JW subtitle extractor

Siaran JW—Oktober 2026

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang ke Siaran JW.
Banyak antara kita buat pemeriksaan mata.
Tetapi adakah kita juga periksa penglihatan rohani kita?
Jika kita rasa penglihatan rohani kita kabur,
apakah yang kita boleh lakukan
untuk dapatkan semula fokus kita?
Sesetengah orang tetap fokus secara rohani
dengan menjadi pekhidmat ulang-alik Bethel.
Ketahuilah tentang tugasan mereka ini.
Kita juga akan belajar tentang sejarah penterjemahan Bible yang menarik.
Inilah Siaran JW.
Adakah penglihatan anda baik?
Jika anda guna cermin mata,
anda juga mungkin ada masalah penglihatan seperti saya.
Saya sendiri ada masalah rabun jauh.
Hal ini berlaku
apabila imej yang masuk ke dalam mata
tidak sampai ke retina.
Oleh itu,
objek yang jauh kelihatan kabur.
Ada yang ada rabun dekat.
Maksudnya imej cahaya jatuh di belakang retina.
Ini membuatkan seseorang
susah lihat objek yang dekat dengan jelas.
Sesetengah orang pula,
ada kedua-dua masalah penglihatan ini.
Namun, kanta yang sesuai
dapat membantu seseorang
untuk melihat dengan lebih baik.
Masalah mata yang lain seperti buta,
hanya boleh sembuh semasa di dunia baharu.
Tetapi,
ada satu lagi masalah penglihatan
yang lebih serius.
Yesus bincang hal ini
dalam Ceramah Di Atas Gunung.
Mari baca kata-katanya
di Matius 6:22, 23.
Cuba fikirkan,
apakah maksud kata-kata Yesus ini?
Yesus sedang menyamakan
mata sebagai pelita yang menerangi tempat yang gelap
agar seseorang boleh berjalan tanpa terjatuh.
Yesus juga sedang merujuk
kepada penglihatan secara kiasan,
iaitu cara kita memandang kehendak Yehuwa.
Yesus kemudiannya sebut dua hal
yang boleh berlaku kepada kita.
Dia kata,
Di sini, Yesus sedang membuat perbandingan.
Mata yang tertumpu
membuat hidup seseorang menjadi lebih baik,
dan mata yang jahat pula
membuat hidup seseorang susah.
Apa yang kita pilih untuk fokus,
dapat beri kita kesan baik atau buruk.
Jadi, kita ingin bertumpu kepada hal-hal rohani.
Maka tema kita kali ini ialah,
“Selalu Fokus untuk Lakukan Kehendak Tuhan.”
Apakah kehendak Tuhan bagi kita?
Dia ingin kita mengenali-Nya,
menghampiri-Nya,
mematuhi-Nya,
mengasihi-Nya dan menyembah-Nya dengan sepenuh hati.
Yesus ialah teladan yang baik.
Di Yohanes 6:38,
Yesus kata tujuannya
‘bukan untuk lakukan kehendak sendiri,
tetapi kehendak Yehuwa.’
Yesus fokus kepada satu hal,
iaitu kerja penyebaran.
Yesus guna masa dan tenaganya
demi Kerajaan Tuhan.
Yesus tidak cuba menjadi orang yang terkenal
atau mengejar kekayaan dunia.
Yesus juga ajar pengikutnya
untuk tetap fokus berkhidmat pada Yehuwa.
Dia kata,
hanya mereka yang ‘melakukan kehendak Bapanya’
akan masuk ke dalam Kerajaannya.
Kita semua juga harus lakukan hal yang sama,
selalu fokus untuk lakukan kehendak Tuhan,
utamakan Kerajaan-Nya,
dan menginjil dengan bersemangat.
Jika mata kita tertumpu,
kita akan berusaha hidup sederhana.
Kita tidak akan asyik memikirkan apa yang kita mahu
atau terus-menerus
mengejar tawaran dunia.
Jika kita fokus pada kehendak Yehuwa,
hubungan kita dengan-Nya akan jadi lebih baik.
Hidup kita sangat berbeza
dengan orang yang matanya jahat,
dan tidak fokus
pada apa yang penting.
Mereka hanya kejar kepentingan diri
dan tidak akan rasa puas.
Amsal 17:24 kata,
fikiran mereka “melayang sampai ke hujung bumi.”
Fikiran dan keinginan mereka melayang ke sini sana
dan tidak fokus di tempat yang betul.
Oleh kerana harta benda ialah fokus mereka,
mereka dalam kegelapan rohani.
Untuk lebih memahami perumpamaan Yesus,
cuba tengok lukisan ini.
Gambar ini dihasilkan oleh William Hill,
seorang pelukis
pada tahun 1915.
Lukisan ini menunjukkan
kepala dan bahu dua orang wanita,
yang satu muda dan yang satu lagi tua.
Anda dapat lihat?
Wanita muda sedang membelakangi anda.
Ini pipi kirinya,
telinga kirinya,
hidungnya,
bulu matanya,
rahang,
dan reben di lehernya.
Rambut dan kain penutup kepalanya,
di sini ialah bahunya.
Sekarang cuba cari wanita tua itu.
Dia sedang pandang ke sebelah kiri anda.
Ini ialah hidungnya,
mata kirinya,
mulutnya dan dagunya.
Ini rambut,
penutup kepala dan bahunya.
Anda tidak dapat lihat kedua-dua mereka
pada masa yang sama.
Apa yang kamu pilih untuk fokus,
itu yang akan kamu nampak.
Apa kaitannya dengan perbincangan kita?
Bagaimanakah anda memandang dunia Syaitan
dan dunia baharu yang dijanjikan Tuhan?
