JW subtitle extractor

Siaran JW—April 2026

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang ke Siaran JW!
Kita akan belajar untuk memandang diri seperti Yehuwa
memandang kita dengan pengasih.
Kita juga akan kaji buku Mikha
tentang kejujuran dan keterbatasan diri.
Kita akan lihat bagaimana perbuatan yang kecil
boleh memberi kesan yang mendalam terhadap orang lain.
Inilah Siaran JW!
Saudara saudari yang dikasihi,
pernahkah kamu rasa seperti saudari ini?
Dia kata,
“Tidak kira betapa dalamnya kasih saya kepada Yehuwa
atau betapa saya berusaha menyembah-Nya,
saya selalu rasa tidak cukup.”
Sedihnya,
hati yang tidak sempurna
ada kalanya buat kita rasa
apa yang kita buat
tidak cukup untuk senangkan hati Yehuwa.
Atau biarpun kita tahu Yehuwa sudi ampuni,
kita masih rasa bersalah
kerana kata-kata
atau kesilapan masa lampau.
Kita tidak dapat lepaskannya.
Kesilapan atau dosa yang lalu,
boleh terus bermain di fikiran kita.
Ini buat kita rasa kecewa
atau murung.
Besar kemungkinan,
kita ada kalanya
alami perasaan begitu.
Mengapa kita kata begitu?
Mari lihat apa Yehuwa ilhami Rasul Yohanes
untuk tulis di 1 Yohanes 3:19, 20.
Ayat ini ialah tema bagi perbincangan kita:
“Tuhan Lebih Besar daripada Hati Kita.”
1 Yohanes 3:19, 20 kata,
Perhatikan bahawa Yohanes guna ungkapan
“hati kita”:
“Kita memiliki keyakinan dalam hati”
dan “hati kita
mungkin menyalahkan kita.”
Jadi, nampaknya,
Rasul Yohanes juga pernah rasa bersalah
tentang dirinya seperti kita.
Tapi Yohanes meyakinkan kita
bahawa Yehuwa bertumpu pada sifat baik kita.
Yohanes kata
“kita mengetahui bahawa kita berasal
daripada kebenaran.”
Cuba fikir
apa yang buat kamu jadi orang Kristian.
Kita belajar dan terima kebenaran Bible.
Kita terima Yesus Kristus
dan kebenaran yang dia ajar.
Kita menolak pengaruh dunia
dan ajaran palsunya.
Kita cuba ikut contoh Yesus
dengan mengasihi saudara saudari
dan cuba buat apa yang benar.
Sebab itulah
“kita berasal daripada kebenaran.”
Kebenaranlah yang ubah hidup kita.
Ini bantu kita yakin
bahawa Yehuwa terima kita
sebagai sebahagian keluarga-Nya.
Tapi ada kalanya,
hati kita masih menyalahkan kita.
Mengapa dan bagaimana ini berlaku?
Kerana hati nurani kita.
Biasanya semasa Bible sebut tentang hati kita,
ini merujuk kepada diri sebenar kita,
yang tidak dilihat orang lain.
Menara Pengawal 1 Ogos 1997
dalam bahasa Indonesia kata,
‘Alkitab juga
mengaitkan hati nurani dengan hati kiasan,
yang merangkumi perasaan dan emosi kita.’
Kemudian Roma 2:15 dipetik.
Paulus jelaskan cara hati nurani berfungsi
bahkan dalam mereka yang tidak tahu Hukum Musa.
Mari baca Roma 2:15,
Jadi hati nurani yang Yehuwa beri
boleh menuduh atau membela kita.
Sebelum kita buat salah, hati nurani beri amaran.
Selepas kita buat salah,
hati nurani kita terganggu.
Semasa Daud lari dari Raja Saul,
dia memotong tepi jubah Saul
semasa dalam gua.
1 Samuel 24:5 kata,
“Selepas itu, Daud berasa bersalah.”
Nota kaki kata,
“Atau ‘hati nurani Daud menyalahkannya.’”
Jadi hati nurani Daud
beritahunya bahawa dia
buat sesuatu yang tidak hormat Saul,
iaitu raja yang dilantik oleh Yehuwa.
Hati nurani
bantu kita periksa diri
dan tahu sama ada apa yang kita buat
betul atau salah.
Hati nurani yang rasa bersalah,
bantu kita bertaubat
dan buat perubahan.
Sebaliknya,
hati nurani yang terlampau menyalahkan diri,
buat kita rasa begitu bersalah
sehingga kita fikir
Yehuwa tidak akan maafkan kita,
tidak kira betapa bertaubatnya kita.
Atau,
kita mungkin fikir
kita perlu sempurna
untuk senangkan hati Yehuwa.
Di Roma 2:15,
Paulus jelaskan hati nurani
seperti hakim
yang putuskan sama ada kita bersalah
atau tidak.
Bayangkan kamu sedang dibicarakan di mahkamah.
Kita boleh samakan
hati nurani dengan hakim
dan saksi-saksi dengan fikiran kita.
Hakim yang baik
akan dengar keterangan dari kedua-dua pihak
untuk buat keputusan yang adil dan betul.
Tapi,
bagaimana jika hakim itu
hanya dengar keterangan saksi yang menuduh kita?
Saksi-saksi itu kata kita patut dihukum.
Mereka seolah-olah kata kepada hakim,
“Dia tidak patut lupa
apa yang dia sudah buat.
Dia sengaja buat begitu.
Dia lemah dan ada keinginan salah.
Dia memang patut masuk penjara
untuk masa yang lama.”
Jadi hakim itu,
yang hanya dengar saksi yang menuduh kita
dan bukannya saksi yang membela kita,
umumkan keputusannya,
“Kamu didapati bersalah!
Hukumannya masuk penjara.”
Begitu juga,
jika kita tidak latih hati nurani dengan baik,
hati nurani kita
seperti hakim yang tidak adil
yang jatuhkan hukuman penjara.
Penjara pula
seperti perasaan bersalah yang melampau
yang buat kita rasa diri tak berguna
dan tidak dapat lupa kesilapan dulu.
Bagaimana hati nurani kamu menghakimi kamu?
