JW subtitle extractor

Siaran JW—Mei 2026

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang ke Siaran JW.
Yehuwa ialah Bapa yang macam mana?
Dalam program ini,
kita dapat tahu jawapannya
dan sebabnya kita dapat rasa selamat dalam keluarga Yehuwa.
Kita akan lihat pengalaman seorang saudari
yang tetap setia kepada Yehuwa
walaupun menerima berita buruk dan menghadapi masalah.
Kita akan menggali harta karun, ini kali dalam buku Nahum.
Kami sukacita memperkenalkan dua siri baharu
dalam program bulan ini.
Siri pertama menunjukkan cara Yehuwa melatih kita
apabila kita merelakan diri untuk berkhidmat sepenuh masa.
Dan siri kedua menunjukkan
cara pelbagai tugasan teokratik dilakukan di sebalik tabir.
Inilah Siaran JW.
Apakah yang anda fikirkan bila dengar perkataan “bapa”?
Seorang lelaki pengasih yang sangat
ambil berat tentang keluarganya,
atau seorang lelaki
yang mengabaikan atau mendera keluarganya?
Hal ini banyak bergantung kepada cara
kita dilayan oleh bapa kita.
Mengapa istilah “bapa”
penting bagi kita?
Satu sebabnya ialah dalam Bible,
Yehuwa digelar sebagai Bapa.
Memang, Bible gunakan banyak gelaran
untuk menggambarkan Yehuwa.
Namun, Yesus kerap menggunakan istilah Bapa
untuk menunjukkan cara Yehuwa
mahu kita memandang-Nya.
Yesus juga ada banyak gelaran di dalam Bible.
Contohnya, Jurubina yang Mahir,
Firman, dan Mikhael, ketua malaikat.
Tetapi, dia lebih dikenali
sebagai Anak Tuhan.
Dan atas dasar korban tebusan Yesus,
Yehuwa juga memandang kita
manusia yang tidak sempurna,
sebagai anak-anak-Nya.
Yehuwa inginkan hubungan yang rapat,
yang penuh kasih,
seperti Bapa dan anak dengan anda.
Istilah “Bapa” menonjolkan
perasaan Yehuwa terhadap kita.
Yehuwa mengasihi aturan keluarga.
Hal ini digambarkan oleh Nabi Yesaya
di Yesaya 64:8,
Kata-kata yang menyentuh hati,
“Engkau
ialah Bapa kami,
ya Yehuwa.”
Tidak kira bagaimana bapa kita sendiri melayan kita,
Yehuwa ialah Bapa yang hebat.
Bible cakap banyak hal tentang Yehuwa
sebagai seorang Bapa.
Dalam buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes saja,
Yesus menggunakan istilah “Bapa”
lebih daripada 160 kali.
Pengajarannya?
Bagi Yehuwa, kita keluarga-Nya.
Semakin banyak kita belajar tentang Bapa kita Yehuwa,
termasuk sifat dan kasih-Nya terhadap kita,
kita akan semakin mengasihi dan mempercayai-Nya
sebagai Bapa kita yang di syurga.
Sekarang, kita akan bincang sebabnya kita
dapat menjalinkan hubungan dengan Yehuwa.
Perhatikan bahagian pertama Kejadian 1:26.
Di sini, Yehuwa sedang berbincang dengan Yesus
tentang ciptaan anak-anak-Nya di bumi.
“Kemudian Tuhan berfirman,
‘Marilah kita membuat manusia seperti kita,
menurut gambaran kita.’”
Yehuwa mencipta manusia menurut gambaran-Nya.
Dan itu masuk akal, kan?
Anak-anak biasanya mirip dengan ibu bapa mereka.
Jadi, bagaimana kita mirip dengan Yehuwa?
Kita bukan mirip secara fizikal
sebab Yehuwa ialah Roh.
Tapi 1 Yohanes 4:8
jawab soalan itu.
“Sesiapa yang tidak mempunyai kasih,
belum lagi mengenal Tuhan,
[mengapa?]
kerana Tuhan itu kasih.”
Kita dicipta menurut gambaran Tuhan
dan dapat tiru sifat-sifat-Nya seperti kasih,
iaitu sifat utama-Nya.
Yehuwa ialah Bapa yang penyayang
dan mengambil berat tentang keluarga-Nya.
Dan sebagai anak-anak
yang dicipta menurut gambaran-Nya,
kita dapat mengasihi-Nya
dan merasai kasih-Nya.
Ya, kasih merupakan asas hubungan kita dengan Yehuwa.
Mari bincang tiga cara
Yehuwa menunjukkan kasih kepada
anak-anak-Nya.
Pertama, sebagai Bapa yang pengasih,
Yehuwa mengambil berat tentang kita.
1 Petrus 5:7 kata,
Mengambil berat juga bermaksud
menyediakan keperluan fizikal seseorang.
Itu memang bagus.
Tetapi, adakah Yehuwa hanya mengambil berat
tentang keperluan fizikal kita sahaja?
Tidak.
2 Korintus 1:3, 4 kata,
Yehuwa ialah “Bapa yang berbelas kasihan
dan Tuhan yang melegakan hati kita.”
Ya, betul.
Yehuwa memang menjaga keperluan fizikal kita.
Tapi Dia buat lebih daripada itu.
Dia terlibat secara emosi semasa
menjaga keperluan kita.
Dia melegakan hati kita.
Yehuwa menjaga keperluan fizikal,
emosi, dan rohani kita.
Sebagai contoh,
bayangkan anda cedera
dan anda berjumpa dengan doktor.
Doktor beritahu anda perlukan rawatan
dan yakinkan anda, dia akan jaga anda.
Tapi dia bukan sahaja seorang doktor yang berpengalaman,
dia juga bapa anda.
Kini rawatan anda menjadi keutamaannya.
Dia bukan saja akan merawat anda,
dia juga akan jaga anda setiap hari.
Itu sangat melegakan.
Bapa kita mahu bantu
sebab dia mengasihi kita.
Yehuwa juga begitu.
Ya, Dia seorang Doktor yang sangat mahir.
Dia sudah tetapkan tarikh
untuk lenyapkan semua penderitaan.
Bukan itu sahaja,
Yehuwa “Bapa yang berbelas kasihan
dan Tuhan yang melegakan hati kita.”
Dia ambil berat tentang diri kita
dan juga menjaga kita setiap hari
sebelum sistem dunia ini berakhir
dan di dunia baharu nanti.
Pernahkah Yehuwa menjaga
dan melegakan hati anda?
Mungkin Dia guna keluarga rohani untuk jaga anda,
iaitu saudara saudari di sidang anda,
yang meniru kasih dan belas kasihan-Nya.
Mungkin Yehuwa menguatkan atau melegakan hati anda
menerusi kisah Bible.
Mungkin anda belajar sesuatu yang baharu
tentang janji Yehuwa
menerusi satu ayat Bible.
Yehuwa menjaga kita
kerana Dia sangat mengasihi kita.
