JW subtitle extractor

Richard Chilton: Pilihan di Tangan Anda—Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Gilead ke-159

Video Other languages Share text Share link Show times

Pilihan.
Sejak kecil hingga dewasa,
kita selalu membuat pilihan seperti
apa mahu buat dan apa mahu cakap.
Kita harus memilih sesetengah hal
dan menolak hal yang lain.
Dan apa pun pilihan kita,
ada kesannya.
Jadi,
bagaimana kita dapat buat pilihan yang bijak?
Perumpamaan yang Yesus guna
dapat bantu kita.
Pada abad pertama,
tetamu yang dijemput untuk makan
akan duduk di kerusi panjang
yang disusun menjadi bentuk U
dan ada meja di tengah-tengah.
Orang Roma memanggil ruangan ini
sebagai triclinium,
yang bermaksud bilik yang ada tiga kerusi panjang.
Ini bukan sekadar tempat makan.
Di mana seseorang duduk menunjukkan
seberapa pentingnya dia
dalam masyarakat masa itu.
Contohnya,
satu tempat duduk dikhaskan untuk tetamu
yang berstatus rendah,
satu lagi tempat duduk untuk tetamu
yang diberi lebih penghormatan
dan akhir sekali tempat duduk
untuk tetamu yang paling dihormati.
Namun, di bahagian mana seseorang itu duduk
di setiap kerusi itu pun ada maksudnya.
Orang yang duduk di sebelah kiri anda
lebih penting daripada orang yang duduk
di sebelah kanan anda.
Contohnya,
tuan rumah biasa duduk di posisi
seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Jadi,
tetamu yang diberi lebih banyak penghormatan,
akan duduk di sebelah kiri tuan rumah,
seperti yang kita lihat dalam gambar.
Yang menariknya,
tetamu itu sendiri boleh memilih
di mana mereka mahu duduk,
tapi mereka perlu hati-hati.
Di Lukas 14:1,
kita lihat pada hari Sabat Yesus telah dijemput
untuk makan di rumah seorang Farisi
dengan mereka yang arif dalam Hukum.
Mereka semua memerhatikan Yesus dengan teliti.
Tapi,
siapa sebenarnya diperhatikan?
Mari lihat jawapannya di Lukas 14:7.
Ayat itu kata,
“Apabila Yesus melihat bahawa tetamu di situ
suka memilih tempat yang terbaik,
dia menceritakan satu perumpamaan kepada mereka.
Dia kata,
‘Semasa orang lain menjemput kamu ke jamuan perkahwinan,
janganlah duduk di tempat yang terbaik.’”
Mengapa?
Lihat kata-kata Yesus seterusnya.
“Barangkali seseorang yang lebih penting
daripada kamu juga dijemput
dan orang yang menjemput kamu berdua
akan datang dan berkata kepada kamu,
‘Biarlah dia yang duduk di tempat ini.’
Kemudian,
dengan malu kamu terpaksa duduk
di tempat yang paling rendah.”
Malunya!
Perhatikan,
tuan rumah tidak tentukan tempat duduk anda,
tapi dia hanya cakap
di mana anda tidak boleh duduk.
Jadi sekarang,
anda perlu pilih lagi.
Seperti lelaki dalam perumpamaan Yesus,
kali ini kita akan pilih tempat duduk
yang paling rendah
supaya kita tidak akan berasa malu lagi.
Kepada 54 pelajar
yang duduk di barisan hadapan,
anda telah buat banyak pilihan yang baik
dan kerana itu,
anda ada di sini hari ini.
Tetapi,
pada masa depan,
anda perlu buat lebih banyak keputusan.
Jadi,
bagaimana kita pastikan keputusan kita itu bijak?
Mari sambung baca perumpamaan Yesus
di Lukas bab 14,
di situ Yesus beritahu kita sifat
yang dapat bantu kita buat pilihan yang bijak.
Lukas 14:10.
Yesus kata,
“Apabila kamu dijemput,
pergilah duduk di tempat yang paling rendah.
Apabila orang yang jemput kamu itu datang,
dia akan kata,
‘Kawan, marilah ke tempat yang lebih baik.’
Pada masa itu,
kamu akan diberi penghormatan
di hadapan semua tetamu lain. . . .
