JW subtitle extractor

Siaran JW—Disember 2025: Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-158

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang ke Siaran JW!
Pada 13 September 2025,
kelas Gilead ke-158
telah menyiapkan kursus mereka
yang panjangnya lima bulan.
Para lulusan mungkin ada perasaan yang bercampur baur seperti
rasa lega
kerana sudah berjaya menamatkan kursus,
gembira
kerana keluarga dan sahabat mereka sudah datang,
dan barangkali ada sedikit risau tentang tugasan
yang menantikan mereka.
Mari kita dengar ceramah-ceramah yang disampaikan kepada kelas.
Kami yakin anda pasti menikmati permata rohani yang dikongsikan.
Saya sangat gembira
mengalu-alukan anda semua
ke program Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Latihan Gilead
kelas yang ke-158.
Saya ingin bercakap kepada kesemua 52 pelajar Gilead,
kelas yang ke-158,
tentang tema
“Teruslah Menjadi Garam Dunia.”
Jika anda buka Bible ke Matius bab lima,
anda dapat lihat Yesus guna kata-kata itu di ayat 13.
Dia mengatakan,
“Kamu ialah garam dunia.”
Kata-kata Yesus ini
sebahagian daripada Ceramah Di Atas Gunung.
Walaupun pada masa itu
ramai orang mendengar ceramah Yesus di atas gunung,
ceramahnya sebenarnya ditujukan kepada siapa?
Ya, kepada murid-muridnya
dan terutamanya kepada 12 rasulnya.
Mereka baru saja dipilih sebagai rasul
dan pastinya duduk sangat dekat dengan Yesus.
Mereka ini perlu dilatih untuk menjadi teladan
dan pemimpin yang baik dalam sidang Kristian.
Jadi kata-kata Yesus, “Kamu ialah garam dunia,”
merujuk kepada murid-muridnya dan para rasulnya,
dan pasti merujuk kepada anda semua pelajar Gilead,
seperti yang kita akan bincang dalam ceramah ini.
Menariknya, Yesus tidak mengatakan,
‘Kamu seperti garam.’
Tidak, sebaliknya dia kata,
“Kamu ialah garam.”
Dia beritahu tentang identiti mereka
dan bukannya membuat perbandingan.
Apa maksud Yesus bahawa mereka ialah garam?
Yesus bermaksud para muridnya akan mempengaruhi orang lain
sepertimana garam mempengaruhi banyak benda.
Jadi, apakah ciri garam?
Mari kita bincang tiga hal
yang Yesus mungkin fikirkan semasa dia kata,
“Kamu ialah garam.”
Para pelajar Gilead,
anda akan melihat
bahawa anda seperti garam dalam tiga cara.
Yang pertama di Kolose bab 4.
Semasa Yesus mengatakan,
“Kamu ialah garam dunia,”
dia mungkin fikir kata-kata di ayat 6.
“Hendaklah kata-kata kamu sentiasa menyenangkan
dan enak didengari,
seperti makanan yang ditambahkan dengan garam.
Dengan demikian,
kamu akan tahu cara untuk menjawab setiap orang.”
Apa ciri garam di sini?
Ya, sebagai penambah rasa
dan penyedap makanan.
Jika kita menambah garam dalam masakan kita,
makanan itu pasti lebih sedap kan?
Begitu juga dengan anda pelajar Gilead.
Oleh kerana anda menerapkan
apa yang telah anda belajar di Gilead
tentang cara bercakap dan melayan orang lain,
kata-kata yang anda gunakan
pasti menyenangkan dan enak didengari
di dalam sidang
mahupun di Bethel, tempat yang anda akan ditugaskan.
Anda tidak akan menambah lada dalam kata-kata anda.
Ayat itu tidak suruh kita tambah lada
seperti lada hitam, lada putih, cili padi,
atau lada api,
tapi garam.
Tidak pedas, tapi sedap.
Begitu juga dengan kata-kata anda.
Anda dapat berbuat demikian semasa memberi ceramah,
memberi komen di sidang,
atau semasa berbual.
Ada seolah-olah menambah perasa
dalam sidang atau Bethel,
di tempat yang anda akan ditugaskan.
Apa pula ciri yang kedua garam?
Kita tidak akan bacanya,
tapi Yehezkiel 16:4
merujuk kepada kebiasaan pada zaman Bible
untuk menggosokkan garam pada badan bayi yang baru lahir.
Mengapakah mereka menggosok
badan bayi yang baru lahir dengan garam?
Salah satu sebabnya ialah
garam dapat membunuh kuman
dan juga mencegah jangkitan.
Hari ini juga,
orang yang sakit tekak
akan berkumur dengan air garam
untuk membunuh kuman dan mengurangkan keradangan.
Banyak orang menggunakan air garam
untuk membersihkan sayur mereka daripada bakteria.
Garam dapat membunuh atau mencegah bakteria
dan mikroorganisma yang lain.
Para pelajar,
anda mungkin tidak pernah fikir
anda boleh menjadi pembasmi kuman
atau sebagai pencegah jangkitan.
Tapi, secara rohani, anda boleh.
Sebagai contoh,
jika seseorang mula mengumpat di tempat anda ditugaskan,
iaitu di Bethel atau di sidang,
itu seperti kuman kan?
Anda akan membunuh kuman itu
dengan mengubah topik atau membela orang yang diumpat.
Anda akan membunuh mikroorganisma itu.
Contohnya, seseorang mungkin kata,
“Aiya, ceramah penatua itu selalu panjang dan lebih masa.”
Anda boleh jawab,
“Oh, saya tidak perasan pula.
Tapi saya perhatikan
saudara itu sangat pengasih,
baik hati, dan bekerja keras sebagai gembala di sidang.
Saudara itu sangat bagus kan?
Anda sudah bunuh kuman itu.
Anda telah menjadi pembasmi kuman rohani.
Dalam kerja penyebaran pula,
anda akan membunuh kuman Tritunggal,
api neraka,
roh orang mati, dan ajaran palsu yang lain.
Semua akan dibunuh.
Mari kita bincangkan ciri ketiga garam
yang mungkin difikirkan Yesus.
Sila buka Imamat bab 2.
Imamat bab 2,
dan lihat ayat 13.
“Setiap korban bijirin yang dipersembahkan
mesti dicampuri garam.
Jangan sekali-kali lupa mencampurinya dengan garam,
kerana garam melambangkan perjanjian antara kamu dengan Aku.
Ya, garam mesti dicampurkan ke dalam setiap korban bijirin
yang kamu persembahkan kepada Aku.”
Menurut Hukum Musa,
korban yang dipersembahkan kepada Yehuwa di atas mazbah
harus dicampurkan dengan garam.
Ya, menurut sejarah orang Yahudi,
terdapat timbunan garam besar disimpan berhampiran dengan mazbah
untuk memudahkan proses ini.
Terdapat bilik penyimpanan yang besar di dalam Rumah Tuhan
yang dikenali sebagai bilik garam.
Para imam menyimpan banyak garam di sana
untuk bantu mematuhi Hukum.
Kita mungkin tertanya-tanya,
mengapa Yehuwa mengenakan syarat itu?
Menurut Menara Pengawal,
“tujuannya bukan untuk membuat korban itu lebih sedap
atau menambah rasa pada korban.
Tapi, hal ini dibuat
sebab garam melambangkan kebebasan daripada kerosakan
atau kereputan.”
Hal itu betul kan?
Ya, ciri ketiga garam ialah pengawet makanan.
Garam mencegah kerosakan dan pembusukan.
Contohnya, anda dapat mengawet daging
dan menyimpannya dalam masa yang lama
tanpa guna peti sejuk
jika mengawetnya dengan garam.
Ya, garam merupakan pengawet
untuk menjaga makanan daripada rosak.
Begitu juga, anda boleh jadi pengawet secara rohani
dalam tugasan anda.
Kami yakin hal itu.
Contohnya, anda mungkin belajar Bible
dengan seorang perokok, yang paru-paru dan jantungnya rosak,
atau mungkin seorang penagih dadah, yang ada gangguan otak,
atau seorang pemabuk, yang hatinya rosak,
atau seorang yang tidak bermoral,
yang dapat dijangkiti penyakit kelamin.
Seraya anda belajar Bible dengannya,
dengan bantuan Yehuwa,
dia akan hentikan tabiat buruknya
dan mencegah proses pembusukan berlaku.
Ini bukan hanya dapat menghentikan kerosakan
atau pembusukan berlaku,
tapi dapat membuat minda dan badan menjadi sihat semula.
Sudah tentu kebenaran yang anda ajarkan
membantunya untuk membina hubungannya dengan Yehuwa
dan anda dapat membantunya untuk dapat kehidupan kekal.
Jadi, sememangnya anda merupakan pengawet.
Di Bethel pula,
jika seseorang mengambil langkah yang dapat merosakkan
hubungannya dengan Yehuwa,
sebagai orang Kristian yang matang,
anda akan “mencuba untuk membetulkannya dengan lemah lembut”
dan berusaha untuk mengawet atau melindungi nyawanya.
Ini beberapa contoh saja
cara anda menjadi pengawet.
Seperti yang sudah kita bincangkan,
garam ada ciri-ciri seperti penambah rasa,
pembasmi kuman,
dan pengawet.
Perumpamaan tentang garam sangat bermakna.
Kata-kata Yesus itu merupakan pujian.
Itu juga tujuan kami.
Kami mahu memuji anda pelajar Gilead.
“Kamu ialah garam dunia.”
Tapi, jika anda baca semula Matius bab 5,
anda akan nampak,
selepas Yesus memberi pujian,
dia juga memberi amaran.
Jadi sila buka Matius 5:13.
Kita baca seluruh ayat.
Yesus mengatakan,
“Kamu ialah garam dunia.