Syaitan mahu kita fikir
dunianya masih dapat menawarkan keseronokan,
ada potensi dan tahan lama.
Namun seperti wanita tua dalam lukisan ini,
dunia Syaitan akan berakhir
tidak lama lagi.
Sebaliknya,
dunia baharu seperti wanita muda dalam lukisan
yang bertenaga,
sihat,
dan kekal.
Pada masa itu,
keinginan semua makhluk hidup akan dipuaskan.
Kita perlu guna daya penilaian
untuk lihat perbezaan antara dunia Syaitan
dan dunia baharu,
seperti yang Yehuwa ajar melalui Firman-Nya
yang bagaikan kanta yang jelas.
Kita tidak dapat fokus kedua-duanya.
Seorang Kristian tidak dapat menyembah Yehuwa
dengan sepenuhnya
dan mengejar hal-hal di dunia
pada masa yang sama.
Rasul Yohanes ada pandangan Yehuwa terhadap dunia ini.
Mari kita baca kata-katanya di 1 Yohanes 2:15-17.
Dia beritahu kita dua hal yang kita tidak harus kasihi.
Fikirkan,
antara dua hal itu,
mana satu lebih mudah untuk kita tidak kasihi.
Antara “dunia ini” atau ‘perkara di dalamnya’
yang mana satu lebih senang untuk kita tidak kasihi?
Bukankah lebih mudah untuk tidak mengasihi dunia ini?
Kita ingin sekali dunia Syaitan
yang merangkumi agama palsu,
sistem politik,
dan perdagangan yang tamak
dimusnahkan buat selama-lamanya.
Ada banyak hal dalam dunia Syaitan
yang dapat menyimpang kita.
Ada yang nampak sangat menarik dan sangat menyeronokkan.
Antara perangkap yang Syaitan guna
untuk menyimpangkan manusia,
keinginan mata merupakan perangkap yang paling berkesan.
Syaitan guna cara ini terhadap Hawa.
Dia telah menggoda Hawa
hanya dengan sebiji buah.
Kita harus selalu memastikan hati kita tidak tersimpang
oleh hal di dunia.
Jika seorang Kristian berfokus
dan menginginkan perkara di dalam dunia,
hal itu akan membuatkannya susah
untuk melakukan kehendak Tuhan.
Sebaliknya,
kita bertumpu untuk memberi Yehuwa yang terbaik
dan mengasihi-Nya dengan sepenuh hati.
Sebagaimana penting untuk selalu memeriksa mata kita,
kita juga perlu selalu periksa mata kiasan kita
dari masa ke masa
untuk memastikannya dalam keadaan yang baik.
Bagaimana kita periksa mata kiasan kita?
Bible yang bagaikan carta ujian mata
dapat bantu kita untuk memeriksanya.
Terdapat senarai sifat-sifat
yang tercatat di 2 Petrus 1:5-7.
Mari bacanya.
Adakah kita menunjukkan sifat-sifat tadi
dalam hidup kita?
Mari lihat satu per satu.
Iman.
Kita perlu sifat yang penting ini
untuk memupuk sifat-sifat yang lain.
Kita perlu terus menguatkannya.
Dengan iman yang kuat,
kita akan percaya semua janji Yehuwa
dan kita yakin
bahawa semua janji-janji tersebut akan ditunaikan.
Kebaikan.
Ertinya ialah melakukan apa yang baik dalam mata Tuhan.
Ia membantu kita elak berbuat jahat
atau melukai orang lain
dan menggalakkan kita
untuk melakukan perkara baik terhadap orang lain.
Pengetahuan
dapat bantu kita tahu apa yang betul dan salah
terutamanya semasa hadapi cabaran
yang tidak pernah dilalui.
Melalui pembelajaran Bible yang mendalam,
kita dapat belajar kehendak Yehuwa
dan cara membuat keputusan yang bijak.
Kawalan diri.
Istilah ini membawa maksud menguasai diri sendiri.
Apabila kita mempunyai kawalan diri,
kita dapat mengawal fikiran kita,
kata-kata kita dan perbuatan kita
agar dapat mengikut standard Yehuwa.
Ketabahan
menunjukkan kita berani dan teguh
kerana kita bergantung pada kekuatan Yehuwa.
Kita juga tidak hilang harapan semasa menghadapi cabaran.
Kita dapat lihat Yehuwa sedang menguatkan kita
untuk melawan godaan
dan menghadapi penganiayaan dengan setia.
Pengabdian kepada Tuhan.
Ini bantu kita untuk menghormati Yehuwa,
berasa kagum terhadap-Nya,
dan menyokong kedaulatan-Nya.
Kita tergerak untuk perhatikan cara Yehuwa melayan umat-Nya,
dan hidup dalam cara yang mendapat perkenan-Nya,
kerana kita mengasihi-Nya.
Kasih terhadap saudara.
Sifat ini diperlukan untuk meniru Yehuwa.
Dengan ini,
kita tidak bertumpu dengan kelemahan saudara saudari,
layan mereka seperti ahli keluarga,
dan bersedia untuk membantu mereka.
Kasih terhadap semua orang.
Kita bukan hanya mengasihi saudara saudari kita.
Kita meniru sifat Yehuwa yang tidak berat sebelah
dengan mengongsi mesej Bible
dengan seramai orang yang mungkin.
Setelah periksa diri,
mari kita lihat keputusan pemeriksaan di dua ayat berikutnya.
Penglihatan rohani yang baik sangat bernilai.
Jika kita berusaha
untuk memupuk kesemua lapan sifat tadi
agar berlimpah dalam diri kita,
kita dapat elak daripada menjadi tidak aktif dalam ibadat kita.
