JW subtitle extractor

Geng Biru Menghargai Perjumpaan Rohani

Video Other languages Share text Share link Show times

Sekitar 1960, Afrika Selatan semakin terlibat
dalam peperangan di negara-negara berdekatan.
Akibatnya, ramai saudara muda dipaksa sertai khidmat tentera.
Tapi kerana pendirian neutral mereka, mereka dipenjarakan.
Semasa di penjara,
mereka wajib memakai pakaian seragam tentera.
Tapi, mereka enggan berbuat demikian.
Mereka rasa jika memakai pakaian itu,
mereka akan dikaitkan dengan banduan tentera,
dan mereka tidak mahu dikenali begitu.
Mereka pakai baju berwarna biru,
maka dikenali sebagai Geng Biru.
Semua orang tahu Geng Biru
ialah Saksi-Saksi Yehuwa.
Pada awalnya, setiap saudara dikurung seorang diri
sepanjang tempoh hukuman,
jadi sangat susah bagi mereka
berkumpul bersama untuk beribadat.
Salah satu saudara yang dipenjarakan
ialah David Carikas.
David dan saya sempat cerita tentang pengalaman kami di penjara.
Semasa saya dipenjarakan,
kami tidak dibenarkan berkomunikasi.
Kami dikurung seorang diri.
Para pegawai mengaku
mereka mahu mematahkan semangat kami.
Ada 64 sel kecil,
32 di sebelah kiri,
dan 32 di sebelah kanan.
Kami akan duduk dalam buaian
yang dibuat daripada kain yang diikat pada kekisi di atas pintu,
dan apabila tiada pegawai di sana,
kami mengadakan perjumpaan.
Kami mengadakan pelbagai perjumpaan,
seperti, ceramah umum
dan Sekolah Penyebaran Teokratik.
Kami perlu guna suara rendah,
cukup untuk mendengar satu sama lain sahaja.
Para saudara yang dipenjarakan
sekitar sepuluh tahun sebelum saya,
sangat membantu dan tetapkan teladan baik bagi kami.
Semasa mereka dibebaskan,
iman mereka kuat dan mereka bahagia.
Hal itu menggalakkan para saudara muda, seperti saya,
yang akan dipenjarakan kelak.
Ada beza sikit semasa saya dipenjarakan.
Walaupun kami di penjara yang sama,
pada hujung minggu,
para pengawal penjara tidak mengawasi kami.
Jadi, kami akan bawa kerusi dan baldi
dan duduk dalam kumpulan.
Kami dapat mengadakan perjumpaan dalam cara ini,
termasuk nyanyian.
Beberapa saudara telah membuat alat muzik sendiri.
Para pengawal biasa dengar kami menyanyi,
jadi mereka tidak rasa pelik bila dengar
kami nyanyi lagu rohani.
Jika kami berhati-hati,
kami dapat bawa masuk
bahan-bahan untuk perhimpunan litar dan konvensyen distrik . . .
- Wah!
dan mengadakannya pada hujung minggu.
Ada gambar
para saudara memakai kostum untuk drama.
Drama diadakan jam enam pagi,
supaya tidak diperhatikan para pengawal
kerana kami tidak mahu mereka melihat kami berlakon.
Para saudara suka drama
kerana daripada lakonan kisah Bible
mereka dapat bayangkan kisah itu.
Sungguh mengagumkan
cara Yehuwa pastikan kita terima makanan rohani
meskipun dipenjarakan.
- Ya.
Tidak kira pihak berkuasa membenarkannya atau tidak,
kami tetap mengadakan perjumpaan.
Perjumpaan sangat penting bagi kami.
Sumber kekuatan kami ialah makanan rohani,
kasih antara saudara-saudara,
dan galakan yang diterima.
Jadi para saudara pastikan perjumpaan tetap diadakan.
Contoh yang baik ialah Peringatan.
Semasa saya dipenjarakan,
kami minta pihak berkuasa,
“Tolong izin kami adakan Peringatan.”
Mereka selalu kata, “Tidak boleh.”
Jadi, kami bersedia untuk mengadakannya tanpa kebenaran,
tapi kami masih tetap meminta.
Pada petang hari Peringatan,
tiba-tiba mereka benarkan kami keluar mandi.
Biasanya kami tidak dibenarkan mandi pada waktu itu.
Mereka kata,
“Bersiap sedialah untuk perjumpaan kamu malam ini.”
- Ya kah?
Jadi pada tujuh petang,
kami adakan Peringatan di bilik kecil.
Terdapat kira-kira 125 saudara di sana.
Apabila kami mula menyanyi,
bunyinya sangat kuat dan hampir semua orang
menitiskan air mata.
Selepas Peringatan,
saya masih ingat bulan purnama pada malam itu
di atas ibu pejabat tentera Afrika Selatan.
Itu seperti kemenangan bagi kami.
Jika Yehuwa mahu kami adakan Peringatan,
tiada sesiapa yang dapat menghalangnya.
Saya akan selalu ingat Peringatan itu.
Saya dapat bayangkannya.
Menghadiri perjumpaan di penjara
buat saya sedar peluang untuk menghadiri perjumpaan
bukan hadiah kita kepada Yehuwa,
tetapi hadiah Yehuwa kepada kita.
- Ya.
Itu bantu kami rapat dengan satu sama lain.
Ya betul.
Kita perlukan perjumpaan untuk menguatkan iman kita.
Selepas pengalaman itu,
saya mula anggap perjumpaan
sebagai hadiah yang bernilai.
Umat Yehuwa tidak mahu abaikan perjumpaan
dan mahu hadirinya bersemuka jika boleh.
Apabila kita dengar saudara saudari lain bercakap
tentang iman mereka,
dan kita bercakap tentang iman kita,
itu sangat menggalakkan.
Kita bukan hanya sekumpulan orang yang
belajar hal yang sama.
Kita keluarga rohani.
Yehuwa tahu kita perlu menghampiri
dan menggalakkan satu sama lain,
terutamanya ‘seraya hari itu semakin mendekat.’