00:00:01
Beberapa bulan ini, anda telah menerima00:00:04
00:00:04
latihan yang bantu anda semakin menghampiri Yehuwa00:00:08
00:00:08
serta lebih menghargai sifat-sifat-Nya.00:00:11
00:00:11
Latihan ini telah menguatkan iman anda00:00:14
00:00:15
dan juga membolehkan anda melayani orang lain00:00:19
00:00:19
secara pengasih dan bermakna.00:00:22
00:00:23
Dalam hidup Musa,00:00:25
00:00:25
dia juga pernah terima latihan sebegini.00:00:28
00:00:28
Saya bukannya cakap tentang masa dia menyeberangi Laut Merah00:00:32
00:00:32
atau menerima Hukum Tuhan di Gunung Sinai.00:00:36
00:00:37
Tetapi, saya fikir tentang masa dia berada di perigi di Midian.00:00:42
00:00:42
Walaupun dia kehilangan banyak pada masa itu,00:00:46
00:00:46
dia tetap pilih untuk melayani orang lain.00:00:50
00:00:51
Sila buka Bible di Keluaran bab 2.00:00:54
00:00:54
Cuba bayangkan anda di sana.00:00:56
00:00:56
Keluaran bab 2.00:00:58
00:00:59
Masa itu, Musa dalam situasi susah.00:01:02
00:01:03
Dia baru saja bunuh seorang lelaki Mesir00:01:06
00:01:06
yang pukul seorang lelaki Israel.00:01:08
00:01:09
Tindakan Musa menunjukkan dia memandang dirinya00:01:12
00:01:12
bukan sebagai orang Mesir,00:01:14
00:01:14
tapi sebagai umat Yehuwa.00:01:16
00:01:17
Keesokan harinya, semasa Musa cuba menghentikan00:01:21
00:01:21
pergaduhan antara dua lelaki Israel,00:01:23
00:01:24
salah seorangnya menjadi marah.00:01:27
00:01:27
Di Keluaran 2:14, lelaki itu kata,00:01:30
00:01:30
“Siapakah yang melantik kamu00:01:32
00:01:32
untuk menjadi pemimpin dan hakim kami?00:01:34
00:01:35
Adakah kamu mahu membunuh aku seperti kamu00:01:38
00:01:38
membunuh orang Mesir itu?”00:01:39
00:01:41
Dari saat itu, hidup Musa berubah.00:01:44
00:01:44
Ayat itu sambung dengan kata, “Musa menjadi takut”00:01:48
00:01:48
kerana dia sedar perbuatannya sudah diketahui orang.00:01:51
00:01:52
Kemudian, situasi Musa menjadi lebih buruk.00:01:55
00:01:56
Ayat 15 kata, ‘Firaun mendengar hal itu00:01:59
00:01:59
dan mahu membunuh Musa.00:02:01
00:02:01
Tetapi Musa larikan diri ke Midian.00:02:04
00:02:04
Apabila dia tiba, Musa berehat dekat sebuah perigi.’00:02:08
00:02:10
Jadi Firaun yang membesarkan Musa dalam keluarga diraja,00:02:13
00:02:14
juga tahu tentang pembunuhan itu.00:02:16
00:02:17
Tapi Firaun tidak lindungi Musa00:02:19
00:02:19
dan bahkan mahu Musa mati.00:02:21
00:02:22
Jadi Musa larikan diri.00:02:24
00:02:24
Cuba bayangkan, Musa telah berjalan berhari-hari00:02:28
00:02:28
di jalan yang keadaannya teruk.00:02:30
00:02:30
Badannya berhabuk dan dia kepenatan.00:02:33
00:02:34
Dia kehilangan kedudukan tingginya di Mesir.00:02:37
00:02:38
Dia hanya orang yang biasa dan dia keseorangan.00:02:42
00:02:43
Dia memikirkan hal-hal yang baru berlaku.00:02:46
00:02:46
Kemungkinan besar dia berasa sangat risau dan tertekan.00:02:51
00:02:52
Tetapi kemudian, perhatikan ayat 16 dan 17 kata,00:02:56
00:02:56
‘Imam Midian mempunyai tujuh anak perempuan.00:02:59
00:02:59
Mereka datang menimba air untuk ternakan ayah mereka.00:03:03
00:03:04
Namun, seperti biasa para gembala datang dan mengusir mereka.00:03:08
00:03:08
Oleh itu, Musa membantu mereka00:03:11
00:03:11
dan memberi minum kepada ternakan mereka.’00:03:13
00:03:14
