JW subtitle extractor

Domenic Alessia: Mencari Harapan meskipun Hadapi Gangguan Mental

Video Other languages Share text Share link Show times

Saya ada ibu bapa
yang sangat pengasih.
Tapi, saya selalu merasa kosong
dan saya berasa
tidak gembira.
Semasa muda, saya sangat suka muzik.
Saya mula sertai kumpulan koir
dan banyak kali ikut pertandingan muzik.
Semasa saya menyanyi,
saya rasa diri sangat istimewa.
Saya mula berfikir
bahawa jika saya tidak
jadi penyanyi terkenal,
hidup saya tidak akan gembira.
Seraya saya semakin dewasa,
saya mula merasa sedih sepanjang masa.
Saya pergi jumpa pakar psikiatri
dan doktor itu beritahu bahawa
saya menderita kemurungan.
Jadi, muzik menjadi satu-satunya
keutamaan saya.
Selepas tahu penyakit saya,
saya masih terus belajar menyanyi
dan guru vokal menggalakkan saya
untuk masuk ke Kolej Seni di Victoria.
Saya dapat buat beberapa persembahan
opera di teater kecil
dan ini sangat menyeronokkan.
Oleh itu, saya dapat Sijil Diploma
di bahagian Opera.
Walaupun begitu saya,
saya masih rasa tidak puas.
Bagi saya,
saya sangat yakin bahawa
jika saya lebih terkenal,
semuanya akan lebih baik.
Saya juga menyertai uji bakat
untuk Opera Australia
dan saya diterima.
Opera Australia sangat terkenal.
Saya telah pergi ke banyak tempat
seperti di Switzerland,
Greece, dan Hong Kong.
Kemudian, saya mula menderita penyakit OCD.
OCD ialah gangguan obsesif kompulsif.
Saya tidak dapat berfikir dengan betul.
Saya suka menyanyi
tapi dalam masa yang sama,
saya masih cari sesuatu yang buat saya gembira
tapi saya tidak tahu apa itu.
Hal ini buat saya berputus asa.
Saya tinggalkan opera.
Saya hidup hanya untuk
makan dan minum sahaja.
Tapi, saya tiada tujuan hidup dan keyakinan diri.
Saya tidak buat
apa-apa
selama 10 tahun.
Saksi-Saksi Yehuwa telah menghantar majalah
kepada kami selama bertahun-tahun
dan saya baca majalah itu.
Sebenarnya, hal itu telah membantu saya.
Semasa saya masih kecil,
bapa saya mula belajar Bible.
Apabila saya tahu
kita boleh hidup selama-lamanya
dan Tuhan Yehuwa mengasihi kita,
hal itu buat saya sedar
bahawa saya perlu tahu perkara itu.
Suatu hari saya sedar saya perlu buat sesuatu.
Semasa membaca di bilik,
saya kata kepada diri,
‘Dom, kamu perlu pergi ke perjumpaan.’
Saya tahu tempat Dewan Perjumpaan,
tapi saya takut dan susah untuk pergi.
Jadi, saya berdoa kepada Yehuwa,
“Jangan biarkan penyakit mental saya
halang saya maju secara rohani.”
Tidak lama selepas itu,
saya mula
pergi
ke perjumpaan.
Semasa berada di sana,
saya tertanya-tanya kenapa saya sangat takut.
Semakin kerap saya hadir perjumpaan,
saya rasa semakin selesa.
Saya dibaptis pada tahun 2020.
Itulah hari yang
terbaik dalam hidup saya.
Dahulu, saya tahu ada sesuatu
yang kurang dalam hidup saya.
Saya sedar itu ialah kebenaran
dan persahabatan dengan Yehuwa.
Sekarang penyakit OCD saya sudah terkawal,
biarpun saya rasa teruk dan agak cemas.
Tapi, bila saya fikir
saya ada ramai saudara saudari dalam sidang
yang mengasihi saya
dan utamakan Yehuwa
daripada segalanya,
hal itu bantu saya bertenang.
Sejak menyertai kerja penyebaran,
saya lebih memikirkan tentang orang lain
dan kurang fikir tentang diri sendiri
dan masalah saya.
Ubat-ubatan dan kaunseling
yang diberikan oleh doktor
dapat bantu kita lebih tenang untuk seketika.
Tapi, tidak beri kita harapan dan keyakinan
bahawa semuanya
akan jadi
lebih baik pada masa depan.
Saya tidak pernah fikir
bahawa saya akan rasa gembira.
Saya tahu hanya Yehuwa yang dapat bantu saya
kerana bila saya cuba cari kebahagian sendiri,
saya tidak mendapatnya.
Sekarang untuk pertama kalinya
saya menyanyi dengan gembira.