Jika garam hilang rasa masinnya,
dapatkah garam itu menjadi masin semula?
Garam seperti itu tidak berguna untuk apa-apa pun,
selain dibuang ke luar untuk dipijak-pijak orang.”
Ya, memang benar.
Garam boleh tercemar, bukan?
Garam boleh menjadi cair,
dan jika tercampur dengan sesuatu,
boleh menjadi rosak dan tidak berkesan.
Begitu juga dengan kita.
Kita perlu tetap masin secara rohani
dan tidak biarkan rasa masin jadi tawar.
Apa caranya?
Jika anda menerapkan semua hal baik
yang anda telah belajar
sepanjang lima bulan di sini,
anda akan tetap masin secara rohani.
Sekarang kita akan ke bahagian seterusnya.
Kita sentiasa menanti-nantikan program ini.
Program ini ialah
Kisah Hidup Mereka.
Sila beri perhatian kepada Saudara Joel Kelly,
salah seorang pengajar Gilead yang kita kasihi.
Dia akan mengendalikan bahagian
Kisah Hidup Mereka.
Selamat datang ke Kisah Hidup Mereka.
Di Yesaya 64:8,
Yehuwa menyebut diri-Nya
sebagai “Tukang Tembikar” kita,
dan kita pula sebagai “tanah liat.”
Seperti tanah liat, kita tidak sempurna,
tapi Yehuwa dapat membentuk kita.
Selagi kita rela dibentuk oleh-Nya,
Yehuwa dapat jadikan kita apa sahaja yang diperlukan
untuk laksanakan tujuan-Nya.
Lihatlah cara Dia lakukannya
dengan lima pelajar dari kelas Gilead yang ke-158.
Seraya kita mendengar pengalaman mereka,
perhatikan sifat-sifat Yehuwa
dan cara Dia membantu mereka berkhidmat kepada-Nya.
Pertama sekali,
kita jemput Mark dan Melissa Gratrix
dari cawangan Britain.
Terima kasih kerana sertai Kisah Hidup Mereka.
- Terima kasih.
- Kamu berdua dari cawangan Britain.
Tapi kamu berdua orang Inggeris?
Ya, saya dari Manchester di England.
Tidak, saya dari Detroit di Amerika Syarikat.
Jadi kerana membesar di tempat yang berlainan,
bagaimana kamu jumpa?
Saya hadiri konvensyen antarabangsa pada 1998
dekat kota Melissa.
Di sanalah kami jumpa.
Dan tujuh tahun kemudian, kami berkahwin.
Jadi, semasa kamu muda,
apa yang kamu lakukan untuk Yehuwa?
Saya dibesarkan dengan baik
oleh ibu bapa yang pengasih,
tapi saya tidak buat banyak untuk Yehuwa.
Sejak kecil, saya mahu menjadi pereka fesyen.
Jadi, saya pergi universiti selama empat tahun
dan mendapat degree dalam bidang itu.
Selepas itu, saya bekerja dalam bidang fesyen.
Kerana pilihan saya,
saya tidak memupuk sifat-sifat yang baik.
Saya mahu jadi kaya sahaja.
Dari segi pergaulan,
saya tidak membuat keputusan yang baik.
Begitu juga dari segi rekreasi.
Dan saya tiada matlamat rohani.
Dan kamu, Mark?
Sedihnya, saya juga tidak buat banyak untuk Yehuwa.
Saya belajar kebenaran daripada ibu saya,
dan dibaptis pada 13 tahun.
Tapi saya mula hidup bermuka dua.
Meskipun keluarga saya contoh yang baik,
dan saya ada kawan-kawan yang setia menyembah Yehuwa,
kelakuan saya semakin teruk.
Tapi, hanya Yehuwa yang tahu kelakuan
dan pergaulan saya yang sebenar.
Dia sahaja yang tahu saya berpura-pura.
Terima kasih kerana kamu berdua beritahu kami.
Memang susah cakap tentang perkara ini.
Tapi, apa yang buat kamu berubah?
Meskipun bapa saya bukan Saksi,
dia menetapkan teladan yang baik
sebagai ayah dan suami.
Jadi, apabila kami mula berdating,
saya bertekad menjadi suami yang baik.
Walaupun kami berjauhan,
kami terus buat pembelajaran Bible
bersama melalui telefon
setiap minggu.
Itulah kali pertama saya buat sesuatu
untuk Yehuwa dengan motif yang betul.
Secara beransur-ansur,
saya mula mengenali Yehuwa.
Hasilnya, saya mula sedar betapa
saya telah menyakiti Yehuwa selama ini.
Saya sudah mula merintis
semasa kami berkahwin.
Tapi hati nurani saya terganggu
atas beberapa keputusan yang saya buat dahulu.
Jadi, kami buat keputusan untuk cakap dengan penatua
dan mereka membantu kami memperbaiki hubungan kami
dengan Yehuwa.
Menarik tengok kesan pembelajaran Bible yang mendalam
terhadap hati nurani dan hubungan kita dengan Yehuwa.
Apa berlaku seterusnya?
Kami mula rasa gembira terhadap khidmat kepada Yehuwa.
Kami berusaha meluaskan khidmat.
Kami memohon untuk Sekolah Gilead,
masa itu perintis boleh memohon.
Kami memohon LDC dan khidmat Bethel.
Kami gembira untuk meluaskan khidmat,
tapi semua permohonan itu tidak diterima.
Tapi kawan kami mencadangkan kami berkhidmat
di tempat yang memerlukan bantuan di Nicaragua.
Jadi itulah yang kami buat.
Macam mana di sana?
Saya ada gambar di sini.
Dalam gambar ini,
kami sedang menginjil.
Kerja menginjil sangat baik.
Orang di sana sangat ramah
dan kami ada banyak pelajar Bible.
Kami sangat suka di sana.
Tahun itu baik untuk kami.
- Biasanya kami guna basikal di sana.
- Ya, saya nampak.
Apabila kami lalu di rumah saudara saudari,
mereka akan selalu jemput kami makan bersama.
Kami belajar banyak daripada mereka.
Meskipun mereka miskin,
mereka bermurah hati.
Dalam gambar ini,
saya dapat lihat sukacita kamu.
Kamu berdua sangat gembira.
Jelas sekali kamu menikmati khidmat kamu.
Terima kasih.
Selepas tinggalkan Nicaragua,
kamu datang ke Bethel di England.
Jadi, bahagian mana kamu berkhidmat di Bethel?
Saya berkhidmat di Bahagian Perundangan.
Saya bantu pekhidmat khas sepenuh masa
dengan permohonan visa mereka.
Saya suka kerja ini
kerana dapat lihat bantuan Yehuwa.
Proses permohonan agak panjang,
tetapi Yehuwa membantunya berjalan lancar.
Sangat baik. Mark, kamu pula?
Saya di Bahagian Maklumat Umum atau PID.
Kami menyediakan maklumat tepat
tentang Saksi-Saksi Yehuwa.
untuk orang yang kerja di media,
kerajaan, atau di universiti.
Kedengaran sangat mencabar.
Ya, saya juga rasa begitu.
Saya rasa sangat takut
semasa diberikan tugasan ini.
Saya masih ingat suatu malam saya tidak dapat tidur
kerana takut tentang tugasan ini.
Saya pergi ke ruang tamu
dan baca Keluaran bab 3 dan 4
kerana itu contoh Musa diberi tugasan PID.
Musa perlu cakap kepada Firaun,
iaitu pegawai tinggi kerajaan.
Setiap kali Musa kata
dia tidak dapat melakukannya,
Yehuwa meyakinkan Musa
bahawa Yehuwa akan jadi
apa yang Musa perlukan.
Saya ada pengalaman yang serupa
dalam bahagian PID.
Setiap kali kami berasa
kami tidak dapat melakukan sesuatu,
Yehuwa membantu kami melakukannya
dan iman saya dikuatkan.
Iman kami juga dikuatkan.
Saya terfikir tentang perubahan yang kamu buat
dari masa kamu muda sehingga sekarang.
Daripada pengalaman kamu,
ada apa-apa yang kamu belajar tentang Yehuwa?
Saya belajar Yehuwa sangat sabar terhadap saya,
kerana dia tahu saya ingin hidup yang seronok
dan saya suka belajar.
Dia membenarkan saya hidup cara sendiri.
Meskipun saya menikmati hidup,
tapi apabila saya mula hidup ikut cara Yehuwa,
hidup saya menjadi lebih seronok
dan saya dapat pupuk sifat yang
merapatkan hubungan saya dengan-Nya.
Yehuwa membantu saya belajar kemahiran baharu
dan nikmati tugasan seronok
yang saya tidak akan terima
jika saya ikut cara sendiri.
Saya bersyukur kerana Yehuwa membantu saya sedar
bahawa berkhidmat kepada-Nya
ialah cara hidup yang terbaik.
Mark, kamu pula?
Saya belajar tentang belas kasihan Yehuwa.
Saya sedar saya tidak minta bantuan yang diperlukan
untuk kuatkan iman saya kerana saya takut.
Saya tidak faham perasaan Yehuwa terhadap
orang dalam situasi seperti saya.
Tapi, kawan saya mengongsikan ayat
yang membantu membetulkan fikiran saya.
Ayat itu di Yesaya bab 28.
Saya suka ayat 24 hingga 29,
tapi saya mahu baca ayat 24 sahaja.
“Adakah seorang petani akan membajak tanah
sepanjang hari untuk menanam benih?”
Ayat ini guna perumpamaan seorang petani
yang tidak hanya membajak tanah.
Fokus dia ialah tanaman yang dia
dapat makan dan nikmati selepas dituai.
Itulah pengalaman saya dengan Yehuwa.
Fokus Dia bukan untuk disiplin atau hukum saya.