Ayat itu kata, “seperti biasa.”00:03:18
00:03:18
Ini menunjukkan hal itu selalu berlaku.00:03:21
00:03:21
Para wanita itu sudah jangka akan dibuli para gembala.00:03:25
00:03:26
Tapi ini kali, Musa nampak dan bantu mereka.00:03:30
00:03:31
Musa tidak fikir, “Ini bukan masalah saya.”00:03:35
00:03:35
Dia juga tidak fikir, “Ini seperti apa yang berlaku di Mesir.00:03:40
00:03:40
Kali ini saya tidak mahu terlibat lagi.”00:03:43
00:03:45
Tidak.00:03:45
00:03:46
Dia bantu mereka dan beri minum kepada ternakan mereka.00:03:50
00:03:50
Catatan itu tidak sebut bahawa Musa memperkenalkan dirinya.00:03:54
00:03:54
Musa orang yang tidak dikenali,00:03:56
00:03:56
yang kebetulan ada di situ.00:03:58
00:03:59
Perhatikan cara Musa digambarkan di ayat 18-20.00:04:03
00:04:04
‘Apabila mereka pulang, ayah mereka bertanya, 00:04:07
00:04:08
“Mengapa kamu cepat sekali pulang hari ini?”00:04:10
00:04:11
Mereka menjawab, “Seorang lelaki Mesir menyelamatkan kami 00:04:15
00:04:15
daripada gembala-gembala itu.00:04:17
00:04:18
Dia juga menimba air untuk kami 00:04:20
00:04:21
dan memberi minum kepada ternakan kita.”00:04:23
00:04:24
Bapa mereka berkata, “Di manakah orang itu?00:04:27
00:04:28
Pergilah jemput dia untuk makan bersama.”’00:04:31
00:04:32
Mereka tidak tahu nama Musa 00:04:34
00:04:34
dan hanya tahu dia “lelaki Mesir.”00:04:36
00:04:36
Tapi di ayat 21, sebagai hasil kebaikan hati Musa, 00:04:41
00:04:41
dia mendapat tempat tinggal, 00:04:43
00:04:43
sebuah keluarga, dan kehidupan baharu.00:04:46
00:04:47
Yehuwa tidak meninggalkan Musa.00:04:49
00:04:50
Yehuwa perhatikan Musa,00:04:52
00:04:52
seorang lelaki yang berbelas kasihan00:04:55
00:04:55
dan sudi melayani orang00:04:57
00:04:57
biarpun semasa tiada orang nampak.00:04:59
00:04:59
Sifat-sifat Musa telah bantunya menjadi 00:05:02
00:05:02
pemimpin umat Tuhan yang berani dan setia.00:05:06
00:05:07
Jadi, apa pengajaran kisah ini00:05:10
00:05:10
yang berguna dalam tugasan anda?00:05:12
00:05:13
Mari bincang tiga pengajaran.00:05:15
00:05:15
Pertama: Cubalah memberi galakan kepada orang lain.00:05:19
00:05:20
Semasa Musa nampak orang yang perlu bantuan,00:05:22
00:05:22
dia membantu.00:05:24
00:05:24
Anda sudah dilatih untuk cuba faham keadaan sebenar.00:05:28
00:05:28
Contohnya, rakan kerja anda nampak diam atau risau.00:05:32
00:05:32
Mungkin juga seseorang rasa susah untuk menginjil.00:05:35
00:05:36
Di Gilead, anda belajar pelbagai cara untuk membantu,00:05:40
00:05:40
seperti tunjuk ayat Bible, dengar dengan teliti,00:05:44
00:05:44
atau berdoa bagi orang itu.00:05:45
00:05:47
Dengan itu, kita seolah-olah00:05:50
00:05:50
“memberi minum kepada ternakan.”00:05:52
00:05:53
Ingatlah, anda bukan saja balik kepada00:05:56
00:05:56
sebuah tugasan atau negara.00:05:58
00:05:59
Anda balik kepada saudara saudari anda,00:06:02
00:06:02
dan teladan anda dapat kuatkan mereka.00:06:05
00:06:07
Ini pengajaran kedua:00:06:08
00:06:09
Layanilah orang lain dengan rendah hati.00:06:12
00:06:12
Musa bukan saja lindungi para wanita itu, 00:06:15
00:06:16
tapi juga memberi minum kepada ternakan.00:06:19
00:06:19
Dia sedaya upaya layani orang lain tanpa mementingkan diri.00:06:24
00:06:25
Hasilnya, dia dipercayai.00:06:27
