JW subtitle extractor

Siaran JW—Jun 2026: Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-159

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang ke Siaran JW.
Pada 14 Mac 2026,
pelajar Gilead kelas yang ke-159
telah menyelesaikan latihan mereka.
Semasa majlis penyampaian sijil,
mereka belajar cara menghadapi perubahan dalam hidup
dan semasa terima tugasan baru.
Kita semua dapat meraih manfaat daripada program tersebut.
Carilah pengajaran yang anda sendiri dapat terapkan dalam hidup.
Mula-mula, Saudara Ajavon akan kembali ke cawangan Afrika Barat.
Saudara dan Saudari Alimănescu akan kembali ke cawangan Romania.
Saudara dan Saudari Alton ditugaskan ke cawangan Zambia.
Saudara Arsiashvil akan kembali ke cawangan Georgia.
Saudara dan Saudari Bueche
akan kembali ke cawangan Amerika Syarikat.
Saudara dan Saudari Capece akan kembali ke cawangan Mozambique.
Saudara dan Saudari Carlisle ditugaskan ke cawangan Portugal.
Saudara dan Saudari Carmichael
akan kembali ke cawangan Amerika Syarikat.
Saudara dan Saudari Carraway ditugaskan ke cawangan Zambia.
Saudara Collymore ditugaskan ke cawangan Afrika Barat.
Saudara Figely akan kembali ke cawangan Czech-Slovak.
Saudara Fujita akan kembali ke cawangan Jepun.
Saudara dan Saudari Gatembasi ditugaskan ke cawangan Rwanda.
Saudara dan Saudari Girma akan kembali ke cawangan Etiopia.
Saudara dan Saudari González akan kembali ke cawangan Sepanyol.
Saudara dan Saudari Hayega akan kembali ke cawangan Afrika Barat.
Saudara dan Saudari Herron ditugaskan ke cawangan Nigeria.
Saudara dan Saudari Hugó akan kembali ke cawangan Skandinavia.
Saudara dan Saudari Lagavakatini akan kembali ke cawangan Fiji.
Saudara dan Saudari Lattanzi ditugaskan ke cawangan Sepanyol.
Saudari Lin akan kembali ke cawangan Taiwan.
Saudara Lopes ditugaskan ke cawangan Afrika Selatan.
Saudara MacDonald akan kembali ke cawangan Amerika Syarikat.
Saudara dan Saudari Mauri akan kembali ke cawangan Australasia.
Saudara Mutahi akan kembali ke cawangan Afrika Timur.
Saudara Nelson akan kembali ke cawangan Skandinavia.
Saudara dan Saudari Osogu akan kembali ke cawangan Nigeria.
Saudara Peralta akan kembali ke cawangan Colombia.
Saudari Šakić akan kembali ke cawangan Croatia.
Saudara dan Saudari Spina ditugaskan ke cawangan Rwanda.
Saudara Terrell akan kembali ke cawangan Amerika Syarikat.
Saudara Vaitiekus akan kembali ke cawangan Finland.
Saudara Yoon akan kembali ke cawangan Amerika Syarikat.
Saudara Zapp akan kembali ke cawangan Amerika Syarikat.
Jadi,
mahukah anda lihat semua pelajar-pelajar Gilead?
Naikkan langsir itu.
Ceramah lain daripada majlis penyampaian sijil tersebut
akan tersedia di jw.org dan aplikasi JW Library.
Bulan ini, kita akan melawat saudara saudari kita di Australia.
Negara yang besar ini merupakan benua yang paling datar
dan salah satu negara yang terkering di bumi.
Nama Australia berasal dari ungkapan Latin
yang bermaksud tanah selatan yang tidak diketahui.
Di sini, terdapat banyak batu permata seperti opal putih.
Australia ialah negara berbilang kaum.
Terdapat lebih daripada 270 etnik di sini.
Lebih daripada 25 peratus penduduk Australia lahir di luar negara.
Kebanyakan orang Australia gemar melakukan aktiviti luar.
Contohnya, luncur ombak,
bermain footy, iaitu sejenis sukan di Australia
yang hampir sama dengan ragbi,
atau barbeku.
Barbeku sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Australia.
Biasanya, tetamu bawa makanan untuk dikongsi.
Jadi, mereka dapat menikmati makanan tempatan
dan dari luar negara.
Satu lagi makanan popular di Australia ialah Vegemite,
yang mula diperkenalkan di Melbourne pada tahun 1923.
Pes yang berwarna coklat gelap ini diperbuat daripada yis
dan mempunyai rasa umami yang unik
yang dikatakan sama seperti rasa daging.
Orang tempatan suka sapunya pada roti atau biskut.
Selain itu, mereka juga sangat suka kopi.
Tujuh puluh lima peratus penduduk Australia
minum secawan kopi setiap hari
dan kebanyakan kafe di sini dibuka oleh orang tempatan.
Mereka menggunakan biji kopi berkualiti yang diimport
untuk membuat latte yang sedap dan cantik.
Pada tahun 1788,
ratusan salinan Bible dibawa ke Australia
melalui kapal yang berlayar dari England.
Kira-kira 100 tahun kemudian,
terjemahan nama Tuhan seperti Yehóa atau Jehovah
mula digunakan dalam Bible bahasa peribumi.
Mesej Bible menyentuh hati ramai orang,
termasuk Kartanya yang berumur 11 tahun.
Dia menulis dalam bahasanya, bahasa Kaurna,
“Teruslah sembah Yehuwa. Yehuwa Pencipta kita.
Yehuwa selamatkan kita daripada dosa.”
Arthur Willis dari Australia Barat
sangat ingin membantu orang mengenal Tuhan.
Pada tahun 1931, semasa dia berumur 19 tahun,
dia mula merintis dan menginjil di kawasan terpencil.
Pada tahun 1932, dia mula mencari orang asli Australia.
Pada 1943, Arthur tinggal di Pingelly
dan menginjil kepada sebuah keluarga kaum Noongar,
iaitu James dan Mabel Collard.
Mereka mempunyai 17 anak.
Mereka pun belajar Bible dan buat kemajuan.
Mereka ialah penyiar orang asli yang pertama di Australia.
Hari ini, cucu-cucu James dan Mabel Collard
adalah antara 71,000 penyiar di Australia.
Penyiar di situ mencari orang yang berhati jujur di pantai,
kawasan ladang, atau bandar.
Mereka juga cuba belajar bahasa baru
seperti Cina Mandarin dan berusaha untuk mengenali budayanya.
Antara saudara saudari yang bersemangat ini
adalah penyiar dari Sidang Carlton di Melbourne.
Kawasan penyebaran mereka
merangkumi kawasan pusat bandar Melbourne yang meriah
dan berbilang budaya.
Sidang ini yang terdiri daripada 21 bangsa yang berbeza,
ada mesej untuk anda.
Kami juga mengasihi anda.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
Kita mahu mengalu-alukan
semua di dewan ini
dan juga mereka yang sedang menonton program ini sekarang
terutamanya para pelajar yang sudah
bekerja keras selama lima bulan.
Kita tahu bahawa anda semua telah belajar bersungguh-sungguh
dan kami gembira hari ini anda dapat bersama
dengan keluarga, kawan-kawan,
dan semua yang hadir
termasuk mereka yang sedang menonton program ini
di seluruh dunia.
Hari ini hari yang sangat gembira
iaitu hari penyampaian sijil anda
dan anda nanti-nantikan saat ini.
Ya.
Sekarang ialah masanya untuk anda laksanakan tugasan anda,
terapkan apa yang anda telah pelajari
sepanjang lima bulan yang lalu,
dan bekerjasama berganding bahu
bersama saudara saudari dengan damai.
Adakah perkataan ‘damai’ buat anda risau?
Mungkin anda pergi tempat baru
dan tertanya,
‘Dapatkah saya ada hubungan yang damai
dengan saudara saudari di sana?’
Atau mungkin anda balik ke tempat asal
dan tertanya,
‘Adakah mereka akan perhatikan perubahan saya selepas Gilead?’
Soalan-soalan ini biasa.
Sebab itu, tema ceramah saya ialah
“Wujudkan Kedamaian.”
Tiada orang kata senang bagi kita untuk berdamai.
Yesus tahu perkara itu.
Mari kita lihat apa yang Yesus katakan di Matius bab 5.
Perhatikan situasinya
dan poin yang ingin dia sampaikan.
Matius 5:23, 24.
Yesus kata kepada pengikutnya:
“Oleh itu, semasa kamu membawa pemberianmu ke mazbah,
dan kamu teringat bahawa saudaramu tidak senang hati terhadapmu,
tinggalkanlah pemberianmu itu di hadapan mazbah.
Pergilah dan berdamailah dahulu dengan saudaramu,
kemudian barulah kamu kembali untuk
mempersembahkan pemberianmu.”
Bagi orang yang mendengar pada masa itu,
situasi ini mungkin nampaknya mustahil.
Bayangkan, pergi.
Cari orang yang tidak senang hati dengan kamu
di bandar yang ada kira-kira
seratus ribu orang pada musim perayaan.
Tinggalkanlah pemberianmu di mazbah.
Carilah orang itu di bandar,
berdamailah dengan dia,
kemudian kembali dan mempersembahkan
pemberian itu kepada Yehuwa.
Jadi, poin yang Yesus cuba katakan ialah
kadangkala susah untuk berdamai.
Tetapi soalan yang kita perlu tanya diri adalah,
Mengapa susah untuk kita melakukannya,
dan bagaimanakah kita lakukannya walaupun susah?
Untuk jawab soalan ini,
kita akan bincang tiga perkara
yang menghalang orang daripada berdamai.
Dan kita akan lihat bagaimana Abraham
terdorong untuk berdamai dengan Lot
dalam situasi yang mungkin 
akan berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua.