Jika kita latih hati nurani dengan baik,
kita dapat atasi perasaan negatif
atau perasaan bersalah yang melampau.
Untuk buat begitu,
kita perlu melatihnya
bukan saja tahu hukum Tuhan
tapi juga mengenal Pemberi Hukum,
Hakim Tertinggi, iaitu Yehuwa.
Perhatikan petikan ini
dari rencana Watchtower 1 September 1976,
Ini sangat penting.
Bible ajar kita
Yehuwa mengasihi keadilan
dan Dia menghakimi kita
dengan munasabah.
Yehuwa sangat berbelas kasihan
dan tunjuk kasih setia.
Segala yang dilakukan-Nya didorong kasih.
Apabila kita kenal sifat Yehuwa,
hati nurani kita juga dapat berfungsi dengan baik.
Kita tidak akan beri alasan
untuk buat sesuatu yang salah.
Kita juga tidak akan menghakimi diri
dengan melampau atau tidak adil.
Fikirkan perumpamaan tadi.
Hakim yang baik
dan kenal Yehuwa
akan dengar keterangan dari saksi yang membela kita.
Mereka mungkin kata,
“Tuan hakim,
orang ini tidak patut dihakimi
hanya kerana kesilapannya.
Ampunilah dia
dan jangan masuk dalam rekodnya.
Dia sudah lama rasa bersalah
dan menderita akibat kesilapannya.
Dia tidak dapat ubah apa yang sudah berlaku.
Dia sudah bertaubat
dan berubah sepenuhnya.”
Jika kita kenal Yehuwa
dan sedar Dia memahami kita,
kita yakin Dia akan ampuni kita
‘meskipun hati kita menyalahkan kita
kerana Tuhan lebih besar
daripada hati kita
dan tahu segala sesuatu.’
Ini memang melegakan hati.
Yehuwa tahu siapa diri kita yang sebenar.
Dia nampak kesilapan kita.
Tapi dia juga tahu niat hati, perasaan,
kemampuan, dan keinginan kita
untuk buat baik.
Yehuwa sedar semua hal
yang menyebabkan kita bertindak dalam cara tertentu,
termasuk hal di luar kawalan kita
seperti ketidaksempurnaan yang kita warisi.
Menurut Buku Insight,
di bawah tajuk “Belas Kasihan” ada kata,
“Jelaslah bahawa
ketidakupayaan yang paling besar bagi manusia
adalah dosa yang diwarisi
daripada nenek moyang mereka, Adam.
Oleh itu,
keadaan semua orang jadi teruk
dan amat perlukan bantuan.
Tuhan Yehuwa tunjuk belas kasihan-Nya . . .
dengan menyediakan jalan
supaya mereka dapat bebas
daripada ketidakupayaan ini.”
Jadi kita seolah-olah kurang upaya
dalam pandangan Yehuwa.
Dia terdorong untuk tunjuk belas kasihan.
Mari lihat
bagaimana Yehuwa buktikan
Dia lebih besar daripada hati penyembah-Nya,
iaitu Petrus.
Pada malam yang paling teruk baginya,
Petrus bukan sekali,
tapi tiga kali menafi dia kenal Yesus.
Sila lihat gambar ini.
Malam itu,
Tuan Yesus berpaling
dan memandang Petrus.
Kamu rasa
dapatkah Petrus lupakan saat itu
biarpun seketika?
Mungkinkah setiap kali ayam jantan berkokok,
Petrus ingat kesilapannya?
Mungkinkah dia asyik ingat
apa yang dikatakannya malam itu,
“Aku tidak kenal dia,”
“Aku tidak kenal dia”?
Mungkin.
Kita tidak tahu.
Yang kita tahu,
Yesus bantu Petrus
atasi rasa bersalah yang melampau.
Pada hari Yesus dibangkitkan,
dia menampakkan diri kepada Petrus.
Besar kemungkinan
Yesus beri Petrus peluang
untuk minta maaf kerana kesilapannya.
Kita tidak tahu apa yang Yesus beritahu Petrus.
Mungkinkah Petrus lupa perbualan itu?
Menurut Yohanes bab 21,
Yesus kemudian beri Petrus peluang
untuk luahkan kasihnya kepada Yesus
di depan para pengikutnya.
Petrus buat itu tiga kali.
Di depan para pengikutnya juga,
Yesus beri tugasan penting
kepada Petrus.
Jadi, Petrus tidak asyik fikir,
“Aku tidak kenal dia.”
“Aku tidak kenal dia.”
Sebaliknya,
Petrus ada kenangan yang baik untuk difikirkan.
Menerusi Yesus, Anak-Nya,
Yehuwa meyakinkan Petrus
bahawa Dia lebih besar
daripada hati Petrus
yang tidak sempurna.
Sebagai kesimpulan,
apa kita sudah belajar?
Hati nurani yang baik
bukan bermaksud buat sesuka hati
atau terlampau menyalahkan diri.
Kita mesti belajar memandang diri
seperti Yehuwa memandang kita.
Yakinlah Yehuwa hargai segala usaha kita
untuk menyembah-Nya.
Dia tidak menghakimi kita dengan kejam.
Sememangnya, Tuhan lebih besar
daripada hati kita.
Marilah kita sambut kasih Yehuwa
dan cara pengasih-Nya
untuk bantu kita lakukan kehendak-Nya
dengan yakin dan gembira.
Mari lihat bagaimana saudara saudari
belajar pandang diri dengan betul
dan atasi perasaan tidak berguna.
Bukan senang hadapi penyakit
yang tidak dapat dilihat orang lain,
yang tidak dapat disembuhkan
dan hanya kita yang dapat rasainya.
Saya dan suami hidup bahagia.
Kami ada dua anak, suami saya penatua,
dan saya perintis biasa.
Kemudian, suatu hari dia meninggal dunia secara tiba-tiba.
Dalam sekelip mata, saya menjadi balu.
Saya benci perkataan itu kerana buat saya rasa lemah.
Macam tidak kenal diri saya lagi.
Saya rasa tidak berguna dan hilang arah.
Semasa saya kecil,
lelaki yang sepatutnya menjaga saya seperti bapa,
tidak peduli terhadap saya.
Waktu membesar, dia selalu buat saya rasa,
saya tidak pandai buat apa-apa
dan tidak berguna.