Oleh sebab kasih Yehuwa kekal,
Dia akan terus menjaga kita.
Mari lihat cara kedua Yehuwa tunjuk
Dia ialah Bapa yang pengasih.
Dia izinkan kita untuk ada
komunikasi yang terbuka dengan-Nya.
Komunikasi terbuka penting dalam keluarga.
Banyak keluarga menikmati makan malam bersama
sambil bercerita apa yang berlaku pada hari itu.
Tadi kita baca di 1 Petrus bab 5,
Yehuwa jemput kita untuk
‘lemparkan segala kekhuatiran kepada-Nya.’
Jika Yehuwa di syurga,
bagaimana kita dapat berkomunikasi dengan-Nya?
Melalui doa.
Doa ialah peluang untuk kita bercakap
dengan Yehuwa secara terbuka tentang
apa yang buat kita khuatir,
apa yang buat kita gembira,
matlamat masa depan kita,
dan untuk ucap syukur kepada-Nya.
Yehuwa mendengar doa kita,
sama seperti seorang bapa pengasih
yang mendengar anak-anak-Nya.
Yehuwa bukan saja mendengar doa kita,
Dia juga menjawab doa kita.
Yehuwa mengilhami penulis Bible
untuk mencatatkan fikiran-Nya
untuk kita.
Apabila kita baca dan merenungkan
ayat Bible dan makanan rohani yang disediakan
oleh hamba yang setia dan bijaksana,
Yehuwa menggunakan kuasa suci-Nya
untuk bantu kita perhatikan hal yang kita perlu dengar
lalu selaraskan fikiran kita
dengan fikiran-Nya.
Yehuwa boleh gunakan penyembah-Nya
atau mereka yang bukan penyembah-Nya
untuk jawab doa kita.
Kita perlu peka
terhadap cara Yehuwa menjawab doa kita.
Kita boleh catatkannya dan membacanya sekali-sekala.
Tapi, mengapa kadangkala kita perlu
menunggu jawapan kepada doa kita?
Adakah itu bermakna doa kita tidak penting bagi Yehuwa,
seolah-olah doa orang lain adalah lebih penting?
Sudah tentu tidak.
Hal itu mungkin bermaksud kita perlu terus bersabar
atau mungkin kita belum dapat jawapan yang
kita mahukan.
Bayangkan sebuah keluarga hendak balik kampung
untuk melawat datuk dan nenek.
Ayah dan ibu tahu
perjalanan mengambil masa 10 jam.
Apa yang biasanya anak-anak akan tanya?
“Bila kita nak sampai?”
Memang biasa untuk kita mahu sampai
dengan secepat mungkin.
Tapi perjalanan itu
akan ambil masa 10 jam.
Mereka pasti akan sampai.
Mereka cuma perlu sabar
dan sibukkan diri sepanjang perjalanan.
Kita doa agar akhir datang
dengan cepat.
Kalau boleh, kita mahu akhir datang pada hari ini juga.
Kita seolah-olah tanya kepada Yehuwa,
“Bila kita nak sampai?”
Memang kita patut doa untuk hal itu.
Tetapi macam anak-anak tadi,
kita perlu sabar menunggu
jawapan bagi doa kita.
Walaupun perlu bersabar,
anak-anak itu tidak seorang diri
kerana ibu bapa ada bersama.
Begitu juga,
walaupun kita perlu bersabar,
ingatlah, Bapa kita, Tuhan Yehuwa,
ada bersama kita.
Sistem dunia ini pasti akan berakhir.
Dengan sibukkan diri dalam khidmat Yehuwa,
masa akan berlalu dengan cepat.
Kadang-kadang,
kita mungkin sedar jawapan Yehuwa kepada doa kita ialah, “Tidak.”
Begitu juga,
ibu bapa pengasih mungkin perlu kata tidak
kepada permintaan anak mereka.
Ingat contoh Rasul Paulus?
Dia ada masalah yang bagaikan “duri dalam daging.”
Fikirkan,
Yehuwa bagi Paulus kuasa untuk sembuhkan orang lain.
Tapi apabila Paulus berdoa tiga kali
agar “duri” tersebut disingkirkan daripadanya,
apa jawapan Yehuwa?
Tidak.
Yehuwa kata kepada Paulus,
“Kebaikan hati-Ku yang unggul sudah cukup untukmu.”
Yehuwa tidak akan singkirkan duri itu.
Tetapi Dia akan bagi Paulus kekuatan untuk bertahan
walaupun mempunyai duri.
Yehuwa juga akan bantu kita berjaya hadapi cubaan.
Ketabahan kita dapat membuktikan kasih
dan keyakinan kita terhadap Yehuwa.
Tidak kira kita perlu tunggu jawapan kepada doa kita
ataupun jawapannya ialah tidak,
kita dapat yakin akan kasih Yehuwa.
Perhatikan apa yang Yehuwa ilhami Rasul Yohanes untuk tulis
di Yohanes 14:21.
Ini adalah kata-kata Yesus.
Apabila kita berusaha untuk meniru teladan Yesus,
Yehuwa kata Dia mengasihi kita.
Dan apabila Yehuwa kata Dia mengasihi kita,
itu memang benar.
Memang suatu penghormatan besar untuk ada
komunikasi yang terbuka dengan Bapa kita, Yehuwa.
Mari kita bincang satu lagi cara Yehuwa menunjukkan
Dia Bapa yang pengasih.
Yehuwa bekerja keras menjaga keluarga-Nya.
Membesarkan anak mendatangkan sukacita
tetapi memerlukan kerja keras,
bahkan jika anak itu selalu dengar cakap.
Tapi jika anak itu nakal seperti saya dulu,
ibu bapa memang perlu lebih kerja keras lagi.
Fikirkan beberapa hal
yang ibu bapa lakukan untuk anak mereka.
Mereka sediakan pakaian, makanan, rumah,
main bersama anak,
bawa anak berjumpa dengan doktor,
beri pendidikan,
dan disiplin.
Apa?
Disiplin?
Kita selalu kaitkan disiplin dengan hukuman.
Ini memang sebahagian daripada disiplin.
Tapi, tahukah anda perkataan “disiplin” dalam Bible
bermaksud memberi arahan, bimbingan,
latihan, serta membetulkan seseorang?
Disiplin memang baik
kerana merupakan sebahagian daripada pendidikan dan latihan.
Yehuwa mahu kita menikmati hidup selamanya.
Jadi kadang-kadang,
Dia mendisiplinkan kita,
iaitu Dia memberi arahan, bimbingan,
latihan, serta membetulkan kita,
supaya kita menjadi lebih matang secara rohani.
Dia menggunakan Bible,
makanan rohani daripada hamba yang setia,
dan orang Kristian matang dalam sidang.
Semua ini bantu kita jadi hamba Yehuwa yang lebih baik.
Ya, kerja keras memang diperlukan
untuk menjadi ibu bapa yang baik
dan Yehuwa hargai usaha anda untuk berbuat demikian.
