JW subtitle extractor

Khidmat Bethel—Salah Satu Cara untuk Memberi Yehuwa yang Terbaik

Video Other languages Share text Share link Show times

Di buku Yesaya 60:17, Yehuwa kata:
‘Aku akan membawa emas sebagai ganti tembaga
dan perak sebagai ganti besi.’
Daripada kata-kata ini,
Yehuwa berjanji bahawa organisasi-Nya di bumi
akan semakin maju.
Dalam beberapa tahun ini,
Dia telah memperbaiki cara kita bekerja,
termasuk kerja kita di Bethel.
Kerja di Bethel sangat penting dan ada dua matlamat:
menyediakan makanan rohani untuk seramai orang yang mungkin
dan untuk menyokong kerja penyebaran sedunia.
Jadi apabila Badan Pimpinan membuat perubahan di Bethel,
tujuannya adalah untuk mencapai dua matlamat tadi.
Contohnya, kita buat perubahan dalam kerja pencetakan,
dalam penggunaan teknologi,
dan dalam kerja pembinaan.
Kita juga telah ubah
cara kerja-kerja di pejabat cawangan diatur.
Keluarga Bethel di seluas dunia
telah menyokong perubahan sebegini
dan mengikut galakan di Kolose 3:23:
Ramai yang sudah berkhidmat di Bethel selama bertahun-tahun
dan telah melihat kemajuan sebegini.
Seperti Yehuwa, kami juga sangat menghargai anda,
kerana anda rela berkhidmat.
Anda meniru teladan Yesaya yang berkata:
“Inilah aku! Utuslah aku!”
Di seluas dunia,
semakin ramai saudara muda
yang memohon untuk berkhidmat di Bethel.
Tapi, kita juga perlu saudara saudari matang
untuk sokong kerja penyebaran.
Selepas menilai semula keperluan di Bethel
dan kerja penyebaran di seluas dunia,
Badan Pimpinan memutuskan
untuk mengubah cara kita memandang khidmat Bethel.
Mulai sekarang,
khidmat Bethel tidak lagi dianggap
sebagai khidmat seumur hidup.
Saudara saudari akan terus datang ke Bethel
untuk bekerja keras demi Yehuwa
dan terima latihan yang berguna untuk organisasi-Nya.
Namun, fokus latihan itu sekarang
adalah untuk kerja penyebaran
dan memenuhi mana-mana keperluan organisasi Yehuwa.
Oleh itu saudara saudari,
kami ingin mengumumkan
beberapa perubahan yang akan dibuat di Bethel.
Pertama,
akan semakin kerap pekhidmat dari kawasan penyebaran
masuk ke Bethel dan pekhidmat Bethel
kembali ke kawasan penyebaran.
Seperti yang sudah disebut,
khidmat Bethel bukan lagi khidmat seumur hidup.
Memang kita masih memerlukan saudara saudari
yang lebih tua dan berpengalaman
untuk melatih pekhidmat Bethel yang baru.
Tapi kebanyakan orang
akan berkhidmat di Bethel buat suatu jangka masa,
terima latihan dan pengalaman,
latih orang lain,
dan guna latihan itu di kawasan penyebaran.
Pada suatu masa yang tertentu,
para saudara akan memutuskan
di mana pekhidmat Bethel itu sesuai ditugaskan.
Apakah manfaat perubahan ini bagi organisasi kita?
Sila dengar dengan teliti beberapa temu ramah berikut.
Latihan yang saya terima di Bethel
dan dalam tugasan saya
membantu saya menjadi lebih bijak.
Saya telah belajar daripada saudara saudari matang di Bethel
yang bergantung kepada Yehuwa.
Teladan mereka mengajar saya
untuk bergantung kepada Yehuwa
dalam tugasan baharu saya sebagai penatua di sidang
dan buat sedaya upaya untuk saudara saudari.
Apabila kami dapat tugasan baharu,
kami mula baca buku Matius,
Markus, Lukas, dan Yohanes semula.
Hal itu sangat membantu kami.
Walaupun kami pernah baca kata-kata itu,
apabila kami dapat tugasan baharu,
kata-kata itu meyakinkan kami
bahawa Yehuwa mengasihi kami
dan akan terus memberkati kami
jika kami terima tugasan itu.
Di Bethel,
kamu dapat luangkan masa dengan banyak orang.
Kamu jadi kawan dengan rakan kerja kamu
dan mereka yang melawat Bethel.
Jadi, kamu dapat lihat bahawa organisasi Yehuwa
lebih besar daripada sidang kamu,
dan kamu sedar bahawa kamu sebahagian
daripada keluarga rohani yang besar.