Sebaliknya, kita akan gembira
kerana beri Yehuwa yang terbaik.
Tanpa sifat-sifat itu,
kita akan hilang iman
dan menjadi buta secara rohani.
Kita mungkin sedar
kita boleh tunjukkan sifat tadi dengan lebih baik.
Jadi, kita mungkin perlu ubah fokus kita kepada perkara yang betul.
Apakah caranya?
Mari kita bincang empat cadangan.
Jika anda ada masalah mata,
seorang doktor mungkin bagi anda ubat
dan menutup mata anda dengan sehelai kain
agar mata anda dapat rehat dan sembuh.
Pembacaan Bible harian
umpama meletakkan ubat
dan menjadikan kita sihat semula secara rohani.
Perenungan pula,
membantu kita faham
dan menerapkan apa yang kita baca.
Kita tidak akan lupa kehendak Yehuwa,
perbuatan-Nya dan juga harapan yang Dia janjikan.
Seorang pakar Bible bernama William Barclay kata,
“Bagi orang Kristian yang tulus,
mengkaji Firman Tuhan bukanlah beban,
tetapi nikmat,
kerana dia tahu dia akan menerima galakan dan kekuatan.”
Senaman mata menjadikan mata lebih baik.
Begitu juga,
kita perlu menerapkan prinsip Bible
dan merasai manfaatnya sendiri.
Kita juga boleh melatih iman kita dengan menginjil dengan bersemangat
dan memberi komen semasa perjumpaan Kristian.
Untuk sesetengah masalah mata,
doktor mungkin menggunakan laser untuk melakukan rawatan.
Dari segi rohani,
kuasa suci Tuhan adalah seperti laser yang berkuasa.
Kita dapat maju secara rohani
jika kita ikut bimbingan kuasa suci Tuhan
dalam fikiran dan tindakan kita.
Seorang doktor pakar mungkin akan mencadangkan pembedahan mata.
Para penatua mungkin juga akan menggunakan Firman Tuhan
yang lebih tajam daripada pisau bedah
untuk memberi kita nasihat yang terus terang.
Jika kita ikut nasihat itu,
kita akan meraih manfaat.
Apa yang kita sudah belajar?
Mata yang tertumpu boleh bantu kita lihat dengan jelas
kehendak Tuhan bagi kita,
Kerajaan-Nya,
dan juga dunia baharu yang dijanjikan.
Mata yang jahat mengaburi fokus kita
dan menjadikan dunia baharu seolah-olah tidak benar.
Seperti gambar tadi,
kita tidak dapat fokus kepada dua hal
pada masa yang sama.
Kasih kepada dunia sekarang
akan menjadikan kita hilang fokus
terhadap kehendak Tuhan.
Lambat laun,
kita mungkin tidak lagi peduli tentang kehendak-Nya.
Sedihnya, jika itu berlaku!
Oleh itu,
adalah sangat penting untuk kita semua
pastikan mata kita tertumpu untuk mengasihi Yehuwa
dan memberi-Nya
apa yang terbaik
buat selama-lamanya.
Mari kita lihat bagaimana satu pasangan
mendapatkan semula fokus mereka
dan menjadi lebih bahagia.
Sebelum kami berumur 25 tahun,
kami telah ada apartmen di pusat bandar Vienna.
Jadi, kami perlu bayar bank setiap bulan.
Apartmen itu sangat cantik.
Ya betul, memang cantik.
Memiliki sebuah apartmen memang pencapaian hebat.
Saya selalu mahu mencari duit,
sebab saya fikir
itu akan membuat Doris gembira.
Kami mula mengabaikan perjumpaan,
dan kami tiada rutin rohani yang baik.
Hal ini buatkan hubungan kami semakin renggang.
Seorang penatua yang prihatin melawat kami.
Penatua itu sangat jujur,
dan mengingatkan saya
bahawa saya ketua keluarga.
Sebagai ketua keluarga,
saya mesti membantu Doris
kekalkan hubungan kuat dengan Yehuwa dan . . .
Bukan bagi duit saja, kan?
Bukan duit saja.
Kata-kata itu buat saya fikir
saya mahu jadi ketua keluarga yang baik.
Saya benar-benar mahu Doris gembira,
dan dia akan gembira jika kami utamakan Yehuwa.
Kami banyak berbual.
Kami mula berdoa bersama-sama semula,
setiap hari.
Lama-kelamaan,
kami sedar bahawa kami perlu lepaskan
apartmen kami yang mahal itu.
Kami berdoa tentang hal itu, dan kata,
“Yehuwa, kami benar-benar ingin menjual apartmen ini.
Kami ingin bebas daripada beban ini.”
Kami berjaya menjual apartmen itu.
Jadi, kami tidak berhutang dengan bank lagi.
Konvensyen tahun 2014 banyak menggalakkan kami.
Utamakan Kerajaan Tuhan dan serahkan selebihnya kepada Yehuwa.
Itulah kali pertama kami terapkan
kata-kata itu pada diri sendiri.
Yehuwa bukan jaga keperluan orang lain saja,
tapi kami juga.
Kami terus berdoa kepada Yehuwa tentang niat kami.
Buat kali pertama,
saya teringin buat sesuatu untuk Kerajaan Tuhan.
Dan kami dapat buat.
Betul.
Beberapa bulan selepas konvensyen itu,
kami mula menjadi perintis sokongan.
Saya kerja dalam pembinaan,
dan susah untuk mencari kerja separuh masa.
Apabila saya mahu kurangkan masa bekerja,
saya benar-benar perlu uji Yehuwa,
kerana apabila saya kira semuanya, saya fikir,
‘Wah, duit saya tidak cukup!’
Saya doa kepada Yehuwa tentang kerisauan saya.