Mari kita bincang halangan pertama:
Pandangan orang bahawa kita lemah.
Ya.
Banyak antara kita
bergelut dengan perasaan tidak bernilai.
Kita mungkin cuba sedaya upaya
untuk tidak dipandang rendah
dengan membuat orang di sekeliling kita rasa
bahawa mereka kurang penting.
Akibatnya, tiada kedamaian.
Adakah Abraham ragu-ragu
untuk berdamai dengan Lot kerana takut dia dipandang rendah?
Mari kita buka Bible, Kejadian bab 13.
Sememangnya, kita biasa dengan kisah ini.
Para penjaga ternakan Abraham dan Lot bertengkar tentang tanah
dan nampaknya hal ini berpotensi buat hubungan mereka rosak.
Perhatikan apa yang berlaku di Kejadian 13:8, 9.
Ayat kata, ‘Maka Abraham berkata kepada Lot,
“Kita ini bersaudara, janganlah kita bertengkar.
Tidak baik jika penjaga ternakanmu dan
penjaga ternakanku bertengkar.
Oleh itu, lebih baik kita berpisah.
Pilihlah tempat yang ingin kamu pergi.
Jika kamu pergi ke sebelah kiri,
aku akan pergi ke sebelah kanan;
tetapi jika kamu pergi ke sebelah kanan,
aku akan pergi ke sebelah kiri.”’
Menakjubkan!
Abraham telah menunjukkan kerendahan hati terhadap Lot.
Dia tidak takut untuk kelihatan kurang penting daripada Lot.
Abraham boleh saja buat dirinya lebih penting daripadanya.
Abraham boleh kata:
‘Lot, dengar sini.
Kamu hanya ikut saya.
Saya yang ditugaskan ke sini.
Ini tugasan saya, bukan kamu.’
Abraham mungkin akan dapat tanah yang terbaik.
Tapi hubungan dia dengan Lot mungkin rosak.
Abraham sanggup rendahkan dirinya.
Seperti kita, Abraham mungkin bergelut
dengan perasaan tidak bernilai,
tetapi dia membenarkan Lot untuk membuat pilihan.
Apa yang mendorong Abraham untuk berbuat demikian?
Secara ringkas,
dia lebih mementingkan pandangan Yehuwa
daripada pandangan orang lain.
Itulah poinnya.
Dia tidak kisah di mana dia berada di Tanah yang Dijanjikan
pada masa itu.
Yang penting dia berada di sana.
Berada di sana sudah membuktikan Yehuwa perkenankan Abraham.
Bukankah itu poin utama di Matius 5:23, 24?
Itulah yang Yesus katakan.
Yesus beritahu orang yang sudah berusaha
untuk berdamai itu kembali.
‘Kembali ke mazbah untuk mempersembahkan
pemberianmu kepada Yehuwa.’
Itulah yang Abraham pentingkan daripada yang lain,
iaitu, kedamaian.
Apakah pengajaran pertama yang kita boleh belajar
daripada Abraham?
Jika kita takut orang akan anggap kita lemah
atau mereka tidak menghargai pengalaman,
kedudukan, atau latihan kita di Gilead,
itu bermaksud
kita bergelut dengan perasaan tidak bernilai.
Dan hal ini akan menghalang kita
daripada menunjukkan kedamaian dengan orang lain.
Bagaimana kita boleh elak perasaan ini?
Berpuas hatilah dengan penghormatan terbesar
yang kita semua boleh dapat iaitu perkenan Yehuwa.
Berkat-berkat yang lain dan tugasan-tugasan yang kita dapat
adalah kurang penting.
Abraham melayan Lot dengan rendah hati
dan dia boleh fikir,
‘Lot mungkin akan melayan saya
dengan cara yang sama.’
Baguskan fikiran begitu?
Dan ini akan buat kita fikir halangan kedua:
Takut akan orang ambil kesempatan.
Jika kita ada konflik dengan seseorang
dan kita membiarkan dia dapat apa yang dia mahu,
kita mungkin mula rasa takut
bahawa orang itu
akan terus buat sesuatu yang hanya menguntungkan dirinya
dan bukannya kita.
Apa yang Abraham buat?
Mari kita buka Bible lagi di Kejadian bab 13
dan kita akan baca di ayat 10.
Di sini kita akan lihat apa yang berlaku.
Abraham baik kepada Lot dan berdamai dengannya.
Di ayat 10:
‘Maka, Lot memandang ke sekelilingnya
dan nampak bahawa seluruh daerah Yordan
sampai ke Kota Zoar mempunyai banyak air,
seperti taman Yehuwa atau seperti tanah Mesir.
(Begitulah keadaannya sebelum Yehuwa
memusnahkan kota Sodom dan Gomora.)
Lalu Lot memilih seluruh daerah Yordan,
dan berpindah ke sebelah timur.
Maka kedua-dua orang itu berpisah.
Abraham tinggal di tanah Kanaan,
sedangkan Lot tinggal berhampiran
kota-kota di daerah Yordan.’
Adakah Lot mengambil kesempatan
dengan kerendahan hati Abraham?
Secara jujur, kita tidak tahu.
Kita tidak tahu semua secara terperinci
apa yang berlaku 
dan ceramah utama dalam program ini
akan menjelaskan lebih banyak.
Nantikanlah.
Tapi, jika pilihan Lot
mengejutkan Abraham
dan membuat dia berasa tidak senang hati,
Abraham boleh saja berfikir:
‘Sifat rendah hati tidak berhasil.
Ini bukan yang saya mahu.
Saya tidak mahu baik terhadap Lot.’
Abraham boleh saja fikir begitu.
Namun, adakah Abraham biarkan fikirannya begitu?
Tidak.
Perhatikan hujung ayat 11 kata
(dan bahagian awal ayat 12 kata):
‘Maka kedua-dua orang itu berpisah.
Abraham tinggal di tanah Kanaan.’
Tiada catatan Abraham
berkeras untuk dapat apa yang terbaik
atau dia mengadu tidak dilayan secara adil.
Abraham sangat rendah hati.
Dia tidak berpura-pura rendah hati
untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Bagi Abraham, kedamaian lebih penting
daripada mendapatkan tanah yang terbaik.
Apakah yang kita belajar daripada Abraham di sini?
Kita mungkin takut seseorang akan
mempergunakan kebaikan kita
untuk menguntungkan dirinya
seperti ambil tugasan kita
atau dipuji atas perkara yang kita buat.
Ini mungkin buat kita fikir
tiada guna untuk bersikap baik hati
dan rendah hati.
Tapi, fikiran ini
akan halang kita daripada mengejar kedamaian.
Buatlah seperti Abraham.
Percayalah bahawa cara Yehuwa untuk
wujudkan kedamaian ialah cara terbaik
walaupun nampaknya tidak akan berjaya.
Apabila kita cuba berdamai,
kita mungkin tidak dapat buat semua yang kita mahu.
Tapi, apa yang terpenting?
Kita dapat perkenan Yehuwa.
Apabila jelas pilihan Lot kurang bijak,
apa reaksi Abraham?
Dapatkah dia memaafkan dan melupakannya?
Atau adakah dia tidak sanggup melupakan
apa yang berlaku?
Untuk tahu jawapannya,
tunggulah sampai akhir program ini.
Sekarang tiba masanya untuk episod Kisah Hidup Mereka.
Ini episod yang bagus
dan kami tahu anda semua akan menikmati bahagian ini.
Dan bagi mereka yang ingin meluaskan khidmat mereka
dalam kerja penyebaran,
ini peluang yang bagus
untuk anda fikirkan bagaimana anda dapat melakukannya.
Saudara Jeremy Clarke akan mengendalikan
bahagian Kisah Hidup Mereka kali ini.
Selamat datang ke Kisah Hidup Mereka.
Di Matius 5:6,
Yesus kata mereka yang lapar akan keadilan
akan bahagia kerana kerohanian mereka akan “dipuaskan.”
Bagaimana Yehuwa pastikan
keperluan rohani kaum muda dipuaskan?
Dia berikan ibu bapa yang pengasih.
Tapi bagaimana Yehuwa bantu
jika ibu bapa mereka bukan Saksi?
Pada zaman Bible,
Yehuwa gunakan orang yang lebih tua dan matang.
Contohnya, Imam Agung Yehoyada yang bantu Raja Yehoas
atau Zakharia yang mengajar Raja Uzia.
Dalam episod ini, pelajar Gilead ceritakan
cara keperluan rohani mereka dipuaskan semasa muda
dan bagaimana ini bantu mereka luaskan khidmat
dan sembah Yehuwa dengan gembira.
Mari alu-alukan
pasangan pertama dari Amerika Syarikat,
Antron dan Rebeca Carraway.
Selamat datang, Antron dan Rebeca.
Kamu sudah berkhidmat di Amerika Syarikat
selama beberapa tahun.
Tapi kami ingin tahu latar belakang kamu.
Boleh ceritakan?
Boleh.
Saya dari Carolina Selatan
dan dibesarkan dalam kebenaran oleh ibu bapa saya.
Saya belajar banyak daripada bapa saya
tentang cara melayan orang.
Dan ibu saya pula membantu saya
menetapkan dan mencapai matlamat rohani.
Ada juga saudara dalam sidang
yang prihatin terhadap saya.
Ada seorang saudara yang kata
dia boleh belajar buku Amsal
dengan saya dan sepupu saya.
Kenapa buku Amsal?
Semasa itu, saya masih remaja.
Buku Amsal ada banyak nasihat praktikal.
Jadi dia fikir buku itu dapat bantu kami
lihat betapa bijaknya nasihat Bible.
Seorang lagi saudara di sidang saya mempengaruhi saya.
Dia berkhidmat di Bethel untuk beberapa tahun
dan kemudiannya kembali.