Dia mahu layan saya dalam cara yang buat saya gembira,
suci, dan berguna dalam khidmat-Nya.
Kami berdua bersyukur
dapat menikmati rasa berkhidmat kepada Yehuwa.
Pengalaman kamu bantu kami faham ayat ini.
Tambahan kepada komen Mark,
satu ayat yang kami bincang dalam kelas
ialah Ibrani 9:14.
Ayat ini tentang bagaimana Yehuwa
benarkan kami menjalankan
khidmat suci kepada-Nya
setelah hati nurani kami dimurnikan.
Itu yang berlaku kepada kami.
Jadi, selepas buat silap,
kita mesti berfokus kepada khidmat Yehuwa.
Kita tidak benarkan
kesilapan lampau,
hentikan khidmat kita kepada Yehuwa.
Jelaslah Yehuwa membantu
dan menggunakan kamu berdua.
Terima kasih.
Tetamu kita seterusnya
ialah dari cawangan Afrika Timur.
Selamat datang, Wanjiku Waichigo.
Jadi Wanjiku, kami tahu kamu dari Kenya.
Dan kawan-kawan panggil kamu Sheko, kan?
Ya, Sheko. Panggil saya Sheko.
Okay Sheko.
Apa latar belakang kamu?
Mama saya belajar kebenaran waktu kami kecil.
Bapa saya bukan Saksi.
Jadi, fokus dia bagi kami ialah pendidikan.
- Saya mahu jadi peguam.
- Peguam?
- Ya.
- Okay.
Saya mahu berjuang demi orang yang perlukan bantuan.
Bila saya sudah besar, saya mahu jadi peguam.
Belajar perundangan mengambil banyak masa dan tenaga.
Adakah hubungan kamu dengan Yehuwa terjejas?
Ya, kerana waktu di sekolah,
fokus saya ialah untuk lulus exam
dan bina kerjaya saya.
Jadi saya tidak fikir tentang hubungan saya dengan Yehuwa.
Apa yang buat kamu berubah?
Selepas habis universiti,
saya berpindah ke rumah yang kebetulan
ngam-ngam di sebelah Dewan Perjumpaan.
Saya ingat suatu hari semasa balik dari kerja,
saya penat dan saya nampak beberapa Saksi
pergi ke Dewan Perjumpaan.
Mereka nampak gembira pergi sana.
Saya fikir, inilah cara saya dibesarkan.
Saya patut pergi sana juga.
Pada perjumpaan seterusnya, saya pun hadir.
Dalam kes ini, ikut orang ramai bawa manfaat.
- Ya, betul.
- Kerana kamu dapat balik ke dewan.
Apakah perasaan kamu
apabila bersama saudara saudari lagi?
Sidang yang saya pergi itu
sangat pengasih dan ramah.
Mereka alu-alukan dan mengasihi saya.
Saya sedar inilah tempat saya.
Mereka selamatkan kerohanian saya.
Gembira dengar itu.
Tapi, bagaimana kamu masuk khidmat sepenuh masa?
Apa yang berlaku?
Saya ada jadual untuk baca Bible dalam setahun.
Jadi saya bermatlamat ikut jadual itu.
Biasanya saya datang kerja awal pagi
dan saya ada muat turun Watchtower Library.
Jadi, selepas habis baca
bahagian Bible hari itu,
saya akan buat
penyelidikan bahagian itu.
Sejak itu, saya terus melakukannya.
Kamu buat pembelajaran Bible yang mendalam.
- Ya.
- Itulah permulaannya.
Apa lagi bantu kamu mula merintis?
Biasanya saya keluar menginjil dengan para perintis.
Dan saya selalu sertai kawan saya yang merintis,
dan dia selalu kata,
suatu hari nanti,
saya pun akan merintis.
Masa itu, saya kerja full time.
- Jadi saya rasa saya tidak dapat merintis.
- Tapi, dia terus cakap.
- Ya, dia tidak pernah berhenti.
- Ok.
Lama-kelamaan saya mula merintis.
- Saya juga hadir sekolah perintis.
- Baik.
Ini gambar kami.
Kamu pegang buku sekolah perintis.
Siapa kawan kamu itu?
Inilah dia, saudari yang tidak pernah berhenti mendorong saya.
Kami hadir kelas bersama,
dan dia hadir sekolah buat kali kedua.
Nampaknya dorongan dia berhasil.
Ya, sekolah itu baik.
Itu kurniaan dari Yehuwa.
Kamu masih kawan baik.
Ya, masih.
Kemudian, kamu berkhidmat di Bethel part-time
dan selepas itu full-time.
Kamu di bahagian mana?
Bahagian Perundangan.
Saya terfikir tentang situasi kamu,
kerana kamu ada pengalaman kerja
dalam bidang perundangan
secara sekular untuk kerjaya kamu.
Tapi kamu juga melakukannya untuk Yehuwa
dalam organisasi-Nya.
Apakah perbezaan dua pengalaman ini?
Sangat berbeza.
Semasa bekerja di dunia,
fokus saya
ialah menjadi kaya dan naik pangkat.
Tapi sekarang saya kerja untuk Yehuwa
dan bantu saudara saudari.
Meskipun belum jumpa,
kamu mengasihi mereka.
Dan bila sudah jumpa,
kamu lebih kasihi mereka.
Iman menguatkan kamu
dan kamu rasa puas dan sukacita dalam khidmat Yehuwa.
Terima kasih kongsi pengalaman
tentang bagaimana Yehuwa menggunakan kamu.
Terima kasih juga pengorbanan kamu.
Sheko, Mark, dan Melissa
sangat menggalakkan untuk melihat
bagaimana Yehuwa membentuk kamu sepanjang hidup kamu.
Terima kasih banyak.
Tetamu seterusnya datang dari Republik Dominika.
Mari menjemput Saudara Tito Abreu.
- Selamat datang, Tito.
- Terima kasih.
Ceritakanlah tentang latar belakang kamu.
Mama saya seorang Saksi, tapi bapa saya tidak.
Namun, bapa saya menyokong kami
kerana nampak bagaimana kebenaran mengubah hidup kami.
Dan, mama saya sangat mengasihi Yehuwa
dan suka menginjil,
dan dia mengajar kami.
Jadi senang bagi saya tetapkan matlamat
untuk jadi perintis.
Kemudian, saya hadir MTS
pada 2010.
- Kamu pergi MTS?
- Ya.
Selepas itu, di mana kamu ditugaskan?
Saya ditugaskan sebagai perintis khas di tengah pulau.
Saya sangat menikmati tugasan itu.
- Ini gambarnya.
- Wow.
Sini saya bersama Saudara José.
Kami di tengah-tengah hutan.
Sekarang José perintis khas,
tapi masa itu dia penyiar belum dibaptis.
Di belakang kami ada rumah kecil.
Di kawasan seperti ini,
kami mencari orang yang pekak.
Tapi dalam rumah itu,
ibu bapa bercakap bahasa Kreol Haiti.
Beberapa anaknya bercakap bahasa Sepanyol.
Tetapi, salah satu anak kecilnya pekak
dan perlu guna bahasa isyarat.
Untuk menginjil di rumah ini,
kamu perlu guna tiga bahasa.
Kamu tahu bahasa isyarat?
Ya, kakak saya pekak,
- sebab itu keluarga kami belajar bahasa isyarat.
- Wow.
Jadi apa yang kamu buat bila tiba di kawasan itu?
Adakah kamu terus pergi rumah ke rumah
untuk cari orang yang pekak?
Dengan bantuan para saudara tempatan,
kami cari orang yang pekak.
Kami bermula di tiga tempat dahulu.
Kami pergi pejabat polis,
kem tentera, dan pejabat datuk bandar.
- Kamu terus mula dari atas.
- Ya.
Apakah hasilnya?
Sangat bagus
kerana Saksi-Saksi Yehuwa dalam bandar itu
sudah ada reputasi yang baik
kerana kelakuan mereka.
Tapi, sangat penting untuk mereka lihat
bahawa Saksi-Saksi Yehuwa
ingin membantu orang yang pekak juga.
Lawatan saya di pejabat datuk bandar sangat baik
kerana ada tiga orang pekak kerja di sana
dan saya dapat kunjungi mereka semua
dan kemudian saya belajar dengan mereka.
- Jadi, datuk bandar bagi kamu tiga pelajar Bible?
- Ya.
Wow! Mereka ada buat kemajuan?
Ya, terutamanya satu pasangan.
Mereka belum kahwin,
tapi selepas belajar kebenaran,
mereka mahu buat apa yang benar
dan mentaati Yehuwa.
Jadi mereka berkahwin.
Mereka pupuk hubungan baik dengan Yehuwa
dan bahkan mula membantu orang pekak lain
untuk belajar tentang Yehuwa.
Sangat menggalakkan.
Jelaslah keperluan dalam bahasa isyarat semakin membesar.
Kita tahu bahawa keperluan dalam bahasa Sepanyol
dan bahasa lain pun semakin membesar
- di Republik Dominika.
- Ya.
Mari tengok video tentang salah satu bahasa lain itu.
Terdapat dua negara di Pulau Hispaniola,
iaitu Republik Dominika dan Haiti.
Umat Yehuwa di dua negara ini
menunjukkan iman yang kuat.
Di Republik Dominika,
kerja penyebaran terus berkembang,
termasuk dalam bahasa Kreol Haiti.
Banyak orang Haiti datang ke Republik Dominika
untuk ada hidup lebih baik
kerana ada banyak masalah di Haiti.
Meskipun orang Haiti percaya Tuhan,
tapi mereka kata
Tuhan tidak peduli tentang mereka,
dan itu menyedihkan.
Tapi itulah cara kami bantu mereka,
kami memahami mereka dan mendengar mereka.