Perasaan itu tidak hilang,
dan masih menghantui saya sampai sekarang.
Sewaktu 22 tahun, saya dikesan ada OCD.
Penyakit ini membuat seseorang meragui semuanya.
Kamu asyik fikir,
kamu ada buat salah sepanjang hari,
fikiran itu tidak pandai habis.
Bahkan kamu mula percaya,
kamu ada buat jenayah dan mahu beritahu polis.
Keraguan ini buat kamu sengsara.
Saya perlu sentiasa lawan fikiran negatif.
Setiap hari saya bergelut dengannya.
Saya mahu beritahu orang, “Saya baik. Saya OK saja.”
Tapi, sebenarnya tidak.
Jika tiada Yehuwa dan saudara saudari,
saya tidak ingin berusaha berbuat baik.
Saya ada kawan yang juga ada OCD.
Bila saya dapati kami berdua ada masalah sama,
keraguan sama, ketakutan yang sama,
ini sangat membantu.
Saya rasa Yehuwa hantar dia kepada saya.
Saya mesej kawan, “Hari ini saya sedih.”
Dia kata, “Kamu perlu apa?”
Saya jawab, “Tidak tahu, mahu complain saja.”
Dia kata, “OK, kami dengar.”
Kadang-kadang, semasa saya sediakan tugasan dalam sidang,
saya rasa saya tidak layak melakukannya,
ada orang lain yang mungkin lebih layak.
Saya tahu Yehuwa nampak usaha saya.
Wahyu 4:11 kata,
Dia “layak menerima kemuliaan, kehormatan, dan kuasa."
Apa sahaja yang saya dapat beri,
Dia layak menerimanya, dan Dia menghargainya.
Dia gembira dengan sesiapa sahaja yang berusaha sedaya upaya,
meskipun mereka rasa tidak berguna.
Walaupun saya tahu saya akan menangis
semasa perjumpaan atau lagu,
tapi saya tahu saya perlu berada di dewan perjumpaan
dan beribadat bersama saudara saudari.
Okay juga rasa sedih kadang-kadang.
Hal itu akan membantu kamu
lebih rapat dengan saudara saudari dan Yehuwa.
Setiap hari saya berusaha
pandang diri sebagaimana Yehuwa memandang saya.
Doa dan kesedaran bahawa Yehuwa tahu saya ada OCD
sangat membantu.
Ada kalanya, saya rasa panik.
Bila hal itu berlaku,
saya merayu Yehuwa bantu saya bertenang.
Satu lagi hal yang bantu saya ialah
cara Yehuwa menjawab doa saya.
Wow! Itulah yang menyentuh hati saya.
Kerana apabila kamu berdoa,
dan kamu sangat perlukan sesuatu
dan kamu hanya beritahu Yehuwa,
tapi tiba-tiba seseorang berikan hal itu.
Jelaslah, Yehuwa sedang membantu kamu.
Seperti Yesus, pandanglah Yehuwa sebagai Bapa.
Di Yohanes 17,
Yesus merayu kepada Yehuwa sebelum dia dibunuh.
Hal ini menunjukkan betapa akrabnya Yesus dengan Yehuwa.
Saya juga mahu ada hubungan yang akrab
dengan Yehuwa seperti itu.
Membaca kisah tentang para balu dalam Bible
sangat membantu saya.
Ini menyedarkan saya bahawa pandangan Yehuwa terhadap balu
sangat berbeza daripada pandangan dunia.
Yehuwa telah berikan aturan kepada orang Israel
cara melayan balu.
Itu bantu saya tahu Yehuwa menyertai saya.
Saya tidak lagi benci perkataan “balu.”
Saya sedar Yehuwa peduli tentang saya
dan akan melindungi saya.
Yehuwa sangat menghargai kamu,
lebih daripada kamu menghargai diri sendiri.
Dia dapat buat kamu berasa sangat berharga,
kasih-Nya dapat menghilangkan fikiran negatif
tentang diri sendiri.
Fikiran Yehuwa lebih tinggi daripada fikiran kita.
Dia tahu setiap perasaan, kekhuatiran, kesakitan,
dan sukacita yang kita rasa.
Yakinlah Yehuwa mengasihi kamu.
Yehuwa legakan hati kita melalui doa
dan saudara saudari yang kasihi kita.
Seperti Saudari Wood kata,
“Yehuwa peduli tentang [kamu] dan akan melindungi [kamu].”
Pengajaran penting daripada pengalamannya
ada dalam temu ramah versi panjang
yang boleh ditonton bulan ini.
Apabila orang baik hati dengan kita,
kita pun mahu baik hati dengan dia.
Dalam episod ‘Besi Mengasah Besi,’
lihatlah bagaimana kita ikut contoh kebaikan hati Yehuwa.
Hai, saya Jonathan.
Ini ialah ‘Besi Mengasah Besi.’
Kita akan bincang satu sifat yang membuat
ramai orang seperti pendosa, orang sakit,
dan anak-anak mendekati Yesus,
iaitu sifat baik hati.
Seperti Yehuwa, Yesus tunjuk sifat ini
kepada orang baik dan jahat.
Yesus melakukannya
bukan hanya kerana orang baik kepada dia
atau suka dia.
Tapi dia tahu sifat ini betul-betul bawa kesan baik
terhadap orang lain
dan bawa pujian kepada Yehuwa.
Bagi kita pula,
kepada siapa dan bila kita boleh
tunjukkan kebaikan hati?
Miss, kamu perlu keluar sekarang!
Masa melawat sudah habis.
Oh, OK, sorry!
Eh, cepat juga! Bukan masih ada lima minitkah?
Tidak apa. Tori, kami jalan dulu.
Nanti kami datang lagi.
Saudari kita memang baik hati
sebab mereka sudi pulang
walaupun masa melawat mereka belum habis.
Tapi, ada lagi yang dia boleh buat.
Langkah pertama ialah tunjukkan empati.
Tanyalah diri,
“Apakah cabaran atau masalah yang orang itu hadapi?
Apakah yang mungkin dia perlu?”
Kemudian, tunjuklah anda ambil berat
dengan mendengar dengan teliti.
Nanti kita boleh makan di sana.
