JW subtitle extractor

Joel Kelly: Dibiarkan Sendirian—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead yang ke-159

Video Other languages Share text Share link Show times

Raja Hizkia salah seorang raja baik
yang pernah memerintah umat Yehuwa.
Yehuwa sangat mengasihinya
dan telah membantunya dalam cara yang luar biasa.
Tapi ada seketika Yehuwa seolah-olah
membiarkan Hizkia sendirian.
Mari kita lihat kisah itu di 2 Tawarikh bab 32.
Ayat 24 kata
Hizkia sakit tenat
dan dia merayu minta bantuan Yehuwa.
Ayat itu juga kata Yehuwa
“menjawab doanya dan memberinya satu tanda.”
Yehuwa menyebabkan bayang-bayang
undur 10 langkah.
Nampaknya mukjizat ini melibatkan
pergerakan matahari dan bumi.
Jika begitu,
mungkin mukjizat ini dapat dilihat
di tempat lain seperti Babilon
dan penduduknya yang menyembah matahari.
Ayat 31 kata,
“Jurucakap yang diutus oleh para pemimpin Babilon
datang kepada Hizkia untuk bertanya
tentang kejadian luar biasa
yang telah berlaku di negerinya.”
Bayangkan situasi itu.
Orang Babilon yang menyembah matahari
menghadap Hizkia dan bawa hadiah,
menunjukkan hormat,
dan mendengar Hizkia.
Apakah reaksi Hizkia?
Yehuwa pun ingin tahu.
Mari lihat apa yang Yehuwa lakukan di ayat 31.
“Tuhan yang benar membiarkan dia
bertindak sendiri
untuk menguji dia dan mengetahui
apa yang ada dalam hatinya.”
Ya, Yehuwa biarkan dia “bertindak sendiri.”
Ini tidak bermaksud Yehuwa abaikan Hizkia
atau lupa tentang dia.
Tapi Yehuwa menahan diri dan tidak campur tangan.
Yehuwa seolah-olah biarkan dia sendiri
supaya dapat melihat cara dia tangani situasi itu.
Sebagai contoh, Yehuwa tidak hantar Nabi Yesaya
untuk ajar dia cara untuk menjawab.
Jadi, apakah yang ada dalam hati Hizkia?
Perhatikan dia menunjuk-nunjuk
semua hartanya kepada orang Babilon.
Nampaknya Hizkia mula banggakan dirinya.
Mungkin dia mahu dipuji
dan fikir dirinya sangat hebat.
Bilakah Yehuwa mungkin perhatikan Hizkia
ada sikap ini?
Adakah kesombongan mula berputik dalam hatinya
selepas disembuhkan secara mukjizat
atau kerana kekayaan dan penghormatan
yang Hizkia dapat?
Ataupun semasa satu malaikat
menewaskan 185,000 askar Assyria
dan nama Hizkia menjadi termasyhur
dalam kalangan bangsa-bangsa.
Apa pun sebabnya,
kita tahu Hizkia jadi sombong dan besar kepala.
Akibatnya, Nabi Yesaya beritahu Hizkia
semua hartanya akan dibawa pergi ke Babilon.
Itu disiplin yang tegas.
Apakah reaksi anda kalau dalam situasi itu?
Apakah reaksi Hizkia?
Sila lihat ayat 26.
“Tetapi kemudiannya,
Hizkia merendahkan diri
dan hatinya tidak lagi angkuh.”
Teguran itu buat Hizkia sedar
dia ada kelemahan itu dan dia perlu berubah.
Walaupun susah, dia tidak cuba membela diri.
Dia berusaha berdepan dengannya.
Dia tahu apa dia perlu buat
dan dia melakukannya.
Fikirkan juga bila Hizkia mula menjadi angkuh.
Ini berlaku tidak lama selepas Yehuwa
tewaskan orang Assyria
dan sembuhkan Hizkia secara mukjizat.
Jadi, ini pengajaran penting bagi kita.
Semasa kita dapat buat banyak
dalam khidmat Yehuwa
atau mencapai sesuatu yang istimewa,
mungkin itu masanya Yehuwa
biar kita sendirian.
Dia mahu lihat apa dalam hati kita.
Bilakah kali terakhir kamu capai sesuatu
yang istimewa?
Mungkin sekarang, bukan?
Kamu akan jadi lepasan Sekolah Gilead.
Saudara saudari akan lihat cara kamu mengajar
dan mereka akan puji kamu,
bagi kamu banyak perhatian, dan cakap,
