JW subtitle extractor

Per Christensen: Adakah Anda Risau?—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-159

Video Other languages Share text Share link Show times

Jadi, adakah anda risau?
Risau tentang apa?
Risau tentang apa yang kami harapkan daripada anda.
Anda sudah habis kursus Gilead
dan tidak lama lagi anda akan menerima sijil.
Itu sangat hebat.
Gilead telah mengubah anda,
mengubah hidup anda,
dan mengubah cara organisasi Yehuwa akan menggunakan anda.
Sebenarnya, semakin banyak
yang anda terima,
semakin banyak yang diharapkan daripada anda.
Selain daripada itu,
anda mungkin telah menerima, atau akan menerima,
tugasan dan tanggungjawab yang baharu.
Kami percaya anda dapat buat semua itu.
Jadi, adakah anda risau sekarang?
Dapatkah anda rasa bebannya?
Situasi anda sama dengan situasi Yosua semasa Musa meninggal.
Selepas Musa meninggal, Yosua menjadi pemimpin bangsa Israel.
Jadi, dia akan memimpin orang Israel,
menyeberangi Sungai Yordan
dan menakluki Tanah yang Dijanjikan.
Mungkin dia juga risau.
Dia satu orang saja
dan perlu memimpin bangsa Israel yang terdiri daripada jutaan orang,
serta menakluki bangsa-bangsa lain.
Ya, mungkin dia sangat risau.
Kata-kata Yehuwa pasti melegakan Yosua.
Sila buka Bible ke Yosua bab satu.
Yosua bab satu.
Di ayat dua, Yehuwa sedang cakap kepada Yosua.
Dia kata,
“Hamba-Ku Musa sudah meninggal.
Sekarang, hendaklah engkau dan semua umat Israel bersiap sedia.
Seberangilah Sungai Yordan
dan pergilah ke tanah yang akan Aku berikan kepada mereka.
Aku akan memberi kamu setiap tempat yang dipijak kakimu,
sebagaimana yang telah Aku janjikan kepada Musa.
Kawasan kamu akan bermula dari padang belantara hingga Lebanon;
dari sungai besar, iaitu Sungai Efrat,
sampai ke Laut Tengah yang terletak di sebelah barat,
termasuk seluruh negeri orang Het.
Selama engkau hidup,
tiada seorang pun yang dapat mengalahkan engkau.
Aku akan menyertai engkau sebagaimana Aku telah menyertai Musa.
Aku tidak sekali-kali akan mengabaikan engkau
atau meninggalkan engkau.
Hendaklah engkau berani dan teguh,
kerana engkaulah yang akan memimpin umat ini
untuk mewarisi negeri itu.”
Perhatikan ayat tiga kata,
“Aku akan memberi kamu setiap tempat yang dipijak kakimu.”
Wah!
Dan ayat lima,
‘Selama engkau hidup,
tiada seorang pun yang dapat mengalahkan engkau.
Aku akan menyertai engkau dan tidak akan meninggalkan engkau.’
Sudah tentu,
Yosua rasa sangat lega mengetahui bahawa
Yehuwa akan membantunya.
Tugasan yang besar dan tanggungjawab yang berat.
Mereka perlu menakluki kawasan yang besar.
Jadi, mereka perlu ada banyak perang,
melawan banyak bangsa, di banyak kota.
Ya, memang tanggungjawab yang berat.
Bagaimana Yehuwa bantu Yosua bersedia
dan apa yang Yehuwa mahu Yosua lakukan?
Perhatikan ayat tujuh,
“Hendaklah engkau berani dan teguh.
Pastikan engkau
sentiasa mematuhi seluruh Hukum
yang telah diperintahkan oleh hamba-Ku Musa kepadamu.
Janganlah menyimpang daripada Hukum itu, . . .
agar engkau dapat bertindak dengan bijak
ke mana pun engkau pergi.
Hendaklah engkau sentiasa bercakap
tentang kitab yang mengandungi Hukum itu.
Bacalah dan renungkannya siang dan malam,
supaya engkau mematuhi semua yang tertulis dalamnya
dengan sungguh-sungguh.
Dengan demikian, engkau akan berjaya dan bertindak dengan bijak. . . .
Hendaklah engkau berani dan teguh.
Janganlah berasa takut atau gentar
kerana Aku, Yehuwa, ialah Tuhanmu
yang akan menyertaimu ke mana sahaja engkau pergi.”
Perhatikan di ayat lapan,Yosua perlu
‘baca kitab yang mengandungi Hukum itu siang malam
dan mematuhinya.
Dengan demikian, dia akan berjaya dan bertindak dengan bijak.’
Mungkin kita fikir, ‘OK, bagus.
Tapi, bukankah
dia perlu buat lebih daripada itu?’
Cuba fikir, dia perlu pergi berperang,
dia perlu memimpin satu bangsa,
dia perlu memimpin tentera dalam peperangan.
Mungkin anda rasa, selain daripada baca Hukum,
Yehuwa patut beritahu Yosua,
“Setiap hari, selama dua jam,
kamu harus latih dengan gigih kemahiran guna pedang.
Setiap hari, selama dua jam,
kamu juga harus belajar cara berperang,
cara memimpin tentera, dan juga strategi perang.”
Yehuwa tidak suruh Yosua buat semua itu. Mengapa?
Kerana Yehuwa tahu Dia akan bantu orang Israel dalam hal itu.
Dia akan berperang bagi mereka.