kerana sesiapa yang meninggikan diri
akan direndahkan,
dan sesiapa yang merendahkan diri
akan ditinggikan.”
Jadi apakah sifat yang kita perlukan?
Kerendahan hati.
Kerendahan hati dapat bantu kita
buat pilihan yang bijak.
Hasilnya,
kita akan dihormati
dan tidak berasa malu.
Yehuwa telah beri kita kurniaan
kebebasan memilih
dan Dia ingin kita gunakan
kurniaan ini dengan cara yang betul.
Sebagai contoh,
jika anda terima tugasan baharu
dan dihantar ke negara lain,
semasa tiba di sana,
apa sikap anda?
Adakah anda akan bersikap rendah hati
seperti Yesus
yang menunggang keldai,
iaitu binatang yang dipandang rendah?
Atau bersikap seperti orang
yang menunggang kuda
yang gagah dan megah
untuk menarik perhatian orang lain?
Bagaimana pula jika anda dihantar kembali
ke negara asal anda
dan anda rasa saudara saudari di sana
tidak melayan anda dengan istimewa?
Adakah anda akan bersikap
seperti anak yang sesat
dalam perumpamaan Yesus yang satu lagi,
yang rendah hati
dan sudi buat apa sahaja tugasan?
Atau anda rasa anda sepatutnya
diberi tanggungjawab yang lebih besar
kerana anda sudah pergi ke Gilead?
Adakah anda gembira pilih tempat
yang lebih rendah
atau dalam hati anda,
anda mengharapkan
tempat yang lebih istimewa?
Ingat, pilihan di tangan anda.
Sememangnya,
kami sudah perhatikan kamu selama lima bulan,
kami sangat yakin
kamu akan buat pilihan yang betul.
Jadi,
teruslah guna
kuasa yang diberikan kepada anda
untuk membantu dan menyokong mereka
yang di bawah jagaan anda.
Pilihlah untuk selalu berbuat baik.
Dengan berbuat demikian,
anda sedang meniru Yesus
dan bantu orang mengubah hidup mereka.
Mari kita baca
jemputan Yesus yang menggalakkan
yang tercatat di Matius 11:28,
sila perhatikan kata-kata Yesus.
Dia kata,
“Marilah kepadaku,
hai kamu semua yang lelah
kerana memikul beban yang berat.”
Yesus menjemput semua orang
termasuk mereka yang dibebani masalah.
Dia tidak menghindari mereka
atau rasa mereka menyusahkan dia.
Sebaliknya,
di ayat 29,
Yesus kata,
“Pikullah kuk aku dan belajarlah daripadaku.”
Pada zaman itu,
kuk yang dipasang pada seekor haiwan
akan memikul seluruh beban.
Kuk yang dipasang pada dua ekor haiwan
akan kongsi beban itu.
Bagi anda, Yesus rujuk kuk yang mana?
Kita tahu jawapannya.
Sebenarnya,
Yesus sedang berkata,
“Pikullah kuk aku bersama aku.”
Para saudara,
apabila anda menjalankan tugasan anda nanti,
jangan hanya beri orang lain kerja
tapi bekerjasamalah dengan mereka.
Lihat apa yang Yesus kata seterusnya,
“Kerana aku lemah lembut dan rendah hati.”
Ya, itu bukan sekadar kata-kata Yesus,
tapi itu memang sifat dia.
Yesus kemudiannya kata,
“Maka jiwamu akan pulih segar.”
Para saudari,
bolehkah anda cari peluang untuk menyegarkan orang
semasa bekerja dengan mereka?
Kami yakin anda dapat melakukannya.
Kesimpulannya,
fikirkan lagi tentang Yesus.
Sekadar berada di sisi Yesus
dan berbual dengannya,
orang berasa dikasihi, dihargai, dan disegarkan.
Para lulusan Gilead,
anda juga boleh beri kesegaran yang sama
jika anda terapkan pengajaran
daripada bilik yang ada tiga kerusi panjang.
Yesus menggunakan perumpamaan ini
untuk mengajar para pengikutnya
tentang kerendahan hati.
Jika kita rendah hati,
orang lain suka berada di sisi kita.
Dan semasa membuat apa-apa keputusan,
ingatlah untuk bersikap rendah hati.
Hasilnya,
anda akan dihormati orang lain
di mana pun anda berada.
Jadi,
di mana anda akan duduk?
Ingatlah,
pilihan di tangan anda.