“Oh, mesti dia pernah hadir Sekolah Gilead!”
Pada mulanya mungkin kamu tidak selesa
dengan perhatian itu sebab
kamu sangat jelas apa pandangan Yehuwa.
Tapi mungkinkah perlahan-lahan telinga kamu
suka mendengar kata-kata manis itu.
Hati kamu terpikat kerana disanjung.
Mungkin juga pujian orang buat kamu
rasa bersemangat.
Kamu mula sukanya dan gembira kerana
dapat perhatian orang.
Barangkali kamu mula fikir begini,
“Memang semuanya datang dari Yehuwa.
Dia yang melatih saya.
Tapi mesti ada sebabnya Yehuwa pilih saya.
Dan kalau Dia latih saya,
mesti ada tugasan penting untuk saya nanti.”
Kalau fikiran itu timbul
di minda dan hati kamu,
tanyalah diri,
“Adakah Tuhan sedang biar saya sendiri
untuk tahu keadaan hati saya?”
Apa lagi yang boleh kamu buat untuk
singkirkan kesombongan itu?
Ya, buatlah apa yang Hizkia
sepatutnya lakukan.
Mari lihat 2 Tawarikh 32:25.
“Hizkia tidak bersyukur atas segala
perbuatan baik Tuhan,
dan hatinya menjadi angkuh.”
Hizkia sepatutnya rasa syukur
kepada Yehuwa untuk semua berkat
yang dia terima.
Maksudnya, dua hal ini,
iaitu kesombongan dan penghargaan kita
saling berkaitan.
Orang jadi sombong kerana
kurang penghargaan,
tapi seseorang rendah hati bila hatinya
penuh kesyukuran.
Dari sini kita belajar bukan untuk fokus
kepada hal-hal baik yang kita buat,
tapi kepada hal-hal baik yang kita terima.
Apakah hal baik yang kamu terima
beberapa bulan ini?
Mungkin kamu fikir
tentang kawan-kawan di cawangan kamu.
Mereka perlu kerja ekstra
supaya kamu dapat datang sini
dan tidak risau tentang kerja.
Keluarga Bethel di sini juga kerja keras
untuk sokong kamu supaya kamu dapat
fokus belajar.
Selain itu, sepanjang sekolah ini juga
kamu dapat menyelami dan memahami
kisah Bible dari aspek yang baru.
Ini kerana bantuan daripada pengajar,
rakan sekelas,
dan makanan rohani yang berkualiti yang disediakan
oleh “hamba yang setia dan bijaksana.”
Sudah tentu semua ini mustahil dicapai
kalau bukan kerana Yehuwa
beri kita Firman-Nya dan kuasa suci-Nya
supaya kita dapat memahaminya.
Renungkanlah semua ini.
Ini boleh melindungi kamu,
dan pupuklah penghargaan
supaya hati kamu akan menghindari
daripada menjadi sombong.
Peristiwa yang kita baru bincang tentang Hizkia
telah dicatatkan tiga kali oleh tiga penulis Bible.
Tapi adakah sifat ini hal pertama
yang kamu ingat tentang Hizkia?
Mungkin tidak.
Ini kerana Yehuwa mengilhami penulis Bible
untuk bertumpu kepada sifat baiknya,
dan itulah yang kita selalu ingat:
Imannya dan keberaniannya.
Yehuwa pula ingat apa tentang Hizkia?
Mari kita lihat bersama di 2 Tawarikh 29:2.
Perhatikan apa gred atau markah yang Yehuwa
beri kepada Raja Hizkia.
Ayat 2 kata,
“Hizkia terus melakukan apa yang baik
di mata Yehuwa,
seperti nenek moyangnya Daud.”
Ini gred yang sangat cemerlang
dan markah tertinggi yang Yehuwa beri
kerana Yehuwa anggap Hizkia sama seperti Daud.
Maksudnya, Yehuwa sangat mengasihi Hizkia.
Ya. Yehuwa biarkan dia sendirian,
tapi untuk bantu dia sedar.
Yehuwa tidak pernah tinggalkan Hizkia
dan Dia ingat kebaikannya.
Jadi saudara saudari sekalian,
bila Yehuwa lihat kamu,
apakah yang Dia nampak?
Kami yakin selagi
kamu terus memupuk penghargaan
dan kesyukuran setiap hari
untuk semua berkat Yehuwa,
ini akan membentuk keperibadian kamu
supaya selalu rendah hati.
Dan hasilnya,
Yehuwa pasti sangat gembira dan bangga
sewaktu kamu dibiarkan sendirian.