Bila dia pulang, dia kata,
“Kamu juga dapat berkhidmat di Bethel.”
Jadi saya mula fikirkannya.
Dia juga kata saya perlu belajar bahasa baharu.
- Dan itulah yang kamu buat.
- Ya.
Dua saudara itu memang prihatin terhadap kamu.
Rebeca juga dibesarkan dalam kebenaran?
Ya, saya membesar di Sepanyol
dan keluarga saya tinggal dekat dengan pejabat cawangan.
Jadi, pekhidmat Bethel selalu datang ke rumah kami
untuk makan bersama.
Apa kesannya kepada diri kamu
bila mereka selalu datang ke rumah kamu?
Saya perhatikan
biarpun mereka tiada banyak harta benda,
mereka tidak kekurangan apa-apa.
Jelaslah bahawa Yehuwa menjaga semua keperluan mereka.
Mereka selalu gembira.
Mereka selalu senyum
dan hal itu telah menyentuh hati saya.
Jadi saya juga ingin gembira seperti mereka.
Wah, baguslah!
Jadi, ada cara lain ibu bapa kamu bantu kamu?
Ada.
Setiap malam bapa saya akan berdoa bersama kami adik-beradik.
Tetapi dia juga mahu dengar doa peribadi kami kepada Yehuwa.
Saya rasa dia mahu pastikan bahawa Yehuwa nyata bagi kami.
Saya ingat lagi ibu saya menggalakkan kami
meluangkan masa bersama para perintis dalam sidang.
Itulah yang kami buat.
Hasilnya, kami belajar untuk menikmati
kerja penyebaran sejak kecil lagi.
Nampaknya kamu berdua menerima latihan yang bagus
daripada ibu bapa kamu.
Semangat dan iman kamu pasti dikuatkan
untuk meluaskan khidmat.
Kamu dapatkah peluang itu?
Ada.
Apabila saya dan Antron mula berdating,
dia berkhidmat di Bethel New York.
Tapi dia menerima tugasan baharu
di pejabat cawangan Uganda.
Uganda?
Ya, saya terkejut dengan tugasan itu.
Tapi pada masa yang sama saya teruja.
Jadi saya dan Rebeca terus berdating,
kami berkahwin di Madrid,
dan beberapa hari kemudian,
Rebeca menyertai saya di Bethel Uganda.
Itu gambar kamu di Ugandakah?
Ya, di pejabat cawangan.
Macam mana di sana?
Itu suatu pengalaman yang tidak akan kami lupa.
Tapi sebenarnya tidak mudah
untuk buat semua perubahan sekali gus.
Saya perlu biasakan diri
dengan perkahwinan dan kehidupan Bethel
serta budaya, bahasa, makanan,
dan cara pemikiran yang baharu.
Kami belajar lebih banyak tentang diri sendiri,
cara orang lain berfikir,
dan menjadi lebih matang.
Pengajaran dari buku Amsal
yang kamu belajar dulu pasti membantu.
Ya, dalam kelas kami bincang Amsal 19:11 yang kata,
“Dia dipuji kerana mengampunkan kesalahan.”
Kami juga belajar
walaupun ada banyak keindahan dalam alam semula jadi,
Yehuwa kata apabila kita mengampunkan orang lain,
itu pun sangat indah.
Itulah yang dilakukan oleh saudara saudari di Uganda.
Walaupun kami mungkin menyinggung
perasaan mereka tanpa disedari,
mereka tidak pernah merungut.
Mereka mengampunkan kami.
Ya, mereka menjadi seperti keluarga baharu kami.
Kami belajar jika kita mengasihi saudara saudari,
mereka juga akan mengasihi kita.
Mereka sangat bantu kami
terutamanya apabila kami rindu keluarga.
Ada satu pasangan mubaligh
yang sangat prihatin terhadap perasaan kami.
Mereka menggalakkan kami
dan luangkan banyak masa dengan kami.
Melalui kasih yang ditunjukkan oleh mereka,
kami dapat merasai kasih dan jagaan Yehuwa.
Berapa lama kamu di Uganda?
10 tahun.
Susahkah tinggalkan Uganda?
Ya, sangat susah.
Kami banyak menangis masa itu.
Kami menangis sampai mata bengkak.
Ya, betul.
Tapi kami kerap hubungi saudara saudari di sana
terutamanya para saudari yang rapat dengan saya.
Mereka tidak pernah buat kami rasa seperti orang asing.
Sebenarnya sebelum kami balik,
mereka bagi kami seekor kambing dan tanah kecil
dengan harapan kami akan pulang.
Bagus.
Kamu meraih banyak manfaat daripada latihan kamu
dan telah membantu banyak orang
memenuhi keperluan rohani mereka.
Kamu pasti akan terus bantu lebih ramai.
Terima kasih Antron dan Rebeca.
Dalam kelas ini ada yang dibantu oleh ibu mereka
untuk belajar tentang Yehuwa.
Contohnya, Saudari Jiahui Lin dari Taiwan.
Mari alu-alukan dia.
Selamat datang Jiahui.
Terima kasih.
Boleh beritahu sedikit latar belakang kamu?
Boleh.
Saya lahir dan membesar di Taiwan.
Semasa saya berumur 10 tahun,
ibu saya belajar Bible dan dibaptis.
Bagus!
Macam mana dengan bapa kamu?
Dia belum lagi jadi Saksi,
tapi dia suka kebenaran dan banyak tolong kami.
Ibu telah mengajar saya dan adik saya
untuk mengasihi Yehuwa dan kerja penyebaran.
Ini kamu dan ibu kamu?
Ya, di Dewan Perjumpaan.
Adik kamu?
Mm-hmm.
Sangat bagus.
Macam mana ibu kamu bantu kamu kasihi Yehuwa?
Ibu mula merintis semasa dia bekerja sepenuh masa
sambil membesarkan kami secara rohani dan fizikal.
Ibu seorang perintis yang bersemangat.
Dia sangat menikmati kerjanya.
Saya masih ingat setiap kali balik dari menginjil,
ibu saya sangat gembira
dan dia selalu beritahu kami
semua hal baik yang berlaku semasa dia menginjil.
Senangkah kerja penyebaran di kawasan ibu kamu?
Hmm.
Sebenarnya, sesetengah orang lebih suka mencari duit
dan dapat kerja yang bagus daripada belajar Bible.
Tapi ibu selalu dapat cari orang yang berminat.
Saya fikir, ini kerana dia selalu gembira
dan dia betul-betul mengasihi orang.
Ah, saya ingat dia sangat mahir menggunakan
bahagian pengenalan Terjemahan Dunia Baharu
untuk memulakan perbualan.
Nampaknya ibu kamu ada “semangat membara.”
Bagaimana saudara saudari di sana
menginjil kepada orang yang lebih berfokus
kepada harta benda?
Sebenarnya respons kerja penyebaran bagus juga.
Kami ada video untuk tunjukkan kepada kamu.
Oh, mari kita tengok.
Ilha Formosa
yang bererti “Pulau Cantik.”
Pulau ini merupakan pulau subtropika di Pasifik
yang menakjubkan dengan landskap
gunung-ganang dan pantai.
Tetapi apa yang lebih cantik ialah orang yang tinggal di sana.
Pada 1948,
Saudara Stanley Jones,
seorang lulusan kelas Gilead yang kelapan,
telah melawat Taiwan.
Dia merentasi seluruh pulau untuk hadiri satu perhimpunan
dan masa itu kira-kira 300 orang dibaptis.
Benih kebenaran telah bertumbuh
dan hasilkan lebih 11,000 penyiar di Taiwan.
Hari ini,
Taiwan ialah salah satu negara yang padat dengan penduduk.
Di bandar Taipei mempunyai lebih daripada dua juta orang.
Di sini,
terdapat banyak peluang untuk jadi kaya dan mencari kemewahan.
Tapi,
seperti mubaligh pada masa awal,
saudara saudari menyokong kerja penyebaran dengan sepenuh hati.
Semasa kecil,
saya selalu dengar ibu bapa saya bertengkar kerana duit.
Jadi saya bertekad untuk kumpul lebih banyak duit
apabila saya dewasa nanti.
Dengan itu, keluarga saya akan bahagia.
Semasa berumur 17 tahun,
saya mula belajar Bible
dan tahu Yehuwa mahu kita hidup di Firdaus
dan kita hanya boleh gembira jika kita berpuas hati.
Saya dibaptis pada 1999.
Selepas berkahwin,
kami ada maklamat berkhidmat sebagai perintis
di tempat yang memerlukan.
Tapi pada masa itu,
bapa saya telah menderita akibat kesan strok selama lapan tahun.
Seraya masa berlalu, saya semakin suka kerja saya.
Kerja ini memberi saya kepuasan.
Saya fikir saya perlu kerja ini untuk menyara keluarga,
tapi sebenarnya itu cuma alasan.
Saya mahu kerja ini agar saya boleh ada gaya hidup yang selesa.
Apabila dengar pengalaman saudara saudari meluaskan khidmat,
atau sukacita yang mereka raih semasa hadiri SKE,
kami digalakkan dan terfikir untuk mengubah gaya hidup kami.
Kemudian, bapa saya meninggal dunia.
Kami sedar kami ada peluang untuk sederhanakan hidup kami.
Selepas itu, kami berdua berhenti kerja
dan kami berpindah ke tempat yang lebih memerlukan
dan mula merintis.
Semasa saya beritahu bos saya mahu berhenti kerja,
dia tidak gembira.
Dia tanya saya,
“Yi Hong, kamu gilakah?
Kamu ada fikir tentang masa depan kamu dan keluarga kamu?”
Tapi saya tetap dengan keputusan saya.
Yehuwa benar-benar memberkati kami.
