JW subtitle extractor

David DeGuzman: Adakah Mereka Akan Kagum?—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead ke-159

Video Other languages Share text Share link Show times

Adakah mereka akan kagum?
Itulah soalan yang Yesus ingin jawab.
Semasa Yesus mulakan tugasannya di bumi,
dia ada satu matlamat,
iaitu memuliakan Tuhan.
Apakah maksudnya?
Dalam Bible,
“kemuliaan” merujuk kepada apa-apa
yang buat seseorang mengagumkan.
Yesus bukan kagum dengan dirinya,
tapi dengan Bapanya.
Dia sangat kagum dengan kasih dan kebaikan hati Bapanya,
sehingga dia mahu orang lain rasa begitu juga.
Jadi apa yang Yesus buat?
Apa yang kita dapat belajar?
Buku Roma tunjuk satu cara Yesus
memberikan kemuliaan kepada Tuhan.
Mari buka Bible ke Roma bab 15.
Kita lihat ayat 7.
Roma 15:7.
“Oleh itu,
sambutlah satu sama lain
sebagaimana Kristus telah menyambut kamu,
supaya Tuhan dimuliakan.”
Yesus memuliakan Tuhan dengan cara dia menyambut orang.
Cara Yesus layan orang
tunjuk mereka bahawa Yehuwa baik hati,
murah hati, dan berbelas kasihan.
Yehuwa sudi terima sesiapa yang ingin menghampiri-Nya.
Dia sudi terima segala macam orang.
Nota pembelajaran Bible bahasa Inggeris jelaskan,
perkataan “menyambut” boleh menggambarkan seseorang
buat orang lain rasa selesa
dalam rumahnya atau sebagai kawan rapatnya.
Jadi cara Yesus sambut orang
buat orang rasa diterima dan dikasihi Yehuwa.
Bible beberapa kali kata,
selepas Yesus sembuhkan orang,
mereka pergi sambil “memuliakan Tuhan.”
Maksudnya, mereka pergi dan rasa kagum dengan Yehuwa.
Jadi bagaimana Yesus sambut orang?
Mari lihat dua kisah Bible
dan apa yang kita dapat belajar,
supaya cara kita sambut orang
buat orang kagum dengan Yehuwa.
Kisah pertama tercatat di Markus bab 10.
Mari kita bincang.
Bayangkan Yesus sangat sibuk ketika itu.
Masanya tinggal sedikit
sebelum dia mati.
Yesus baru habis cakap perkara penting
dengan pengikutnya serta orang Farisi.
Selepas itu,
sesuatu yang nampaknya menyusahkan berlaku.
Mari baca Markus 10:13.
‘Orang bawa kanak-kanak kepada Yesus
agar dia meletakkan tangannya ke atas mereka,
tapi murid-muridnya marah mereka.’
Terjemahan lain kata,
‘Murid Yesus suruh orang berhenti kacau Yesus.’
Pengikut Yesus bukannya jahat,
cuma mereka tidak berapa faham
perasaan Yehuwa terhadap kanak-kanak.
Pada zaman itu,
ada orang fikir kanak-kanak tidak penting.
Mereka tiada kedudukan, kuasa,
dan nampaknya tidak begitu berguna.
Apa perasaan Yesus
tentang tindakan murid-muridnya?
Dia tidak gembira.
Ayat 14 kata, “dia naik marah.”
Kita dapat lihat
betapa besarnya kasih Yehuwa
dengan baca apa Yesus buat di ayat 16.
‘Yesus peluk semua kanak-kanak
dan mula berkati mereka
sambil meletakkan tangannya ke atas mereka.’
Catatan ini menyentuh hati!
Mungkin kamu juga suka kisah
semasa kanak-kanak disuruh jangan kacau Yesus,
tapi dia dengan mesra menyambut mereka.
Suatu rujukan kata, “Yesus mudah senyum
dan ketawa dengan gembira.”
Sudah tentu ramai orang
ingin mendekati Yesus.
Biarpun Yesus sibuk dan masanya di bumi tinggal sedikit,
dia tetap ramah dan luang masa dengan kanak-kanak.
Dia buat kanak-kanak rasa,
Yehuwa ambil berat
dan kasihi mereka.
Cuba fikir apa pengaruhnya
terhadap kanak-kanak itu.
Jika mereka sembah Yehuwa dengan setia,
besar kemungkinan mereka sekarang jadi
kawan rapat Yehuwa di syurga.
Semasa Armagedon,
mereka buat kita lebih kagum terhadap Yehuwa.
Apa pengajarannya?
Selepas Gilead,
kamu akan sibuk
dengan banyak tanggungjawab dan kerisauan
seperti Yesus.