Dia juga kerja keras untuk kita.
Sebenarnya, sebagai Bapa yang pengasih,
Yehuwa sudah bekerja keras untuk kita
selama ribuan tahun.
Fikirkan salah satu ciptaan Yehuwa yang anda nikmati.
Matahari terbenam,
makanan yang sedap,
muzik dan nyanyian,
bunga yang harum,
bergaul dengan kawan dan keluarga,
serta semua persediaan rohani yang kita nikmati.
Bapa kita Yehuwa,
berikan kita semua kurniaan ini.
Yehuwa selalu bekerja keras untuk keluarga-Nya
kerana Dia mengasihi kita.
Ceramah ini dimulai dengan soalan,
Apakah yang anda fikirkan bila dengar perkataan “bapa”?
Jawapannya bergantung kepada
cara bapa kita sendiri melayan kita.
Tapi macam mana kalau anda membesar tanpa bapa?
Perhatikan kata-kata Yehuwa yang penuh kasih ini untuk anda
di Mazmur 68:5,
Dari “tempat kediaman-Nya yang suci” di syurga,
Yehuwa nampak situasi anda sebagai anak yatim
dan menganggap anda
sebahagian penting dalam keluarga-Nya.
Perhatikan ayat itu kata,
“Dia ialah bapa kepada anak yatim dan pembela
bagi para balu.”
Dalam kata lain, Yehuwa beritahu anda,
‘Saya tahu kamu tiada bapa
atau mendapat sokongan daripada seorang bapa.
Tapi kamu ada Aku.
Aku Bapa kamu.’
Bagaimana kalau bapa atau keluarga anda
menentang kerana anda menyembah Yehuwa?
Perhatikan janji ini di Markus 10:29, 30.
Yesus berkata,
Jika ibu bapa atau keluarga anda
menentang anda kerana iman anda,
ingatlah,
anda sebahagian daripada keluarga Yehuwa.
Di serata dunia,
jutaan penyembah Yehuwa sangat mengasihi anda.
Kita tidak hilang harapan
bahawa keluarga anda yang tidak seiman
akan mengenali Yehuwa
suatu hari nanti.
Tidak kira apa situasi kita,
sebagai hamba Yehuwa,
kita sebahagian daripada keluarga-Nya yang menakjubkan.
Yehuwa mengasihi anak-anak-Nya
dan Dia akan sentiasa mengasihi mereka.
Tidak lama lagi, Yehuwa akan lenyapkan sistem dunia ini,
dosa, dan semua masalah,
serta menjadikan bumi Firdaus.
Pada masa sekarang,
Yehuwa terus menjaga keperluan kita,
Dia mendengar dan menjawab doa kita
dalam cara yang terbaik,
dan bekerja keras untuk bantu kita,
iaitu keluarga-Nya, bersedia untuk nikmati hidup kekal.
Yehuwa buat semua perkara ini
dan lebih banyak lagi
sebab Dia mengasihi keluarga-Nya.
Kita setuju dengan kata-kata Yesaya yang kita baca tadi dan
dengan syukur berkata,
“Engkau ialah Bapa kami, ya Yehuwa.”
Pada umur 22 tahun,
Saudari Bethel Rodish
perlu mengubah rancangannya untuk berkhidmat di Bethel Brooklyn
bila dia dapat tahu dia ada tumor otak.
Kisah hidupnya ada dalam majalah Awake! 22 April 1990.
Sejak itu,
Saudari Rodish telah melihat lebih banyak bukti
bahawa Yehuwa benar-benar ialah Bapanya.
Pada suatu pagi,
saya terima satu panggilan dari Bethel Brooklyn.
Saya dijemput untuk berkhidmat di sana selama tiga bulan.
Masa itu, saya perlu tamatkan panggilan itu dengan cepat
kerana saya ada temu janji dengan doktor.
Saya jalani scan otak.
Selepas tunggu beberapa minit,
doktor kata,
Scan tunjuk ada ketumbuhan besar dalam otak.
Kita perlu hubungi ibu bapa kamu.”
Doktor yang bedah saya sangat mahir.
Saya dibedah dua kali oleh doktor itu.
Selepas pembedahan kedua,
doktor berjaya keluarkan seluruh ketumbuhan.
Tidak sampai setahun,
saya menjadi sihat semula
dan dapat jalani kehidupan biasa.
Pada 1990,
saya pindah ke Brooklyn.
Di situ, saya jumpa Robert lalu kami bertunang.
Kami mohon untuk tinggal di Bethel,
dan akhirnya permohonan kami diterima.
Kira-kira dua tahun selepas kami kahwin,
kami ada anak perempuan,
dan kemudian anak lelaki.
Tapi semasa saya mengandung untuk kali yang ketiga,
sekitar bulan ketiga,
sesuatu yang teruk berlaku.
Saya keguguran.
Semasa kami di hospital,
ibu tolong jaga dua anak kami.
Robert dan saya bersyukur
kerana ibu sudah beritahu mereka
bayi itu tidak akan pulang bersama kami.
Semasa pulang,
anak-anak lari kepada kami.
Saya tidak dapat bersuara kerana terlalu sedih.
Robert peluk kami semua,
dan beritahu anak-anak bayi itu meninggal.
Dengan memahami keperibadian anak-anak,
kami menjelaskan dengan lemah lembut
tetapi terus terang bahawa kadangkala
perkara sedih seperti ini boleh berlaku.
Kami rasa dengan cara ini,
kami dapat hadapi kesedihan
sebagai sebuah keluarga.
Semasa masuk ke bilik dan lihat pakaian bayi,
saya berasa sangat sedih.
Saya tidak tahu
apa yang saya patut buat dengan pakaian itu.
Satu kali setelah lima bulan kehilangan bayi,
kami pergi ke Dewan Perjumpaan.
Selepas masuk dewan,
saya tidak dapat menahan air mata.
Jadi saya cepat-cepat balik ke kereta.
Dua saudari nampak saya.
Mereka keluar dan pergi ke kereta saya.
Mereka dengar luahan saya tentang bayi dan anak-anak.
Mereka pegang tangan saya.
Mereka buat saya ketawa,
dan tidak lama kemudian
kami pun masuk ke dewan bersama.
Saya menghargai apa yang mereka buat.
Yehuwa bantu kami hadapi kesedihan.
Dia beri kami saudara saudari.
Ada antara mereka yang sangat sibuk
tapi sudi datang pada malam Jumaat
dan makan malam bersama kami.
Kami berbual tentang hal-hal yang
gembira dan positif.
Ini bantu saya untuk jangan terus
bertumpu pada kesedihan saya.
Selepas rasai kasih Yehuwa menerusi saudara saudari,
saya selalu cuba
tunjuk kasih yang sama kepada orang lain.
Saya cuba untuk selalu hantar mesej, tulis kad,
atau beritahu orang lain
bahawa kami mengasihi, ambil berat,
dan sedia membantu mereka.