Saya minta Yehuwa beri saya keberanian
untuk jumpa dan tanya bos agar kurangkan masa bekerja.
Saya juga minta Yehuwa
agar kuatkan kepercayaan saya terhadap-Nya.
Kami sangat menikmati menjadi perintis sokongan.
Bagi tahun aktiviti penyebaran seterusnya, kami fikir,
‘Macam mana kalau merintis?’
Dan kami mula merancang.
Dan kami kata, “Mari kita merintis,”
dan kami sangat gembira.
Hidup kami jadi lebih baik.
Ya, jauh lebih baik.
Selepas itu,
kami buat keputusan untuk sederhanakan hidup kami.
Kami pindah ke apartmen yang lebih kecil.
Tapi kami ada semua yang kami perlu dan rasa sangat selesa.
Satu artikel Menara Pengawal memberi kesan kepada kami.
Tajuknya, “Bekerja Bersama Yehuwa Setiap Hari.”
Bahagian hujung artikel ada tanya,
“Adakah anda ingin menerima lebih banyak latihan
supaya dapat melaksanakan tugas suci anda dengan lebih mahir?
Jika ya, anda boleh memohon
untuk menghadiri Sekolah Latihan Penginjil.”
Kami rasa artikel itu untuk kami.
Jadi, kami pun memohon untuk SKE.
Dan kami dapat jemputan.
Kami betul-betul dijemput.
Kami teruja.
Ya.
Tidak senang dapat cuti dua bulan untuk menghadiri SKE.
Bos saya tidak setuju saya ambil cuti.
Jadi, saya berhenti kerja dan saya langsung tidak menyesal.
Saya akan buat lagi kalau ada.
Menghadiri SKE . . .
ialah kurniaan daripada Yehuwa yang pengasih.
Yehuwa nampak kebolehan kami.
Hal itu . . .
sangat hebat.
Kami ditugaskan dalam sidang yang penuh kasih.
Dan saya bersyukur dapat menikmati khidmat merintis
bersama isteri saya, Doris.
Yehuwa mengasihi kami
dan sentiasa menjaga keperluan kami.
Kami tidak ada banyak harta,
tapi rasa lebih bebas
kerana Yehuwa sentiasa menjaga keperluan kami.
Kami langsung tidak menyesal.
Sebenarnya, ada.
Apa?
Kita tidak buat banyak untuk Yehuwa lebih awal. 
Ya, betul.
Pasangan Satlauer mengikut bimbingan Yehuwa yang pengasih
dan hidup sederhana.
Hidup mereka kini lebih bahagia dan lebih bermakna.
Adakah anda rasa susah untuk sederhanakan hidup?
Jangan putus asa.
Buku Zakharia dapat menguatkan tekad anda.
Wah!
Betapa menariknya buku Zakharia.
Ya!
Saya tidak sabar kaji buku ini.
Sudah sedia?
Jom!
Saya masih ingat orang Yahudi masa itu hidup susah—
ada musuh dan tentangan politik.
Mereka rasa tawar hati.
Mereka juga diberi tugasan untuk bina semula Rumah Tuhan
dan tembok Yerusalem.
Perlu jaga keluarga lagi.
Pasti sangat penat.
Situasi mereka sama seperti hidup kita sekarang.
Ya. Jika difikirkan, tak mungkin mereka dapat hadapi semua ini.
Mereka tiada askar atau penguasa.
Mereka kumpulan kecil,
tapi masalah mereka sangat besar.
Sebab itulah Yehuwa utus Hagai dan Zakharia untuk kuatkan mereka.
Ya.
Hagai beri mesej yang jelas agar mereka dapat mulakan tugasan.
Kemudian,
Zakharia beri lebih galakan
untuk bantu mereka terus bertahan.
Buku ini banyak pengajaran.
Mari kita kaji sedikit demi sedikit.
Cadangan yang bagus!
Video pengenalan Zakharia ada isi-isi penting,
terutamanya nubuat Mesias.
Betul!
Saya suka guna “Rangka Kandungan” dalam Terjemahan Dunia Baharu.
Saya mula dengan
Bagus.
Apa yang kamu jumpa?
Saya jumpa rencana Menara Pengawal, Mac 2022:
“Adakah Anda Melihat Apa yang Dilihat oleh Zakharia?”
Kandungan dan gambar di dalam sangat membantu.
Oh, macam mana kamu jumpa?
Saya guna Penerangan Ayat Bible dalam Panduan Penyelidikan.
Itu cara yang bagus.
Rencana itu jelaskan
Hmm.
Fikirkan bagaimana gambaran ini telah galakkan orang Yahudi.
Mereka rasa penat dan tawar hati.
Tapi sekarang,
mereka diyakinkan Yehuwa akan terus bantu mereka.
Kemudian,
Yehuwa yakinkan mereka lagi di ayat 6 dan 7,
Menarik sekali.
Semua tentangan yang dihadapi orang Yahudi
digambarkan seperti gunung yang dapat diratakan.
Jadi,
empayar Persia,
penentang,
bahkan kerja diharamkan,
tidak dapat halang kerja Yehuwa.
Orang Yahudi perlukan Yehuwa,
bukannya tentera.
Mereka mungkin bayangkan
gunung yang besar itu diratakan di hadapan mereka.
Jelaslah,
mereka berjaya,
bukan kerana keadaan atau kebolehan sendiri,
tapi kerana kuasa suci Yehuwa.
Betul sekali.
Mesej ini telah kuatkan mereka.
Biarpun mereka ada banyak kesusahan,
mereka terus lakukan tugasan mereka.
Selepas empat tahun lebih,
Rumah Tuhan pun siap dibina.