Saya mula suka kehidupan kami yang sederhana sekarang.
Kami dapat luangkan banyak masa
bergaul dengan saudara saudari di sidang
dan juga bantu ramai pelajar Bible lebih mengenali Yehuwa.
Saya rasa dunia Syaitan membuat orang percaya
sesuatu yang tidak benar.
Ia menawarkan banyak benda yang nampaknya sangat bagus.
Tapi apa yang benar-benar bernilai
adalah hubungan yang erat dengan Yehuwa.
Kita dapat kehidupan kekal di Firdaus
dan dapat menyembah Yehuwa selamanya.
Saya menyesal tidak berani buat keputusan ini lebih awal
dan luangkan lebih banyak masa untuk menyembah Yehuwa.
Secara beransur-ansur,
saya dapat faham kebenaran kata-kata Amsal 10:22,
“Berkat Yehuwalah yang menjadikan seseorang kaya.”
Para mubaligh yang awal telah meletakkan
asas rohani yang kukuh di Taiwan.
Hari ini, banyak saudara saudari meniru teladan baik mereka
dan membuat pengorbanan supaya dapat menyembah Yehuwa.
Sangat menggalakkan.
Mereka bekerja keras bantu orang lain belajar tentang Yehuwa.
Ya.
Jadi Jiahui, selain ibu kamu,
ada orang lain yang bantu kamu secara rohani?
Seraya membesar ada satu ketika saya lemah secara rohani.
Saya tidak pergi semua perjumpaan.
Tapi sepasang mubaligh di sidang
mengambil berat dan cuba membantu saya.
Mereka sedar saya tidak pergi perjumpaan
dan mereka akan hubungi saya.
Adakah ini mereka bersama ibu dan adik kamu?
Ya.
Mereka pernah hadiri sekolah Gilead?
Ya.
Sebenarnya mereka ada muncul di video Sampai ke Hujung Bumi.
Saya sangat gembira dapat jadi kawan mereka,
tapi kemudian mereka ditugaskan ke bandar yang lain.
Saya sedih.
Tapi saya diberkati dengan kawan baru,
seorang saudari Jepun yang berpindah ke Taiwan untuk membantu.
Dia selalu jemput saya untuk sertai pelbagai jenis kerja penyebaran.
Bagusnya.
Ada cara lain lagi dia bantu kamu?
Ya.
Semasa video Pertanyaan Kaum Muda yang bertajuk
Bagaimanakah Saya Boleh Mendapat Sahabat Sejati? keluar,
dia menjemput saya ke rumahnya dan menonton bersama.
Dalam video itu,
seorang saudari perintis sedang membantu seorang gadis muda,
dan saya sedar saudari Jepun itu
sedang melakukan hal yang sama untuk saya.
Sebelum itu, saya tahu inilah kebenaran,
kerana semuanya logik.
Tapi selepas merasai kasih saudari itu,
saya yakin Yehuwa juga sayang dan mengambil berat terhadap saya.
Hati saya tergerak dan terdorong untuk lebih menghampiri Yehuwa.
Sangat bagus.
Jadi bagaimana ibu dan orang lain
bantu kamu untuk terus membuat kemajuan rohani?
Saya mula merintis dan kemudian menyertai sidang Inggeris.
Saya sangat gembira dapat membantu orang lain
untuk merasai kasih Yehuwa.
Banyak saudara saudari telah pindah ke Taiwan untuk membantu.
Sangat menggalakkan melihat mereka dari pelbagai tempat
menunjukkan sikap rela berkorban untuk Yehuwa.
Memang kita gembira dapat bantu orang kenali Yehuwa.
Terima kasih Jiahui.
Kami doa agar Yehuwa terus memberkati kamu
dan saudara saudari di Taiwan.
Kami menikmati dengar pengalaman kamu.
Terima kasih.
Ramai saudara saudari tidak dibantu oleh ibu bapa mereka
untuk mengenali Yehuwa.
Jadi siapa bantu mereka?
Kenalkan Doug Terrell dari Amerika Syarikat.
Selamat datang.
Boleh cerita bila kamu mula belajar tentang Yehuwa?
Semasa berumur 18 tahun,
sebenarnya hidup saya tidak bagus.
Maksudnya?
Saya tidak dibesarkan dalam kebenaran.
Ibu saya membesarkan kami adik-beradik dengan baik.
Tapi sedihnya saya buat keputusan yang salah.
Saya terlibat dalam pergaulan buruk,
saya sangat marah,
murung, dan khuatir.
Keadaan saya begitu teruk sehingga ibu saya perlu menegur saya.
Saya telah pergi ke pelbagai gereja
kerana ingin tahu tentang Tuhan.
Jadi saya pergi ke gereja Katolik, Pentakosta, dan Methodist.
Apa kamu rasa?
Saya tidak puas hati.
Apa yang saya dengar dan lihat tidak sentuh hati saya.
Saya ingat selepas perbincangan itu dengan ibu saya,
saya berlutut sambil menangis
dan merayu kepada Tuhan agar Dia bantu saya mengenali-Nya
dan mencari jawapan kepada soalan-soalan saya.
Apakah soalan-soalan itu?
Saya ingin tahu, siapa nama Tuhan,
kenapa hal buruk berlaku kepada orang baik,
dan mengapa banyak agama tidak buat apa yang mereka ajar?
Memang ramai orang mencari jawapan kepada soalan-soalan itu.
Jadi apa berlaku?
Dua minggu selepas berdoa,
Saksi-Saksi Yehuwa datang ke rumah saya.
Biasanya kami tidak buka pintu.
Jadi, kenapa kali ini kamu buka pintu?
Kali ini berbeza.
Dua saudari datang dan satu antara mereka
ialah guru sekolah menengah saya.
Semasa tingkatan empat dia sangat baik hati dan pengasih.
Jadi saya terus buka pintu.
Dan soalan yang dia tanya kepada saya ialah,
“Adakah kamu tahu Tuhan ada nama?”
Dia kongsi Mazmur 83:18.
Kemudian dia kongsi 1 Yohanes 5:19 yang kata,
“Seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.”
Selepas bercakap dengannya,
saya rasa kegembiraan yang tidak pernah saya rasai sebelumnya.
Baguslah.
Selain daripada dia,
ada orang lainkah yang bantu kamu belajar Bible
dan menghampiri Yehuwa?
Ada.
Selepas perbincangan itu, saya mula belajar Bible.
Kemudian di Atlanta, Georgia,
saya jumpa seorang yang jadi kawan baik saya.
Boleh cerita tentangnya?
Saya sudah belajar selama setahun,
tapi saya perlu bantuan untuk terapkan apa yang saya belajar.
Dia perintis yang bersemangat.
Dia prihatin terhadap saya
dan bantu saya terapkan apa yang telah saya belajar.
Jadi saya buat keputusan untuk pindah ke Atlanta
dan dia sambung belajar dengan saya.
Kami tinggal serumah selama tujuh tahun.
Wah! Dia bukan saja ambil berat terhadap kamu,
tapi juga keperluan rohani kamu.
Apa berlaku seterusnya?
Dia jemput penyelia litar
untuk menyertai pembelajaran Bible saya.
Penyelia litar sangat baik hati dengan saya.
Jadi selepas pembelajaran itu,
saya berdoa meminta Yehuwa bantu saya
menetapkan matlamat rohani.
Ada gambar di sini.
Siapa dalam gambar itu?
Ini gambar semasa saya dibaptis.
Di hujung sebelah kanan ialah guru yang mengetuk pintu saya
dan di hujung sebelah kiri ialah kawan baik saya.
Dia kan yang bantu kamu bercakap dengan penyelia litar?
Bagaimana itu bantu kamu?
Masa itu, saya memerlukan bantuan
untuk mengatasi kesan buruk yang disebabkan perbuatan saya
sebelum saya mengenali kebenaran.
Jadi penyelia litar saya memutuskan untuk membantu saya.
Dia bantu saya dalam kerja penyebaran.
Dia juga bantu saya meningkatkan kemahiran
mengajar dan menggembala,
dan atasi perasaan negatif saya.
Tidak lama selepas itu, saya jadi penyelia litar.
Wah, bagus!
Semasa mengenang kembali orang yang
membantu kamu menghampiri Yehuwa,
apa perasaan kamu?
Ini ingatkan saya tentang watak Bible, Onesimus.
Sebelum menjadi Kristian,
dia seorang hamba yang melarikan diri.
Masa itu, para hamba hanya alat yang dipergunakan.
Tapi selepas menjadi Kristian,
Rasul Paulus menggunakannya untuk menggalakkan sidang.
Sebelum mengenali kebenaran,
saya juga rasa seperti alat yang dipergunakan
dan tiada masa depan.
Tapi Yehuwa guna Rasul Paulus zaman moden
seperti guru sekolah saya,
kawan baik saya, dan penyelia litar saya
untuk bantu saya lihat potensi dalam diri saya.
Kami gembira kamu dapat mencapai matlamat kamu.
Ini menunjukkan pentingnya
mengambil berat terhadap kaum muda
dan bantu mereka untuk mengasihi Yehuwa.
Terima kasih ceritakan pengalaman kamu.
Apabila keperluan rohani kita dipenuhi,
kita terdorong untuk buat lebih bagi Yehuwa.
Temu ramah terakhir ialah Andy dan Julia Alton
yang berkhidmat di Thailand.
Andy dan Julia, kamu berdua dari Britain.
Apa yang buat kamu pindah ke Thailand?
Sebenarnya sudah lama kami ada matlamat
untuk berkhidmat di Bethel Britain.
Tapi tiada jawapan untuk permohonan kami.
Kami sikit kecewa dan tak pasti
di mana kami patut berkhidmat.
Ada kalanya kita rasa kecewa
kerana tak dapat capai matlamat kita
atau tak dapat capai pada masa yang kita harapkan.