Sepanjang hidup saya, Yehuwa beri saya kekuatan
setiap kali saya perlukannya.
Saya percaya kita semua pernah rasa penat
dan fikir kita tidak dapat keluar menginjil
atau ke Dewan Perjumpaan.
Tapi Yehuwa beri saya tenaga
semasa saya perlukannya.
Dia juga bantu saya fikir dengan jelas
dan tetap tenang semasa saya perlukannya.
Ayat di Ulangan 33:27 bermakna bagi saya.
“Sejak dahulukala,
Tuhan ialah tempat perlindunganmu.
Tangan-Nya akan sentiasa menyokongmu.”
Cubaan yang saya alami
ajar saya bahawa saya dapat tabah
menghadapi apa-apa pun dengan bantuan Yehuwa.
Memupuk sifat Kristian seperti iman
dapat bantu kita bertabah menghadapi cabaran hidup
seperti Saudari Rodish.
Satu cara untuk memupuk sifat-sifat Kristian
adalah dengan berkhidmat sepenuh masa.
Khidmat sepenuh masa bantu kita jadi lebih matang secara rohani
dan meniru Yehuwa dengan lebih baik.
Jadi, kami gembira beritahu anda satu siri baharu,
Khidmat Sepenuh Masa Menguatkan Sifat-Sifat Kristian.
Siri ini akan menunjukkan bagaimana tugasan teokratik
telah membantu saudara saudari
memperlihatkan buah kuasa suci Tuhan
dalam kehidupan seharian mereka.
Sila nikmati episod pertama,
Khidmat Sepenuh Masa Menguatkan Sifat-Sifat Kristian—Kasih.
Saya dibesarkan di sebuah bandar kecil
yang kebanyakan orang daripada budaya yang sama,
dan ada cara pemikiran dan tindakan yang
hampir sama.
Jadi semasa saya menyertai Kumpulan Pembinaan Dewan Perjumpaan,
itu satu perubahan yang besar bagi saya.
Saya berpindah dari tempat yang semua orang daripada
budaya yang sama
ke satu tempat di mana semua orang bercakap
bahasa yang berbeza, dan daripada budaya yang berbeza.
Saya sedar saya hanya menunjukkan kasih
kepada orang daripada satu budaya
atau kaum sahaja.
Dan saya bersikap sedikit prasangka.
Saya berkhidmat di Kumpulan Pembinaan Dewan Perjumpaan.
Saya sangat menikmati suasana di sana
kerana kami bekerja,
tinggal, dan kadang-kadang menangis bersama-sama
seperti sebuah keluarga.
Semasa saya menyertai Kumpulan Pembinaan Dewan Perjumpaan,
saya telah meninggalkan cara hidup
yang saya rasa selesa.
Saya meninggalkan orang yang saya sangat kenal di sidang saya
dan kawan-kawan saya.
Di tugasan baru saya,
saya mula rasa saya tidak terima kasih yang secukupnya.
1 Korintus 13:4 menunjukkan kepada saya bahawa
cara saya menunjukkan kasih mungkin terhad
dan saya perlu bekerja lebih keras untuk memupuk
dan menunjukkan kasih Kristian yang sejati.
Satu perkara penting yang saya belajar daripada
kerja litar di negara yang lain
adalah untuk tunjuk lebih banyak kasih dan berempati.
Sebagai contoh, seorang saudara akan datang lewat
semasa ceramah saya, dan dia akan tertidur.
Saya bukannya kata saya penceramah yang paling bagus.
Tapi, dia datang lambat dan tertidur.
Saya rasa jengkel.
Tapi saya sedar saya tidak tunjuk kasih kerana saya perlu ingat
saudara ini bekerja kira-kira 12 hingga 16 jam setiap hari,
enam hari seminggu.
Oleh sebab keluarga saya bukan saksi,
saya memandang saudara saudari sebagai keluarga saya.
Saudara saudari kita hidup susah,
tapi mereka berusaha untuk tetap setia.
Saya mahu jadi kawan mereka secepat mungkin,
tapi kadang-kadang tidak senang,
saya akan rasa sedih.
Mereka macam tidak mahu jadi kawan saya.
Kenapa?
Suami saya beritahu saya:
“Kamu hampir sama dengan mereka.
Susah untuk kamu meluahkan perasaan kamu sendiri.”
Lepas itu saya sedar:
“Oh ya.
Hal itu betul.”
Jadi, saya sedang belajar untuk bersabar dengan para saudari,
untuk tunjuk lebih kasih,
dan betul-betul memahami mereka.
Yehuwa sedang membantu kita semua
menjadi lebih matang.
Saya rasa bekerja dalam projek pembinaan Dewan Perjumpaan
telah bantu saya menjadi matang dengan lebih cepat.
Sekarang, saya dapat bertumpu pada sifat-sifat orang,
dan bukannya kaum, bangsa atau bahasa mereka.
Semasa saya menyertai LDC,
saya rasa Yehuwa seperti sedang kata kepada saya:
“Cebo, kamu rasa kamu tahu cara menunjukkan kasih
dan faham apa itu kasih.
Tapi, biar saya tunjuk kamu apa sebenarnya erti kasih.”
Jadi semasa kami berpindah dari tempat ke tempat,
saya dapat membina hubungan yang erat seperti keluarga.
Kami banyak dapat manfaat daripada khidmat sepenuh masa.
Khidmat ini banyak membantu kami untuk
menunjukkan lebih banyak kasih,
untuk lebih berempati terhadap saudara saudari kita.
Khidmat sepenuh masa bantu saya lebih
mengasihi saudara saudari kerana
saya perlu lebih memahami mereka.
Semasa saya cuba memahami saudara saudari,
saya lebih mengasihi mereka
dan ini telah bantu saya dalam perkahwinan saya.
Dengan menjadi pendengar yang baik dengan para saudari,
saya dapat jadi pendengar yang baik dengan suami saya juga.
Adakah anda perhatikan manfaatnya menunjukkan kasih?
Kita jadi rapat dengan saudara saudari,
dapat tunjuk empati dan kesabaran,
serta memahami mereka.
Kami harap siri baharu ini akan mendorong kita semua
untuk fikirkan sama ada kita dapat merelakan diri
dalam khidmat sepenuh masa.
Dalam awal ceramah tadi,
kita bincang bahawa Yehuwa, sebagai Bapa yang pengasih,
mendisiplinkan kita.
Kadang-kadang Dia melakukannya melalui peringatan.
Dalam penyembahan pagi ini,
Saudara Troy Snyder
menjelaskan bagaimana kita boleh ada pandangan betul
terhadap peringatan daripada Yehuwa.
Apa yang terlintas di fikiran anda apabila anda dengar:
“ini hanya satu peringatan ya,”
“biar saya ingatkan anda”?
Adakah anda fikir, ‘Saya sudah tahu hal ini’?