Mereka dapat lihat kuasa suci Tuhan
dan bukannya usaha manusia yang membolehkan mereka
sambung kerja Yehuwa.
Bangsa-bangsa di sekeliling
perlu beri bantuan kebendaan
untuk sokong pemulihan Rumah Tuhan.
Yehuwa seperti ratakan gunung itu.
Jadi, apa yang kita belajar tentang Yehuwa?
Penglihatan Zakharia yakinkan saya dengan adanya kuasa suci Yehuwa,
tiada apa-apa yang mustahil.
Ya.
Yehuwa mahu kita ingat betapa hebat kuasa-Nya
semasa kita rasa penat,
tawar hati,
dan takut.
Nubuat Zakharia bantu kita buat begitu.
Saya mahu ingat itu semasa baca buku Zakharia:
cuba bayangkan apa yang berlaku.
Betul tu.
Apa pengajaran yang kamu dapat
dari rencana
“Adakah Anda Melihat Apa yang Dilihat oleh Zakharia?”
Ada kalanya,
saya rasa penat.
Banyak kita perlu buat
untuk sembah Yehuwa.
Ada lagi tanggungjawab keluarga,
cari makan,
jaga kesihatan,
dan tekanan daripada dunia Syaitan.
Ini buat saya rasa tidak berdaya.
Kadang-kadang, saya mahu ikut perjumpaan melalui Zoom saja.
Saya pun.
Tapi dengan bayangkan penglihatan Zakharia,
saya dapat bertahan kerana Yehuwa akan beri saya kekuatan
dari segi fizikal dan emosi.
Saya setuju.
Semasa saya rasa kurang semangat,
saya doa minta kuasa suci Yehuwa dan bertindak.
Saya pergi saja perjumpaan
atau menginjil biarpun saya tidak mahu lakukannya.
Saya yakin Yehuwa akan beri saya kekuatan.
Saya mahu ikut contoh Yehuwa untuk berusaha galakkan orang,
terutamanya mereka yang tawar hati dan takut.
Saya mahu yakinkan mereka Yehuwa ambil berat
dan ingin sekali kuatkan mereka.
Itu memang penting.
Lebih-lebih lagi semasa kita ditentang pada masa depan.
Saya mahu ingat:
Berjaya bukan kerana keadaan atau kebolehan sendiri,
tapi kerana kuasa suci Yehuwa.
Saya suka cara kita mendalami buku Zakharia—
Barulah kita dapat lebih banyak pengajaran.
Jadi, bolehkah kita kaji apa maksud ‘dua tongkat’ itu?
Boleh.
Saya mahu belajar lebih tentang nubuat Mesias
dan lihat kaitannya dengan tema Bible,
serta apa yang Zakharia buat
bantu kita tahu Yesus ialah Mesias.
Ada banyak lagi penglihatan lain.
Wah!
Banyak kita boleh bincang dalam penyembahan keluarga nanti,
dalam buku Zakharia.
Pelajaran yang sangat praktikal.
Kebolehan dan keadaan hidup tidak menjamin kejayaan.
Kita akan diberkati oleh Yehuwa jika kita mematuhi-Nya.
Sesetengah orang fokus berkhidmat kepada Yehuwa
dengan menjadi pekhidmat ulang-alik Bethel.
Mari kita ikuti hari mereka dalam episod
Sehari Bersama Pekhidmat Ulang-Alik Bethel.
Hai, nama saya Hye-in.
Saya bekerja sebagai pekhidmat ulang-alik
di cawangan Korea.
Oleh sebab saya bekerja sebagai pekhidmat sekali-sekala,
saya tidak kerja pada hari yang sama setiap minggu.
Sebaliknya, saya datang apabila diperlukan.
Biasanya, saya mengambil masa 45 minit hingga satu jam
untuk sampai ke Bethel bergantung keadaan trafik.
Walaupun begitu,
saya tidak rasa penat sebab saya suka memandu.
Setiap hari di Bethel bermula dengan penyembahan pagi.
Dalam penyembahan pagi baru-baru ini,
ada ceramah yang saya sangat suka
berdasarkan Yakobus 1:2-4.
Ceramah itu menggalakkan kami memandang cabaran
sebagai cikgu yang bantu kami menjadi matang.
Sudah tentu, semasa hadapi cabaran,
tidak selalu mudah untuk tanya diri,
‘Apa yang saya belajar daripada pengalaman ini?’
Tapi ceramah itu ajar kita bahawa
jika kita kita berdoa, baca Bible,
buat pembelajaran peribadi, dan perenungan,
kita akan tetap tabah dan gembira,
tidak kira apa cabaran yang kita hadapi.
Penyembahan pagi selalu menggalakkan.
Pastinya, ada saja yang saya dapat belajar.
Saya bekerja di Bahagian Pengangkutan.
Bahagian kami menyediakan pengangkutan
bagi pekhidmat khas sepenuh masa
yang melawat Bethel dari luar negara.
Saya selalu ingat tujuan saya bekerja di Bethel
adalah untuk menyokong kerja penyebaran.
Apabila saya berjumpa dengan pekhidmat khas sepenuh masa
yang melawat Bethel dari luar negara,
mereka selalu menunjukkan penghargaan yang mendalam.
Hal itu buat saya sedar,
‘Oh, kami telah melakukan sesuatu untuk bantu mereka.’
Saya sangat berpuas hati.
Oleh sebab perjalanan dari lapangan terbang ke Bethel
ambil masa satu setengah jam hingga dua jam,
kami ada masa berbual.
Biarpun kami baru jumpa,
rasanya kami sudah kenal lama.
Kami berbual seperti kawan lama
dan kongsi bagaimana Yehuwa menyokong kami
dan bantu kami bertabah hadapi cabaran.