Jadi apa yang kamu buat?
Kami berdoa.
Kemudian peluang untuk berkhidmat di tempat
yang memerlukan lebih banyak penyiar
terbuka di Thailand.
Bagaimana kamu tahu?
Adik saya dan suaminya berkhidmat
di tempat yang ada keperluan besar.
Mereka menggalakkan kami untuk cuba.
Di Manchester, dekat tempat kami,
ada satu kumpulan bahasa Thailand.
Kami rasa sesuai untuk jadikannya asas
untuk berkhidmat di Thailand.
Kamu suka di Thailand?
Suka.
Tapi setiap enam bulan,
kami perlu balik ke Britain untuk kerja.
Jadi penyiar lain ambil alih
kunjungan kembali dan pembelajaran Bible kami.
Bila kami balik ke Thailand,
kami perlu cari lagi orang yang berminat.
Sebenarnya kami harap satu hari nanti
kami dapat berkhidmat di Bethel Britain.
Tapi sekarang kami tahu kami perlu buat keputusan
sama ada terus berkhidmat di Thailand
atau balik ke England dan merintis di sana.
Cawangan Britain belum jemput kamu ke Bethel.
Jadi apa keputusan kamu?
Selepas banyak berdoa,
kami pilih ke Thailand.
Mengapa kamu pilih itu?
Selepas fikir masak-masak,
memang ada banyak keperluan di Thailand.
Jadi kami berhenti fikir apa yang kami nak
dan bertumpu untuk kembali ke Thailand.
Kami pilih Thailand sebab ini buat kami lebih takut
berbanding tinggal di Britain.
Mengapa kamu pilih Thailand walaupun takut?
Kami takut sebab di Thailand
tidak begitu selesa berbanding di Britain.
Kerana tidak selesa dan tiada kemampuan,
kami perlu bergantung sepenuhnya pada Yehuwa.
Hasilnya kami semakin rapat dengan-Nya.
Terima kasih kerana sudi buat sesuatu yang kamu takut.
Bagaimana penyebaran di Thailand?
Sangat bagus.
Ini gambar saya dengan Julia
semasa keluar menginjil di Bangkok.
Ramai orang yang tunjuk minat.
Walaupun kebanyakan orang di Thailand beragama Buddha,
ramai orang terutamanya yang muda
sedang cari sesuatu yang lebih bermakna.
Jadi ramai yang sudi belajar Bible.
Sebenarnya kami ada video tentang itu.
Mari kita tengok.
Selamat datang ke Thailand,
negara yang berwarna-warni!
Ada banyak makanan yang sedap.
Thailand digelar “Tanah Senyuman.”
Orang Thai selalu tunjuk keramahan.
Mereka hargai kawan dan keluarga.
Tapi ramai yang cari sesuatu.
Mereka cari tujuan hidup yang bawa kedamaian.
Contohnya, Narumon dan Kanitta.
Di tempat saya membesar,
pemimpin agama sepatutnya jadi contoh baik.
Tapi mereka cakap tak serupa bikin.
Semasa kecil, saya tanya,
“Kalau pemimpin agama bukan orang baik,
kenapa orang masih puja mereka?
Kenapa?”
Tapi semasa saya tanya orang, mereka kata,
“Dia tu kan sami.
Kamu patut sujud dan tunjuk hormat.”
Saya rasa jawapan itu langsung tidak masuk akal.
Bapa saya orang yang baik hati.
Tapi sedihnya dia ketagihan arak.
Mengikut ajaran Buddha,
jika seseorang minum terlalu banyak,
dia akan masuk ke neraka.
Saya takut kerana saya tidak mahu bapa saya masuk neraka.
Jadi, saya pergi tokong untuk cari jawapan
supaya dapat bantu bapa tidak masuk neraka.
Di tokong, sami kata tiada apa yang dapat bantu bapa.
Mereka kata,
“Perbuatan baik tidak dapat hapuskan perbuatan buruk.
Tapi jika kamu sumbang sesuatu untuk tokong,
mungkin dapat bantu bapa kamu di neraka.”
Saya tidak puas dengan jawapan itu.
Jadi saya buat kajian kerana saya mahu tahu
apa ajaran agama lain tentang hal ini.
Sejak kecil saya diajar untuk
percaya sesuatu tanpa sebab dan bukti.
Saya diajar jangan tanya kenapa, percaya saja.
Tapi saya mahu cari jawapan yang masuk akal.
Jadi saya pun ikut kumpulan media sosial
yang bincang tentang tukar agama.
Saya sedar ramai orang ingin tukar agama.
Mereka ajak saya pergi gereja.
Memang saya minat, tapi saya takut untuk pergi.
Saya nampak Bible.
Saya rasa buku ini ada jawapan tentang kehidupan.
Jadi saya mahu pinjam dan baca di rumah.
Tapi guru agama kata tak boleh.
Saya perlu belinya.
Saya pun tanya berapa harganya.
Mereka kata kira-kira 120 ringgit.
Saya fikir,
“Dalam Internet mungkin ada Bible percuma kan?”
Jadi di Google saya taip “Bible”
dan klik pautan yang pertama.
Saya tengok di bawah dan nampak:
“Belajar Bible secara percuma.”
Kemudian, baru saya tahu laman itu ialah jw.org.
Jadi saya pun fikir,
“Hmm, betulkah percuma?”
Tapi saya cuba saja.
Saya isi maklumat saya.
Kalau nanti ini bukan percuma saya henti.
Dua hari kemudian, seorang saudari telefon saya.
Saya tanya dia banyak kali,
“Ini betul-betul percumakah?”
Dia jawab, “Ya, memang percuma.”
Satu hari, saya keluar makan dengan bos.
Apabila makanan sampai,
saya nampak dia tutup mata.
Saya tidak tahu kenapa dia buat begitu.
Saya rasa hairan.
Selepas dia buka mata, saya tanya apa dia buat.
Dia jawab dia berdoa untuk ucap syukur kepada Tuhan.
Rupa-rupanya dia orang Kristian.
Jadi saya kata,
“Oh! Sebenarnya saya nak tukar agama.
Apa saya perlu buat?”
Dia jawab, “Oh! Saya ajar Bible secara percuma.
Kamu minat?”
Saya terus cakap, “Ya.”
Bapa saya meninggal pada 2019.
Saya rasa sangat sedih.
Tapi saya tidak rasa takut seperti dulu
kerana saya yakin pada masa depan
saya akan jumpa bapa lagi dan bercakap dengannya.
Dia akan dibangkitkan dan hidup semula di bumi.
Semasa belajar buku Nikmati Hidup, pelajaran 27,
hati saya tersentuh.
Guru Bible bantu saya sedar,
Yesus bukan saja kata dia kasihi kita,
tapi dia buat pengorbanan besar
untuk bukti kasihnya dan kasih Yehuwa kepada kita.
Jadi, saya rasa kita patut ikut Yehuwa dan Yesus
kerana mereka penuh dengan kasih
dan sanggup berkorban.
Kami sangat gembira lihat Narumon, Kanitta,
dan orang lain sembah Yehuwa.
Sebab itulah kami terus mencari
kerana apabila orang temui kebenaran,
hidup mereka berubah.
Kamu kenal dua saudari itu?
Ya.
Semasa kami pertama kali ke Thailand,
Narumon masih belajar Bible.
Kami di sidang yang sama.
Patutlah kamu nikmati penyebaran di sana.
Ada sesiapa yang bantu kamu
biasakan diri dengan tugasan kamu?
Ada.
Ramai saudara saudari bantu kami.
Sepasang mubaligh pernah ke sekolah Gilead.
Mereka bantu kami lihat pentingnya bekerja keras
tapi juga perlu ada masa relaks.
Ini bantu kami sesuaikan diri di Thailand.
Mereka galakkan kami jadikan rumah selesa
supaya dapat rehat yang baik
dan bersedia menginjil semula hari yang berikutnya.
Bagus mereka bantu kamu dan tunjuk contoh yang baik.
Andy dan Julia, boleh tanya
emm, siapa yang galakkan kamu
untuk buat lebih bagi Yehuwa?
Bagi saya, ibu bapa yang bantu saya.
Mereka mengasihi Yehuwa.
Mereka sangat baik dan murah hati
bantu saudara saudari.
Emm, saya masih ingat, semasa muda,
bapa dan saya sering bantu kerja
pembinaan Dewan Perjumpaan.
Kami menikmatinya.
Selain itu, ada dua penatua di sidang
bantu dalam kerja pembinaan Dewan Perjumpaan.
Mereka juga semai kasih saya terhadap Yehuwa
dan galakkan saya untuk tetapkan matlamat
dalam khidmat Yehuwa.
Itu kamu?
Ya, itu saya, mama, dan bapa.
Cantiknya.
Saya pun sama,
contoh ibu bapa bantu saya.
Ibu saya dibaptis semasa saya muda.
Ayah pula beberapa tahun kemudian.
Selepas itu, mereka pastikan kami sekeluarga
pergi ke perjumpaan, menginjil,
dan adakan pembelajaran peribadi secara tetap.
Memang tak mudah sebab ibu bapa ada tujuh anak.
Tidak kira apa pun, kami tetap melakukannya.
Saya masih ingat semasa pulang dari sekolah,
saya nampak mama di dapur buat pembelajaran peribadi.
Waktu pagi pula,
saya nampak ayah baca majalah Menara Pengawal.
Mereka sangat rapat dengan Yehuwa.
Saya mahu ikut contoh mereka.
Itu kamu?
Ya,
saya dengan mama dan saya dengan ayah.
Kamu berdua tunjuk pentingnya peranan ibu bapa,
mubaligh, dan orang lain untuk bantu kaum muda
dan anak-anak bergantung pada Yehuwa,
yakin pada-Nya,
dan buat lebih banyak khidmat kepada-Nya.