Adakah anda rasa jengkel
kerana anda diingatkan akan sesuatu yang anda belum buat?
Atau kita mungkin rasa bersalah
kerana kita rasa kita tidak cukup baik.
Tapi, peringatan daripada Yehuwa berbeza
dan kita harus memandangnya dengan berbeza.
Mari kita baca Mazmur 119.
Perhatikan kesan akan peringatan daripada Yehuwa.
Mazmur 119 ayat 2 dan 3.
“Berbahagialah orang yang mematuhi ajaran-Nya,
dan yang mencari-Nya dengan sepenuh hati.
Mereka tidak melakukan kejahatan;
Mereka hidup menurut kehendak Tuhan.”
Ya, kita rasa gembira apabila kita dengar ajaran Yehuwa.
Peringatan Yehuwa bantu kita lebih memahami
dan lihat sesuatu dari sudut lain.
Kita bertekad untuk tetap setia kepada Yehuwa.
Seperti ayat 3 kata, kita dibantu untuk buat apa yang betul,
ikut cara Yehuwa.
Peringatan Yehuwa juga bantu kita semasa kita ada masalah.
Ya, peringatan Yehuwa seperti papan tanda di jalan raya yang sibuk.
Secara kiasan, papan tanda tunjuk ke mana kita harus pergi
dalam dunia yang huru-hara ini.
Kita diingatkan kita sedang buat keputusan yang baik,
dan jika kita lakukan kesilapan,
kita dibantu untuk terus menyembah Yehuwa.
Ayat harian hari ini
adalah satu contoh peringatan Yehuwa.
Mari kita baca 1 Petrus bab 2.
Mari kita baca ayat 13 dan 14.
Satu Petrus bab 2—perhatikan peringatan di sini.
“Demi Tuan, tunduklah kepada semua orang yang berkuasa,
baik kepada raja sebagai orang yang lebih tinggi kedudukannya,
mahupun kepada gabenor
yang diutus oleh raja untuk menghukum orang yang berbuat salah
dan untuk memuji orang yang berbuat baik.”
Ini adalah satu peringatan untuk orang Kristian pada abad pertama
untuk tetap neutral, untuk mengikut undang-undang negara
yang diberi kuasa oleh Yehuwa.
Ini bukan perintah yang baru, ini satu peringatan.
Orang Kristian faham kata-kata Yesus tentang Kerajaan Tuhan.
Mereka faham apabila Yesus kata
“berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar”,
“berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”
Dan mereka sedar kata-kata para rasul
“patuh kepada Tuhan sebagai pemerintah
dan bukannya kepada manusia.”
Mengapa mereka perlu peringatan ini?
Hal ini akan bantu mereka dalam dunia yang berpecah belah.
Masa itu, orang di sekeliling mereka
tidak bersetuju dengan satu sama lain tentang hal politik
dan hal ini sangat susah untuk orang Kristian tetap neutral.
Lihatlah bagaimana prinsip ini membantu mereka.
Ayat 13 kata “Demi Tuan.”
Prinsip ini bantu ubah pandangan mereka.
Mematuhi kerajaan manusia
bukan bermaksud menyokong polisi atau perang mereka.
Hal itu hanya bermaksud aturan Yehuwa perlu dihormati
dan hanya perlu tunggu Yehuwa mengambil tindakan.
Prinsip ini bantu mereka tidak menentang kerajaan
tapi untuk tetap berfokus terhadap Kerajaan Tuhan
dan menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan.
Ini hanya salah satu peringatan.
Beberapa tahun yang lalu, orang Kristian di Roma
telah menerima satu surat
yang menjelaskan peranan pihak berkuasa
dan cara orang Kristian harus melayan mereka.
Pada masa yang hampir sama,
surat Titus juga telah diterima
yang mengingatkan orang Kristian untuk patuh kepada pihak kerajaan.
Semua peringatan ini bantu mereka tetap neutral
dan untuk terus mengikut arahan-arahan Yehuwa.
Hal ini juga sangat bermanfaat
kerana penganiayaan terhadap orang Kristian bakal berlaku.
Dengan mengikut peringatan ini, Yehuwa akan bantu mereka.
Di 1 Petrus 2:13 dan 14,
kita diberitahu untuk tunduk kepada pihak berkuasa.
Perhatikan poin di ayat 15. Ayat 15 kata:
“Hal ini demikian kerana Tuhan menghendaki kamu berbuat baik
agar kamu dapat menutup mulut orang yang tidak munasabah
yang mengucapkan kata-kata bodoh.”
Ya, dengan ikut peringatan itu, Yehuwa dapat guna kelakuan mereka
untuk bantu mereka tetap dapat menyembah-Nya
dalam situasi yang susah itu.
Kita tahu orang Kristian pasti telah patuh peringatan itu.
Hal yang sama berlaku pada masa sekarang.
Sebagai contoh, saudara saudari kita di sebuah negara
telah terima peringatan untuk tetap neutral.
Tidak lama kemudian, perang saudara tercetus.
Mereka ikut peringatan itu.
Mereka neutral dan tetap patuh kepada pihak berkuasa.
Selepas perang tamat,
pihak kerajaan telah membuat beberapa undang-undang baru
untuk menyatupadukan orang.
Salah satu undang-undang ialah
semasa pendaftaran perkahwinan,
mereka harus menabik bendera.
Jika perintah itu diikuti,
saudara saudari kita tidak dapat tetap neutral.
Apa yang mereka buat?
Mereka pergi ke pegawai kerajaan dan jelaskan bahawa semasa perang,
mereka telah tetap neutral.
Pihak berkuasa tahu tentang hal itu dan menghormati mereka.
Seorang pegawai kata, “Kita tidak mahu susahkan kamu.”
Tidak lama kemudian,
pihak kerajaan telah mengubah undang-undang itu
dan para Saksi dapat tetap neutral.
Ini semua kerana kelakuan baik para Saksi
yang telah ikut peringatan Yehuwa.
Hari ini, kita terima peringatan dengan kerap.
Fikirkanlah tentang Laporan Badan Pimpinan.
Kita diingatkan untuk tetapkan matlamat dalam kerja penyebaran
dan menginjil kepada orang di mana-mana saja
kerana kita kasih orang.
Kita gembira semasa kita mematuhi peringatan.
Kita diingati tentang pandangan Yehuwa
terhadap mereka yang telah berdosa
atau yang telah berhenti menyembah Yehuwa
dan apa yang kita dapat buat
untuk bantu mereka kembali kepada Yehuwa.
Kita dibantu untuk lebih faham prinsip Bible.
Itu peringatan yang bagus.
Kita diingatkan tentang pakaian dan dandanan kita.
Walaupun kita dapat pilih pakaian yang berlainan jenis
dan yang moden,
kita masih perlu tunjuk hormat kepada Yehuwa.
Kita diingatkan berdoa untuk mereka yang dipenjarakan.
Kita juga diingatkan bahawa jika kita dianiaya atau dipenjarakan,
kita perlu terus menginjil.