Saat-saat seperti itu sangat berharga bagi saya.
Dulu, saya tidak berminat untuk bekerja di Bethel.
Saya sedikit ragu-ragu.
Tapi suatu hari, kawan rapat saya mengingatkan saya,
“Semasa berkhidmat kepada Yehuwa,
kita tidak sepatutnya memilih tugasan yang kita terima.”
Saya fikir, ‘Betul juga.’
Jadi saya buat keputusan untuk memohon saja
dan biar Yehuwa yang menentukannya.
Itulah sebabnya saya membuat permohonan
dan sampai sekarang,
saya gembira berkhidmat di Bethel.
Tapi pada mulanya,
susah bagi saya untuk ubah jadual kerja saya.
Saya risau saya tidak cukup duit untuk menampung hidup.
Tapi selepas saya mula kerja di Bethel,
kerisauan saya pun hilang.
Saya dapat menyesuaikan jadual kerja saya,
dan saya dapat kerja di Bethel.
Selain berkhidmat di Bethel dan kerja sekular,
buat seketika masa,
saya juga perlu menjaga keluarga saya.
Untuk tetap kuat secara rohani,
saya menetapkan hari tertentu
untuk pembelajaran peribadi setiap minggu.
Rutin rohani yang tetap sangat penting.
Semasa saya penat,
rutin sebegini menguatkan saya
untuk terus berkhidmat di Bethel
dan menyertai kerja penyebaran dengan bersemangat.
Ya, rutin rohani bagaikan oksigen bagi saya
dan membantu saya tetap rapat dengan Yehuwa.
Jadi, apa pun berlaku,
saya akan cari masa untuk aktiviti rohani.
“Lebih baik sehari di halaman Rumah-Mu
daripada seribu hari di tempat lain.”
Inilah ayat yang saya fikirkan pada waktu pagi
semasa saya ke Bethel.
Tidak kira apa tugasan yang diberikan,
saya mahu berkhidmat
kepada Yehuwa dengan gembira,
sukacita, dan penuh kesyukuran.
Pekhidmat ulang-alik Bethel memerlukan fokus
dan tenaga yang banyak.
Bagaimanakah Hye-in tetap seimbang dan bersukacita?
Secara tetap dia meluangkan masa
untuk melakukan pembelajaran Bible yang mendalam.
Pembelajaran Bible dapat memperbaiki penglihatan rohani kita
agar kita dapat lebih yakin terhadap masa depan kita.
Mari kita belajar contoh Daniel dalam penyembahan pagi berikut.
Kita akan bincang tajuk ini
“Kuatkanlah Keyakinan Anda terhadap Kasih Setia Yehuwa.”
Kenapa kita perlu lakukannya?
Hal ini mungkin disebabkan
pengalaman kita masa lalu,
cara kita dibesarkan,
atau kesilapan yang kita pernah buat.
Semua ini boleh buat kita rasa ragu-ragu
tentang kasih Yehuwa.
Mungkin kita sedang mengalami situasi yang susah sekarang
seperti memikul tanggungjawab dalam keluarga,
beban kerja yang terlalu berat, masalah kesihatan,
atau masalah lain yang membuat kita rasa
bahawa kita memerlukan bantuan dan kasih Yehuwa.
Kita tahu apa yang kita hadapi
pada masa depan akan menguji iman kita
dan kita mungkin tertanya-tanya sama ada kita boleh tetap setia
atau tidak.
Jadi, tidak kira apa yang kita alami masa lalu,
sekarang, atau pada masa depan,
kita perlu kuatkan keyakinan kita
terhadap kasih setia Yehuwa.
Satu cara untuk lakukannya ialah dengan fikir
apa yang ditulis Daniel di Daniel 9:4.
Sebahagian ayat ini disebut dalam komen ayat harian hari ini.
Mari kita baca Daniel 9:4.
Daniel kata,
“Aku berdoa kepada Yehuwa, Tuhanku
dan mengakui dosa bangsaku di hadapan-Nya.
Aku berkata,
‘Ya Yehuwa, Tuhan yang benar,
Engkau Tuhan yang agung dan dihormati,
Engkau menepati perjanjian-Mu
dan menunjukkan kasih setia kepada orang yang mengasihi-Mu
dan mematuhi hukum-Mu.’”
Ini sebahagian daripada doa Daniel.
Dia sebut tentang kasih setia Yehuwa.
Yehuwa menepati perjanjian-Nya
dan Dia tunjuk kasih setia kepada orang yang mengasihi
dan mematuhi hukum-Nya.
Jika kita kaji doa Daniel
dan tahu tentang apa yang berlaku pada masa itu,
kita dapat kuatkan keyakinan kita
bahawa Yehuwa akan tunjuk kasih setia-Nya kepada kita.
Mengapakah Daniel ucapkan doa itu?
Mari kita lihat Daniel 9:2.
Dia kata,
“Ya, pada tahun pertama pemerintahannya,
aku, Daniel, faham bahawa Yerusalem akan menjadi tempat terbiar
selama 70 tahun.
Aku mengetahui hal ini
setelah mengkaji kitab-kitab yang mengandungi firman Yehuwa
kepada Nabi Yeremia.”
Bila peristiwa ini berlaku?
Peristiwa ini berlaku pada 539 SM.
Yerusalem menjadi tempat terbiar selama 68 tahun.
Jadi, Daniel mengkaji “kitab-kitab.”
Nota kaki kata, “kitab-kitab suci.”
Daniel mungkin dapat baca tulisan Yeremia,
bahkan tulisan Musa,
Yesaya, Yehezkiel, Amos, dan Hosea juga.
Daniel pasti telah baca Yeremia 29:10.