Kamu boleh jalan dulu. Nanti saya turun.
- Hai.
- Hai.
Saya mahu cakap terima kasih sebab jaga kawan saya
dengan sangat baik.
Ya, sama-sama.
Maaf, tadi saya sangat tegas.
Hari ini kami kurang staf tapi banyak kerja.
Jadi sangat stres.
Kata-kata seperti “Terima kasih” dapat
buat orang rasa dihargai.
Mungkin itulah yang jururawat itu perlukan.
Semasa orang kongsi perasaan dengan kita,
kita mahu bercakap kepadanya dengan hormat dan baik.
Itulah langkah yang kedua.
Orang boleh tahu kita ikhlas
dan berbelas kasihan daripada cara kita bercakap.
Pilihlah kata-kata dengan bijak
dan guna nada yang sesuai.
Elak kata-kata yang mungkin menyinggungnya.
Hari ini kami kurang staf tapi banyak kerja.
Jadi sangat stres.
Ya, saya boleh faham.
Saya rasa kerja kamu sangat penting,
tapi pasti tidak senang, kan?
Ya, memang betul cakap kamu.
Jangan lupa minum teh kamu, ya?
Ya, tapi belum sempat saya minum sudah tumpah.
Nantilah saya pergi beli.
Kesian kamu!
- Tidak habis-habis kan masalah?
- Ya.
- Nama saya Mandy.
- Saya Mary.
- Terima kasih cakap dengan saya.
- Sama-sama.
Biar kamu sambung kerja dulu, ya?
Saudari kita buat dengan sangat baik.
Dia buat Mary senyum.
Sekarang saudari kita sudah kenal Mary.
Bolehkah dia membantunya?
Inilah langkah yang ketiga.
Selain faham situasinya dan cakap kata-kata yang sesuai,
kita juga mahu bertindak.
Carilah peluang untuk menghulurkan bantuan
kepada orang.
Sememangnya, ini perlukan masa,
tenaga, dan pengorbanan.
Namun, usaha anda pasti berbaloi.
- Nah! Teh untuk kamu.
- Menyusahkan pula.
- Tidaklah, kamu kan kerja keras.
- Terima kasih banyak.
Boleh saya tanya? Siapa yang kamu lawat itu?
Saya nampak banyak orang lawat dia.
Ya, dia kawan baik kami, macam keluarga.
Kami Saksi-Saksi Yehuwa.
Kamu semua sangat baik hati.
Terima kasih.
Sebenarnya, Tori . . .
Kita bersikap baik hati
sebab kita benar-benar mengasihi orang.
Ada masanya kita mungkin
tidak menyebut tentang mesej Bible,
tapi orang mungkin lebih sudi dengar
apabila mereka rasa kita peduli terhadap mereka.
Sebagai ulang kaji,
tiga langkah untuk tunjukkan kebaikan hati ialah:
Satu, tunjukkan empati.
Fikirkan kerisauannya dan apa yang mereka perlukan.
Jika mereka luahkan perasaan,
dengarlah dengan teliti.
Kedua, bercakaplah dengan hormat dan baik.
Orang boleh rasa keikhlasan kita
melalui nada suara dan kata-kata kita.
Ketiga, bantulah orang.
Carilah peluang untuk beri bantuan.
Itu mungkin akan buka peluang untuk anda beri kesaksian.
Tapi ingatlah,
ini bukan sekadar mengasah suatu kemahiran.
Tapi seperti Yesus, kita mahu mengasihi orang.
Bible juga katakan,
“Kasih itu . . . baik hati.”
Apabila kita kaji Bible dan ikut nasihatnya,
lebih mudah untuk kita ambil berat terhadap orang lain.
Mari lihat cara kenal pasti butiran dalam suatu ayat Bible
dan fikir dengan mendalam ayat itu
semasa kita menggali harta dalam buku Mikha.
Buku Mikha, apa pendapat kamu?
Saya tahu mami suka Mikha 6:8,
tapi saya tidak tahu apa kaitan buku ini
dengan tema utama Bible.
Ya kan?
Jadi, macam mana kamu mengkajinya?
Mula-mula saya mahu cuba faham dulu
apa yang berlaku semasa buku Mikha ditulis.
Ya, tip bagus!
Konteks sangat penting.
Macam mana kita mahu cari?
Saya tengok rujukan silang
dan rujukan itu bawa saya
ke 2 Tawarikh bab 27-29.
Bab-bab itu menceritakan
apa yang berlaku pada zaman Mikha.
Mikha berkhidmat semasa pemerintahan tiga raja:
Yotam,
Ahas,
dan Hizkia.
Ahas tidak bantu orang Yehuda menyembah Yehuwa.
Ya, teruk oh dia.
Dia bahkan bunuh anak-anak sendiri!
Orang Yehuda juga tidak setia kepada Yehuwa.
Bahkan di bawah pemerintahan raja yang baik,
seperti Yotam,
Bible kata, “rakyatnya terus berdosa.”
Betul!
Mikha perlu mendedahkan semua itu.
Dia perlu bernubuat bahawa Samaria
dan Yerusalem akan dibinasakan.
Tapi, Yehuwa selalu beri harapan.
Betul tu.
Yehuwa sangat sabar,
- tapi kesabaran-Nya ada had.
- Setuju.
Kerana Dia adil dan mahu melindungi orang baik,
Dia perlu bertindak dan mendisiplinkan Israel.
Tapi, Dia tidak berhenti membantu mereka.
Nubuat pemulihan dalam buku Mikha
membuktikan bahawa Yehuwa mahu mereka
ada hubungan baik dengan-Nya.
Memang betul!
Jadi,
Mikha dengan setia menyampaikan mesej tegas
daripada Yehuwa.
Mesejnya hampir sama dengan mesej Yesaya.
Contohnya,
kata-kata di Mikha 4:1-3
serupa dengan kata-kata di Yesaya 2:2-4.
Menarik kan?
Saya suka cara kamu bandingkan kisah-kisah itu.
Saya pun mahu buat begitu
dengan buku-buku lain dalam Bible.
Yesaya duluan bernubuat.
Yesaya dan Mikha ikut arahan Yehuwa dengan setia,
biarpun nampaknya
mereka berdua sampaikan mesej yang sama.
