuah papan dipenuhi dengan nota menggalakkan
dalam pelbagai bahasa dari Filipina.
Saudara saudari kata,
“Kami tidak dapat bacanya,
tapi kami masih digalakkan.”
Mesej yang ringkas dan pendek itu
bawa kelegaan kepada saudara saudari di Jepun.
Semasa kami di Jepun,
Taufan Haiyan melanda pulau-pulau di Filipina.
Saudara saudari di Jepun memberitahu kami,
“Sekarang giliran kami pula melegakan saudara saudari di Filipina.”
Kita hidup pada penghujung hari-hari terakhir
dan hidup semakin susah.
Jadi, kita lebih memerlukan kelegaan.
Betapa bersyukurnya kita kerana Yehuwa ialah
“Bapa yang berbelas kasihan dan Tuhan yang melegakan hati.”
Dia telah memberi kita kurniaan doa,
kata-kata yang melegakan dalam Bible,
dan persaudaraan Kristian yang berbelas kasihan.
Seraya kita dilegakan oleh hal-hal ini,
marilah kita mengenal pasti mereka yang memerlukan kelegaan,
fikirkan bantuan yang kita dapat berikan,
dan berusaha melegakan orang lain
semasa kita sendiri bertabah hadapi masa genting.