Jadi, apa persiapan yang Yosua patut buat
untuk pergi berperang?
Fikirkan kota pertama yang mereka takluki, iaitu Yerikho.
Jadi, apakah strategi perang bagi Yerikho?
Yosua diarahkan
untuk berkawad mengelilingi kota Yerikho
diikuti oleh tujuh orang imam yang membawa trompet.
Mereka perlu tiup trompet itu.
Mereka diikuti
oleh imam yang membawa tabut perjanjian dan barisan pengawal.
Mereka mengelilingi kota Yerikho sekali sehari untuk enam hari
dan tujuh kali pada hari ketujuh.
Pada hari ketujuh, apabila mereka dengar tiupan trompet,
semua orang perlu berteriak dengan sekuat hati.
Pada masa itu, tembok kota akan roboh
dan mereka dapat menawan kota itu.
Itulah strategi perang bagi kota Yerikho.
Anda tidak dapat belajar strategi perang sebegini
daripada buku yang ditulis oleh manusia.
Ini mungkin
tidak masuk akal bagi manusia,
tapi ini cara Yehuwa berperang.
Atau cuba fikirkan masa yang lain
Yehuwa bertempur bagi pihak Israel,
seperti semasa tentera Yehosafat berperang melawan musuh yang kuat.
Yehosafat diberitahu, “Yang bertempur bukan kamu, tetapi Tuhan.”
Para penyanyi diletakkan di hadapan barisan tentera
untuk menyanyikan lagu pujian.
Mereka tidak perlu bertempur. Yehuwa yang bertempur bagi mereka.
Contoh lain ialah Gideon.
Tiga ratus orang
perlu melawan 135,000 orang askar.
Memang tidak masuk akal bagi manusia.
Strategi perang seperti ini
memang tidak akan disyorkan dalam buku yang ditulis oleh manusia.
Tapi ini cara Yehuwa.
Yehuwa tahu semua ini
semasa bercakap kepada Yosua.
Dia tahu Dia akan berperang bagi mereka.
Mari lihat ayat lapan lagi.
Apa yang Yehuwa mahu Yosua lakukan?
Di bab satu ayat lapan, Yehuwa beritahu dia,
“Hendaklah engkau sentiasa bercakap
tentang kitab yang mengandungi Hukum itu.
Bacalah dan renungkannya siang dan malam.”
Jadi, Yehuwa beritahu Yosua
untuk membaca dan mematuhi Hukum-Nya setiap hari.
Mengapa?
Adakah Yehuwa mahu isi masa lapang Yosua
seraya Dia bertempur bagi orang Israel?
Jadi Yehuwa mengatakan, “Yosua, kamu baca Biblelah.”
Begitukah?
Tidak.
Yehuwa mahu Yosua melakukan sesuatu yang sangat penting.
Yehuwa suruh Yosua melakukan sesuatu
yang akan membawa kejayaan kepada bangsa Israel pada masa depan.
Yehuwa suruh Yosua melakukan satu perkara
yang Yehuwa tidak dapat buat baginya.
Eh,
mungkin anda fikir,
‘Adakah perkara yang Yehuwa tidak dapat buat bagi kita?’
Ya, ada.
Yehuwa minta Yosua menjadi orang yang baik.
‘Lindungilah hatimu, buat yang benar, patuhilah Hukum.’
Yehuwa tidak akan memaksa Yosua untuk melakukan semua itu.
Hanya Yosua dapat melakukannya.
Jika dia gagal buatnya,
bangsa Israel tidak akan berjaya.
Mereka perlu bantuan Yehuwa
kerana mereka akan melawan banyak bangsa.
Bible mengatakan bahawa bangsa-bangsa itu
‘lebih besar dan lebih kuat daripada mereka.’
Jadi, mereka perlu bantuan Yehuwa.
Bayangkan apa yang akan berlaku
jika Yosua menjadi tidak setia kepada Tuhan Yehuwa.
Kita tidak perlu bayangkannya.
Kita tahu apa yang akan berlaku
kerana apa yang berlaku di kota seterusnya.
Apabila mereka menyerang kota Ai,
mereka kalah dan ramai lelaki Israel dibunuh
akibat salah laku Akhan.
Akhan hanya seorang askar.
Bayangkan jika Yosua yang melakukan kesalahan.
Dia adalah ketua bangsa Israel.
Jika dia menjadi tidak setia,
segalanya akan gagal bagi mereka.
Yehuwa suruh Yosua membuat sesuatu yang sangat penting
dan hanya Yosua dapat melakukannya.
‘Lindungilah hatimu dan tetap setia.’
Jika mereka buat begitu, mereka akan sentiasa berjaya
dan Yehuwa akan bertempur untuk mereka.
Kisah ini beri pengajaran untuk kita semua,
termasuk para pelajar Gilead yang akan menerima sijil.
Anda akan mula tugasan baharu di pelbagai tempat.
Anda akan menyokong Kerajaan Tuhan
dan menyertai pertempuran Yehuwa.
Ingat, itu bukan pertempuran anda, tetapi pertempuran Yehuwa.
Jadi, anda juga perlukan bantuan dan berkat Yehuwa.
dan Yehuwa akan membantu anda berjaya.
Ingat apa Yehuwa kata kepada Yosua?
Kamu akan berjaya di “setiap tempat yang dipijak kakimu. . . .
Tetapi hendaklah engkau
sentiasa bercakap tentang kitab yang mengandungi Hukum itu.”
Maksudnya, ‘Bacalah Bible setiap hari,
patuhinya, lindungilah hati anda,
dan Yehuwa akan menyertai anda,
berkati anda, dan buat anda berjaya.
Dan anda tidak perlu risaukan apa-apa.