Ayat itu kata,
“Inilah firman Yehuwa:
‘Selepas kamu berada di Babilon selama 70 tahun,
Aku akan menumpukan perhatian kepada kamu.
Aku akan menunaikan janji-Ku untuk membawa kamu pulang.’”
Daniel dapat lihat bagaimana peristiwa pada masa itu
selaras dengan nubuat Bible.
Dia tahu Kores, yang sedang memerintah
telah dinubuatkan untuk membebaskan orang Israel.
Daniel mungkin tidak tahu semua butiran
tetapi dia tahu peristiwa-peristiwa itu sudah dekat.
Dan itulah yang menggerakkannya mengucapkan doa itu
dan bertumpu pada kasih setia Yehuwa.
Doa Daniel adalah daripada ayat 4 hingga ayat 19.
Kata-kata Daniel dan isi doanya
menunjukkan bahawa kata-kata Yeremia
segar dalam ingatannya dan hatinya.
Satu bahan rujukan kata,
“Daniel mengucapkan doa ini
bukan berdasarkan satu atau dua ayat dalam buku Yeremia,
tetapi berdasarkan seluruh buku itu.”
Doa Daniel menunjukkan betapa bangsa Israel
memerlukan kasih setia Yehuwa.
Dia membandingkan kesetiaan dan belas kasihan Yehuwa
dengan orang Israel yang tidak setia
dan yang telah menolak firman Yehuwa.
Daniel juga menekankan
bahawa semua yang menimpa mereka
adalah seperti yang dinubuatkan oleh Yehuwa.
Mari lihat ayat 13.
Ayat itu kata,
“Semua malapetaka ini
telah menimpa kami seperti apa yang tertulis dalam Hukum Musa.”
Daniel tahu bahawa nubuat yang sama,
yang memberi amaran tentang akibat dosa orang Israel 
juga berjanji bahawa mereka akan pulang ke Israel.
Buku Imamat, Ulangan, Yesaya, dan Yeremia
mengandungi janji bahawa jika orang Israel bertaubat,
Yehuwa akan membawa mereka pulang ke tanah air mereka.
Perhatikan bagaimana doa ini berakhir di ayat 19.
Dia kata,
“Ya Yehuwa, dengarlah!
Ya Yehuwa, ampunilah kami!
Ya Yehuwa, perhatikanlah kami dan bertindaklah!
Demi nama-Mu, ya Tuhanku,
janganlah berlambat-lambat kerana kota ini
dipanggil dengan nama-Mu
dan umat ini menyandang nama-Mu.”
Jadi Daniel merayu demi nama Yehuwa.
Menariknya, dalam buku Daniel, nama Yehuwa muncul 19 kali.
Ia muncul 18 kali dalam bab 9
dan 14 daripadanya adalah dalam doa Daniel.
Tapi, mengapa Daniel berdoa dan merayu demi nama Yehuwa?
Yehuwa telah berjanji untuk membebaskan orang Israel.
Daniel tahu bahawa jika Yehuwa tidak bertindak
dan menepati janji-Nya,
nama Yehuwa akan dicela dan reputasi-Nya akan terjejas.
Daniel tahu bahawa untuk memahami siapa Yehuwa sebenarnya
dan maksud nama-Nya,
dia perlu mengakui Yehuwa
adalah Tuhan yang penuh kasih setia.
Apabila Yehuwa bertindak demi umat-Nya,
Dia juga menyucikan nama-Nya.
Jadi, apakah pengajaran yang kita dapat
daripada doa Daniel
yang dapat menguatkan keyakinan kita
bahawa Yehuwa akan menunjukkan kasih setia-Nya terhadap kita?
Pertama, Yehuwa tidak akan mengabaikan umat-Nya.
Akibat buruk yang dialami orang Israel
adalah seperti yang dinubuatkan oleh Yehuwa.
Tapi mereka boleh yakin jika mereka bertaubat,
semua hal baik yang Yehuwa janjikan kepada mereka
pasti akan berlaku dan itulah yang berlaku.
Hal ini menggalakkan kita.
Ada kalanya kita juga buat silap.
Tapi jika kita ubah haluan kita,
Yehuwa akan bantu kita.
Sama seperti Yehuwa bersama Daniel dan orang Israel,
Yehuwa juga akan bersama kita.
Dia tidak akan mengabaikan kita.
Pengajaran kedua ialah mengkaji nubuat Bible
dapat menguatkan keyakinan kita terhadap kasih setia Yehuwa.
Daniel membuktikan hal ini.
Pembelajaran peribadi Daniel membuat dia yakin
bahawa Yehuwa akan bertindak.
Begitu juga dengan kita, jika kita mengkaji nubuat Bible.
Satu artikel di Menara Pengawal Ogos 2023
yang bertajuk
“Belajarlah daripada Nubuat Bible” kata,
“Setelah mengkaji bagaimana nubuat-nubuat Bible menjadi kenyataan, 
kita dapat memiliki keyakinan yang sepenuhnya
terhadap Yehuwa dan bimbingan-Nya.
Selain itu,
kita dapat bersikap positif,
tidak kira apa masalah yang sedang kita hadapi.”
Pengajaran yang ketiga ialah
kasih setia berkait rapat dengan nama Yehuwa.
Daniel yakin tentang hal itu, kita juga begitu.
Menunjukkan kasih setia kepada kita
adalah sebahagian daripada keperibadian Yehuwa.
Yehuwa akan bertindak demi nama-Nya
dan ini memberi kita keyakinan yang sepenuhnya
bahawa Yehuwa akan menepati janji-Nya untuk menjaga kita.
Pengajaran keempat ialah
Yehuwa menyingkapkan perkara tepat pada waktunya.