Terima kasih.
Kami nikmati pengalaman kamu.
Yehuwa boleh gerakkan sesiapa saja
untuk penuhi keperluan rohani seseorang.
Pernahkah kamu alami pengalaman seperti mereka?
Bagaimana Yehuwa guna kamu
untuk bantu orang lain hampiri-Nya?
Kami puji ibu bapa kerana bertungkus lumus
bantu anak mengasihi
dan beri yang terbaik kepada Yehuwa.
Kamu boleh berjaya
biarpun tanpa sokongan teman hidup.
Kita semua tidak kira penatua, pembantu sidang,
mubaligh, perintis, atau yang berusia
dapat bantu kaum muda
supaya mereka buat keputusan
untuk beri yang terbaik kepada Yehuwa.
Barulah mereka dapat penuhi keperluan rohani orang lain.
Kami harap kamu nikmati pengalaman dan temu ramah ini.
Jumpa lagi dalam Kisah Hidup Mereka yang seterusnya.
Bagus.
Terima kasih Saudara Clarke dan semua peserta.
Kami sangat menikmatinya.
Hati kita berkobar-kobar
apabila kita nampak masih ada banyak orang yang berhati jujur
yang inginkan kebenaran.
Saya tidak tahu tentang anda,
tapi saya teringin mahu balik ke tugasan mubaligh saya.
Tapi, tidak boleh pilih kan?
Tadi, pada permulaan program ini,
apabila kita cakap tentang apa yang berlaku
antara Abraham dan Lot,
apakah perasaan anda terhadap Lot?
Adakah anda rasa Lot pentingkan diri?
Mari kita dengar ceramah
Saudara David Splane,
seorang ahli Badan Pimpinan.
Dia akan bincang sesuatu yang menarik
tentang hal ini.
Tajuk ceramahnya,
“Bersangka Baik terhadap Orang Lain.”
Sebenarnya,
hampir 60 tahun yang lalu,
saya tiba di Bethel Brooklyn untuk menghadiri Sekolah Gilead.
Kenangan yang indah.
Dan lima bulan kemudian, kami menerima sijil.
Jadi, saya memang dapat faham perasaan anda semua sekarang.
Hari ini sangat penting bagi anda semua para pelajar Gilead.
Kami sangat bangga dengan anda semua.
Anda bekerja keras
dan Yehuwa telah memberkati anda.
Jelaslah, tujuan anda menghadiri Sekolah Gilead
bukannya untuk menunjuk-nunjuk pengetahuan anda.
Tapi, anda ingin menghampiri Yehuwa
dan saudara saudari anda.
Dan itulah yang kita akan bincang dalam ceramah ini,
iaitu hubungan kita dengan saudara dan saudari kita.
Kita tahu bahawa Yehuwa tahu segala sesuatu
tentang kita secara individu.
Dan itulah sebabnya kita yakin apabila akhir datang,
Yehuwa akan menghakimi dengan adil,
kerana Dia melihat dan mengetahui segalanya.
Dia tidak akan mengabaikan apa-apa.
Dia tidak akan melupakan apa-apa.
Yehuwa akan mengambil kira semua butiran
tentang hidup kita.
Sebaliknya, Yehuwa memberitahu Samuel,
“Manusia melihat rupa luaran” sahaja.
Mustahil bagi kita untuk mengetahui semua butiran
yang diperlukan untuk menghakimi orang lain.
Seperti Jake sebut tadi,
kita akan bincang bersama
contoh Lot sekarang.
Persoalannya, dapatkah kita belajar
tentang cara bersangka baik terhadap orang lain
daripada contoh Lot?
Kalau mahu tahu,
saya dan Jake buat janji untuk guna contoh Lot dalam ceramah kami.
Kami berpakat.
Rasul Petrus telah mengatakan sesuatu yang menarik tentang Lot.
Mari baca apa yang dia katakan di 2 Petrus,
2 Petrus bab 2.
Dan kita akan baca bersama ayat 7 dan 8.
Ayat ini menggambarkan keperibadian Lot.
Saya bagi anda masa.
Jika anda ada artritis seperti saya,
anda perlu masa untuk mencari ayat Bible.
Dua Petrus 2:7,8.
Ayat ini cakap tentang Yehuwa,
“Dia telah menyelamatkan Lot, seorang lelaki yang baik,
yang sangat susah hati kerana orang jahat di situ
berkelakuan buruk tanpa rasa malu.
Lelaki yang baik ini hidup dalam kalangan mereka,
dan dia merana hari demi hari kerana melihat dan mendengar
perbuatan jahat mereka.”
Jadi siapa yang panggil Lot “lelaki yang baik”?
Adakah ini pendapat peribadi Petrus?
Tidak, kerana kedua-dua surat Petrus diilhami oleh Yehuwa.
Jadi Petrus didorong oleh kuasa suci
untuk memanggil Lot lelaki yang baik.
Sebenarnya, Petrus didorong oleh kuasa suci
untuk memanggil Lot “lelaki yang baik”
sebanyak dua kali.
Tapi siapa gunakan kuasa suci?
Tuhan Yehuwa.
Jadi, apabila kita baca sebanyak dua kali bahawa
Lot ialah “lelaki yang baik,”
kita sedang membaca pandangan Yehuwa terhadap Lot.
Jadi, adakah anda juga memandang Lot begitu,
seperti lelaki yang baik?
Atau adakah anda memandangnya sebagai orang yang buat silap?
Mungkin ada yang kata,
“Apabila pak ciknya Abraham
biar Lot memilih tempat tinggalnya di tanah Kanaan,
dia memilih tanah yang terbaik.
Lot patut biar pak ciknya ambil tanah itu.
Bukankah itu tunjuk Lot pentingkan diri?”
Bible tidak memberitahu kita banyak butiran tentang situasi ini.
Jadi apabila anda membacanya,
anda mungkin buat kesimpulan bahawa Lot mementingkan diri.
Tapi, betulkah Lot mementingkan diri
atau adakah kita memerlukan lebih banyak butiran
untuk membantu kita lebih memahami situasi ini
dan mengubah pandangan kita terhadap Lot?
Andai kata, walaupun Lot merupakan anak buah Abraham,
dia lebih tua daripada Abraham,
bahkan jauh lebih tua.
Adakah itu mengubah pandangan anda sikit?
Anda patut mengubah pandangan anda
jika anda pekhidmat Bethel.
Di Bethel, apabila ada beberapa bilik yang jadi kosong,
ada caranya kami tentukan siapa dapat bilik yang mana.
Kami tidak cabut nama.
Kami tidak melambung syiling.
Kami tidak buat one, two, jus.
Kami tidak main gusti lengan.
Kami dapat senarai bilik.
Kemudian, pekhidmat Bethel
dapat melawat semua bilik yang disenaraikan.
Apabila seseorang nampak bilik yang dia suka,
dia dapat beritahu Pejabat Bethel.
Tapi macam mana jika dua pekhidmat Bethel
mahu bilik yang sama?
Sekiranya situasi begini berlaku,
bilik itu akan diberikan kepada pekhidmat Bethel
yang ada dalam khidmat sepenuh masa lebih lama.
Orang yang tidak dapat bilik itu,
tidak patut kata kepada orang yang dapat bilik itu,
“Kamu mementingkan diri, saya mahu bilik itu.
Kamu patut beri saya.”
Tidak.
Orang yang berkhidmat lebih lama dapat bilik itu.
Itulah caranya.
Andai kata, Lot lebih tua daripada pak ciknya,
mungkin cukup tua jadi bapanya.
Kita tidak dapat pasti
kerana buku Kejadian tidak beritahu kita dengan terperinci.
Tapi ada dua fakta yang menarik:
Abraham ada dua abang, Haran dan Nahor.
Nampaknya, Abraham ialah anak bongsu dalam keluarganya.
Mengapa kita boleh cakap begitu?
Berapa umurkah bapa Abraham apabila Abraham lahir?
Adakah dia 60 tahun?
Tidak.
Adakah dia 100 tahun?
Tidak.
Bapa Abraham berumur kira-kira 130 tahun
apabila Abraham dilahirkan.
Menarik, kan?
Abraham fikir dia terlalu tua untuk mendapatkan anak
apabila dia 100 tahun.
Tapi bapanya sendiri berumur 130 tahun apabila Abraham lahir.
Apapun, Abraham ada dua orang abang.
Kita tahu daripada Bible,
abang sulung Abraham berumur 60 tahun
apabila Abraham dilahirkan.
Abang sulung Abraham
mungkin bapa Lot kerana antara tiga adik-beradik
dia yang pertama meninggal.
Pada masa itu,
seorang lelaki sudah menjadi bapa
semasa berumur 30 tahun.
Jadi jika bapa Lot berumur 60 tahun
apabila Abraham lahir,
Lot mungkin remaja atau dewasa semasa Abraham lahir.
Jika hal itu benar, Abraham biarkan Lot memilih tempat tinggalnya
di Tanah yang Dijanjikan kerana Lot lebih tua daripadanya.
Jika anda dapat bilik kerana berkhidmat lebih lama,
anda pasti setuju dengan keputusan Abraham untuk biar Lot pilih dulu.
Mungkin ada orang yang cakap,
“Saya faham,
tapi kamu tidak dapat buktikan
bahawa Lot lebih tua daripada Abraham
kerana Bible tidak beritahu kita.”
Ya, betul.
Anda pun tidak dapat buktikan yang dia lebih tua.
Dalam ceramah ini,
kita tidak cuba membuktikan apa-apa tentang Lot.
Lot cuma contoh saja.
Ceramah ini
bertujuan untuk bantu kita bersangka baik terhadap orang lain
apabila kita tiada semua fakta,
dan dalam situasi ini, kita memang tiada semua fakta.