Dalam kesibukan kamu,
orang akan muncul.
Ada yang datang
minta bantuan.
Sesetengah mungkin rasa
mereka tidak penting seperti kanak-kanak itu.
Mereka tidak dilatih di Gilead atau SKE
dan mungkin tertanya-tanya
sama ada mereka penting bagi Yehuwa.
Pada saat sebegitu,
kita dapat buat mereka kagum dengan Yehuwa
jika kita sambut mereka
seperti Yesus sambut kanak-kanak.
Kadangkala
kita hanya perlu senyum
dan luang masa cakap dengan mereka
untuk yakinkan mereka
bahawa mereka penting bagi Yehuwa.
Adakah kamu rasa seperti kanak-kanak?
Adakah seseorang yakinkan kamu
organisasi Yehuwa ingin kamu ke Gilead?
Tentu kamu bersyukur
kepada Yehuwa atas galakan itu.
Itulah kesan baik
menyambut orang lain mengikut cara Yesus.
Mari kita bincang kisah yang kedua di Lukas bab 23.
Ini semasa Yesus hadapi cubaan terakhirnya.
Dia bukannya dikelilingi kanak-kanak,
tapi ada dua penjenayah yang juga digantung pada tiang seksaan
seperti Yesus.
Mereka mengejek dan bahkan mencela Yesus.
Kemudian sesuatu yang mengejutkan berlaku,
di Lukas 23:42.
Salah satu penjenayah ubah sikapnya dan kata,
“Yesus, ingatlah aku
apabila kamu masuk dalam Kerajaanmu.”
Situasi masa itu memang susah.
Saat itu,
nyawa semua manusia bergantung pada Yesus.
Memang Yesus ada alasan jika dia mahu berdiam diri
dan tidak layan sesiapa pun.
Tapi apa Yesus buat?
Yesus ingin buat lelaki itu kagum dengan Yehuwa.
Jadi, di ayat 43,
Yesus alu-alukan dia.
Yesus kata,
“Kamu akan bersama-sama aku di Firdaus.”
Kata-kata yang menyentuh hati dan tidak disangka.
Perhatikan Yesus tidak kata,
“Jangan bimbang. Kamu akan di Firdaus.”
Tapi Yesus kata,
‘Kamu akan bersama aku di Firdaus.’
Yesus sendiri janji
dia sama sekali tidak akan lupa lelaki itu.
Yesus akan alu-alukan dia
sebagai kawan rapat Yehuwa di bumi.
Kata-kata Yesus tidak ubah keadaan dia.
Fikiran dan perasaannya yang ubah.
Kakinya akan dipatahkan,
tapi bukan harapannya.
Dia mati,
tapi akan hidup semula.
Apa pengajarannya?
Selepas Gilead,
kamu masih hadapi masalah.
Mungkin masalah kamu akan bertambah
kerana pindah ke negara baru,
belajar bahasa baru, buat tugasan baru.
Kamu atau orang tersayang mungkin jatuh sakit.
Seperti pengalaman Yesus,
semasa kita hadapi masalah sendiri,
orang mungkin datang
minta bantuan.
Ada yang rasa mereka tidak penting,
atau tiada siapa ambil berat.
Mungkin mereka malu tentang masa lampau,
rasa bersalah atau murung
kerana kelemahan diri.
Saat itu,
kita ada peluang
untuk buat mereka kagum dengan Yehuwa.
Melalui kata-kata, kita boleh yakinkan mereka
bahawa mereka tidak keseorangan.
Kita juga beritahu mereka
kita dapat rasai kepedihan mereka
dan Yehuwa pasti bantu kita semua.
Memang kata-kata kita tidak ubah keadaan mereka,
tapi mereka dapat ubah fikiran dan perasaan.
Barulah mereka dapat yakin
mereka memang kawan rapat Yehuwa.
Kita sudah lihat dua kisah bagaimana Yesus muliakan Yehuwa.
Sudah tentu kita bukan seperti Yesus yang sempurna.
Jadi ada kalanya
kita tidak sambut orang seperti yang kita harapkan.
Tapi kita dapat ikut matlamat Yesus,
iaitu layan orang
dalam cara yang memuliakan Tuhan Yehuwa.
Biarpun semasa Yesus sibuk atau menderita,
dia layan orang dalam cara
yang buat mereka kagum dengan Yehuwa.
Yesus sambut semua orang.
Tidak kira kanak-kanak atau penjenayah
yang inginkan harapan,
Yesus sambut mereka.
Kesimpulannya,
seperti satu terjemahan Roma 15:7 kata,
“Hulurkan tangan
dan sambutlah satu sama lain
supaya Tuhan dimuliakan.
Yesus sudah buat begitu, sekarang giliran kamu.”