JW subtitle extractor

‘Besi Mengasah Besi’—Bersikap Baik Hati

Video Other languages Share text Share link Show times

Hai, saya Jonathan.
Ini ialah ‘Besi Mengasah Besi.’
Kita akan bincang satu sifat yang membuat
ramai orang seperti pendosa, orang sakit,
dan anak-anak mendekati Yesus,
iaitu sifat baik hati.
Seperti Yehuwa, Yesus tunjuk sifat ini
kepada orang baik dan jahat.
Yesus melakukannya
bukan hanya kerana orang baik kepada dia
atau suka dia.
Tapi dia tahu sifat ini betul-betul bawa kesan baik
terhadap orang lain
dan bawa pujian kepada Yehuwa.
Bagi kita pula,
kepada siapa dan bila kita boleh
tunjukkan kebaikan hati?
Miss, kamu perlu keluar sekarang!
Masa melawat sudah habis.
Oh, OK, sorry!
Eh, cepat juga! Bukan masih ada lima minitkah?
Tidak apa. Tori, kami jalan dulu.
Nanti kami datang lagi.
Saudari kita memang baik hati
sebab mereka sudi pulang
walaupun masa melawat mereka belum habis.
Tapi, ada lagi yang dia boleh buat.
Langkah pertama ialah tunjukkan empati.
Tanyalah diri,
“Apakah cabaran atau masalah yang orang itu hadapi?
Apakah yang mungkin dia perlu?”
Kemudian, tunjuklah anda ambil berat
dengan mendengar dengan teliti.
Nanti kita boleh makan di sana.
Kamu boleh jalan dulu. Nanti saya turun.
- Hai.
- Hai.
Saya mahu cakap terima kasih sebab jaga kawan saya
dengan sangat baik.
Ya, sama-sama.
Maaf, tadi saya sangat tegas.
Hari ini kami kurang staf tapi banyak kerja.
Jadi sangat stres.
Kata-kata seperti “Terima kasih” dapat
buat orang rasa dihargai.
Mungkin itulah yang jururawat itu perlukan.
Semasa orang kongsi perasaan dengan kita,
kita mahu bercakap kepadanya dengan hormat dan baik.
Itulah langkah yang kedua.
Orang boleh tahu kita ikhlas
dan berbelas kasihan daripada cara kita bercakap.
Pilihlah kata-kata dengan bijak
dan guna nada yang sesuai.
Elak kata-kata yang mungkin menyinggungnya.
Hari ini kami kurang staf tapi banyak kerja.
Jadi sangat stres.
Ya, saya boleh faham.
Saya rasa kerja kamu sangat penting,
tapi pasti tidak senang, kan?
Ya, memang betul cakap kamu.
Jangan lupa minum teh kamu, ya?
Ya, tapi belum sempat saya minum sudah tumpah.
Nantilah saya pergi beli.
Kesian kamu!
- Tidak habis-habis kan masalah?
- Ya.
- Nama saya Mandy.
- Saya Mary.
- Terima kasih cakap dengan saya.
- Sama-sama.
Biar kamu sambung kerja dulu, ya?
Saudari kita buat dengan sangat baik.
Dia buat Mary senyum.
Sekarang saudari kita sudah kenal Mary.
Bolehkah dia membantunya?
Inilah langkah yang ketiga.
Selain faham situasinya dan cakap kata-kata yang sesuai,
kita juga mahu bertindak.
Carilah peluang untuk menghulurkan bantuan
kepada orang.
Sememangnya, ini perlukan masa,
tenaga, dan pengorbanan.
Namun, usaha anda pasti berbaloi.
- Nah! Teh untuk kamu.
- Menyusahkan pula.
- Tidaklah, kamu kan kerja keras.
- Terima kasih banyak.
Boleh saya tanya? Siapa yang kamu lawat itu?
Saya nampak banyak orang lawat dia.
Ya, dia kawan baik kami, macam keluarga.
Kami Saksi-Saksi Yehuwa.
Kamu semua sangat baik hati.
Terima kasih.
Sebenarnya, Tori . . .
Kita bersikap baik hati
sebab kita benar-benar mengasihi orang.
Ada masanya kita mungkin
tidak menyebut tentang mesej Bible,
tapi orang mungkin lebih sudi dengar
apabila mereka rasa kita peduli terhadap mereka.
Sebagai ulang kaji,
tiga langkah untuk tunjukkan kebaikan hati ialah:
Satu, tunjukkan empati.
Fikirkan kerisauannya dan apa yang mereka perlukan.
Jika mereka luahkan perasaan,
dengarlah dengan teliti.
Kedua, bercakaplah dengan hormat dan baik.
Orang boleh rasa keikhlasan kita
melalui nada suara dan kata-kata kita.
Ketiga, bantulah orang.
Carilah peluang untuk beri bantuan.
Itu mungkin akan buka peluang untuk anda beri kesaksian.
Tapi ingatlah,
ini bukan sekadar mengasah suatu kemahiran.
Tapi seperti Yesus, kita mahu mengasihi orang.
Bible juga katakan,
“Kasih itu . . . baik hati.”