00:06:28
Ramai saudari dalam kelas ini juga buat hal yang sama.00:06:31
00:06:31
Selama bertahun-tahun anda menunjukkan00:06:34
00:06:34
keberanian dan kerendahan hati seperti Musa.00:06:37
00:06:38
Ada yang pernah berkhidmat di00:06:39
00:06:39
kawasan yang lebih perlukan bantuan,00:06:41
00:06:42
belajar bahasa yang susah,00:06:44
00:06:44
atau menjadi pekhidmat ulang-alik Bethel 00:06:48
00:06:48
beberapa hari seminggu00:06:50
00:06:50
di pejabat cawangan atau penterjemahan.00:06:53
00:06:54
Sering kali, saudari buat begitu dalam keadaan yang susah,00:06:58
00:06:59
tanpa harapkan apa-apa balasan.00:07:01
00:07:02
Saudari lakukannya bukan kerana ingin diberi kedudukan,00:07:06
00:07:06
dipuji, atau pergi ke Gilead.00:07:08
00:07:09
Tapi anda lakukannya kerana mengasihi Yehuwa00:07:13
00:07:13
dan saudara saudari anda.00:07:15
00:07:15
Orang lain dapat lihat anda berkhidmat dengan rendah hati.00:07:19
00:07:20
Contoh anda menggalakkan saudara saudari00:07:23
00:07:23
untuk berkhidmat dengan rendah hati.00:07:25
00:07:25
Yakinlah bahawa Yehuwa hargai khidmat sedemikian.00:07:31
00:07:31
Begitu juga saudara saudari.00:07:33
00:07:33
Jadi, teruslah berkhidmat dengan rendah hati,00:07:38
00:07:38
kasih yang mendalam, dan iman yang kuat.00:07:41
00:07:42
Ini pengajaran ketiga:00:07:43
00:07:44
Layani orang lain biarpun rasa lemah.00:07:48
00:07:49
Keadaan Musa memang susah semasa dia bantu di perigi.00:07:53
00:07:54
Masa itu dia pelarian.00:07:56
00:07:56
Dia tidak pasti apa dia patut buat.00:07:58
00:08:00
Dia keseorangan dan tidak tahu apa akan berlaku.00:08:04
00:08:04
Tapi biarpun dalam keadaan susah, dia pilih00:08:08
00:08:08
melayani orang lain dengan memberi minum kepada ternakan.00:08:12
00:08:13
Ini pengajaran yang penting sebab ada kalanya 00:08:16
00:08:16
kita rasa susah untuk berkhidmat kepada orang lain.00:08:20
00:08:20
Ini mungkin berlaku semasa belajar tentang budaya baharu,00:08:25
00:08:25
bahasa baharu, atau menyesuaikan diri di bahagian Bethel baharu.00:08:30
00:08:30
Mungkin juga, kita tidak dapat buat apa yang kita biasa lakukan 00:08:34
00:08:34
dalam ibadat kita atau kita rasa orang lain 00:08:37
00:08:37
tidak nampak apa kita buat.00:08:38
00:08:39
Mungkin orang lain salah faham terhadap kita00:08:41
00:08:41
atau orang yang seumur atau lebih muda beri kita nasihat.00:08:45
00:08:46
Atau kita letih, rindu keluarga, atau ada masalah kesihatan.00:08:51
00:08:51
Pada saat sebegitu, kita tiada keinginan untuk berkhidmat.00:08:55
00:08:56
Tapi contoh Musa, ingatkan kita00:08:59
00:08:59
biarpun semasa lemah, kita dapat bantu orang.00:09:03
00:09:05
Yehuwa tidak harap kita sempurna sekarang.00:09:07
00:09:07
Dia hargai khidmat sukarela kita,00:09:10
00:09:10
terutamanya semasa kita rasa lemah.00:09:12
00:09:13
Jadi, jika anda rasa tugasan anda susah,00:09:16
00:09:16
masanya kurang sesuai,00:09:17
00:09:17
atau orang lain tidak tahu apa anda buat,00:09:20
00:09:20
ingatlah 2 Korintus 12:10,00:09:23
00:09:24
“Apabila aku lemah, aku menjadi kuat.”00:09:28
00:09:29
Seperti Musa di perigi, kerja yang kita buat00:09:33
00:09:33
dengan rendah hati untuk bantu orang,00:09:35
00:09:35
menjadi lebih berkesan dengan sokongan Yehuwa.00:09:39