Dan apabila kami buat kunjungan,
kami bantu mereka percaya kepada Tuhan
dan menunjukkan dari Bible
bahawa Tuhan benar-benar mengambil berat tentang mereka
dan ini beri mereka harapan yang mereka perlukan.
Apabila kami pergi rumah orang,
mereka selalu sambut kami dengan ramah
dan jemput kami masuk.
Meskipun kami menginjil dua atau tiga jam,
hanya sikit rumah kami dapat buat
kerana kami luangkan banyak masa pada setiap rumah.
Malah, mereka bagi kami topik untuk bercakap.
Sangat senang untuk mulakan perbualan
dengan soalan ringkas seperti:
Apa khabar kamu?
Apa khabar keluarga kamu?
Soalan ringkas seperti itu
dapat memulakan perbualan yang baik.
Apabila mereka mula belajar Bible,
mereka mula buat perubahan dalam hidup mereka
sedikit demi sedikit,
dan hal ini membuatkan kami rasa
sangat bahagia dan puas.
Pernah sekali,
semasa menginjil dari rumah ke rumah,
kami jumpa seorang wanita yang sangat sedih
kerana kehilangan anak tunggalnya
yang berumur lapan hari.
Selepas belajar Yehuwa bukanlah penyebab perkara itu,
dia kagum.
Tidak lama kemudian, dia kata
satu-satunya cara dia dapat tunjukkan
penghargaan kepada Yehuwa
kerana mengajar dia kebenaran
ialah dengan berkhidmat kepada-Nya.
Sekarang, dia adalah saudari kita
dan kami sangat mengasihinya.
Oleh sebab dia ada tujuan hidup,
dia selalu senyum.
Sangat gembira untuk lihat seseorang
keluar dari air semasa dibaptis
dan tahu bahawa Yehuwalah
yang bantu mereka ambil langkah itu.
Menolong mereka ubah hidup,
memang satu perasaan yang
paling indah dalam hidup.
Walaupun hanya ada 30 penyiar dalam sidang,
secara purata hadirin adalah 70 orang.
Dan hadirin Peringatan
biasanya ada lebih daripada 300 orang,
iaitu sepuluh kali ganda jumlah penyiar.
Saya sedar mengapa Yehuwa sangat sabar.
Masih ada banyak kerja perlu dilakukan.
Di seluruh negara ini, hal yang sama berlaku.
Orang mahu dengar berita baik.
Seperti Yesus kata di Yohanes bab 4,
tuaian sangat besar dan mendesak,
tapi para penuai bersukacita.
Kami “bersukacita bersama-sama”
seraya kami ambil bahagian
dalam tuaian sedunia ini.
Mengagumkan untuk lihat cara Yehuwa membantu
orang menghampiri-Nya dan belajar tentang-Nya
melalui kerja penyebaran.
Sekarang, apakah tugasan kamu di Bethel?
Saya kerja di Bahagian Penjagaan Kesihatan.
Bahagian ini membantu pekhidmat khas sepenuh masa,
termasuk mubaligh,
perintis khas,
dan penyelia litar
di kawasan Republik Dominika.
Tapi, kerana situasi di Haiti sangat susah,
kami juga membantu saudara saudari dari sana.
Dari cawangan Haiti?
Apabila pekhidmat khas sepenuh masa
datang dari Haiti ke Republik Dominika
untuk dapat penjagaan kesihatan,
apakah sifat-sifat mereka?
Kami tahu tugasan mereka sangat mencabar,
jadi kami cuba bantu mereka relaks dan enjoy sikit
dan kami juga mahu sediakan penjagaan kesihatan
yang mereka perlukan.
Tapi kami kagum dengan sikap mereka.
Contohnya, ada satu pasangan.
Sedihnya, mereka mengalami keadaan kesihatan
yang sangat serius.
Selepas mereka faham situasi dan rawatannya,
soalan pertama mereka ialah,
“Boleh kami cepat buat rawatan?”
Dan doktor itu tanya, “Mengapa?”
Jawapan mereka menyentuh hati.
Mereka kata,
“Saudara saudari kami di Haiti memerlukan kami
dan kami ingin menyokong mereka.
Jadi jika kami dapat buat rawatan dengan cepat,
kami dapat balik dan terus menginjil bersama mereka.”
Kami sangat terharu
kerana biarpun mereka hadapi cabaran,
mereka terus fikir tentang saudara saudari mereka.
Itulah contoh kasih yang tidak mementingkan diri.
Terima kasih.
Melalui kerja kamu di cawangan,
kamu biasa dengan orang Haiti.
Tapi bukan itu saja,
selama lima bulan di Sekolah Gilead,
bukankah rakan sebilik kamu orang Haiti?
Ya, betul!
- Boleh kami cakap dengan dia?
- Silakan.
Tetamu seterusnya,
Saudara Francklin Aimé dari cawangan Haiti.
- Francklin, kami gembira kamu sertai kami.
- Terima kasih.
Ceritakan tentang latar belakang kamu.
Mama saya sendiri besarkan kami dalam kebenaran.
Saya anak bongsu daripada lima adik-beradik.
Semasa membesar,
saya kagum dengan iman dan kerajinan mama saya.
Meskipun kadang-kadang dia tidak tahu
apa kami akan makan pada hari esok,
dia tetap bergantung pada Yehuwa.
Saya selalu nampak dia berdoa
dan serahkan segalanya kepada Yehuwa.
Yehuwa selalu sediakan keperluan kami.
Teladan dia dorong saya untuk kenal Yehuwa
sebagai individu nyata
dan bina iman terhadap-Nya.
Teladan baik memang dapat melatih kita.
Ada latihan lagi?
Saya pergi MTS pada 2010.
2010? Tito, kamu juga sama kan?
Ya, masa sama tapi lain tempat di pulau itu.
Sebenarnya,
kami juga dibaptis pada hujung minggu yang sama.
- Hujung minggu yang sama?
- Tahun 1997.
Ya kah? Jadi kamu ada pengalaman sama,
- tapi di tempat yang berlainan di pulau itu.
- Ya.
Tapi, pada Januari 2010,
terdapat gempa bumi yang dahsyat di Haiti.
Itu menyebabkan
banyak kemusnahan
dan nyawa terkorban.
Kami ingat itu.
Sekolah kamu terkesan?
Kerana gempa bumi, jadual sekolah diubah.
Pada waktu pagi, ada kelas seperti biasa.
Tapi pada sebelah petang,
kami semua membantu mangsa bencana.
Saya mahu tunjuk gambar ini.
Oh, apa berlaku di sini?
Jadi, ini rakan sekelas saya pada waktu petang.
Mereka menurunkan barang keperluan dari lori
bagi saudara saudari yang memerlukannya.
Sangat menarik.
Pada sebelah pagi kamu belajar tentang teladan Yesus.
Pada sebelah petang kamu terapkannya.
Ya.
Sangat baik.
Selepas MTS, kamu pergi mana?
Saya ditugaskan sebagai perintis khas di bandar kecil.
Saya sangat menikmati tugasan itu
kerana dapat lihat Yehuwa memberkati kerja di sana
dan mendapat peluang untuk bantu orang
kenal dan menyembah Yehuwa.
Jelaslah, banyak orang Haiti ingin mengenali Tuhan.
Bagaimanakah pergolakan sivil
mempengaruhi kerja penyebaran?
Pergolakan sivil
tidak melemahkan semangat
saudara saudari di Haiti.
Walaupun jumlah penyiar telah menurun
sepanjang beberapa tahun lalu,
kerana ada yang melarikan diri ke negara lain,
terdapat peningkatan dalam aktiviti penyebaran.
Contohnya, pada tahun aktiviti penyebaran 2024,
ada peningkatan sebanyak 18 peratus
jumlah pelajar Bible
berbanding dengan 2021,
meskipun pergolakan sivil sangat teruk.
Pada tempoh masa yang sama,
terdapat peningkatan empat kali ganda perintis sokongan
dan dua kali ganda orang dibaptis.
Ini membuktikan Yehuwa terus memberkati kerja penyebaran
walaupun ada cabaran.
Sangat menakjubkan.
Kamu kata pergolakan sivil
semakin meningkat sepanjang beberapa tahun lalu.
Situasi itu pasti mencabar.
Bagaimana dengan saudara saudari?
Banyak saudara saudari
perlu tinggalkan rumah mereka beberapa kali.
Ada yang bawa beg kecemasan sahaja
atau pakaian yang dipakai pada masa itu.
Mereka lari ke satu kawasan,
tapi beberapa minggu atau bulan kemudian,
mereka perlu lari lagi.
Namun, biarpun menghadapi cabaran ini,
mereka ada ketenangan minda dan bersukacita
dan ini buat saya kagum.
Contohnya, awal tahun ini,
300 saudara saudari
dari kawasan dekat ibu kota
perlu melarikan diri ke bandar lain.
Pada minggu yang sama,
pejabat cawangan mengaturkan
perjumpaan istimewa di sana dan
hantar dua ahli Jawatankuasa Cawangan
untuk berikan ceramah
dan menggalakkan saudara saudari di sana.
Saya mahu tunjuk gambar ini.
Apa berlaku di sini?
Inilah perjumpaan istimewa yang mereka aturkan.
Kita dapat lihat
saudara saudari berpakaian kemas.
Ahli Jawatankuasa Cawangan kagum melihat
bahawa pada perjumpaan istimewa itu,
dewan penuh dengan saudara saudari
yang baru melarikan diri dari rumah mereka.
Mereka gembira dan bersedia untuk menyembah Yehuwa.
Saya terharu
melihat saudara saudari yang perlu melarikan diri,
tetapi masih datang ke Dewan Perjumpaan.
Teladan yang baik.
