JW subtitle extractor

Mark Noumair: Dua Gehazi yang Berbeza—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-158

Video Other languages Share text Share link Show times

Hanya ada satu Gehazi yang disebut dalam Bible.
Ya, dia merupakan pembantu Elisa.
Gehazi telah menerima latihan khas daripada nabi Tuhan, Elisa.
Seraya Elisa menjadi lebih terkenal dan dihormati orang ramai,
Gehazi juga terima lebih penghormatan
kerana dia pembantu Elisa.
Gehazi menerima penghormatan dan kemurahan hati,
bukan kerana keperibadiannya,
tapi kerana dia pembantu Elisa.
Apabila kita baca tentang Gehazi, untuk kali pertama,
dia seorang yang setia, jujur, dan berempati.
Tapi, kisah di 2 Raja-Raja
menunjukkan sifat-sifat negatif Gehazi,
seolah-olah terdapat
dua Gehazi yang berbeza.
Apa yang berlaku?
Apa yang kita dapat belajar daripada kisah ini?
Mari bincang.
Kita diperkenalkan kepada Gehazi di 2 Raja-Raja bab 4,
seorang wanita Sunem yang kaya
telah tunjuk kemurahan hati yang luar biasa kepada Elisa,
seperti memberi makanan dan tempat tinggal kepadanya.
Mari kita baca 2 Raja-Raja 4:13
di mana Elisa mengungkapkan penghargaannya
kepada wanita Sunem itu.
Ayat itu kata,
“Elisa berkata kepada Gehazi,
‘Beritahulah wanita itu.
“Kamu bersusah payah kerana kami.
(Maksudnya, Gehazi juga telah bermanfaat.)
Apakah yang dapat aku lakukan untuk kamu?
Perlukah aku bercakap dengan raja
atau ketua tentera bagi pihak kamu?”’
Wanita itu menjawab,
‘Tidak perlu,
kerana aku hidup aman dalam kalangan bangsaku sendiri.’”
Dalam kata lain,
“Saya OK.
Saya ada segala yang saya perlukan.
Saya ada rumah,
saya ada kekayaan,
saya ada suami yang baik,
saya OK.”
Tapi,
di ayat 14,
Gehazi memerhatikan sesuatu.
Sesuatu yang wanita kaya itu tidak memiliki.
Gehazi beritahu Elisa di ayat 14:
“Dia tidak mempunyai anak lelaki.”
Nampaknya, mustahil bagi pasangan ini
untuk memiliki anak.
Pemerhatian ini
menunjukkan Gehazi seorang yang berpengertian.
Nampaknya, dia ambil berat tentang orang lain
dan tahu masalah mereka.
Dia memikir tentang orang lain dan bukan dirinya.
Dia bersikap murah hati dan suka membantu.
Itu perkara yang bagus.
Dia juga memiliki iman yang kuat kerana
dia percaya Elisa dapat membantu wanita itu.
Elisa mendengar cadangan baik Gehazi
dan kata kepada wanita itu di ayat 16:
“Pada masa yang sama tahun depan,
kamu akan melahirkan seorang anak lelaki.”
Ini sesuatu yang wanita itu anggap mustahil untuk berlaku.
Tapi, Yehuwa telah berkati pasangan ini
dengan seorang anak pada tahun berikutnya.
Pengajaran untuk anda ialah:
Tuhan dapat gunakan anda
walaupun anda bukan seorang penyelia.
Pada masa yang sesuai, anda dapat memberi cadangan.
Mungkin cadangan anda digunakan,
tapi penyelia yang dapat pujian.
Itu boleh berlaku.
Berpuas hati dan bergembiralah,
kerana cadangan anda diberkati Yehuwa.
Tanyalah diri,
‘Adakah saya gunakan latihan dan pemahaman saya
untuk melayani orang lain
atau semata-mata untuk mendapat pujian?’
Mari kita kembali kepada kisah wanita Sunem.
Beberapa tahun telah berlalu dan anaknya telah meninggal.
Pada masa yang susah itu,
Dia meminta bantuan Elisa.
Dia pergi kepada Elisa.
Dia patah hati, dia sangat sedih.
Pada masa itu, dia memegang kaki Elisa.
Tapi, pada masa itu juga,
sifat-sifat negatif Gehazi mula muncul.
Di bab 4, ayat 27,
wanita itu memegang kaki Elisa.
Dia patah hati, dia sangat sedih.
“Maka Gehazi mendekati wanita itu
[untuk melegakannya?
Tidak!]
untuk menolaknya.”
Menolaknya?
Gehazi, dia bukan orang yang tidak dikenali.
Dia seorang kawan karib.
Untuk bertahun-tahun dia telah menunjukkan kebaikan hati
kepada kamu berdua.
Sekarang dia perlukan bantuan,
dia dalam keperitan
dan kamu menolaknya?
Mungkin Gehazi fikir Elisa tidak patut diganggu oleh wanita itu.
Tapi Elisa tidak fikir begitu.
Padahal, di ayat 26,
dia suruh Gehazi agar cepat pergi
menemui wanita itu dan tanya,
‘Adakah semua OK?