00:09:41
Jadi, semasa kaji kisah Musa di perigi,00:09:44
00:09:44
apa pengajaran berguna bagi tugasan baharu anda?00:09:48
00:09:49
Saat itu, Musa bukannya pemimpin atau membuat mukjizat.00:09:52
00:09:53
Dia lelaki biasa yang pilih untuk berkhidmat00:09:56
00:09:56
kepada orang biarpun dalam kesusahan.00:09:59
00:10:00
Jadi dalam tugasan baharu anda,00:10:02
00:10:02
ingatlah untuk galakkan orang lain.00:10:04
00:10:04
Iman anda yang kuat dapat galakkan orang.00:10:07
00:10:07
Berkhidmatlah kepada orang dengan rendah hati dan kasih.00:10:12
00:10:12
Biarpun orang lain tidak nampak, khidmat anda penting.00:10:16
00:10:16
Teruslah sudi berkhidmat biarpun semasa lemah 00:10:19
00:10:19
kerana Yehuwa dan orang lain amat menghargainya.00:10:22
00:10:23
Ada satu peringatan daripada Firman Tuhan tentang sikap ini.00:10:27
00:10:27
Mari lihat Galatia 6:10.00:10:30
00:10:30
Galatia 6:10 kata,00:10:33
00:10:34
“Maka selagi kita berpeluang,00:10:36
00:10:37
marilah kita berbuat baik kepada semua orang,00:10:40
00:10:40
terutamanya kepada saudara saudari kita yang seiman.”00:10:45
00:10:47
Anda memang sudah buat perkara baik untuk orang lain, 00:10:51
00:10:51
terutamanya saudara saudari,00:10:53
00:10:53
seperti “memberi minum kepada ternakan.”00:10:56
00:10:56
Selepas anda terima latihan Gilead yang bagus ini,00:10:59
00:11:00
anda lebih terdorong untuk terus berkhidmat.00:11:03
00:11:04
Sudikah anda terima peluang untuk berkhidmat00:11:07
00:11:07
biarpun anda tidak menjangkanya,00:11:09
00:11:10
keadaan anda susah, atau orang lain tidak nampak?00:11:14
00:11:14
Anda sudi kerana anda tidak keseorangan.00:11:17
00:11:17
Yehuwa nampak dan hargai usaha anda.00:11:20
00:11:21
Dia akan beri anda kekuatan tepat pada masanya00:11:24
00:11:24
untuk terus berkhidmat.00:11:26
Peter Price: Sudikah Anda Memberi Minum kepada Ternakan?—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-158
-
Peter Price: Sudikah Anda Memberi Minum kepada Ternakan?—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-158
Beberapa bulan ini, anda telah menerima
latihan yang bantu anda semakin menghampiri Yehuwa
serta lebih menghargai sifat-sifat-Nya.
Latihan ini telah menguatkan iman anda
dan juga membolehkan anda melayani orang lain
secara pengasih dan bermakna.
Dalam hidup Musa,
dia juga pernah terima latihan sebegini.
Saya bukannya cakap tentang masa dia menyeberangi Laut Merah
atau menerima Hukum Tuhan di Gunung Sinai.
Tetapi, saya fikir tentang masa dia berada di perigi di Midian.
Walaupun dia kehilangan banyak pada masa itu,
dia tetap pilih untuk melayani orang lain.
Sila buka Bible di Keluaran bab 2.
Cuba bayangkan anda di sana.
Keluaran bab 2.
Masa itu, Musa dalam situasi susah.
Dia baru saja bunuh seorang lelaki Mesir
yang pukul seorang lelaki Israel.
Tindakan Musa menunjukkan dia memandang dirinya
bukan sebagai orang Mesir,
tapi sebagai umat Yehuwa.
Keesokan harinya, semasa Musa cuba menghentikan
pergaduhan antara dua lelaki Israel,
salah seorangnya menjadi marah.
Di Keluaran 2:14, lelaki itu kata,
“Siapakah yang melantik kamu
untuk menjadi pemimpin dan hakim kami?
Adakah kamu mahu membunuh aku seperti kamu
membunuh orang Mesir itu?”
Dari saat itu, hidup Musa berubah.