Mereka dapat kekuatan daripada Yehuwa.
Sangat baik juga lihat cara Yehuwa
gunakan organisasi-Nya
dan mereka yang ambil pimpinan.
Mari lihat video tentang situasi di Haiti
dan dengar dari penyelia litar yang hulurkan bantuan.
Haiti terletak di bahagian barat Pulau Hispaniola.
Di sini, umat Yehuwa hadapi cabaran yang susah.
Namun, mereka menunjukkan keberanian,
kerendahan hati,
dan percaya kepada Yehuwa.
Iman mereka sangat menggalakkan.
Kami buat persediaan untuk hadir perhimpunan litar
bersemuka yang pertama selepas pandemik COVID-19.
Sesetengah saudara saudari tinggal di kawasan
yang ada pergolakan sivil.
Maksudnya, sangat susah bagi mereka
untuk tinggalkan rumah dan pergi ke perhimpunan litar.
Mereka memerlukan keberanian.
Semasa kami sampai di perhimpunan litar,
kami nampak
ada ramai saudara saudari di sana.
Mereka bersukacita
dan memeluk satu sama lain.
Para saudari berpeluk
dan mengongsikan pengalaman yang menggalakkan.
Lama mereka tidak dapat berkumpul bersama begini.
Itulah jamuan rohani yang menakjubkan daripada Yehuwa.
Ceramah-ceramah di perhimpunan litar itu
sangat menggalakkan.
Kami dikuatkan untuk menghadapi
kesusahan yang bakal berlaku.
Oleh sebab pergolakan sivil,
ini ialah perhimpunan litar bersemuka terakhir yang kami hadir
selama dua tahun seterusnya.
Saya gembira melihat saudara saudari
tetap dekat dan setia kepada Yehuwa.
Para penatua menunjukkan kerendahan hati
dengan cepat mengikut semua
arahan daripada organisasi Yehuwa.
Apabila mereka terima arahan,
mereka segera menerapkannya,
terutamanya apabila arahan itu
berkaitan saudara saudari
yang hadapi cabaran akibat keganasan.
Semasa kami lihat para penyiar,
kami lihat mereka ada banyak kasih.
Kasih mereka tidak pernah hilang.
Mereka menyokong satu sama lain.
Kami juga lihat bahawa
meskipun mereka menghadapi situasi yang mencabar,
hubungan mereka dengan Yehuwa semakin kuat.
Kami lihat mereka lebih yakin terhadap Yehuwa
dan lebih rela ikut arahan
yang diberikan oleh organisasi Yehuwa.
Ketabahan saudara saudari ini luar biasa.
Saya dan isteri dapat belajar daripada teladan mereka.
Kami percaya cara terbaik
ialah untuk membiarkan Yehuwa membimbing kita.
Kami tahu Yehuwa tidak akan tinggalkan kami.
Dia tidak akan meninggalkan kami,
tidak kira apa situasi yang kami hadapi.
Itulah sebabnya kami yakin
tidak kira apa situasi yang kami hadapi,
kami dapat sentiasa bergantung kepada Yehuwa.
Pengalaman-pengalaman saudara saudari
di dua negara di Pulau Hispaniola
mengingatkan kita
bahawa Yehuwa ada bersama umat-Nya,
dan bahawa kita akan dapat bertabah
dan tetap bersemangat
tidak kira apa jua cabaran yang kita hadapi.
Sangat menyentuh hati.
Saudara saudari di Haiti
bukan sahaja hadapi kesusahan.
Mereka juga buat apa yang dikatakan di Kolose 1:11,
mereka ‘bertabah dengan sukacita.’
Terbuktilah mereka ada kuasa suci.
Kita tahu Yehuwa bantu dan kuatkan umat-Nya.
Terima kasih atas ketabahan dan kesetiaan kamu berdua,
dan juga atas kasih yang kamu tunjukkan
kepada saudara saudari
di Republik Dominika dan Haiti.
Melalui pengalaman-pengalaman ini,
kita bukan saja dengar cerita tentang mereka,
kita juga dengar cerita tentang Yehuwa.
Kita telah lihat Yehuwa menguatkan umat-Nya
untuk hadapi cabaran
yang mereka tidak dapat hadapi tanpa bantuan-Nya.
Kita lihat Yehuwa menarik orang kepada-Nya
melalui kerja penyebaran.
Kita juga lihat Yehuwa sebagai Tukang Tembikar
yang sabar dan pengasih,
yang membentuk orang
untuk menjadi apa yang Dia inginkan.
Memang kita semua tidak sempurna
dan ada kelemahan tersendiri.
Tapi jika kita rela dibentuk,
Yehuwa dapat menjadikan kita
apa yang diperlukan agar tujuan-Nya terlaksana.
Jadi persoalannya,
bagaimana Yehuwa membentuk anda?
Kita jumpa lagi di episod
Kisah Hidup Mereka seterusnya.
Kami mengucapkan terima kasih
kepada Saudara Joel dan pelajar Gilead
untuk bahagian yang menarik ini.
Kami nikmatinya.
Sekarang sudah sampai masanya
untuk kita nikmati ceramah utama dalam program ini.
Ceramah ini akan disampaikan oleh Saudara Jody Jedele,
seorang ahli Badan Pimpinan.
Tajuk ceramahnya ialah,
“Teruslah Disenangi.”
Silakan Saudara.
Para pelajar yang bakal menjadi lulusan Gilead,
saya tahu anda amat bersyukur
atas semua perkara yang anda terima di Gilead.
Saya yakin anda tidak dapat luahkan betapa anda menikmati
masa untuk bertumpu pada pembelajaran Bible,
serta mengenali dan mengasihi Yehuwa
dengan lebih mendalam.
Kami gembira dengar komen
tentang betapa anda menikmatinya.
Anda sudah terima bimbingan dan sokongan
Bahagian Sekolah Teokratik dan setiap pengajar anda.
Anda juga terima khidmat daripada bahagian Bethel lain.
Ada ramai juga saudara saudari
yang bantu anda secara peribadi.
Mengapa mereka semua sokong anda?
Kerana kasih,
dan mereka ingin anda manfaatkan sepenuhnya
masa anda di Gilead.
Ya, banyak usaha telah dicurahkan demi anda.
Apa tujuannya?
Supaya anda dapat menguatkan
dan menggalakkan umat Tuhan.
Syaitan tidak suka
bahawa ada lebih sembilan juta orang
yang gembira sembah Yehuwa
dalam cara yang betul.
Tapi, kita ingin ramai lagi sertai kita.
Sepanjang latihan Gilead,
anda telah dikuatkan dan digalakkan.
Sekarang, anda dapat guna apa yang dipelajari di sekolah ini
serta hubungan rapat anda dengan Yehuwa
untuk bantu kuatkan dan galakkan orang lain.
Bagaimana?
Teruslah buat apa yang semua penyembah Yehuwa cuba buat.
Kita cuba ikut contoh Yehuwa
dalam tugasan dan kehidupan seharian kita.
Itulah yang anda buat sebelum ke Gilead.
Itu juga apa yang anda akan buat
dengan lebih lagi selepas ini.
Jadi, bagaimana kita ikut contoh Yehuwa?
Mari bincang caranya dan beberapa situasi
kita dapat kuatkan dan galakkan orang lain.
Mari buka Amsal bab 13,
kita akan baca bahagian pertama ayat 15.
“Orang yang berpengertian akan disenangi orang.”
“Disenangi orang.”
Apa maksudnya?
Mari cuba faham ayat ini.
Sebagai orang Kristian, kita ingin disenangi orang.
Tapi lebih-lebih lagi
kita ingin disenangi Yehuwa
serta mendapat perkenan dan berkat-Nya.
Yehuwa gembira dan selalu cari peluang
untuk tunjuk perkenan-Nya kepada murid-Nya,
maksud saya penyembah-Nya.
Anda sendiri sudah alaminya sebelum ke Gilead.
Anda memang dikenali sebagai orang yang rapat dengan Yehuwa
dan disenangi-Nya.
Tapi, kami harap anda terus tunjuk pengertian
supaya anda terus disenangi.
Dalam Bible, tunjuk pengertian bermaksud apa?
Satu rujukan kata,
bahasa asal bagi “berpengertian” bermaksud
‘kemampuan bertindak dengan pertimbangan baik
dan sudut pandangan bijaksana.’
Rujukan lain kata, “melihat suatu situasi secara mendalam”
dan “memahami sebab di sebalik suatu kejadian.”
Pengertian adalah
‘pengetahuan yang membolehkan seseorang bertindak
dengan bijaksana dan mendapat kejayaan.’
Semua penjelasan itu masuk akal.
Semua orang setuju
kita patut tunjuk pertimbangan baik.
Sebenarnya, maksud tunjuk pengertian
bukan susah untuk faham.
Jadi mengapa buku Amsal suruh kita tunjuk pengertian?
Sebab tidak mudah untuk selalu buat begitu.
Kita hadapi orang dan keadaan yang berbeza
dalam tugasan kita.
Lagipun, kita semua manusia tidak sempurna
dengan pandangan, latar belakang,
dan budaya yang berbeza.
Tambahan pula, kita juga bekerjasama
dengan bahagian Bethel lain
yang mempunyai keutamaan berbeza.
Mungkin juga, kita atau orang lain
tidak cukup tidur.
Memang tidak mudah tunjuk pengertian semasa letih.
Cuba fikir contoh Musa.
Dia sembah Yehuwa dengan setia.
Pada kebanyakan masa, Musa disenangi Yehuwa.
Tapi adakah dia disenangi Yehuwa
semasa dia beri umat Israel air di Meriba dekat Kades?
Musa dalam keadaan susah dan tertekan.
Semasa dia pukul bukit batu,
memang air keluar.