Jadi, kamu rasa adakah orang fikir,
‘Mikha, kami baru sahaja dengar hal itu dari Yesaya.’
Ya!
Dan Mikha mungkin menyimpulkan bahawa
Yehuwa sangat mengasihi umat-Nya
dan mahu mereka faham mesej itu.
Jadi, saya mahu tiru Mikha
dan terus menginjil berita baik
meskipun sudah berulang kali melakukannya.
Kamu pula belajar apa?
Mikha 3:5, menarik perhatian saya.
Ayat itu kata:
Ok.
Pelik kan?
Betul.
Semasa baca Bible,
saya suka ayat yang susah difahami
kerana saya dipaksa untuk memikirkannya
dengan lebih mendalam.
Apabila saya tidak faham
atau tiada rujukan ayat tertentu,
saya cuba memahaminya bahagian demi bahagian
dan tanya diri, ‘apa maksud bahagian ini?’
Saya suka itu.
Saya tulis dulu:
“Memikirkannya dengan lebih mendalam
dan memahaminya bahagian demi bahagian.”
Ok, bahagian pertama.
Yehuwa mengutuk para nabi palsu yang berseru,
“Kamu akan aman”
semasa mengunyah sesuatu.
Ya, memang menarik,
tapi saya tertanya-tanya,
mengapa para nabi berseru,
“Kamu akan aman”
semasa mereka mengunyah sesuatu?
Ok, jadi apabila orang suap para nabi,
para nabi bagi mesej kedamaian?
Ya, semasa orang bagi mereka sesuatu yang baik,
seperti makanan,
para nabi bagi berita baik.
Tapi, jika orang tidak beri mereka apa-apa,
 para nabi akan mengisytiharkan perang.
Jadi, sikap pentingkan diri para nabi
sama seperti sikap ramai orang hari ini.
Ayat ini buat saya fikir cara saya layan orang lain
dan motif saya penting bagi Yehuwa.
Dia nampak segala-galanya.
Saya tanya diri:
‘Adakah saya ikhlas melakukan sesuatu untuk orang lain
atau kerana saya mengharapkan balasan?
Dan dalam aktiviti penyebaran,
adakah saya mementingkan diri
atau rela menggunakan masa
dan tenaga saya untuk belajar bahasa baharu
atau menginjil pada waktu saya dapat jumpa
lebih ramai orang?
Para nabi palsu tidak akan buat itu.
Mereka tidak menghargai tugasan
dan tanggungjawab untuk berkhidmat
kepada Yehuwa.
Kerana itu Yehuwa mengutuk mereka.
Sangat melegakan.
Ini menunjukkan keadilan Yehuwa
dan kasih-Nya untuk umat-Nya.
Kita kembali ke Mikha 6:8.
Saya pun suka ayat ini.
Yehuwa seperti beritahu saya:
“Jangan risau.
Inilah cara hidup yang bermakna.”
Saya suka poin itu.
Ini berkaitan semua yang kita bincang tadi.
Yehuwa mengutus Mikha
untuk mendedahkan sifat penting diri
para nabi yang tidak berlaku adil.
Mikha tetap setia kepada Yehuwa
kerana dia mencintai kesetiaan.
Dia tidak menunjuk-nunjuk,
tapi hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhan.
Wow!
Dengan menggali sedikit saja,
kita dapat banyak pengajaran daripada buku Mikha.
Betul!
Kita mendapatkannya dengan
fikirkan konteks,
bandingkan kisah-kisah Bible,
dan cuba fahami ayat bahagian demi bahagian.
Perbincangan ini sangat seronok!
Kamu ada masa untuk bincang beberapa ayat lagi?
Boleh bah!
Mari teruskan menggali lagi buku Mikha.
Apabila kita renungkan ayat Bible,
kita tahu apa yang perlu dibuat.
Apa yang anda temui dalam buku Mikha?
Dalam penyembahan pagi,
Saudara Malenfant bincang cara kita dapat manfaat
dengan merenungkan kasih Yehuwa.
Peringatan kematian Yesus
mengingatkan kita betapa dalamnya
kasih Yehuwa
dan Yesus terhadap kita.
Kita masing-masing mahu membalas kasih mereka.
Kita mahu menunjukkan melalui perbuatan kita
bahawa kita juga mengasihi Yehuwa dan Yesus
dan menghargai kurniaan korban tebusan.
Kata-kata di 2 Korintus 5:14
sangat menarik dan berguna.
Sila buka Bible,
di alat elektronik anda,
di 2 Korintus 5:14,15.
Ayat ini kata,
“Kasih yang dimiliki Kristus menguasai kami,
kerana kami memahami hal ini:
Satu orang telah mati untuk semua orang,
kerana semua orang sudah mati.
Kristus sudah mati untuk semua orang,
supaya orang yang hidup
tidak lagi hidup untuk diri sendiri,
tetapi untuk dia yang sudah mati bagi mereka
dan yang sudah dibangkitkan.”
Menarik, kan?
Bahagian awal ayat ini mengatakan,
“Kasih yang dimiliki Kristus menguasai kami”
untuk tidak lagi hidup untuk diri sendiri.
Ungkapan “menguasai kami”
tidak bermaksud kita dipaksa
untuk tidak lagi hidup untuk diri sendiri
atau melakukan kehendak Yehuwa merupakan satu kewajipan.
Maksudnya lebih dalam lagi.
Sebuah kamus mengatakan bahawa
perkataan “menguasai” dapat membawa maksud,
“menimbulkan perasaan yang kuat
atau menghasilkan reaksi” dalam diri seseorang.
Korban tebusan juga menimbulkan perasaan
dan reaksi dalam diri kita.
Kita sangat menghargai apa yang Yesus lakukan bagi kita,
dan reaksi kita ialah
kita mahu melakukan kehendak Yehuwa sepanjang hayat kita.
Ya, itulah reaksi kita terhadap kurniaan
korban tebusan daripada Yehuwa.
Rasul Paulus juga mempunyai perasaan yang sama.
Dia tidak teragak-agak untuk
meluahkan perasaannya tentang korban tebusan Yesus
dan kesan korban itu terhadap dirinya.
Sila buka Bible anda ke Galatia
bab dua.