Baru-baru ini, kita diingatkan untuk tetap neutral,
seperti saudara saudari kita pada abad pertama.
Mengapa?
Kerana kita tinggal di dunia yang berpecah belah.
Orang tidak bersetuju dengan satu sama lain tentang isu politik dan sosial.
Ini daripada Berita Terkini Badan Pimpinan:
‘Badan Pimpinan ingin kongsi peringatan ini
kerana Syaitan mahu kita terlibat dalam isu politik dunia.’
Kita diingatkan untuk lihat prinsip di buku
Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian, di bawah topik ‘Kerajaan’.
Ini akan bantu kita memahami prinsip-prinsip dengan lebih baik
supaya kita dapat jelaskan kepercayaan kita
dan bantu kita bersatu padu sebagai umat Yehuwa.
Sebagai pekhidmat sepenuh masa, kita diberi banyak peringatan.
Kita diingatkan untuk sedia memaafkan.
Semasa ada perselisihan faham dengan saudara saudari,
kita diingatkan untuk berdamai,
supaya kita tetap bersatu padu.
Kita gembira apabila kita patuh peringatan-peringatan itu.
Kita diingatkan untuk baca Bible setiap hari.
Mengapa?
Kerana kita semua sibuk
dan perlu diingatkan untuk membiarkan Yehuwa bercakap dengan kita
setiap hari melalui Bible.
Sebagai penyelia, kita diingatkan bahawa
peranan kita adalah untuk menggembala umat Yehuwa.
Mengapa?
Kerana kadangkala kita terlalu berfokus pada tugasan kita
dan lupa akan bebiri Yehuwa.
Kita juga diingatkan bahawa semasa kita rasa diri tidak berguna,
kita perlu lawan perasaan itu
dan sedar Yehuwa mengasihi kita.
Dia dapat lihat sifat-sifat baik kita,
Dia berbelas kasihan dan Dia legakan hati kita semasa kita sedih.
Ya, semasa kita mendengar peringatan Yehuwa,
kita tidak mahu mengabaikannya.
Kita mahu mendengar peringatan itu dengan teliti.
Perhatikan kata-kata di Mazmur 119:111.
Ayat itu kata:
“Peringatan-Mu ialah kesukaan hatiku,
yang menjadi milikku selama-lamanya.”
Ya, peringatan Yehuwa membuat kita gembira.
Kita disatupadukan dan kita dibantu untuk tetap ikut haluan Yehuwa
dan terus hampiri-Nya.
Wah, peringatan bagus tentang peringatan daripada Yehuwa.
Apabila kita dengar cakap Yehuwa,
kita akan tumbuh secara rohani
dan ingin membantu saudara saudari kita.
Pernahkah anda fikir apa yang terlibat dalam tugasan teokratik?
Walaupun anda sudah ada tugasan teokratik,
pernahkah anda fikir untuk cuba tugasan teokratik yang lain?
Kami sukacita perkenalkan satu lagi siri baharu
yang bantu kita lebih memahami tugasan teokratik.
Tajuknya, Sehari Bersama . . . .
Setiap episod akan membawa kita ke sebalik tabir
untuk melihat rutin harian
dan kerja yang dilakukan oleh saudara saudari di serata dunia
dalam pelbagai jenis tugasan.
Mari lihat episod pertama yang bertajuk,
Sehari Bersama Penterjemah.
Hai, saya Han Na Kim.
Saya salah seorang penterjemah
Bahasa Isyarat Korea.
Bahagian Penterjemahan
menterjemahkan makanan rohani
dari bahasa Inggeris ke pelbagai bahasa.
Kami cuba guna ungkapan yang tepat,
mudah difahami
dan biasa digunakan.
Untuk menterjemah bahasa isyarat,
kami perlu mengubah teks menjadi video.
Kami menggunakan tangan dan ekspresi muka
untuk menyampaikan mesej.
Saya sedang baca bahan yang akan
kami terjemahkan hari ini.
Apa isi-isi utamanya,
bagaimana susun isi-isi itu,
dan cara terbaik untuk menyampaikannya
dalam bahasa isyarat.
Seorang penterjemah perlu fasih berbahasa.
Dahulu, saya fikir saya fasih dalam bahasa isyarat,
jadi saya yakin saya dapat buat kerja ini.
Tapi, semasa saya mula kerja ini,
saya sedar saya perlu belajar banyak lagi.
Semasa terima latihan,
saya berfokus pada tatabahasa,
isyarat yang digunakan orang pekak,
dan cara bahan bacaan kita diterjemahkan.
Ini bantu saya sampaikan mesej dengan jelas
dan mudah difahami.
Kumpulan penterjemah biasanya
terdiri daripada tiga orang.
Kami bekerjasama menterjemah
dan memastikan terjemahan kami tepat
dan mudah difahami.
Memandangkan kami tidak dapat
mencatat bahasa isyarat,
jadi kami merakam terjemahan kami.
Hari ini, kami menterjemah tentang ikan paus.
Tapi kami semua guna isyarat yang berbeza
untuk ikan paus,
jadi kami bincang isyarat
mana yang selalu digunakan.
Adakalanya,
susah untuk cari isyarat
yang tepat semasa menterjemah.
Apabila hal itu berlaku,
kami akan membincangkannya.
Semasa kami dapat isyarat yang tepat,
kami berasa Yehuwa sedang membantu kami.
Hal itu sangat menggembirakan.
Dalam kumpulan penterjemah,
kami datang daripada latar belakang yang berbeza.
Kami kerja bersama,
pergi perjumpaan bersama,
dan menginjil bersama.
Kami benar-benar seperti keluarga.
Satu, dua, tiga.
Baru-baru ini,
proses penterjemahan dipermudahkan,
jadi para penterjemah dapat melakukan rakaman
dan penyuntingan sendiri.
Mula-mula, saya rasa susah dan risau
sama ada saya dapat melakukannya,
tapi dengan adanya latihan dan sokongan,
saya dapat belajar banyak.
Tiga, empat-OK bagus!
Rakan sebilik saya, Hyun Ji,
kami kerja di bahagian yang sama,
sidang yang sama,
dan bahkan tinggal bersama.
Saya boleh bercakap dengannya
tentang apa-apa saja.
Semasa menterjemah sesuatu,
saya tidak fikir kaitannya dengan diri saya,
sebaliknya,
saya fokus secara sesuai menyampaikannya
dalam bahasa isyarat.
Apabila bahan itu dikeluarkan,
baru saya fikir tentang ajarannya
dan cara untuk menerapkannya.
Semasa pembelajaran peribadi,
saya dapat belajar poin baru
biarpun saya sudah berulang kali
baca bahan itu semasa menterjemah.
Saya sedar saya perlu luangkan masa
untuk renung dan terapkannya.
Ibu bapa saya pekak,
jadi saya belajar bahasa isyarat sejak kecil lagi.