Sedihnya, Musa tidak tunjuk pengertian.
Dia tidak muliakan Yehuwa.
Musa tidak kuatkan
atau galakkan umat Israel pada masa itu.
Kisah ini ajar kita,
walaupun kita disenangi Yehuwa pada kebanyakan masa,
kadangkala kita tidak disenangi-Nya
jika kita hadapi situasi
dengan cara yang salah.
Memang Musa tidak hilang tugasannya.
Dia tetap jadi pemimpin umat Israel.
Tapi dia ditegur,
dan dia hilang tugasan masa depan
kerana tidak tunjuk pengertian.
Jadi kita perlu tunjuk pengertian,
terutamanya semasa keadaan susah.
Apa langkah pertama untuk tunjuk pengertian?
Mari buka Bible ke Mazmur 32:8.
Perhatikan apa Yehuwa kata.
Mazmur 32:8.
“Aku akan memberimu pengertian
dan mengajarmu jalan yang harus ditempuh.
Aku akan memberimu nasihat
dan Aku akan memerhatikanmu.”
Jadi, kita perlu sedar
Yehuwa ialah Sumber pengertian.
Dia bimbing kita melalui Bible, kuasa suci-Nya,
organisasi-Nya, serta saudara saudari kita.
Selepas kita selaraskan pandangan kita
dengan cara Yehuwa buat sesuatu,
barulah kita dapat hadapi situasi dengan baik.
Kita tiru sifat dan cara Yehuwa bertindak.
Itu yang anda sedang buat.
Anda rasai perkenan Yehuwa dalam hidup.
Jadi teruslah disenangi Yehuwa.
Terus tunjuk pengertian.
Barulah anda dapat kuatkan dan galakkan saudara saudari.
Mari kita bincang beberapa situasi
dan lihat apa sifat atau tindakan
yang bantu kita tunjuk pengertian
serta terus disenangi Yehuwa.
Kita ingin bantu saudara saudari di sidang.
Kita mahu menggalakkan mereka.
Para penatua,
bayangkan anda perhatikan seorang saudari
tidak hadiri perjumpaan dengan tetap.
Jadi, anda dan seorang saudara melawat
untuk beri galakan.
Anda beritahu saudari itu bahawa ahli sidang rindunya.
Anda kongsi ayat Bible tentang pentingnya
menghadiri perjumpaan dan berdoa.
Memang bagus anda melawat saudari itu.
Anda kongsi apa yang bagus,
tapi adakah anda tunjuk pengertian?
Sejujurnya tidak.
Niat anda baik,
tapi mengapa itu bukan pengertian?
Anda tidak cari tahu,
suaminya yang menentang
tidak benarkannya memandu ke perjumpaan.
Dia perlu tumpang kereta.
Tapi dia tinggal 20 minit dari Dewan Perjumpaan
dan tidak ingin susahkan orang.
Masih ingat apa maksud “pengertian”?
Ia memerlukan kita
“memahami sebab di sebalik suatu kejadian”
lalu “bertindak.”
Anda patut yakinkan saudari itu dia tidak susahkan orang,
dan bukannya beri nasihat
tentang pentingnya hadiri perjumpaan.
Dia perlu tahu saudara saudari sudi bantunya.
Penatua itu mungkin rasa dia beri nasihat yang baik.
Tapi saudari itu cuma perlu tumpang kereta.
Sekarang dia lagi tawar hati.
Itu tidak menggalakkan.
Kita perlu tunjuk pengertian.
Apa yang dapat bantu kita faham
sebab di sebalik masalah saudari itu?
Tunjuk keprihatinan
dan mendengar dengan teliti.
Kita ingin luang masa
mendengar dan cari tahu keadaan sebenar,
barulah kita dapat tunjuk pengertian.
Adakah tunjuk pengertian dan galakkan sidang
hanya tugas saudara?
Tidak.
Saudari memainkan peranan penting
untuk kuatkan dan galakkan sidang.
Di kebanyakan sidang,
saudari lebih banyak daripada saudara.
Maksudnya, kadangkala saudari dapat buat lebih
daripada saudara untuk galakkan kumpulan besar ini.
Mari buka Bible ke Titus 2:3.
“Hendaklah wanita yang lebih tua
berkelakuan sebagai orang yang suci.”
Kita henti di sini dulu.
Anda semua saudari yang suci dan matang,
yang hormati Yehuwa serta organisasi-Nya.
Saya ingin tekankan,
saya bukan cakap kamu tua ya.
Memang pantang kalau cakap dengan saudari tentang umur.
Maksud saya ialah, di sidang dan tugasan anda,
akan ada saudari yang muda daripada anda.
Bagaimana bantu mereka?
Mari baca ayat 4. “Mereka [iaitu saudari]
dapat menasihati wanita yang lebih muda.”
Ini peranan anda.
Sebagai orang Kristian yang matang,
anda dapat kuatkan dan galakkan
saudari yang lebih muda.
Satu contoh,
seorang saudari muda
tinggal bersama ibu bapanya yang bukan penyembah Yehuwa.
Dia saudari yang baik, dan secara keseluruhan
pakaiannya sederhana.
Tapi ada kalanya
pakaian dia kurang sesuai bagi orang Kristian.
Masih ingat maksud “pengertian”?
Kita perlu “memahami sebab
di sebalik suatu kejadian.”
Beberapa saudari ambil berat
dan dapat tahu saudari itu miskin.
Ibu bapanya juga tidak mahu beli baju baharu
untuk dia pergi perjumpaan dan menginjil.
Sebenarnya saudari itu tidak perlukan nasihat.
Selepas menyedarinya,
beberapa saudari bawa dia beli baju.
Saya bukan kata
pergi shopping ialah cara tunjuk pengertian ya.
Tapi itu yang diperlukan masa itu.
Dua situasi tadi contoh sebenar.
Pada mulanya, kita fikir mereka perlu nasihat
tentang perjumpaan dan pakaian.
Tapi jika kita cari tahu keadaan sebenar dan memahami sebabnya,
kita dapat tunjuk pengertian
dan benar-benar bantu orang.
Tahukah anda?
Saudari pertama dibawa ke perjumpaan
selama bertahun-tahun.
Kemudian, suaminya bahkan tunjuk minat terhadap Bible.
Bagi saudari muda itu pula, keluarganya dibaptis.
Apa pengajarannya?
Jika kita luang masa tunjuk pengertian dan keprihatinan
untuk galakkan saudara saudari,
kita disenangi Yehuwa.
Mari bincang satu lagi keadaan yang buat kita susah
tunjuk pengertian.
Ini tentang pandangan kita terhadap kerja.
Kadang-kadang kita terlalu bertumpu pada kerja sendiri
sehingga lupa kesannya terhadap
orang lain.
Kita semua bekerja keras dalam tugasan masing-masing.
Ini sebahagian ibadat kita.
Kita lakukannya dengan serius.
Itu bagus.
Tapi kadang-kadang kita perlu lihat
kaitan antara kerja kita
dengan apa Yehuwa ingin organisasi-Nya capai.
Cuba fikir apa lagi maksud “pengertian”?
Kita perlu fikir suatu situasi dari pelbagai sudut pandangan
supaya ada pengetahuan yang membolehkan kita
bertindak dengan bijak dan berjaya.
Mungkin ini kedengaran rumit.
Tapi ingatlah:
‘Semakin banyak tanggungjawab seseorang,
semakin tinggi harapan orang terhadapnya.’
Maka, berjaya tidak sekadar bermaksud
kita selesaikan kerja sendiri.
Memang, kita perlu selesaikan kerja kita.
Tapi, kita juga perlu bantu bahagian Bethel atau orang lain
supaya mereka lebih senang selesaikan kerja.
Itu akan kuatkan dan galakkan orang lain.
Jadi dengan fikir dari pelbagai sudut, tunjuk pengertian,
dan bekerjasama dengan orang lain,
kita dapat selesaikan kerja.
Apa yang bantu kita
tunjuk pengertian dan bekerjasama dengan saudara saudari?
Mari buka Bible ke Filipi bab 2.
Kita baca ayat 3 dan 4.
Filipi 2:3, 4.
“Janganlah suka bertengkar atau bersikap sombong.
Sebaliknya dengan rendah hati,
anggaplah orang lain lebih baik daripada diri kamu sendiri.
Jagalah kepentingan orang lain,
dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”
Ayat ini merujuk kepada kepentingan rohani.
Apa yang bantu kita jaga kepentingan orang lain
untuk terus sembah Yehuwa?
Rendah hati.
Ambil berat terhadap kerja orang.
Lagipun, Yehuwa suruh kita anggap kerja bahagian Bethel
atau orang lain
lebih baik atau lebih penting daripada kerja kita.
Berita baiknya, mereka juga akan buat begitu.
Jika kita buat kerja dengan baik
tapi bahagian Bethel lain rasa susah
kerana cara kita buat kerja itu,
adakah kita akan disenangi Yehuwa?
Semua kerja di Bethel ialah kerja Yehuwa.
Jadi kalau kita buat orang susah buat kerja mereka,
kita sebenarnya halang kerja siapa?
Yehuwa.
Semasa Musa di Meriba, dia berjaya keluarkan air,
tapi adakah caranya disenangi Yehuwa?
Pengajarannya, kadang-kadang
kita sangka kerja kita lebih penting,
rumit, dan mendesak.
Kerja orang lain pula lebih senang.
Mereka patut buat saja apa yang kita minta.
Tapi, jika kita rendah hati,
kita akan bekerjasama
dengan orang lain.
Carilah penyelesaian bersama.
Pengertian juga termasuk
menggunakan pertimbangan baik.
Hari ini nampaknya banyak orang
tidak guna pertimbangan baik.
Tapi sebagai penyembah Yehuwa, kita cuba.