Anak kamu apa khabar?’
Tapi menariknya,
jawapan wanita itu,
“Semuanya baik”
mungkin bermakna
dia tidak percaya Gehazi.
Apa terjadi
kepada Gehazi yang berpengertian dan berempati?
Mengapa dia berubah?
Mungkin imannya menjadi lemah
dan dia tidak lagi menghargai tugasannya.
Mungkin dia tidak lagi suka kerja dia
dan bosan kerana perlu selalu buat kerja yang sama.
Adakah dia jengkel melihat tabiat dan ketidaksempurnaan Elisa
hari demi hari?
Mungkin.
Adakah dia tidak mahu menjadi pembantu Elisa
dan mahu lebih banyak tanggungjawab?
Tidak kira apa sebabnya kita tahu
fikiran dan perasaan Gehazi semakin berubah.
Daripada seorang yang setia dan dipercayai,
dia berubah
menjadi seorang yang berbeza.
Pengajaran yang sangat penting:
Apabila kedudukan
menjadi lebih penting daripada tugasan,
hati anda sedang berubah.
Jika anda tidak ada perasaan belas kasihan,
tugasan anda sia-sia sahaja.
Tanyalah diri,
‘Apabila orang lain meminta bantuan,
adakah saya rasa jengkel?’
Dalam bab 4,
kita dapat lihat tanda bahawa Gehazi sedang berubah.
Tapi di bab 5, Gehazi telah ubah dengan sepenuhnya.
Gehazi yang berbeza sudah muncul.
Di bab 5 ayat 20,
Gehazi memanggil Naaman sebagai
“orang Siria itu.”
Dia rasa dirinya lebih baik daripada orang yang berlainan bangsa
dan dia ingin mengambil kesempatan terhadapnya.
Dia kemudian menipu Naaman
untuk dapatkan hadiah yang Naaman ingin beri kepada Elisa.
Gehazi telah berubah daripada murah hati kepada tamak.
Dia kemudian lakukan perkara yang lebih teruk.
Di ayat 25, dia berbohong kepada Elisa.
Elisa tanya dia: “Kamu dari mana Gehazi?”
Dia jawab, “Aku tidak pergi ke mana-mana, tuan.”
Gehazi, apa yang kamu sedang fikir?
Gehazi sepatutnya rasa takut berbohong kepada nabi Tuhan.
Yehuwa bantu Elisa tahu hal yang orang lain tidak tahu.
Elisa dapat melakukan mukjizat,
kuasa suci Yehuwa ada padanya.
Elisa adalah nabi Tuhan,
dan Gehazi masih berbohong kepadanya?
Tidak masuk akal Gehazi fikir Elisa akan ditipu olehnya.
Gehazi telah berubah daripada seorang yang setia dan murah hati
kepada seorang yang tidak jujur dan tamak.
Apa yang terjadi kepada Gehazi?
Di ayat 27, Elisa kata kepadanya:
“Sekarang penyakit kusta Naaman akan menimpa kamu
dan keturunanmu buat selama-lamanya.”
Yehuwa seolah-olah kata kepadanya:
‘Kamu mahu duit Naaman?
Ambillah juga penyakitnya.”
Hal ini amat sedih.
Daripada seorang pembantu,
Gehazi sekarang menjadi seorang pesakit kusta.
Mengapa kami sedang membincang tentang contoh Gehazi
dengan anda semua yang matang, setia, dan beriman?
Ingatlah, kami langsung tidak nampak sifat Gehazi yang negatif
dalam diri anda.
Sebaliknya, kami dapat nampak
anda semua pelajar Bible yang tekun dan setia.
Setiap hari anda bersiap sedia datang ke kelas.
Anda semua tunjukkan sikap pengasih, penyayang,
dan setia kepada Yehuwa dan organisasi-Nya.
Walau bagaimanapun, kami mengongsi ini dengan anda
sebab kami mengasihi anda,
dan tidak mahu apa yang terjadi kepada Gehazi
terjadi kepada anda.
Contoh Gehazi menunjukkan apa yang boleh terjadi kepada kita
walaupun kita sibuk dalam khidmat Yehuwa.
Jangan biarkan apa yang terjadi kepada Gehazi,
yang berubah semasa dia masih mempunyai
peluang khidmat yang istimewa,
berlaku kepada anda.
Gehazi sedang melakukan kerja yang bermakna dalam khidmat Yehuwa,
tapi dia tidak menghargainya.
Pengajarannya:
Janganlah kita hilang penghargaan kita terhadap khidmat kita.
Cubalah jadi seperti Gehazi sebelum dia berubah.
Kerja anda mungkin nampaknya bosan
atau tidak penting dan harus dilakukan berulang kali.
Tapi, itu bukan perkara buruk.
Kita buktikan kita setia dan ikhlas
apabila kita lakukan kerja yang tidak diperhatikan
atau mendapat pujian orang lain.
Buatlah sedaya upaya untuk memuji
dan menggembirakan Yehuwa tidak kira apa yang berlaku.
Yehuwa akan sentiasa mengasihi dan memberkati anda
dengan berlimpah-limpah
jika anda tidak mengikut contoh buruk Gehazi.