JW subtitle extractor

D’Arcy MacEwan: Empat Pengajaran daripada 9,700 Orang—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-159

Video Other languages Share text Share link Show times

Baguskan ceramah ini tentang empat pengajaran
dan bukannya 9,700 pengajaran.
Pasti ceramah akan sangat panjang.
Tapi siapa 9,700 lelaki itu?
Mari kita buka Bible ke buku Hakim-Hakim bab 7.
Hakim-Hakim bab 7 ayat 7, mari kita lihat.
Siapakah mereka?
Mari kita baca ayat 7,
“Lalu Yehuwa berfirman kepada Gideon,
‘Dengan 300 orang yang menghirup air daripada tangan,
Aku akan menyelamatkan kamu semua,
dan Aku akan menyerahkan orang Midian ke dalam tanganmu.
Suruhlah semua orang yang lain pulang.’”
Kisah ini tentang Gideon dan 300 orangnya.
Tapi kita tidak berfokus kepada Gideon dan 300 orangnya.
Kita akan bincang tentang orang yang lain,
iaitu 9,700 orang yang menerima perubahan tugasan
apabila mereka disuruh pulang.
Apa yang kita belajar daripada mereka?
Anda akan diberi tugasan untuk menguatkan
dan mengukuhkan saudara saudari
semasa mereka menerima perubahan tugasan.
Dan anda sendiri mungkin mengalami perubahan sekarang
atau pada masa depan,
tugasan baru, cawangan baru, negara baru, bahasa baru,
atau keadaan sendiri berubah.
Anda mungkin teruja dengan beberapa perubahan,
tapi ada yang mungkin tidak.
Apa yang dapat bantu kita menyesuaikan diri
dan pada masa yang sama,
menguatkan orang lain?
Itulah yang akan kita belajar.
Apakah perasaan mereka apabila perubahan itu berlaku?
Mari bayangkan situasi mereka.
Bab 6 bantu kita faham situasi mereka.
Ayat 1-6 beritahu kita selama tujuh tahun,
orang Israel sentiasa takut mereka akan diserang oleh orang Midian.
Mereka bersembunyi dalam gua, mereka tidak dapat menanam,
mereka penat, stres, dan sangat miskin.
Di ayat 14, Yehuwa beritahu Gideon untuk melawan musuh.
Ayat 34 dan 35,
Gideon membunyikan trompet dan mengirim utusan ke keturunan Abi-ezer,
suku Manasye, Asyer, Zebulon, dan Naftali.
Mereka sebahagian daripada 32,000 orang
yang menyokong Gideon.
Mereka meninggalkan segala-galanya untuk melawan dengan Gideon.
Akhirnya hidup mereka berubah, tidak perlu sembunyi lagi.
Kemudian, di bab 7 ayat 3, para askar diberi peluang untuk pulang
jika mereka berasa risau atau berasa takut.
Dua puluh dua ribu orang telah pulang.
Tetapi mereka yang tinggal tidak takut.
Mereka pernah dengar penyelamatan Yehuwa di Laut Merah dan Kota Yerikho,
dan mereka teruja untuk lihat Yehuwa selamatkan umat-Nya.
Oleh itu, mereka tinggalkan segalanya untuk
berlawan bersama Gideon.
Walaupun mereka sangat teruja, di ayat 7 mereka diberitahu:
‘Sekarang kamu boleh pulang.’
Mengapa?
Ayat 6 beritahu kita mereka “berlutut dan membongkok” untuk minum air.
Apa perasaan mereka?
‘Berilah saya satu peluang lagi.
Saya tidak akan minum air sambil berlutut.’
‘Ini tidak adil. Saya lebih kuat dan cepat daripada mereka.
Saya berpengalaman.
Saya perlu di sini.’
Dan di ayat 8,
bayangkan semasa mereka bersedia untuk pulang, mereka dipanggil:
‘Hei, tinggalkanlah trumpet dan bekalan makanan kamu untuk kami.
Selepas kamu tinggalkan, kamu boleh pulang.’
Apa perasaan mereka?
Kecewa?
Mungkinkan mereka berasa sedih?
Perasaan begini memang biasa.
Mereka telah buat pengorbanan dan mahu berada di situ.
Pengajaran pertama:
Rasa sedih itu biasa apabila seseorang
tidak lagi dapat teruskan tugasan yang dia suka.
Dia bukannya kurang iman atau bersikap buruk.
Dia hanya suka tugasannya
dan itulah cara dia berkhidmat kepada Yehuwa.
Dia telah buat pengorbanan dan dia hargai tugasannya.
Bagaimana kita menguatkan mereka?
Kita tidak perlu terus cakap
mengapa dia patut berasa gembira tentang perubahan itu.
Mereka akan tahu nanti.
Dengarlah mereka dengan perasaan empati,
beritahulah mereka kita sangat menghargai kerja yang mereka telah lakukan,
yakinkan mereka kasih kita.
Dan yang paling penting kasih Yehuwa terhadap mereka.
Walaupun berasa sedih perkara biasa semasa adanya perubahan,
tetapi kita tidak mahu terus bersedih selama-lamanya.
Jadi, apa yang dapat bantu kita?
Pengajaran kedua:
Mengapa para askar ini perlu pulang?
Adakah hanya kerana cara mereka minum air?
Untuk tahu jawapannya, mari kita baca Hakim-Hakim 7:2.
‘Yehuwa berfirman kepada Gideon,
“Askarmu terlalu banyak . . .
Nanti orang Israel akan bercakap besar tentang diri sendiri di hadapan-Ku
dengan berkata, ‘Aku raih kemenangan dengan tanganku sendiri.’”’
Apa sebab utama mereka pulang?
Jumlah askar dikurangkan supaya jelas
Yehuwalah yang memberi mereka kemenangan.
Cara minum air hanyalah proses pemilihan.
Tapi apa yang penting adalah untuk memuliakan Yehuwa.
Jika para askar ini datang berperang demi memuliakan Yehuwa,
mereka akan gembira.
Walaupun mereka mungkin berasa sedih kerana perlu pulang,
tapi mereka akan sedar,
hal itu akan memberi lebih kemuliaan kepada Yehuwa
berbanding apa yang mereka boleh buat di medan perang.
Jadi, pengajaran kedua:
Memuliakan Yehuwa adalah tugas utama kita.
Kerana itu memang tanggungjawab kita.
Tidak ada apa-apa yang akan ubah tugasan itu,
tiada siapa dapat merampasnya,
dan tiada had umur untuk tugasan itu.
Jika kita ingat, tugasan utama kita adalah
untuk memuliakan Yehuwa, dan itu yang buat kita gembira,
tidak kira di mana pun kita berkhidmat atau menghadapi kekecewaan,
kita masih dapat bersukacita.
Ini pengajaran ketiga:
Kita semua mengalami perubahan.
Bukan hanya 9,700 orang itu,
tapi begitu juga dengan 300 orang yang tinggal bersama Gideon.
Saat yang mendebarkan dengan bekas besar yang berisi obor,
mengejar orang Midian, semua berlaku satu malam sahaja.
Hakim-Hakim 8:28 beritahu kita
selepas mereka mengalahkan orang Midian,
“negeri itu aman selama 40 tahun.”
Ayat 29 kata bahkan Gideon pun
‘kembali ke rumahnya dan tinggal di situ.’
Kita semua mengalami perubahan.
Apa yang dapat bantu kita gembira semasa tugasan kita berubah?
Kawan kami yang perlu meninggalkan tugasan mereka
selepas berkhidmat selama 30 tahun di Burkina Faso kata:
“Tidak kira anda suka tugasan anda atau rasa tugasan itu mencabar,
berfokuslah pada manfaatnya.
Nikmatilah tugasan anda.”
Untuk faham poin ini, saya mahu kongsi tentang Kenneth.
Dia saudara muda yang ingin berkhidmat di Bethel.
Kemudian, dia dijemput ke Wallkill.
Dia sangat menikmati khidmatnya.
Tapi, tiba-tiba, dia ada masalah kesihatan dan perlu pulang.
Dia sedih dan sangat kecewa.
Dia kata dia berharap dapat balik ke Bethel
dan dia doa tentang hal itu setiap hari.
Tapi anda tahu, lima tahun kemudian,
dia dipanggil balik ke Bethel.
Perhatikan apa dia kata.
Semasa fikir balik, dia ada satu penyesalan.
Dia harap dia lebih menghargai masa itu semasa dia di rumah,
kerana masa itu dia berpeluang merintis bersama ibu dan adiknya.
Ingatlah setiap tugasan ada berkatnya walaupun tugasan itu susah.
Daripada rasa kesal pada kemudian hari,
hargailah berkat anda sekarang.
Pengajaran keempat:
Semasa 300 orang askar meniup trumpet
dan memecahkan bekas besar mereka
dan orang Midian mula melarikan diri, apa yang berlaku?
Mari kita baca bab 7 ayat 23.
“Orang Israel daripada suku Naftali, suku Asyer,
dan seluruh suku Manasye dipanggil,
lalu mereka mengejar orang Midian.”
Mengapa kisah ini bermakna?
Ingatkah anda suku yang disebut?
Suku-suku ini dipanggil pada mulanya untuk bantu Gideon
dan ada antara mereka yang sudah pulang.
Sekarang mereka ada tugasan baru,
mereka disuruh untuk mengejar orang Midian,
jika mereka sanggup terima perubahan ini.
Apakah pengajaran keempat?
Keperluan organisasi Yehuwa berubah.
Jadi, sentiasa bersedia terima perubahan
dan rela buat yang terbaik dalam tugasan yang anda terima.
Memang, ada kalanya perubahan buat kita kecewa,
tapi janganlah marah dengan organisasi Yehuwa.
Kekalkanlah sikap rendah hati yang selalu anda tunjukkan,
sikap yang menyenangkan Yehuwa.
Dengan itu, anda akan terus digunakan oleh Yehuwa.
Apa yang kita belajar daripada 9,700 lelaki itu?
Teruslah tunjukkan empati terhadap mereka yang hadapi perubahan.
Jika anda hadapi perubahan, fokuslah pada tugasan anda,
fikirkan manfaatnya, dan nikmatinya.
Jangan lupa tugasan utama anda, iaitu memuliakan Yehuwa.
Bertekadlah untuk terus melakukan tugasan itu.