Kita sedar jika kita berkomunikasi dengan jelas,
lebih senang kita faham satu sama lain.
Bayangkan anda perlu pemadam api.
Orang lain tidak tahu anda perlukannya
untuk ganti yang lama atau sebab ada kebakaran.
Jika kita ada pertimbangan baik,
kita sedar orang itu akan beri kita pemadam api secepat mungkin
jika dia tahu ada kebakaran.
Dia perlu faham situasi.
Komunikasi baik penting untuk tunjuk pengertian.
Kita akan berjaya jika dengan rendah hati,
kita anggap kerja orang lain lebih penting.
Tambahan pula, jika kita luang masa tunjuk keprihatinan,
kita lebih senang bekerjasama dengan orang lain.
Oleh itu, kita tidak membuat keputusan sendiri
dan harap orang lain ikut.
Sebaliknya, kita sama-sama rancang kerja.
Hasilnya, kita bersatu padu.
Perpaduan kuatkan kita.
Orang yang bekerjasama disenangi Yehuwa.
Mazmur 133:1 kata,
“Alangkah baiknya dan indahnya . . . hidup bersatu padu!”
Kita juga perlu kuat untuk sesuaikan diri dengan perubahan.
Contohnya, di mana kita tinggal dan berkhidmat,
tugasan kita, cara kerja kita dilakukan,
dan penggunaan alat serta teknologi.
Perubahan boleh buat kita risau dan cemas.
Itu biasa.
Anda semua sedang sesuaikan diri dengan perubahan.
Bagaimana kita bantu kuatkan
saudara saudari semasa perubahan?
Kita bincang tentang para saudara dulu.
Kadang-kadang,
anda terlibat dalam membuat keputusan yang bawa perubahan
bagi orang lain.
Ingatlah betapa penting tanggungjawab itu.
Anda ingin keputusan itu disenangi Yehuwa.
Pengertian bantu anda kuatkan orang lain
semasa ada perubahan.
Bagaimana?
Mari kita baca Yesaya bab 60.
Yesaya 60:17.
“Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti tembaga,
perak sebagai ganti besi, tembaga sebagai ganti kayu,
dan besi sebagai ganti batu.
Aku akan melantik kedamaian sebagai penyeliamu
dan keadilan sebagai pengawasmu.”
Kita tahu maksud ayat ini.
Yehuwa kata Dialah yang akan menyebabkan perubahan.
Nampaknya setiap minggu ada perubahan.
Jadi Yehuwa bawa perubahan, dan itu bagus.
Memang besi bagus, tapi emas lagi bagus.
Kita mengalu-alukan perubahan daripada Yehuwa.
Tapi perubahan sedemikian ada kalanya buat kita risau.
Itu okey.
Kita akan atasinya.
Fikir contoh perubahan ini.
Jika mesin baharu dapat cetak dengan lebih berkesan,
pekerja dapat dikurangkan.
Sudah tentu akan ada perubahan tugasan.
Bagaimana kita harunginya?
Perhatikan ayat tadi kata Yehuwa
“melantik kedamaian sebagai penyeliamu
dan keadilan sebagai pengawasmu.”
Maksudnya, anda para saudara
dapat bantu orang hadapi perubahan.
Apa yang kita tahu tentang keadilan,
pandangan Yehuwa terhadap penyembah-Nya,
dan cara mereka dijaga?
Mari baca Ibrani 6:10.
Ibrani 6:10.
‘Tuhan bukannya tidak adil.
Dia tidak lupa kerja dan kasih
yang telah kamu tunjukkan demi nama-Nya
dengan menolong umat suci-Nya,
baik dahulu mahupun sekarang.’
Menarik kan?
Yehuwa tidak adil
jika Dia lupa kerja keras yang telah dilakukan seseorang.
Anda mungkin fikir kerja keras seseorang
akan dilupakan selepas perubahan.
Sepatutnya kita tidak lupa.
Untuk tunjuk keadilan, semasa perubahan berlaku, besi jadi emas,
kita masih ingat
orang yang kita kerja bersama
dan apa yang pernah mereka buat.
Kita tunjuk belas kasihan semasa buat perubahan.
Sebagai penyelia, kita tidak abaikan perasaan orang
dan hanya bertumpu pada kerja.
Kita perlu kenali saudara saudari
untuk kuatkan mereka.
Jadi sebagai penyelia,
tanya diri, “Adakah saya cari saudara saudari
dan cakap dengan mereka?
Adakah saya tanya tentang keluarga, cabaran,
pandangan, dan cadangan mereka?”
Anda akan tahu,
ada yang suka dan ada yang tidak suka perubahan tertentu.
Tahukah anda siapa yang tidak suka
dan cara bantu mereka?
Sudah tentu kita masih perlu buat perubahan.
Yehuwa kata akan ada perubahan.
Tapi kerana Yehuwa tidak lupa
kerja dan kasih yang ditunjukkan oleh saudara saudari,
begitu juga kita.
Kita bantu mereka untuk hadapi perubahan.
Barulah kita akan disenangi Yehuwa.
Saudari-saudari juga dapat bantu.
Anda mungkin terjejas dengan suatu perubahan,
tapi sikap positif dan sokongan anda
akan galakkan orang lain.
Selain itu, semasa anda lihat apa yang ingin para saudara capai,
berilah cadangan tentang cara terbaik untuk lakukan perubahan
dan bekerjasamalah.
Kita sudah bincang beberapa keadaan
untuk tunjuk pengertian agar disenangi Yehuwa.
Hasilnya kita galakkan orang.
Jadi, tunjuklah keprihatinan dan dengarlah dengan teliti.
Dengan rendah hati
anggaplah kerja orang lain lebih penting daripada kerja anda.
Ini akan bantu kita bekerjasama dan bersatu padu.
Sokonglah saudara saudari semasa ada perubahan.
Pengertian bantu kita berjaya dalam khidmat kita kepada Yehuwa.
Kami ingin anda semua berjaya dalam tugasan anda.
Yehuwa lakukan perkara luar biasa pada hari-hari terakhir.
Kita ada penghormatan
berkhidmat kepada Yehuwa
dengan damai dan sukacita.
Kita ingin anda semua
tetap nikmati berkat ini
dan jemput lebih ramai orang sertai kita.
Pelajar kelas Gilead yang ke-158,
anda telah terima banyak latihan dan pengalaman di Gilead.
Kami galakkan anda gunalah peluang baik
yang anda ada untuk sokong dan jaga saudara saudari.
Kami sayang anda.
Kami yakin anda akan terus tunjuk pengertian
dan terus disenangi Yehuwa.
Sekarang kita sudah sampai ke bahagian yang menarik
dalam program ini.
Pastinya anda nampak banyak sampul surat di atas meja.
Ini bukanlah sampul surat yang biasa.
Setiap sampul ini mengandungi diploma
untuk para pelajar kita.
Selepas mereka menerima diploma ini,
mereka bukan lagi pelajar,
tetapi mereka akan menjadi
lulusan Sekolah Gilead.
Sudah masanya kita menjemput para pelajar
untuk menerima diploma mereka.
Saudara David akan menyampaikannya.
Saudara Abreu akan kembali ke cawangan Republik Dominika.
Saudara Aimé akan kembali ke cawangan Haiti.
Saudara Alatorre ditugaskan ke cawangan Amerika Syarikat.
Saudara dan Saudari Arencibia kembali ke cawangan Amerika Syarikat.
Saudara Arulappa ditugaskan ke cawangan Sri Lanka.
Saudara dan Saudari Barrett akan kembali ke cawangan Micronesia.
Saudara Bundavica kembali ke cawangan Croatia.
Saudara dan Saudari Carrillo akan kembali ke cawangan Peru.
Saudara dan Saudari Connell kembali ke cawangan Congo (Kinshasa).
Saudara Dallmann kembali ke cawangan Eropah Tengah.
Saudara François ditugaskan ke cawangan Mozambique.
Saudara Gołąb akan kembali ke cawangan Poland.
Saudara dan Saudari Gratrix ditugaskan ke cawangan Jepun.
Saudara dan Saudari Hadad akan kembali ke cawangan Paraguay.
Saudara dan Saudari Iewago kembali ke cawangan Papua New Guinea.
Saudara Katsantonis kembali ke cawangan Greece.
Saudara dan Saudari Koch akan kembali ke cawangan Chile.
Saudara Mattusch akan kembali ke cawangan Eropah Tengah.
Saudara dan Saudari Momo kembali ke cawangan Cameroon.
Saudara Musona kembali ke cawangan Zimbabwe.
Saudara Muthami kembali ke cawangan Afrika Timur.
Saudara Ndayisaba kembali ke cawangan Rwanda.
Saudara Njewa akan kembali ke cawangan Malawi.
Saudara Ortega kembali ke cawangan Sepanyol.
Saudara dan Saudari Pavlov kembali ke cawangan Bulgaria.
Saudara dan Saudari Peinado kembali ke cawangan Venezuela.
Saudara dan Saudari Pijalović kembali ke cawangan Croatia.
Saudara dan Saudari Raymond kembali ke cawangan Trinidad dan Tobago.
Saudari Şiriner akan kembali ke cawangan Turkiye.
Saudara Székely kembali ke cawangan Hungary.
Saudara dan Saudari Uriarte akan kembali ke cawangan Myanmar.
Saudara van der Veen ditugaskan ke cawangan Congo (Kinshasa).
Saudari Waichigo akan kembali ke cawangan Afrika Timur.
Saudara dan Saudari Youquoi akan kembali ke cawangan Liberia.
Wah, sangat menyeronokkan.
Kerja saya senang.
Saya masih ingat semasa saya diberi penghormatan
menjadi pengerusi lima tahun yang lalu
untuk kelas yang ke-148
sejurus sebelum pandemik melanda.