Galatia
bab dua,
dan kita akan baca ayat 20.
Inilah cara Paulus meluahkan perasaannya tentang
apa yang Yesus lakukan baginya.
Dia kata,
“Aku sekarang dipakukan pada tiang bersama-sama Kristus.
Maka yang hidup sekarang bukan lagi aku
tetapi Kristus yang hidup bersatu dengan aku.
Sememangnya,
hidup yang sedang aku jalani sekarang
ialah hidup yang berdasarkan iman kepada Anak Tuhan.
Dia mengasihi aku dan telah menyerahkan dirinya bagi aku.”
Wah, bagus, kan?
Paulus memandang korban tebusan
sebagai hadiah peribadi baginya,
dan itulah perasaan kita semua.
Yesus telah mati bagi pihak kita.
Maka,
kita memandang tebusan sebagai hadiah peribadi.
Kita juga mahu ingat bahawa
korban tebusan Yesus menonjolkan satu lagi sifat Yehuwa,
iaitu kemurahan hati-Nya.
Hal ini mendorong kita
untuk “jalani . . . hidup yang berdasarkan iman
kepada Anak Tuhan.”
Yehuwa ialah Peribadi yang paling murah hati di alam semesta.
Kita telah menerima kurniaan yang terbaik daripada-Nya.
Lihat cara kurniaan ini digambarkan
di 2 Korintus 9:15.
Ayat ini kata,
“Marilah kita
bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan percuma-Nya
yang tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata.”
Ya, kurniaan itu
“tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata.”
Kata-kata tidak dapat mengungkapkan betapa menakjubkan
kurniaan korban tebusan
dan semua manfaat
yang dapat kita raih daripadanya.
Menara Pengawal, edisi umum,
terbitan No. 2,
2017, ms. 6,
mengatakan sesuatu yang menarik tentang korban tebusan.
Rencana itu mengatakan,
“Sesungguhnya, korban Yesus ialah kurniaan yang paling unggul.
Tebusan diberikan oleh Tuhan Yang Maha Tinggi
dan merupakan bukti
akan kasih Tuhan yang paling mendalam
serta melibatkan pengorbanan yang terbesar.
Kurniaan itu juga memenuhi keperluan yang terbesar
kerana membebaskan kita daripada dosa dan maut.
Ya, tebusan ialah anugerah yang tertinggi
dan merupakan kurniaan yang tiada tandingnya!”
Wah,
kata-kata itu sangat menyentuh hati!
Korban tebusan bukan saja membuka peluang
agar manusia dapat diselamatkan,
tetapi melalui korban tebusan
kita juga dapat meraih banyak lagi berkat.
Sebagai contoh,
kita tidak lagi jatuh sakit.
Bumi akan dipulihkan dan menjadi Firdaus yang indah
dan harapan yang paling kita menantikan akan menjadi kenyataan,
orang yang telah mati
akan dibangkitkan.
Sememangnya,
korban tebusan Yesus
“tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.”
Mari lihat apa yang Petrus katakan
tentang reaksi kita terhadap korban tebusan.
Dia beritahu apa yang harus kita lakukan
kerana kita sudah menerima
dan menghargai tebusan.
Mari baca
1 Petrus 1:8, 9.
Ayat ini kata,
“Meskipun kamu tidak pernah melihat Kristus,
kamu mengasihinya.
Meskipun kamu tidak melihatnya sekarang,
kamu beriman kepadanya
dan berasa sangat gembira
kerana kamu sudah memperoleh sukacita yang besar
dan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Hal ini demikian
kerana kamu yakin bahawa iman kamu akan membawa penyelamatan
untuk kamu.”
Ya,
kita memperoleh sukacita yang besar
dan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
semasa memikirkan semua yang Yehuwa telah lakukan bagi kita
termasuk semua janji-Nya untuk masa depan,
pemberian-Nya pada masa sekarang,
dan kuasa suci-Nya
yang membantu kita berkhidmat kepada-Nya,
menghormati-Nya,
dan menikmati hidup.
Kita hargai semuanya.
Kita rasa sangat bersukacita
dan juga menikmati ketenangan minda
semasa kita meluangkan masa untuk merenungkan
semua hal baik yang Yehuwa telah lakukan bagi kita
dan akan lakukan bagi kita.
Kuasa suci Yehuwa bantu kita merasai sukacita yang besar,
kesyukuran,
dan bantu kita
mempercayai Tuhan kita.
Ini selaras dengan Roma 15:13 yang mengatakan,
“Semoga Tuhan yang memberi kamu harapan,
mengurniai kamu sukacita dan kedamaian yang melimpah
kerana kamu percaya kepada-Nya,
supaya dengan kuasa suci Tuhan,
harapan kamu bertambah kukuh.”
Berkat yang besar, kan?
Semua yang Yehuwa dan Yesus lakukan bagi kita
mendorong kita untuk melakukan apa saja yang kita mampu
untuk memuliakan nama Yehuwa
dan mengutamakan kehendak-Nya dalam hidup kita.
Perasaan kita sama seperti apa yang digambarkan
dalam Mazmur 116.
Sila buka bersama saya,
Mazmur 116:12, 14.
Mazmur 116:12, 14.
Ayat 12 kata,
“Apakah yang dapat aku berikan kepada Yehuwa
untuk membalas segala kebaikan-Nya terhadapku?”
Dan sekarang perhatikan apa peranan kita di ayat 14,
“Aku akan menunaikan ikrarku kepada Yehuwa
[Ya, kita telah membaktikan diri
kepada Yehuwa]
di hadapan seluruh umat-Nya.”
Jadi apakah yang dapat kita berikan kepada Yehuwa?
Perkara terbaik yang dapat kita lakukan ialah menghormati Yesus
dan melakukan kehendak Yehuwa
kerana itulah yang Yehuwa mahukan daripada kita
dan itulah yang kita mahu lakukan untuk memuliakan Yehuwa.
‘Apa yang dapat aku berikan kepada Yehuwa?’
Itulah soalan yang selalu Claude dan Sandra Sauvageau tanya.
Mari lihat bagaimana jawapan yang mereka temui
membawa berkat yang berkekalan.