Semasa berkhidmat sebagai penterjemah,
saya sangat digalakkan melihat
ramai saudara saudari
bekerja keras untuk mereka yang pekak.
Kasih dan keprihatinan Yehuwa
menyentuh hati saya.
Saya bertekad lakukan yang terbaik
semasa menterjemah agar mereka
yang pekak mudah memahaminya
dan mencapai hati mereka.
Saya gembira dan puas hati
dapat membantu saudara saudari
yang menggunakan bahasa isyarat.
Dan apabila melihat ibu bapa saya juga
terima manfaat daripada hal ini,
ini buat saya rasa gembira.
Saya gembira berkhidmat sebagai penterjemah
dan melihat sendiri kerja yang menakjubkan
yang dilakukan oleh Yehuwa.
Saya harap orang lain juga dapat merasai sukacita
semasa melakukan khidmat ini.
Saudari Kim ada tonjolkan satu poin yang penting.
Walaupun kerja Saudari Kim melibatkan makanan rohani,
dia sendiri juga perlu mengkaji makanan rohani itu
untuk menguatkan imannya.
Peringatan yang bagus
untuk kita yang sibuk dalam tugasan teokratik.
Kaum muda,
kami harap siri ini akan mendorong anda
untuk melakukan lebih banyak untuk Yehuwa.
Video muzik kita menonjolkan satu lagi aspek
keluarga rohani Yehuwa.
Sama ada kita sedang menginjil kepada orang
atau menggalakkan seseorang dalam sidang,
kita mahu menggunakan kata-kata yang tepat pada masa.
Tutur kata harus dijaga,
Boleh menyatu, boleh memisah.
Bagaikan api, mampu membakar,
Seandainya lidah tak dikawal.
Oh, alangkah baiknya
Kata yang diucap tepat pada masa,
Menyenangkan bagai titis madu,
Mengubah duka menjadilah suka.
Mari ungkap kasih di saat yang perlu—
Kata yang menyegarkan kalbu.
Pengaruh dunia kita elakkan,
Pandangan Yehuwa jadikanlah pedoman,
Agar sentiasa indah ungkapan,
Marilah saling menguatkan!
Oh, alangkah baiknya
Kata yang diucap tepat pada masa,
Menyenangkan bagai titis madu,
Mengubah duka menjadilah suka.
Mari ungkap kasih di saat yang perlu—
Kata yang menyegarkan kalbu.
Oh, alangkah baiknya
Kata yang diucap tepat pada masa,
Menyenangkan bagai titis madu,
Mengubah duka menjadilah suka.
Mari ungkap kasih di saat yang perlu—
Kata yang menyegarkan kalbu.
Masa untuk gali harta karun!
Dalam siri ini kita mengkaji 12 nabi kecil,
dan dalam episod ini,
kita akan menggali buku Nahum.
Carilah permata rohani
atau topik yang ingin anda kaji lebih dalam lagi.
Saya suka kaji dengan kamu pembacaan Bible mingguan.
Buku Nahum ada beberapa kebenaran penting yang asas.
Kita boleh faham cara Yehuwa memerintah
dan penyucian nama-Nya.
Kalau begitu, tunggu apa lagi?
Satu cadangan dari hamba yang setia
ialah baca Bible perlahan
dan pupuk keinginan kuat untuk tahu lebih.
Ya, kalau baca cepat, banyak yang terlepas.
Contohnya bab 1, ayat 1,
Tunggu dulu.
Kita pernah baca tentang Niniwe, kan?
Mm-hmm.
Yehuwa pernah tugaskan Yunus ke sana
dan kita tahu apa perasaannya.
Orang Assyria menakutkan,
jadi Yunus larikan diri.
Memang.
Semasa Yehuwa suruh Nahum
sampaikan mesej penghakiman itu,
saya bayangkan apa fikiran dan reaksi Nahum.
Tentu dia gementar.
Kita boleh faham perasaannya dengan kaji lebih.
Saya guna Indeks bahasa Indonesia,
di bawah tajuk “Niniwe”
dan tajuk kecil “Kota Penumpahan Darah.”
Bagus tu!
Guna Indeks untuk cari maklumat tambahan.
Satu rujukan Indeks petik seorang pakar kata,
Kejamnya!
Saya rasa Nahum bukan saja rasa gementar.
Tentu orang Israel pun sama.
Garis masa tunjuk,
nubuat ini diberi semasa Yosia ialah raja.
Dia berusaha hentikan penyembahan palsu.
Adakah Yosia dan orang Israel takut
semasa mula sembah Yehuwa semula
dengan cara yang betul?
Lagipun Assyria ialah kuasa dunia pada masa itu.
Mereka boleh buat apa saja yang mereka mahu.
Pasti orang Israel risau orang Assyria marah
kerana mereka hentikan penyembahan palsu.
Adakah mereka risau
dikuliti hidup-hidup seperti orang di Samaria?
Kalau itu anak kita, tentu kita risau.
Tapi perhatikan di ayat 3,
Yehuwa mahu umat-Nya faham
cara Dia guna kuasa-Nya.
Dia yakinkan mereka
Dia “tidak cepat murka” walaupun “amat berkuasa.”
Saya buat kajian dan dapati
inilah satu-satunya ayat Bible
yang kaitkan Yehuwa tidak cepat marah
dengan kuasa-Nya yang amat besar.
Nampaknya Yehuwa mahu mereka bertumpu pada kuasa
dan cara Dia memerintah,
bukannya ancaman Assyria.
Di ayat 15,
Yehuwa kata sesuatu yang lagi melegakan,
Yehuwa seperti kata,
“Saya belum musnahkan Assyria,
tapi teruslah sembah Aku tanpa rasa takut.”
Dia seperti kata, “Percayalah Aku.”
Ya, dan Dia tunjuk kuasa-Nya
semasa musnahkan Niniwe sepenuhnya.
Ada orang pada kemudian hari bahkan fikir
Niniwe tak pernah wujud.
Pasti Yosia, Nahum, dan umat Yehuwa rasa lega!
Mereka dapat sembah Yehuwa dengan gembira dan damai.
Jika mereka tumpu pada cara Yehuwa memerintah,
mereka dapat jadi lebih yakin dan tidak rasa gementar.
Poin yang bagus!
Saya mahu catat.
Poin ini lagi bermakna jika kita kaitkannya
dengan hubungan kita dengan Yehuwa.
Ya, cara Yehuwa memerintah
bantu kita faham sifat-sifat-Nya.
Saya asyik terfikir kata-kata ini,
“Yehuwa tidak cepat murka walaupun
Dia amat berkuasa.”
Manusia berkuasa biasanya bukan begitu.
Jadi jika Yehuwa tidak cepat murka
dengan musuh-Nya yang kejam seperti Assyria,
pasti Dia juga tidak cepat murka dengan saya.
Semasa buat silap,
kadangkala saya rasa
seperti Yehuwa terus menolak saya.
Tapi selepas renung kisah ini,
saya lihat Yehuwa
Bapa yang pengasih
dan sabar.