Anda pasti ingat masa itu
saya tidak dapat bersalaman,
hanya dapat buat sentuhan siku.
Hari ini saya gembira dapat bersalaman dengan para pelajar
dan mengucapkan tahniah kepada mereka atas pencapaian mereka.
Sekarang mari tengok semua pelajar.
Jelaslah kami sangat bangga dengan anda semua.
Kami bangga dengan pencapaian anda
dan kami tahu anda akan buat yang terbaik pada masa depan.
Sekarang kita ingin menjemput Saudara Senad Pijalović.
Harap sebutan saya betul.
Kamu faham kan kenapa Saudara Schafer yang memanggil semua nama?
Sekarang Saudara Senad Pijalović
akan membaca surat daripada kelas.
“Kepada Badan Pimpinan,
Kami sangat mengasihi anda dan bersyukur
kerana ada peluang ini untuk menghadiri Sekolah Gilead.
Kemurahan hati dan kasih setia anda semua buat kami terharu.
Kami tahu diajar oleh Yehuwa
adalah pengalaman yang sangat indah.
Tapi, seperti di Efesus 3:20,
‘Yehuwa telah melakukan jauh lebih banyak
daripada apa yang kita minta atau fikirkan.’
Seraya kami belajar Bible,
kami dapat mengenali Yehuwa dan Yesus dengan lebih mendalam.
Kami rasa amat dikasihi
apabila kami tahu betapa banyak
Yehuwa dan Yesus peduli tentang manusia.
Kami tidak meragui kasih Yehuwa dan Yesus,
dan kami juga bertekad untuk tiru mereka.
Dapat dididik oleh Yehuwa ialah kurniaan yang sangat indah.
Para pengajar kami seperti bapa yang pengasih
seraya mereka guna Firman Yehuwa untuk membantu kami sedia
menjalankan tugasan pada masa depan.
Kami dapat belajar banyak
semasa ahli Badan Pimpinan sendiri datang untuk mengajar kami.
Terima kasih kerana mengambil berat tentang kami,
dan untuk kerja keras anda semua.
Kami juga meraih banyak manfaat daripada ceramah-ceramah
dan lawatan daripada pembantu Badan Pimpinan
dan pengajar undangan.
Yehuwa seolah-olah gunakan para saudara ini
untuk menyediakan muzik yang indah,
yang kami hargai dan akan ingat untuk selamanya.
Kami juga belajar banyak tentang kasih dan kemurahan hati
yang ditunjukkan oleh keluarga Bethel Amerika Syarikat.
Cara anda melayan kami jelas menunjukkan
anda semua meniru sifat-sifat Yehuwa.
Ini mendorong kami untuk buat yang sebaik mungkin
agar umat Yehuwa juga berasa dikasihi
seperti apa yang kami rasai di sini.
Semasa kami fikir tentang semua berkat yang telah kami raih,
kami didorong untuk menanya soalan di Mazmur 116:12,
‘Apakah yang dapat kami berikan kepada Yehuwa
untuk membalas segala kebaikan-Nya?’
Seperti ayat itu kata, kami tidak mampu membalas Yehuwa.
Tapi, kami bertekad untuk jadi seperti Ribka yang kata,
Kami sudi.
Kami sedih tinggalkan tempat ini
kerana kami kasihi satu sama lain.
Meskipun begitu,
kami bersedia untuk melakukan kehendak Yehuwa,
menerapkan apa yang kami belajar,
dan laksanakan tanggungjawab kami.
Dengan rasa syukur dan kasih,
daripada pelajar kelas Gilead ke-158.”
Surat itu sangat bagus dan menunjukkan kepada kami
perasaan setiap pelajar.
Dalam surat, anda kata anda gembira bersama kami
selama lima bulan ini.
Kami juga gembira bersama anda.
Kita saling menggalakkan.
Tetapi sekarang,
mari kita bincang semula Matius 5:13.
Yesus kata,
“Kamu ialah garam dunia.”
Kata-kata ini ditujukan kepada anda.
Kita telah membincangkan ciri-ciri garam
seperti penambah rasa.
Selain itu, garam ialah pembasmi kuman,
dan garam juga merupakan pengawet.
Satu lagi ciri garam yang kita akan bincang
ialah
garam sangat bernilai.
Sebenarnya, menurut buku “Pemahaman,”
“bukan senang untuk semua orang mendapatkan garam.
Peperangan dan revolusi pernah tercetus disebabkannya.
Di China kuno, garam kedua penting dari segi nilai.
Isteri dan anak dijual menjadi hamba disebabkan garam.
Askar-askar Kaisar mendapatkan wang untuk membeli garam.
Jumlah wang itu dipanggil salarium.
Perkataan ‘salary’ dalam bahasa Inggeris
datang daripada perkataan itu.”
Walaupun garam mudah didapati pada zaman Yesus,
dia pasti tahu sejarah tentang garam
dan betapa berharganya garam pada zaman dahulu.
Pada zaman Yesus,
garam boleh didapati dari bukit-bukit
yang mengandungi garam berhampiran dengan Laut Mati,
serta melalui penyejatan air dari Laut Mati.
Nampaknya, mereka ada banyak garam.
Ya, Yesus pasti tahu sejarah ini dan dia juga tahu
garam sangat berharga meskipun mudah didapati.
Dia tahu
ada banyak hal baik yang anda boleh lakukan dengan garam.
Dahulu, garam sangat berharga dan begitu juga pada hari ini.
Satu lagi hal yang mungkin diingat oleh Yesus ialah
terdapat 226 gram, iaitu
kira-kira 0.23 kilogram garam dalam tubuh manusia.
Sebagai “jurubina yang mahir”
yang membuat segala sesuatu, termasuk manusia,
dia pasti tahu tentang hal itu dan juga tahu
tanpa garam dalam tubuh kita, kita akan mati.
Jika kita kurang garam pun,
pengambilan garam tidak seimbang, atau terlalu sedikit,
hal ini dapat menyebabkan loya,
kekeliruan, kekejangan otot, sawan,
bengkak otak, koma, dan bahkan kematian.
Sebagai “jurubina yang mahir,”
Yesus pasti tahu tentang hal itu.
Dia bersama Yehuwa semasa mencipta segala sesuatu,
termasuk manusia.
Ya, sekali lagi dia memberi pujian,
Anda berharga.
Kami juga berasa demikian.
Kami mengasihi anda.
Anda bernilai dan berharga.
Kami sangat gembira dengan apa yang telah anda lakukan,
dan kami tahu anda akan buat yang terbaik
pada masa depan.
Sebagai kesimpulan, kami mahu bacakan doa di Bilangan bab 6,
“Semoga Yehuwa memberkati
dan melindungi kamu.
Semoga Yehuwa memancarkan cahaya-Nya ke atas kamu,
dan . . . merahmati kamu.
Semoga Yehuwa berkenan kepada kamu
dan mengurniai kamu kedamaian.”
Itulah doa kami
kepada anda semua
52 lulusan Gilead,
kelas yang ke-158.
Kami yakin
para lulusan akan melakukan tugasan mereka dengan baik sekali.
Tidak lama lagi,
anda dapat menonton ceramah-ceramah lain di laman web jw.org
dan aplikasi JW Library®.
Sebelum berakhir, jom melawat saudara saudari di Zimbabwe.
Negara ini tidak ada pantai dan mempunyai tiga jenis iklim:
iklim sederhana di dataran tinggi,
panas dan kering di Lembah Zambezi,
dan sejuk dan berhujan di tanah tinggi bahagian timur.
Negara ini ada 16 bahasa rasmi.
Jagung ditanam di merata tempat dan dimasak dalam pelbagai cara.
Orang Zimbabwe akan merebusnya, memanggangnya,
dan bahkan menapaikannya
untuk menghasilkan minuman tidak beralkohol
yang dipanggil mahewu.
Sejenis makanan yang popular ialah sadza.
Jagung putih akan ditumbuk menjadi tepung
dan dimasak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur pekat.
Sadza biasanya dimakan dengan tangan
dan dimakan bersama pelbagai lauk, seperti kaki lembu,
stik, dan sayur yang berkuah kacang.
Orang di Zimbabwe mula belajar kebenaran sekitar tahun 1920.
Bahan bacaan dibawa masuk
oleh pekerja dari Malawi dan Afrika Selatan.
Belakangan, kumpulan pembelajaran ditubuhkan.
Antara penyiar terawal di Zimbabwe
ialah Nason Mukaronda
yang dibaptis pada 1924.
Tidak lama kemudian,
pihak kerajaan menentang kita kerana tidak suka
orang daripada pelbagai bangsa berkumpul bersama.
Menjelang 1940,
semua bahan bacaan kita diharamkan.
Saudara saudari sering ditangkap dan dibawa ke mahkamah,
tetapi mereka tetap setia.
Enam tahun kemudian, Saksi tidak lagi diharamkan.
Kerja penyebaran terus berkembang maju
sehingga perang tercetus pada 1970-an.
Ramai saudara dipenjarakan kerana tetap neutral.
Inilah Bible yang mereka kongsi semasa di penjara.
Kita bersyukur kerana selepas perang,
saudara saudari menikmati masa kedamaian sehingga sekarang.
Kini terdapat 50,000 penyiar di sana
yang mengadakan lebih daripada 103,000 pembelajaran Bible!
Inilah saudara saudari dari Sidang Waterfalls di Harare,
ibu kota Zimbabwe.
Dewan Perjumpaan mereka ialah dewan pertama di negara itu.
Mereka ada kira-kira 200 pelajar Bible
dan mereka ingin beritahu anda,
Dalam bahasa Shona, maksudnya,
“Apa khabar?
Kami sayang kamu.”
Kami juga kirim salam kasih kepada anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.