JW subtitle extractor

Trent Lippold: Manusia Tidak Sempurna yang Teragung—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead ke-158

Video Other languages Share text Share link Show times

Pengaruhnya kuat
semasa dia hidup dan selepas dia mati.
Apa yang kita dapat belajar daripada kehidupan Yohanes Pembaptis?
Mari lihat.
Mari baca Yohanes 3:27, 28.
Yohanes 3:27, 28:
“Lalu Yohanes menjawab,
‘Seseorang tidak dapat menerima apa-apa
kecuali Tuhan memberikannya kepada dia.
Kamu sendiri menjadi saksiku bahawa aku berkata,
“Aku bukanlah Kristus, tetapi aku telah diutus
terlebih dahulu daripadanya.”’”
Yohanes sedang cakap kepada para muridnya.
Dia kata “seseorang tidak dapat menerima
apa-apa kecuali Tuhan memberikannya kepada dia.”
Jadi, apa yang dia terima?
Dia kata: “Aku telah diutus terlebih dahulu.”
Ya, Yohanes ada tugasan.
Dia ada bahagian penting dalam pelaksanaan tujuan Yehuwa.
Apa peranannya?
Tugasannya sudah diberitahu kepada ibu bapanya
sebelum dia dilahirkan.
Dialah orang yang dinubuatkan oleh Yesaya
yang “sedang berseru di padang belantara.”
Dia juga adalah “Nabi Elia” yang dinubuatkan oleh Maleakhi
Jadi, di manakah dia akan melakukan tugasannya
sebagai nabi yang begitu penting?
Secara logik, anda mungkin fikir Yerusalem tempat yang bagus.
Tapi tidak.
Dia telah menjalankan tugasannya di padang belantara.
Dialah yang “sedang berseru di padang belantara.”
Yohanes ialah orang Nazir,
jadi dia mungkin perlu menolak pelbagai godaan
dan bertumpu pada tugasannya.
Dia tidak dapat nikmati apa yang orang lain nikmati
agar dia dapat melaksanakan tugasannya.
Jadi, apa tugasan Yohanes?
Yohanes seorang nabi yang tidak buat mukjizat.
Tapi dia buat sesuatu yang lebih penting.
Ada dinubuatkan Yohanes akan ‘mengubah hati orang.’
Hukum Musa ialah ‘guru yang memimpin orang kepada Kristus’
dan peranan Yohanes ialah untuk bantu orang Israel
kembali kepada Yehuwa dan terima Mesias.
Daripada teladan Yohanes Pembaptis, kita dapat belajar:
Terima tugasan anda dengan rela
dan buatlah yang terbaik tanpa berputus asa.
Mari baca Yohanes 3:29, 30.
Ini kata-kata murid Yohanes kepadanya di ayat 26:
‘Semua orang pergi kepada Yesus.’
Para murid Yohanes tidak suka melihat tuan mereka
berada di tempat kedua.
Tapi perhatikanlah reaksi Yohanes Pembaptis.
Di ayat 29, dia guna perumpamaan:
“Pengantin perempuan ialah milik pengantin lelaki.
Namun begitu, sahabat pengantin lelaki sangat bersukacita apabila
dia berdiri dan mendengar suara pengantin lelaki.
Oleh itu, sukacitaku sudah sempurna.”
Sukacita Yohanes,
ialah melakukan kerja yang diberikannya oleh Yehuwa.
Ini tunjukkan Yohanes sangat rendah hati.
Dia tidak bertanding dengan Yesus.
Meskipun tugasan Yesus lebih besar,
ini tidak bermakna tugasan Yohanes tidak penting.
Yohanes berpuas hati dengan tugasannya.
Seseorang yang rendah hati akan berpuas hati
dan mudah untuk bersyukur.
Belajar untuk bergembira apabila orang lain terima tugasan.
Perhatikan apa yang dia katakan di ayat 30:
“Murid-murid Kristus akan terus meningkat,
tetapi murid-muridku akan terus berkurang.”
“Berkurang.”
Yohanes tahu bahawa peranannya akan berakhir
dengan beransur-ansur.
Tugasan istimewanya ada permulaan dan akan berakhir.
Kadang-kadang, jika kita faham bahawa semua perkara akan berakhir
dan puas hati dengan tugasan kita,
kita akan ada ketenangan minda.
Yohanes tahu tugasannya akan berakhir.
Tapi Yohanes tidak tahu bila.
Tugasan terbesar Yohanes ialah pembaptisan Yesus
yang berlaku sekitar enam bulan selepas Yohanes mulakan tugasnya.
Enam bulan kemudian, dia dipenjarakan oleh Herodes.
Adakah itu pengakhirannya?
Mari kita baca Markus 6:20.
Markus 6:20.
Ini semasa Yohanes dipenjara.
“Kerana Herodes melindungi Yohanes.