Dia tunjuk Dia mengasihi saya
dengan tidak cepat marah terhadap saya.
Jadi, saya yakin Yehuwa sahabat saya.
Saya suka poin ini.
Kita cenderung menyalahkan diri,
tapi Yehuwa bukan begitu dengan kita.
Jadi saya pun terfikir,
“Jika Yehuwa lambat marah dengan saya,
bukankah saya juga patut begitu?”
Saya perlu berusaha
memandang diri seperti Yehuwa memandang saya.
Terdapat juga pengajaran
bagi orang yang ada kuasa dalam keluarga
atau sidang.
Saya mahu tanya diri,
“Adakah saya lambat marah?
Apa Yehuwa fikir?
Jika saya cepat marah,
siapa yang saya sedang tiru?”
Betul tu.
Saya juga fikir tentang kuasa Yehuwa.
Orang Israel tidak perlu takut.
Assyria tidaklah berkuasa seperti Yehuwa.
Jadi biarpun dunia Syaitan menakutkan,
kita tidak perlu rasa takut.
Yehuwa guna kuasa-Nya untuk bantu kita.
Jadi semasa hadapi masalah,
saya mahu bertumpu pada cara Yehuwa memerintah.
Dengan itu, saya tidak akan bertumpu pada batas saya,
dan yakin Yehuwa pasti beri kekuatan yang saya perlukan.
Saya setuju.
Saya juga pastikan saya baca pengalaman dalam jw.org.
Saudara saudari yang tabah hadapi penganiayaan
bantu saya yakin
Yehuwa juga pasti sokong saya
semasa saya hadapi penganiayaan.
Contoh mereka
membuktikan Yehuwa sedang guna kuasa-Nya
untuk bantu umat-Nya.
Sememangnya “Yehuwa tidak cepat murka
walaupun Dia amat berkuasa.”
Okey, ini yang saya catat.
Baca perlahan dan pupuk keinginan tahu lebih.
Guna Indeks untuk maklumat tambahan.
Cuba faham sifat Yehuwa
menerusi cara Dia memerintah.
Banyak lagi kita boleh belajar,
seperti butiran lain
tentang pembinasaan Niniwe
yang jadi kenyataan.
Bagaimana hal ini kuatkan iman kita?
Jom kita sambung?
Saya dapati . . .
Dalam program ini,
kita diyakinkan
kita ada Bapa yang paling pengasih di alam semesta,
Tuhan Yehuwa.
Usaha untuk menjadi sebahagian
daripada keluarga-Nya memang berbaloi.
Kita dapat memupuk sifat Kristian seperti kasih
kerana kasih “menyatupadukan orang dengan sempurna.”
Kita menguatkan kerohanian kita
yang membolehkan kita melakukan tugasan yang menyokong organisasi
dan kerja penyebaran.
Dan apabila kita hadapi cabaran yang tidak diduga,
kita terus yakin bahawa Yehuwa ialah Bapa kita
dan Gunung Batu kita.
Bulan ini, kita akan melawat Gabon
di pantai barat Afrika Tengah.
Gabon dikenali sebagai Eden di Afrika.
Kira-kira 85% negara itu diliputi hutan hujan.
Gabon juga ada Air Terjun Kongou yang sangat indah.
Di Taman Negara Loango,
anda dapat melihat gajah hutan jalan-jalan di pantai.
Gajah ini ialah spesis yang terancam
dan Gabon mempunyai jumlah yang paling banyak di dunia.
Gabon juga ada gorila, babun mandril yang berwarna-warni,
dan ribuan cimpanzi.
Gabon juga kaya dengan hidupan laut.
Terdapat lebih daripada 20 spesis ikan lumba-lumba
dan ikan paus.
Jadi, memang banyak peluang
untuk melihat ikan paus dalam jarak yang dekat.
Tapi, jangan terlalu dekat dengan ular kapak Gaboon.
Ular itu ada taring terpanjang antara ular berbisa,
panjangnya sehingga lima sentimeter.
Tapi jangan risau, ular itu tenang dan jarang patuk orang.
Ibu kotanya, Libreville,
ditubuhkan pada abad ke-19 oleh hamba yang dibebaskan.
Kota itu terkenal dengan bangunan moden,
taman, dan pantai yang cantik.
Di Franceville, yang terletak di bahagian tenggara negara ini,
ada banyak keindahan semula jadi seperti Air Terjun Poubara.
Pada 1957,
dua saudara dari Congo (Brazzaville)
singgah di Gabon selatan semasa cari kerja.
Di sana, mereka menginjil kepada Antoine Moubanga.
Dia buat kemajuan dengan cepat dan dibaptis pada Jun 1957.
Dia merupakan Saksi pertama di Gabon.
Pada masa itu, Saksi-Saksi dari Congo,
yang bekerja dengan syarikat pembinaan, pindah ke Gabon.
Mereka dan Saudara Moubanga
mula menginjil dan mengadakan perjumpaan
di sebuah bangunan kayu yang disewa.
Pada petang Sabtu,
para saudara akan susun bangku di luar untuk ceramah umum.
Hasilnya, mereka dapat gelaran Agama Bangku.
Pada 1964, kerja kita diiktiraf
dan para mubaligh datang ke negara itu.
Untuk mencapai sebanyak orang yang mungkin,
ceramah Bible disiarkan menerusi radio pada setiap Ahad.
Tiba-tiba pada April 1970,
kerajaan mengharamkan kerja penyebaran,
menghalau para mubaligh,
dan melarang perjumpaan kita.
Walaupun begitu, saudara saudari kita tetap bersemangat.
Mereka mengadakan perjumpaan dan konvensyen pada waktu malam
secara rahsia.
Lama-kelamaan, keadaan semakin baik.
Saudara saudari dapat membina dewan perjumpaan,
mengadakan perhimpunan dan konvensyen,
dan bahkan mulakan satu lagi siaran rancangan radio.
Rancangan itu menjadi begitu popular
sehingga tersiar dalam surat khabar pada tahun 2004.
Salah seorang saudara yang menyampaikan rancangan itu kata
ada orang yang cam suaranya dan mahu belajar Bible dengannya.
Kini, lebih daripada 4,600 penyiar menginjil di Gabon.
Mereka mengadakan lebih daripada 8,000 pembelajaran Bible
dalam beberapa bahasa
termasuk bahasa Perancis, Fang, Myene, Punu, Nzebi, dan Teke.
Baru-baru ini, 28 saudara saudari muda
menghadiri Sekolah Latihan Penginjil yang pertama di Gabon.
Sekolah itu diadakan di sebuah dewan perjumpaan
di Okala, Libreville.
Baru-baru ini, 116 penyiar di Sidang Okala
melaporkan 140 pembelajaran Bible yang merupakan angka tertinggi
dan 287 menghadiri Peringatan.
Saudara saudari kita di Sidang Okala
mengirim salam kasih mereka kepada anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.