Semasa saya kecil,
ibu bapa saya bantu saya menikmati kerja menginjil.
Bapa akan bawa saya keluar menginjil dua kali seminggu.
Lepas dia pulang dari kerja, dia bawa saya keluar.
Saya belajar kebenaran daripada ibu saya, Rita.
Dia simpan bahan bacaan Bible di rumah dan saya pun bacanya.
Lepas itu saya fikir,
“Wow! Inilah yang saya mahu.
Inilah hidup yang sebenar!”
Lepas kami kahwin,
kami mahu buat lebih banyak untuk Yehuwa,
dan tiada apa-apa yang menghalang kami.
Kami berdua
ingin berkhidmat di tempat yang memerlukan lebih banyak penyiar.
Jadi, kami mohon untuk Sekolah Gilead.
Kemudian, kami ditugaskan ke Republik Afrika Tengah
dan kami belajar bahasa baru.
Kami sangat teruja sebab ada banyak orang mahu belajar Bible
sehingga kami tidak dapat kendalikan semuanya.
Tapi, saya jatuh sakit.
Doktor kata tidak dapat bantu saya,
dan saya terpaksa balik ke negara asal.
Kami sangat suka tugasan kami,
tapi kami terpaksa tinggalkannya.
Jadi, ini buat kami rasa sedih dan rasa buntu.
Selepas kami balik, kami ada hadir perhimpunan litar.
Masa itu,
seorang penyelia litar yang kenal saya sejak kecil ada datang,
dan dia ada bagi ceramah di perhimpunan itu.
Dia perasan saya sedih,
jadi dia pun bercakap dengan saya.
Dia kata, “Kamu sudah terima latihan.
Jadi teruslah guna latihan itu.
Jangan fokus apa yang kamu tidak lagi dapat buat.
Fokuslah apa yang kamu mampu buat sekarang.”
Kata-katanya ubah hidup saya.
Apabila kesihatan saya bertambah baik,
kami dapat buat lebih lagi dan merintis semula.
Kemudian, kerana kerja saya,
kami perlu pindah ke Amerika Syarikat.
Di sana, kami boleh pilih antara sidang Inggeris,
Perancis, atau Sepanyol.
Sidang Sepanyol baru ditubuhkan beberapa bulan yang lalu.
Jadi kami pun fikir,
“Apa kata kita guna latihan kita untuk bantu sidang itu?”
Dan itulah kami buat.
Isteri saya perlu beberapa bulan saja untuk belajar bahasa Sepanyol.
Tapi saya, saya perlu usaha balik-balik untuk belajar bahasa ini.
Kami sudah 25 tahun dalam sidang Sepanyol.
Kami gembira kerana kami sudah pandai cakap bahasa itu.
Bolehlah.
Kami sudah banyak kenangan manis di sidang ini.
Semakin kita tua, semakin banyak masalah kita.
Mungkin kita risau usia meningkat.
Tapi Yehuwa telah bantu kita.
Dia mahu kita beri apa yang kita mampu,
dan bukan apa yang kita tidak mampu.
Yehuwa buka peluang lain bagi kami.
Jadi kami pun terima.
Umur kami sudah 50 tahun lebih.
Kami bantu dalam Jawatankuasa Pembinaan Serantau,
dan kami akan bantu projek di Warwick.
Sukarelawan yang bantu di Warwick
kongsi pengalaman yang gembira setelah mereka kembali.
Tapi mereka juga kata ada banyak kerja fizikal.
Jadi saya perlu berlatih.
Biar saya cerita.
Dia bawa tangga lipat ke ruang tamu.
Dia berlatih dengan naik turun, naik turun, naik turun
untuk 15 minit!
Itulah latihan dia.
Saya rasa lucu bila dia buat begitu.
Tapi itu bantu dia untuk sedia.
Memang berkesan!
Kalau tambah jumlah kami berdua berkhidmat untuk Yehuwa
adalah lebih 100 tahun.
Kami sudah bantu dalam LDC,
menginjil di penjara,
dan menginjil di pelabuhan,
dan kami dapat lihat
tidak kira berapa banyak kami beri kepada Yehuwa,
Dia selalu memberkati kami dengan melimpah,
dan kami tiada penyesalan.
Semangat kami tetap membara.
Jadi kami mahu bantu orang muda
untuk ada semangat dalam khidmat kepada Yehuwa.
Kami tidak berhenti dan akan terus berkhidmat kepada-Nya.
Berkhidmat untuk Yehuwa ialah hal terbaik.
Jadi kenapa berhenti?
Teruskan saja!
Keluarga Sauvageau tidak pernah berhenti
membalas kebaikan Yehuwa.
Jadi, memang sesuai video muzik bulan ini
mengungkapkan penghargaan untuk kemurahan hati Yehuwa.
Mentari senja yang terbenam,
Dedaun nyiur melambai,
Asap dari api yang hangat,
Kebaikan-Mu buatku kagum.
Semuanya bina imanku
Dan bantuku ’tuk menghargai
Segala yang Engkau lakukan,
Yang Kau kongsikan dengan semua orang.
Cara Kau buka tangan
Buatku akrab dengan-Mu.
Kemurahan hati-Mu
Buatku sungguh bersyukur.
Kemurahan hati-Mu inginku tiru,
Tunjukkan kasih dan tidak penting diri.
Cara Kau buka tangan
Inginku contohi,
Inginku contohi.
Engkau memberi dengan melimpah,
Beri hikmat agarku matang.
Firman-Mu s’lalu segarkanku,
Bagai ombak tiada henti.
Engkau beriku air kehidupan,
Kukongsinya dengan yang kujumpa.
Sebarnya di mana saja
Dan kongsinya dengan siapa saja, s’perti
Cara Kau buka tangan
Buatku akrab dengan-Mu.
Kemurahan hati-Mu
Buatku sungguh bersyukur.
Kemurahan hati-Mu inginku tiru,
Tunjukkan kasih dan tidak penting diri.
Cara Kau buka tangan
Inginku contohi,
Inginku contohi,
Inginku contohi,
Inginku contohi.
Cara Kau buka tangan
Buatku akrab dengan-Mu.
Kemurahan hati-Mu
Buatku sungguh bersyukur.