Kini, saya dapat kongsi pengalaman saya
dengan saudara saudari di sidang baharu saya
dan bantu mereka sedar
ada banyak cara untuk berkhidmat kepada Yehuwa,
dan galakkan mereka untuk menceburinya.
Ada organisasi besar menyokong kita
dan ini meyakinkan kita bahawa Yehuwa mengasihi kita.
Kami dapat kongsi pengalaman baik kami dalam organisasi Yehuwa
dengan orang lain.
Pengalaman-pengalaman ini menunjukkan
meskipun khidmat Bethel bukan tugasan seumur hidup,
khidmat itu mengubah hidup.
Adakah ini bermaksud
semua yang berkhidmat di Bethel sekarang
akan dipindahkan ke kawasan penyebaran?
Tidak.
Bethel masih memerlukan
orang yang lebih tua dan yang lebih muda.
Amsal 20:29 kata:
Mengenai ayat ini,
Menara Pengawal 1993 menjelaskan:
Kita setuju, itulah yang berlaku di Bethel.
Kita perlukan saudara saudari yang lebih tua,
yang matang secara rohani.
Namun, anda mungkin tertanya,
‘Jika pekhidmat di Bethel selalu berganti,
bagaimana kerja di Bethel dapat dilakukan dengan baik?’
Jawapannya terdapat dalam perubahan kedua.
Iaitu, saudara saudari akan dilatih dengan lebih cepat.
Kita mahu membantu mereka
memupuk kemahiran yang boleh digunakan
dalam pelbagai tugasan.
Contohnya,
saudara muda akan diberikan lebih banyak tanggungjawab
dengan lebih cepat.
Saudara yang lebih tua akan melatih saudara muda
supaya saudara muda dapat memikul
tanggungjawab penyelia di Bethel.
Latihan sebegini dapat membantu mereka di Bethel,
mempersiapkan mereka untuk memenuhi keperluan organisasi,
dan bantu mereka pupuk sifat dan kemahiran
yang berguna di dunia baharu.
Bagaimanakah perubahan ini
membantu cawangan-cawangan?
Sila dengar dengan teliti beberapa temu ramah berikut.
Latihan yang diberikan semakin banyak dan baik.
Daripada memberikan latihan yang sama kepada semua orang,
kami cuba fikir dengan teliti
tentang keperibadian,
kekuatan,
kelemahan,
dan kemahiran setiap orang.
Hasilnya lebih baik
apabila kami menyesuaikan latihan
kepada saudara saudari secara individu.
Semasa saya masih muda,
saya tidak diberikan banyak latihan.
Saya diberikan banyak tugasan,
tapi tidak banyak latihan.
Seraya organisasi membesar
sangat penting melatih kaum muda.
Baguslah banyak latihan diberikan
dan banyak kerja dilakukan.
Organisasi kita memperoleh manfaat besar
dengan memberikan latihan
dan tanggungjawab
kepada para saudara muda.
Para saudara muda ada
tenaga dan idea yang baharu,
dan mereka yang lebih tua ada
kebijaksanaan dan pengalaman.
Apabila perkara-perkara ini digabungkan,
organisasi kita dapat terus maju
dan mengatasi cabaran.
Perubahan penting yang ketiga
berkaitan dengan cara kita mengatur
para sukarelawan yang meluaskan khidmat mereka.
Keputusan akan dibuat dengan lebih teliti
semasa menjemput saudara saudari
untuk berkhidmat di Bethel sebagai pekhidmat ulang-alik,
pekhidmat di luar Bethel,
atau sukarela sementara.
Maksudnya,
kita perlu tentukan jumlah orang yang berkhidmat di Bethel,
supaya lebih ramai orang dapat bertumpu
kepada kerja menginjil.
Ada banyak manfaat perubahan ini.
Fikirkanlah pengalaman-pengalaman berikut.
Kami sedar bahawa khidmat Bethel
bukan sahaja dilakukan di Bethel,
tetapi khidmat ini dapat dilakukan
di mana-mana tempat di serata dunia.
Saya mula khidmat di Bethel semasa umur 19 tahun.
Beberapa tahun kemudian,
saya meninggalkan Bethel,
saya berkahwin dan ada anak.
Sekarang, saya buat kerja Bethel lagi.
Walaupun saya kerja part-time
dari jarak jauh,
tetapi saya masih dapat manfaat daripadanya
dan kerja itu terus melatih saya.
Saya juga dapat lihat
cara Yehuwa membimbing organisasi-Nya.