Tapi, mungkin orang juga cakap,
“Lot tidak mahu tinggal dalam khemah.
Dia ingin hidup lebih selesa,
jadi dia pindah ke kota Sodom.
Nampaknya dia cintai harta benda.”
Mungkin juga.
Tapi adakah kita mempunyai semua fakta?
Adakah kita tahu apa yang mendorong Lot untuk pindah ke Sodom?
Adakah dia ingin hidup lebih selesa?
Atau adakah dia ingin keluarganya hidup lebih selamat?
Ingat, Lot pernah diculik.
Jika anda pernah diculik,
adakah anda mahu membesarkan keluarga anda
dalam khemah di kawasan yang terbuka
atau dalam kota yang bertembok?
Ingat, banyak saudara saudari kita
tinggal di kawasan yang berbahaya.
Hal ini bukan kerana mereka mahu hidup selesa
di kota yang besar,
tapi kerana mereka tiada banyak pilihan lain.
Semua butiran yang kita tahu tentang Lot,
Rasul Petrus pun tahu
tapi dia tidak memanggil Lot lelaki yang mementingkan diri
atau mencintai harta benda,
dia memanggilnya “lelaki yang baik.”
Lot bukannya dianggap orang yang baik
kerana tinggalkan kota Sodom.
Oleh kerana dia sudah jadi orang yang baik,
dia dibenarkan untuk tinggalkan kota Sodom.
Dia sudah buat banyak perkara yang baik di mata Yehuwa.
Lot mungkin mementingkan diri
apabila dia memilih tanah yang terbaik,
dan dia mungkin mencintai harta benda
apabila dia pindah ke Sodom.
Kalaulah hal itu benar,
pastinya ada banyak hal lain,
iaitu hal yang baik yang Lot lakukan,
sehingga Yehuwa panggilnya “lelaki yang baik.”
Dan itu butiran yang kita tidak tahu.
Pengajarannya, kita perlu mengambil kira semua butiran,
dan kadang-kadang kita tidak tahu semua butiran.
Jika kita buat kesimpulan tanpa mengetahui semua butiran,
kita hanya akan memalukan diri,
seperti orang Israel
yang menakluki sebahagian Tanah yang Dijanjikan.
Suku Ruben, Gad, dan setengah daripada suku Manasye
tetap berada di sebelah timur Sungai Yordan
kerana tanah itu dapat menghasilkan
makanan yang mencukupi bagi ternakan mereka.
Sila buka
Yosua bab 22.
Di Yosua bab 22
dan kita akan baca ayat 10.
Yosua 22:10.
“Apabila suku Ruben, suku Gad,
dan setengah daripada suku Manasye
tiba di kawasan yang berdekatan Sungai Yordan,
di Tanah Kanaan,
mereka membina
sebuah mazbah yang besar dan mengagumkan di situ.”
Orang Israel lain bersangka buruk terhadap suku-suku itu
kerana rasa mereka menjadi orang murtad.
Mereka bahkan bersedia
berperang melawan suku-suku itu.
Tapi apa yang kita tahu tentang suku-suku itu?
Sebelum ini, mereka berjuang bersama orang Israel
untuk menakluki Tanah yang Dijanjikan
dan mereka sudi menggadai nyawa untuk berbuat demikian.
Bagaimana kita tahu?
Suku-suku itu diletakkan di barisan depan.
Sebenarnya, mereka selalu di barisan depan
semasa berperang,
tempat yang paling bahaya dalam peperangan.
Mereka sangat berani.
Bible tidak pernah katakan
mereka tidak setia kepada Yehuwa.
Tapi orang Israel lain
tidak bersangka baik terhadap suku-suku itu.
Sebaliknya mereka beritahu suku-suku itu,
apa yang kita baca di ayat 16-18,
16-18,
“Inilah yang dikatakan oleh seluruh umat Yehuwa,
‘Mengapakah kamu bertindak dengan tidak setia
kepada Tuhan orang Israel?
Sekarang, kamu telah memberontak terhadap Yehuwa
dengan membina sebuah mazbah untuk dirimu sendiri.
Kamu tidak lagi mengikut Yehuwa!
Belum cukupkah dosa yang kita lakukan di Peor?
Seluruh umat Yehuwa ditimpa tulah,
dan sampai sekarang pun kita belum menyucikan diri
daripada dosa itu.
Adakah kamu mahu meninggalkan Yehuwa sekarang?
Jika hari ini kamu memberontak terhadap Yehuwa,
esok Dia akan murka terhadap seluruh umat Israel.’”
Mereka belum habis bercakap.
Mereka menegur lagi.
Tapi akhirnya, para pemimpin suku-suku yang membina mazbah
menjelaskan bahawa mazbah itu
bukan untuk tujuan penyembahan.
Suku Ruben, Gad, dan setengah suku Manasye
bina mazbah itu,
supaya suku di seberang Sungai Yordan
tahu mereka juga menyembah Yehuwa.
Dapatkah anda bayangkan betapa malunya
imam agung dan para pemimpin Israel
apabila mereka sedar kesilapan mereka?
Tadi kita bincang, Yehuwa tahu segala sesuatu tentang kita.
Jadi jika kita berusaha
untuk lebih mengenali saudara saudari kita,
latar belakang mereka,
cabaran yang mereka hadapi,
kita dapat fokus pada sifat baik mereka.
Apabila kita sedar usaha yang dicurahkan
mereka untuk menyembah Yehuwa,
kita lebih mengasihi mereka.
Usaha yang dicurahkan mereka patut dihargai.
Jika kita ada masalah dengan orang lain,
cuba fikirkan cara dia dibesarkan.
Dia mungkin seorang saja dalam keluarga
yang menyembah Yehuwa
atau ahli keluarganya hidup tidak bermoral,
tapi dia tetap setia kepada Yehuwa.
Dan Yehuwa sangat mengasihinya.
Jadi, apabila seseorang buat kita rasa geram,
kita perlu fikir,
‘Adakah Yehuwa menganggapnya sebagai orang yang baik—
lelaki yang baik, wanita yang baik?
Tapi dia menjengkelkan.
Mungkin di mata Yehuwa dia seorang yang baik
dan saya bertumpu pada hal-hal yang menjengkelkan
tanpa mengetahui semua butiran tentangnya.’
Dulu di sebuah Bethel,
seorang saudara muda
perlu bekerja dengan seorang saudari tua
dalam projek jangka panjang.
Saudari itu dan suaminya merupakan orang Kristian terurap.
Suaminya seorang yang peramah dan lemah lembut.
Isterinya setia, tapi. . . .
Saya mahu bersangka baik terhadapnya.
Tetapi jika kerja yang kamu buat tidak memuaskannya,
habislah kamu.
Saya rasa dia menganggap dirinya
sebagai nenek kepada semua orang.
Saya sangat kagum dengan kematangan saudara muda itu.
Dia tidak marah dan kata,
“Saudari tidak berhak untuk cakap kepada saudara seperti itu?”
Dia menjemput pasangan itu ke biliknya.
Dia dengar tentang khidmat setia mereka
semasa kerja kita diharamkan di negara itu
dan itu mengubah pandangannya terhadap saudari itu.
Kita harap pandangan saudari itu pun berubah.
Jadi jika kita rasa saudara saudari kita menjengkelkan,
kenalilah mereka dengan lebih baik.
Cuba luangkan masa bersama mereka,
menginjil bersama,
minum kopi bersama.
Kita pasti akan lebih mengasihi mereka.
Jadi jika anda diajak minum kopi, faham-fahamlah.
Seseorang mungkin malu
atau mungkin ada muka yang serius
dan jarang senyum.
Kita mungkin fikir dia sombong,
bukan peramah, atau pengasih.
Tapi mungkin hal itu tidak benar sama sekali.
Muka dia memang begitu.
Disebabkan masalah kesihatan,
seseorang mungkin tidak dapat buat
sebanyak yang kita dapat buat.
Dia mungkin sembunyikan masalah kesihatannya.
Kita mungkin fikir dia malas.
Yehuwa mungkin nampak dia buat yang terbaik.
Atau mungkin seseorang sangat bertenaga
dan dapat buat lebih banyak daripada kita.
Patutkah kita simpulkan bahawa
dia mahu menarik perhatian orang?
Itu mungkin cara dia dilatih atau dibesarkan
dan cara dia beri Yehuwa yang terbaik.
Sebagai penyelia litar,
saya mengunjungi satu sidang yang ada banyak cerita
tentang seorang saudari.
Orang kata,
“Dia cakap dia sakit, tetapi kami nampak dia di kedai.
Dia ada cukup tenaga untuk pergi kedai
tapi kami jarang nampak dia di perjumpaan.”
Saya telah mengunjungi saudari itu.
Sebenarnya dia menderita akibat penyakit yang teruk.
Dia selalu dalam kesakitan.
Tapi ada masa,
kesakitannya akan berkurang sekejap.
Masa itu, dia ambil peluang untuk keluar dan membeli-belah.
Dia tinggal sendirian dan tiada bantuan.
Tapi apabila dia kesakitan lagi,
dia hanya terlantar di katil.
Bukankah lebih baik untuk menawarkan bantuan
daripada mengkritik saudari itu?
Tadi saya kata, dalam ceramah ini,
kami tidak cuba membuktikan apa-apa
tentang Lot atau orang lain.
Tujuannya adalah untuk mengingatkan kita
bahawa hanya Yehuwa yang mengetahui semua butiran.
Dia mengasihi saudara saudari kita
dan ingin kita mengasihi mereka.
Dia gembira apabila kita bersangka baik terhadap mereka.
Kami yakin anda akan buat demikian
semasa berganding bahu dengan saudara saudari.