Kemurahan hati-Mu inginku tiru,
Tunjukkan kasih dan tidak penting diri.
Cara Kau buka tangan
Inginku contohi,
Inginku contohi,
Inginku contohi.
Kita rasa mudah hampiri Tuhan yang memberi dengan melimpah.
Yehuwa beri kita Bible yang penuh nasihat berguna.
Dia beri kita peluang untuk bantu orang lain
dengan belas kasihan dan kebaikan hati.
Dia ingatkan kita betapa bernilainya kita.
Kami gembira untuk kongsi sesuatu istimewa dengan anda.
Apa itu?
Jemputan Konvensyen Serantau 2026, “Bahagia Selamanya.”
Kebahagiaan—Ramai percaya mereka akan bahagia
jika perkara baik berlaku dalam hidup mereka.
Tapi, dapatkah kita rasa bahagia
jika perkara yang tidak dijangka berlaku?
Bolehkah kita bahagia tidak kira apa yang berlaku dalam hidup?
Kira-kira 2,000 tahun yang lalu,
Yesus ajar bahawa kebahagiaan datang daripada
hubungan yang erat dengan Pencipta kita.
“Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka . . .
Berbahagialah orang yang lemah-lembut . . .
Berbahagialah orang yang berbelas kasihan . . .
Berbahagialah orang yang berhati murni . . .
Berbahagialah orang yang berusaha mewujudkan kedamaian.”
Kata-kata Yesus masih bermakna sehingga hari ini.
Untuk mendapat manfaat,
sertailah kami di Konvensyen Serantau Saksi-Saksi Yehuwa 2026,
“Bahagia Selamanya.”
Melalui ceramah Bible, temu ramah, dan video-video,
lihatlah bagaimana ajaran Yesus sedang bantu orang hari ini
mendapat kebahagiaan sejati.
Konvensyen diadakan di seluruh dunia.
Masuk adalah percuma.
Carilah konvensyen berdekatan dengan anda di jw.org.
Kami menantikan kedatangan anda.
Jemputlah jiran dan keluarga anda
untuk hadiri konvensyen yang menyentuh hati ini.
Kami juga berbesar hati
umumkan pengeluaran lagu konvensyen 2026
yang bertajuk, “Saat Kulihat, Ku Bahagia.”
Anda boleh muat turun lagu dan lirik di JW Library
dan laman jw.org.
Kami galakkan anda untuk berlatih nyanyi lagu ini di rumah
supaya anda dapat nyanyi sepenuh hati semasa di konvensyen.
Jika lirik lagu ini ada dalam bahasa anda, kita akan nyanyinya
pada penghujung perjumpaan pertengahan minggu
yang bermula dari minggu 20 April 2026.
Poskad bulan ini di Republik Dominika, sebahagian dari
sebuah pulau yang paling ramai dikunjungi bertahun-tahun
antara pulau-pulau di Karibia.
Di situlah terletak puncak gunung tertinggi di Karibia
dan ambar biru yang berharga.
Jika anda berjalan di pergunungan atau sekitar air terjun,
anda mungkin dapat lihat binatang yang istimewa,
seperti iguana badak;
solenodon Hispaniola atau agouta;
dan burung palmchat yang sangat bising.
Orang Dominika memang ramah, pengasih, dan mesra.
Semasa acara sosial, mereka mungkin hidang
kuah daging lembu pekat iaitu sancocho,
yang jadi kegemaran ramai orang.
Ada sejenis muzik dan tarian iaitu merengue,
yang berasal dari Republik Dominika.
Merengue sangat penting bagi orang di sana.
Bendera Dominika
ialah satu-satunya bendera yang ada gambar Bible.
Terdapat ayat Yohanes 8:32,
“Kebenaran itu akan membebaskan kamu.”
Ayat ini menjadi kenyataan di Republik Dominika.
Ribuan orang belajar kebenaran Bible
dan bebas dari ajaran palsu serta semangat kebangsaan.
Kerja menginjil bermula pada April 1945
semasa Lennart dan Virginia Johnson tiba di situ.
Mereka segera menginjil dan mulakan pembelajaran Bible
pada hari yang sama mereka tiba.
Kemudian, lebih ramai mubaligh tiba,
dan ramai orang mula hadiri perjumpaan di rumah mubaligh.
Hanya tiga tahun kemudian,
sekitar 110 penyiar menyebarkan berita baik.
Para penentang tahu perkembangan ini.
Di bawah pemerintahan zalim Rafael Trujillo,
saudara saudari kita dianiaya dengan kejam.
Gereja Vatikan bantu Trujillo kukuhkan kuasanya.
Semua gereja di Republik Dominika harus letak tanda yang kata,
“Tuhan di Syurga, Trujillo di Bumi.”
Tapi saudara saudari kita tetap setia kepada Yehuwa.
Kerajaan melarang aktiviti kita pada 1950 dan 1957.
Sepanjang masa itu, saudara saudari terus sembah Yehuwa,
menginjil dengan hati-hati, dan mencetak bahan secara rahsia,
seperti dalam lakonan semula berikut.
Biarpun ada larangan,
semakin ramai orang di Republik Dominika mula menyembah Yehuwa.
Larangan kedua tamat pada 1960.
Kini, terdapat lebih dari 38,000 penyiar
yang adakan lebih dari 45,000 pembelajaran Bible setiap bulan!
Perjumpaan diadakan dalam bahasa Sepanyol, Kreol Haiti,
Inggeris, Cina, Rusia, dan Bahasa Isyarat Amerika.
Di pergunungan, terdapat sebuah kota kecil, Constanza,
yang terletak kira-kira 150 kilometer dari ibu kota.
Kita akhiri lawatan kita dengan mengunjungi Sidang Los Laureles.
Sidang ini ada 134 penyiar, yang termasuk 36 perintis biasa.
Secara purata, saudara saudari di situ
mengadakan lebih dari 170 pembelajaran Bible setiap bulan!
Memang seronok menginjil di kawasan mereka,
bukan hanya sebab pemandangan gunung yang cantik,
tapi juga ada ramai yang ingin kenali Yehuwa.
Saudara saudari anda dari Sidang Los Laureles–Constanza
menyampaikan salam kasih Kristian mereka yang hangat.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.