Ayat itu sambung dengan kata, “Musa menjadi takut”
kerana dia sedar perbuatannya sudah diketahui orang.
Kemudian, situasi Musa menjadi lebih buruk.
Ayat 15 kata, ‘Firaun mendengar hal itu
dan mahu membunuh Musa.
Tetapi Musa larikan diri ke Midian.
Apabila dia tiba, Musa berehat dekat sebuah perigi.’
Jadi Firaun yang membesarkan Musa dalam keluarga diraja,
juga tahu tentang pembunuhan itu.
Tapi Firaun tidak lindungi Musa
dan bahkan mahu Musa mati.
Jadi Musa larikan diri.
Cuba bayangkan, Musa telah berjalan berhari-hari
di jalan yang keadaannya teruk.
Badannya berhabuk dan dia kepenatan.
Dia kehilangan kedudukan tingginya di Mesir.
Dia hanya orang yang biasa dan dia keseorangan.
Dia memikirkan hal-hal yang baru berlaku.
Kemungkinan besar dia berasa sangat risau dan tertekan.
Tetapi kemudian, perhatikan ayat 16 dan 17 kata,
‘Imam Midian mempunyai tujuh anak perempuan.
Mereka datang menimba air untuk ternakan ayah mereka.
Namun, seperti biasa para gembala datang dan mengusir mereka.
Oleh itu, Musa membantu mereka
dan memberi minum kepada ternakan mereka.’
Ayat itu kata, “seperti biasa.”
Ini menunjukkan hal itu selalu berlaku.
Para wanita itu sudah jangka akan dibuli para gembala.
Tapi ini kali, Musa nampak dan bantu mereka.
Musa tidak fikir, “Ini bukan masalah saya.”
Dia juga tidak fikir, “Ini seperti apa yang berlaku di Mesir.
Kali ini saya tidak mahu terlibat lagi.”
Tidak.
Dia bantu mereka dan beri minum kepada ternakan mereka.
Catatan itu tidak sebut bahawa Musa memperkenalkan dirinya.
Musa orang yang tidak dikenali,
yang kebetulan ada di situ.
Perhatikan cara Musa digambarkan di ayat 18-20.
‘Apabila mereka pulang, ayah mereka bertanya,
“Mengapa kamu cepat sekali pulang hari ini?”
Mereka menjawab, “Seorang lelaki Mesir menyelamatkan kami
daripada gembala-gembala itu.
Dia juga menimba air untuk kami
dan memberi minum kepada ternakan kita.”
Bapa mereka berkata, “Di manakah orang itu?
Pergilah jemput dia untuk makan bersama.”’
Mereka tidak tahu nama Musa
dan hanya tahu dia “lelaki Mesir.”
Tapi di ayat 21, sebagai hasil kebaikan hati Musa,
dia mendapat tempat tinggal,
sebuah keluarga, dan kehidupan baharu.
Yehuwa tidak meninggalkan Musa.
Yehuwa perhatikan Musa,
seorang lelaki yang berbelas kasihan
dan sudi melayani orang
biarpun semasa tiada orang nampak.
Sifat-sifat Musa telah bantunya menjadi
pemimpin umat Tuhan yang berani dan setia.
Jadi, apa pengajaran kisah ini
yang berguna dalam tugasan anda?
Mari bincang tiga pengajaran.
Pertama: Cubalah memberi galakan kepada orang lain.
Semasa Musa nampak orang yang perlu bantuan,
dia membantu.
Anda sudah dilatih untuk cuba faham keadaan sebenar.
Contohnya, rakan kerja anda nampak diam atau risau.
Mungkin juga seseorang rasa susah untuk menginjil.
Di Gilead, anda belajar pelbagai cara untuk membantu,
seperti tunjuk ayat Bible, dengar dengan teliti,
atau berdoa bagi orang itu.
Dengan itu, kita seolah-olah
“memberi minum kepada ternakan.”
Ingatlah, anda bukan saja balik kepada
sebuah tugasan atau negara.
Anda balik kepada saudara saudari anda,
dan teladan anda dapat kuatkan mereka.
Ini pengajaran kedua:
Layanilah orang lain dengan rendah hati.
Musa bukan saja lindungi para wanita itu,
tapi juga memberi minum kepada ternakan.
Dia sedaya upaya layani orang lain tanpa mementingkan diri.
Hasilnya, dia dipercayai.
Ramai saudari dalam kelas ini juga buat hal yang sama.
Selama bertahun-tahun anda menunjukkan
keberanian dan kerendahan hati seperti Musa.