Herodes takut akan Yohanes
kerana Herodes tahu bahawa dia seorang lelaki
yang suci dan yang melakukan apa yang benar.
Setiap kali Herodes mendengar kata-kata Yohanes,
dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Namun, dia tetap suka mendengar kata-katanya.”
Nampaknya, Herodes suka Yohanes dan suka mendengar kata-katanya.
Dia sedar bahawa Yohanes bukan orang biasa.
Jadi, apa yang Yohanes kata kepada Herodes?
Yohanes
sentiasa mengatakan apa yang benar.
Dia tidak mengampu Herodes.
Sebaliknya, dia memberitahunya apa yang benar.
Yohanes masih “berseru di padang belantara.”
Apa yang dia sedang buat?
dia sedang bercakap kepada Herodes supaya
dia dapat bertaubat,
mendapat pengampunan Tuhan, menerima Yesus, dan hidup.
Yohanes masih sedang lakukan tugasannya.
Keadaan hidup anda boleh berubah.
Tapi selalulah bersikap jujur
dan laksanakanlah tugasan anda dengan setia.
Dalam Bible, kita dapat lihat Yesus bercakap
lebih banyak tentang Yohanes selepas kematiannya
berbanding dengan semasa dia masih hidup.
Perhatikan apa yang Yesus kata setahun selepas Yohanes dipenjarakan.
Matius bab 11.
Matius 11:7:
“Selepas mereka beredar, Yesus bertanya kepada orang ramai tentang Yohanes:
‘Semasa kamu ke padang belantara,
apakah yang mahu kamu lihat?
Rumput yang ditiup angin?’”
Rumput yang ditiup angin adalah pemandangan yang biasa
di sekitar Sungai Yordan.
Apa maksud Yesus?
Yohanes bukan orang yang biasa.
Orang yang nampak Yohanes
sedar dia seorang yang luar biasa.
Orang tidak berjalan jauh untuk lihat orang biasa.
Tapi orang ramai sanggup pergi ke padang
belantara untuk lihat Yohanes.
Itu tunjukkan dia seorang yang luar biasa.
Adakah dia seperti “rumput yang ditiup angin?”
Tidak.
Yohanes seorang yang tegas dan stabil.
Lihat apa yang Yesus kata lagi di ayat 11:
“Sesungguhnya aku berkata kepada kamu:
Antara orang yang dilahirkan,
tiada yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis.”
Tugasan Yohanes telah berakhir.
Tugasan Yohanes tidak mendapat penghormatan seperti Elia dan Musa.
Dia dibunuh tidak lama selepas Yesus mengucapkan kata-kata itu.
Ini mengingatkan kita tentang satu kebenaran yang penting.
Tugasan yang kita sukai boleh tamat,
dan kita mungkin telah buat banyak pengorbanan.
Orang mungkin ingat dan memuji kita, tetapi kita mungkin tidak akan tahu.
Tapi itu OK kerana itu bukan sebab kita melakukannya.
Teladan baik kita boleh pengaruhi orang.
Mari lihat ayat terakhir.
Kata-kata Yesus di Yohanes bab 10.
Yohanes 10:39,
Yesus beredar ke tempat yang lain
kerana ada yang ingin membunuhnya.
Ayat 40 kata:
‘Yesus menyeberang Sungai Yordan
di mana Yohanes mula-mula membaptis orang.’
Tempat itu istimewa bagi Yesus
kerana ia mengingatkannya tentang Yohanes dan kerjanya.
Tapi lihat ayat 41 dan 42:
“Ramai orang datang kepadanya.
Mereka berkata: ‘Yohanes tidak pernah lakukan satu mukjizat pun,
tetapi semua perkara yang dikata oleh Yohanes
mengenai lelaki ini benar.’
Oleh itu, ramai orang di situ beriman kepada Yesus.”
‘Seruan di padang belantara’
iaitu teladan Yohanes masih sedang mempengaruhi orang.
Orang dapat beriman kepada Yesus kerana
Yohanes telah melakukan tugasannya dengan baik.
Kisah hidup Yohanes Pembaptis yang luar biasa
termasuk tugasannya, sukacitanya, bahkan
cara dia meninggal
ajar kita menyembah Tuhan
dengan setia, berpuas hati, dan gembira dalam
apa jua tugasan kita, tidak kira tempoh tugasan
itu panjang atau pendek.
Teladan Yohanes patut dipelajari, dihargai, dan diteladani.
Yesus gelar Yohanes Pembaptis
“pelita yang menyala dan bersinar.”
Secara kiasan, Yohanes bersinar dengan kuasa suci
seraya dia bimbing orang kepada Yesus dan muliakan Tuhan.
Inilah yang dapat kita pelajari
daripada manusia tidak sempurna yang teragung.