Yakinlah kami mengasihi anda semua.
Semoga Yehuwa berkati anda,
seraya anda terus berkhidmat kepada-Nya.
Sekarang,
mahukah anda tahu ke mana mereka ditugaskan?
Ya, ini bahagian yang menarik.
Saudara Ronald Curzan akan membantu kita.
Dia akan menyampaikan sijil kepada
pelajar-pelajar Gilead kita.
Kami sangat bangga kepada anda semua.
Anda telah belajar dengan bertungkus lumus
dan anda gembira dapat habiskan
pembelajaran anda di Gilead.
Kami gembira tengok cara Yehuwa memberkati anda.
Sekarang Saudara Aidan Mauri dari pejabat cawangan Australasia
akan baca surat daripada para pelajar.
Badan Pimpinan yang dikasihi,
kami ingin ungkapkan betapa bersyukurnya kami
kerana diberi peluang
untuk hadiri Sekolah Latihan Gilead.
Dari saat kami tiba,
kami rasai kemesraan anda
dan keluarga Bethel yang buat kami tak sabar-sabar
nikmati apa yang bakal kami belajar.
Terima kasih luang masa lawat kami di kelas.
Hati kami tersentuh kerana pengajaran anda,
usaha pengasih pembantu Badan Pimpinan,
para pengajar,
serta sokongan Bahagian Sekolah Teokratik.
Semua ini bantu kami
lihat ‘Pendidik Agung dengan mata kami sendiri.’
Sepanjang kursus Gilead,
pengajar bantu kami lihat dengan lebih mendalam
kasih Yehuwa yang tidak pentingkan diri.
Dari saat manusia pertama berdosa,
Yehuwa lakukan segalanya untuk bantu kita pulihkan
hubungan baik dengan-Nya.
Kami semakin hargai korban tebusan Yesus
semasa kaji tentang janji Yehuwa
di Kejadian 3:15,
perjanjian-Nya dengan Abraham serta Daud,
dan perincian menarik dalam Hukum Musa,
terutamanya tentang Hari Pengampunan Dosa.
Kami semakin yakin akan kasih Yehuwa
semasa belajar tentang kehidupan Yesus
dan cara dia ikut sifat Bapanya dengan sempurna.
Kami kagum dengan kesabaran Yesus terhadap para rasulnya,
cara dia layan wanita dengan hormat dan baik hati,
serta kasihnya yang tidak pentingkan diri
sehingga diseksa dan mati pada tiang seksaan.
Betapa bersyukurnya kami
kerana Yesus ialah Raja kami
dan Imam Agung yang berbelas kasihan.
Apabila kami lihat nubuat Bible jadi kenyataan,
harapan kami terhadap janji Yehuwa dikukuhkan
dan kami berani hadapi situasi masa depan.
Contohnya, penglihatan Zakaria tentang empat buah kereta kuda
pergi ke empat penjuru bumi
lalu ‘kemurkaan Yehuwa terhadap negeri utara redah.’
Ini yakinkan kami angkatan tentera malaikat Yehuwa
melindungi umat-Nya dahulu dan sekarang.
Hasilnya, biarpun keadaan dunia semakin teruk,
kami dapat sokong hak Yehuwa memerintah sekarang
sehingga kesengsaraan besar dengan penuh yakin.
Sesi latihan Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
amat berguna dan tingkatkan semangat menginjil kami.
Kami nikmati demonstrasi yang tunjuk sifat-sifat yang diperlukan
untuk menginjil dalam pelbagai keadaan.
Tekad kami dikuatkan untuk tunjuk lebih banyak kasih,
keramahan, dan keutamaan semasa menginjil
kerana “ladang sudah menguning dan siap dituai.”
Kami juga bertekad untuk ikut semua ajaran Yehuwa,
Pendidik Agung kami, 
selama lima bulan kami di sekolah ini.
Kami terdorong untuk tiru Yesus, Ketua sidang,
semasa berganding bahu dengan anda, Badan Pimpinan,
serta persaudaraan sedunia
demi pujian dan kemuliaan Yehuwa.
Yang ikhlas, kelas Gilead yang ke-159.
Kami ada sedikit lagi mahu kongsi dengan anda.
Ingatkan tadi kami tanya soalan ini:
Apabila pilihan Lot nampaknya kurang bijak,
apakah reaksi Abraham?
Untuk jawab soalan ini,
mari kita bincang perkara ketiga
yang menghalang kita untuk berdamai:
Kita tidak mahu melupakan masa lampau,
bagaimana seseorang telah menyakiti kita.
Kita tahu tidak lama kemudian
selepas Lot pindah ke kawasan Sodom dan Gomora,
dia dan keluarganya ditangkap oleh musuh
semasa perang tercetus.
Jika Abraham
masih menyimpan dendam terhadap Lot,
apakah yang mungkin difikirkan oleh Abraham
pada masa itu?
‘Inilah masanya.
Padan muka.
Lot tidak sepatutnya bersikap tamak.’
Abraham boleh saja berfikir demikian.
Tapi apa yang dia buat?
Mari kita buka Bible.
Kejadian bab 14.
Kejadian bab 14.
Kemungkinan Abraham berasa takut
jika dia maafkan Lot,
ini seolah-olah bermaksud
apa yang dilakukan oleh Lot sebenarnya OK saja.
Tapi, perhatikan apa yang dikatakan di Kejadian 14:14.
Ayat 14.
Ayat itu kata:
‘Selepas Abraham mendapat tahu
bahawa anak saudaranya telah ditangkap,
dia mengumpulkan 318 orang hambanya
dan mengejar musuh sampai ke Dan.
Semua hamba itu lahir di dalam rumahnya
dan pandai berperang.’
Itulah yang dilakukan Abraham.
Jarak dari Mamre ke Dan adalah kira-kira 200 kilometer.
Perjalanan ke sana mungkin mahal, bahaya,
dan mengambil masa beberapa hari untuk sampai.
Walaupun begitu, Abraham tetap pergi.
Kemudian, di ayat 21-23,
Abraham berpeluang untuk mendapat sedikit duit
kerana usahanya untuk membantu Lot.
Tapi Abraham menolaknya.
Abraham tidak mempunyai motif
yang mementingkan diri sendiri.
Abraham rela membantu Lot
memperbaiki akibat buruk
daripada keputusan Lot yang boleh menyebabkan
masalah antara mereka berdua.
Abraham berfokus untuk berdamai.
Dia bertekad untuk tidak menyimpan dendam.
Jadi apa yang kita belajar daripada teladan Abraham?
Pernahkah anda biarkan seseorang buat apa yang dia mahu?
Mungkin anda ada idea yang berbeza,
tapi anda bersetuju untuk buat
apa yang semua orang cadangkan.
Namun, akhirnya rancangan itu gagal.
Bukankah itu peluang yang bagus untuk kata,
‘Kan? Idea saya lebih bagus’
atau cuba beritahu mereka kami sudah
tahu dari awal idea ini tidak baik.
Kita semua pernah buat kesilapan ini.
Janganlah menyimpan dendam.
Buatlah seperti Abraham.
Walaupun anda ada idea lain tentang sesuatu,
sokonglah keputusan yang dibuat.
Jika rancangan itu gagal, tirulah Abraham.
Dia rendah hati dan rela untuk
membantu mereka menyelesaikan masalah itu
dan bukannya menyalahkan mereka.
Kenapa?
Kerana kita akan mewujudkan kedamaian.
Dan jika kita berdamai,
hubungan kita dengan Yehuwa juga damai.
Itulah yang terpenting.
Jadi, apa yang kita belajar dari tiga perkara ini?
Kita belajar banyak tentang Abraham.
Dia seorang yang suka berdamai.
Dia tidak takut kelihatan lemah.
Dia tidak takut dipergunakan orang.
Dia tidak takut melupakan apa yang pernah berlaku.
Adakah Abraham rugi kerana berbuat demikian?
Kita benar-benar tidak tahu
jika Lot bersyukur
atas apa yang telah Abraham lakukan untuk berdamai.
Bible tidak kata, selepas apa yang kita
belajar daripada Saudara Splane.
Tapi itu tidak penting
kerana tujuan Abraham bukan
untuk Lot berterima kasih kepadanya.
Jadi apa sebabnya?
Menariknya, selepas saja peristiwa
(Abraham berusaha untuk berdamai
atau selepas Abraham menunjukkan
yang dia ingin berdamai dengan Lot)
Yehuwa melakukan sesuatu yang istimewa bagi Abraham.
Mula dari Kejadian 13:14 dan kemudian Kejadian 15:1,
Yehuwa beritahu Abraham bahawa Dia mengasihinya
dan Yehuwa memperkenankannya.
Itulah yang Abraham inginkan.
Dia mahu pergi ke mazbah.
Dia mahu ada hubungan damai dengan Yehuwa.
Dan itulah yang Abraham dapat.
Apabila anda rasa sangat susah untuk berdamai
dengan orang lain,
tidak kira di Bethel, di sidang,
atau dengan ahli keluarga,
jangan biarkan ketakutan
menghalang anda dari mewujudkan kedamaian.
Lawanlah ketakutan dengan bersikap rendah hati
dan perbaikilah hubungan anda dengan orang itu.
Adakah hal ini senang?
Tidak.
Adakah orang itu akan menerima jika anda mahu berdamai?
Mungkin tidak.
Tapi Yehuwa akan terima.
Selepas itu apa?
Kembalilah ke mazbah
dan persembahkan pemberian anda.
Yehuwa menunggu pemberian itu
dan sedia menerimanya.
Mengapa?
Kerana anda sudah berusaha
untuk wujudkan kedamaian.
Para pelajar Gilead yang ke-159,
kami mengasihi anda
dan kami doa agar Yehuwa
terus memberkati anda di mana saja anda pergi.