Ada yang pernah berkhidmat di
kawasan yang lebih perlukan bantuan,
belajar bahasa yang susah,
atau menjadi pekhidmat ulang-alik Bethel
beberapa hari seminggu
di pejabat cawangan atau penterjemahan.
Sering kali, saudari buat begitu dalam keadaan yang susah,
tanpa harapkan apa-apa balasan.
Saudari lakukannya bukan kerana ingin diberi kedudukan,
dipuji, atau pergi ke Gilead.
Tapi anda lakukannya kerana mengasihi Yehuwa
dan saudara saudari anda.
Orang lain dapat lihat anda berkhidmat dengan rendah hati.
Contoh anda menggalakkan saudara saudari
untuk berkhidmat dengan rendah hati.
Yakinlah bahawa Yehuwa hargai khidmat sedemikian.
Begitu juga saudara saudari.
Jadi, teruslah berkhidmat dengan rendah hati,
kasih yang mendalam, dan iman yang kuat.
Ini pengajaran ketiga:
Layani orang lain biarpun rasa lemah.
Keadaan Musa memang susah semasa dia bantu di perigi.
Masa itu dia pelarian.
Dia tidak pasti apa dia patut buat.
Dia keseorangan dan tidak tahu apa akan berlaku.
Tapi biarpun dalam keadaan susah, dia pilih
melayani orang lain dengan memberi minum kepada ternakan.
Ini pengajaran yang penting sebab ada kalanya
kita rasa susah untuk berkhidmat kepada orang lain.
Ini mungkin berlaku semasa belajar tentang budaya baharu,
bahasa baharu, atau menyesuaikan diri di bahagian Bethel baharu.
Mungkin juga, kita tidak dapat buat apa yang kita biasa lakukan
dalam ibadat kita atau kita rasa orang lain
tidak nampak apa kita buat.
Mungkin orang lain salah faham terhadap kita
atau orang yang seumur atau lebih muda beri kita nasihat.
Atau kita letih, rindu keluarga, atau ada masalah kesihatan.
Pada saat sebegitu, kita tiada keinginan untuk berkhidmat.
Tapi contoh Musa, ingatkan kita
biarpun semasa lemah, kita dapat bantu orang.
Yehuwa tidak harap kita sempurna sekarang.
Dia hargai khidmat sukarela kita,
terutamanya semasa kita rasa lemah.
Jadi, jika anda rasa tugasan anda susah,
masanya kurang sesuai,
atau orang lain tidak tahu apa anda buat,
ingatlah 2 Korintus 12:10,
“Apabila aku lemah, aku menjadi kuat.”
Seperti Musa di perigi, kerja yang kita buat
dengan rendah hati untuk bantu orang,
menjadi lebih berkesan dengan sokongan Yehuwa.
Jadi, semasa kaji kisah Musa di perigi,
apa pengajaran berguna bagi tugasan baharu anda?
Saat itu, Musa bukannya pemimpin atau membuat mukjizat.
Dia lelaki biasa yang pilih untuk berkhidmat
kepada orang biarpun dalam kesusahan.
Jadi dalam tugasan baharu anda,
ingatlah untuk galakkan orang lain.
Iman anda yang kuat dapat galakkan orang.
Berkhidmatlah kepada orang dengan rendah hati dan kasih.
Biarpun orang lain tidak nampak, khidmat anda penting.
Teruslah sudi berkhidmat biarpun semasa lemah
kerana Yehuwa dan orang lain amat menghargainya.
Ada satu peringatan daripada Firman Tuhan tentang sikap ini.
Mari lihat Galatia 6:10.
Galatia 6:10 kata,
“Maka selagi kita berpeluang,
marilah kita berbuat baik kepada semua orang,
terutamanya kepada saudara saudari kita yang seiman.”
Anda memang sudah buat perkara baik untuk orang lain,
terutamanya saudara saudari,
seperti “memberi minum kepada ternakan.”
Selepas anda terima latihan Gilead yang bagus ini,
anda lebih terdorong untuk terus berkhidmat.
Sudikah anda terima peluang untuk berkhidmat
biarpun anda tidak menjangkanya,
keadaan anda susah, atau orang lain tidak nampak?
Anda sudi kerana anda tidak keseorangan.
Yehuwa nampak dan hargai usaha anda.
Dia akan beri anda kekuatan tepat pada masanya
untuk terus berkhidmat.
-