Kami perlu bersikap fleksibel.
Tidak kira di mana orang itu tinggal
atau apa jadualnya,
kami perlu buat apa sahaja yang diperlukan
agar sukarelawan luar Bethel itu
dapat kerja dengan kami.
Walaupun kamu berada di zon masa yang lain,
tapi kamu masih dapat masuk dalam perbincangan.
Mereka buat kamu rasa dipercayai
dan sebahagian kumpulan itu.
Kami tidak dapat menentukan siapa rakan kerja kami.
Tapi, Yehuwa memberikan saudara saudari yang baik
dan berkemampuan yang sedia membantu.
Jika kami sudi terima idea baharu tentang cara buat kerja,
kami dapat mengurangkan pekerja di Bethel
dan masih dapat melakukan kerja yang berkualiti.
Sebagai pekerja part-time di Bethel,
sangat membantu
jika sidang kamu memahami situasi kamu.
Kami sudah mula membuat perubahan-perubahan ini
dengan kerjasama pejabat cawangan di seluas dunia,
dan kami sudah dapat lihat hasil yang baik.
Ahli Jawatankuasa Cawangan
telah mengenal pasti lebih banyak peluang
bagi saudara saudari mendapat latihan di Bethel.
Hasilnya,
lebih ramai orang muda
berminat untuk meluaskan khidmat
mereka kepada Yehuwa.
Selain itu, Jawatankuasa Cawangan melaporkan
bahawa pekhidmat Bethel yang ditugaskan untuk
berkhidmat di kawasan penyebaran
telah memberikan sokongan yang besar
kepada kerja penyebaran.
Ramai yang telah meluaskan khidmat
dan membantu dalam kerja-kerja yang tertentu,
seperti kerja-kerja LDC,
Jawatankuasa Perhubungan Hospital,
dan kesaksian awam di bandar raya.
Ada yang berpindah
ke kawasan yang memerlukan lebih banyak penyiar,
menghadiri Sekolah Latihan Penginjil,
dan banyak lagi.
Melalui tiga perubahan ini,
lebih ramai saudara saudari dapat memanfaatkan
latihan dan pengalaman mereka di Bethel.
Latihan sebegini juga
dapat bantu mereka dalam khidmat yang lain.
Efesus 4:16
menyebut tentang tubuh Kristus
yang “tersusun rapi dan bekerjasama”
dan setiap anggota memainkan peranan dengan baik.
Kami berharap agar perubahan-perubahan ini
akan terus bantu kita bekerjasama dengan baik
dan terus mematuhi arahan ketua kita, Kristus.
Para saudara muda,
kami menggalakkan anda
untuk berdoa dan memikirkan
sama ada anda dapat menceburi khidmat Bethel.
Semasa ceramah pentahbisan bangunan di Bethel Brooklyn
pada tahun 1960,
Saudara Frederick Franz,
seorang bekas ahli Badan Pimpinan kata
bahawa Bethel
ialah “pusat pendidikan teragung di bumi.”
Enam puluh lima tahun kemudian,
kami masih setuju dengan sepenuh hati.
Berkhidmat di Bethel
ialah peluang istimewa untuk terima latihan.
Latihan itu akan membawa manfaat kepada anda dan organisasi
selama bertahun-tahun termasuk di dunia baharu.
Ibu bapa,
bantulah anak anda menjadikan khidmat Bethel matlamat mereka
agar mereka juga dapat terima latihan penting ini.
Ini satu cara
anda dapat membantu mereka kerja dengan sepenuh jiwa
untuk Yehuwa.
Kepada mereka yang sudah terima tugasan
baharu dan meninggalkan Bethel,
ingatlah kami mengasihi dan menghargai anda.
Pengalaman anda di Bethel sangat istimewa.
Kongsilah pengalaman anda dengan orang lain.
Galakkan mereka untuk berkhidmat
kepada Yehuwa dengan sepenuh jiwa
dalam ‘apa sahaja yang mereka lakukan,’
agar mereka juga mendapat berkat seperti anda.
Teladan baik anda akan sangat membantu orang lain.
Orang yang terima galakan anda tidak akan lupa kasih anda.
Selaras dengan Yesaya 60:17,
kita yakin
Yehuwa akan terus memperbaiki aturan di Bethel
untuk memenuhi keperluan organisasi-Nya.
Kita juga yakin
bahawa kasih dan kesetiaan kita
kepada Yehuwa dan organisasi-Nya
akan mendorong kita
untuk menyembah-Nya dengan sepenuh hati
sekarang dan untuk selama-lamanya.