Daniel dapat kaitkan peristiwa yang sedang berlaku
dengan nubuat Bible.
Yehuwa memberi dia maklumat yang dia perlu
pada masa yang sesuai.
Yehuwa juga buat hal yang sama untuk umat-Nya hari ini.
Kita diberi pemahaman yang lebih jelas
tentang nubuat-nubuat Bible,
termasuk tentang kesengsaraan besar.
Ini membuktikan bahawa Yehuwa sedang membimbing kita sekarang.
Jadi, merenungkan doa Daniel
dapat menguatkan keyakinan kita terhadap kasih setia Yehuwa.
Kita boleh yakin
bahawa tidak kira apa yang kita alami dulu,
sekarang, dan pada masa depan,
Yehuwa akan menunjukkan kasih setia-Nya
terhadap kita.
Betapa banyak pengajaran dalam ayat-ayat tadi.
Saya suka poin kita boleh kekalkan pandangan positif
terhadap masa depan dengan mengkaji janji Yehuwa.
Pada masa depan,
kita akan menyambut jutaan orang yang telah dibangkitkan.
Adakah anda menantikan
untuk memeluk seseorang yang anda kasihi?
Bayangkanlah orang itu
seraya anda menonton video muzik bulan ini,
Hidup Semula.
Ku tau memang sukar
Bila yang kau sayangi pergi.
Tangisan mengubat duka,
Ingatlah engkau tak sendirian.
Masanya ’kan tiba, kita ’kan riang,
Bila yang t’lah mati mendengar suara Kristus.
Kau menantikan yang semua nantikan,
Saatnya m’reka yang t’lah pergi ’kan hidup semula.
Tiap hari sukar ditempuh,
Bila sedar m’reka tiada lagi.
Luah pada Yehuwa,
Dia pasti berimu kuasa-Nya.
Masanya ’kan tiba, kita ’kan riang,
Bila yang t’lah mati mendengar suara Kristus.
Kau menantikan yang semua nantikan,
Saatnya m’reka yang t’lah pergi ’kan hidup semula.
’Kan tiba saatnya kau ’kan lihat
Wajah yang kau kenal itu, sendu duka tiada lagi.
Kau dakap m’reka, seakan tidak percaya.
Janji ini bukan mimpi, pasti jadi realiti!
Ya, masanya ’kan tiba, kita ’kan riang,
Bila yang t’lah mati mendengar suara Kristus.
Kau menantikan yang semua nantikan,
Saatnya m’reka yang t’lah pergi . . .
’Kan hidup semula.
’Kan hidup semula.
Yehuwa tahu kita sangat rindu
dengan orang yang kita kasihi,
dan Dia juga berasa begitu.
Bible kata,
“Mereka semua masih hidup dalam pandangan-Nya.”
Iman kita dikuatkan apabila kita membaca janji Yehuwa
dalam bahasa ibunda kita.
Apakah yang telah dilakukan agar Bible tepat
dan dapat dibaca dalam sebanyak bahasa yang mungkin?
Semasa Kitab Yunani Terjemahan Dunia Baharu
dikeluarkan pada tahun 1950,
Saudara Nathan H. Knorr menjelaskan tujuannya.
Dewasa ini, umat Tuhan sangat memerlukan
terjemahan Bible yang mudah dibaca dan difahami
sama seperti tulisan asal pengikut Kristus
pada zaman mereka.
Secara bertahap, lebih banyak jilid dikeluarkan sehingga
Terjemahan Dunia Baharu bahasa Inggeris
yang lengkap dikeluarkan pada 1961.
Akhirnya kita ada Bible yang tepat, mudah difahami,
dan yang memuliakan nama Yehuwa.
Pada masa itu, para saudara sudah mula
menterjemahkan Bible dalam enam lagi bahasa.
Menjelang 1963,
enam Kitab Yunani Kristian itu
telah siap diterjemahkan.
Tapi proses penterjemahan Bible sangat lambat.
Sesetengah bahasa ambil masa lebih 20 tahun untuk siap.
Kira-kira 30 tahun selepas edisi bahasa Inggeris
yang lengkap dikeluarkan,
Terjemahan Dunia Baharu hanya tersedia dalam 12 bahasa.
Untuk mempercepatkan penterjemahan Bible,
pada 1989,
Badan Pimpinan menubuhkan
Bahagian Khidmat Penterjemahan di ibu pejabat.
Tujuan Bahagian Khidmat Penterjemahan adalah
untuk menyokong penterjemahan Bible dan bahan bacaan,
melatih para penterjemah,
dan menjawab soalan para penterjemah di serata dunia.
Biasanya mereka ada banyak soalan tentang cara
menterjemah bahan bacaan Bible dengan tepat.
Bagaimana Bahagian Khidmat Penterjemahan
mempersiapkan kumpulan penterjemah
untuk menterjemahkan Bible?
Mula-mula,
bahagian ini ajar mereka prinsip penterjemahan.
Hal ini termasuk maklumat tentang simpulan bahasa,
maksud ayat-ayat Bible,
dan cara menterjemahkan
gambaran dalam Bible.
Bagi sesetengah ayat Bible,
para penterjemah perlukan gambar
untuk bayangkan apa yang mereka akan terjemahkan.
Para penterjemah harus memilih
ungkapan yang membawa maksud yang sama
dengan teks asal.
Jika ada soalan,
mereka boleh menghantarnya
kepada Bahagian Khidmat Penterjemahan.
Jawapan untuk soalan itu
dikumpulkan dalam sebuah program komputer
yang setakat ini mengandungi 140,000 soalan
penterjemahan Bible.
Semua soalan itu
dapat bantu para penterjemah memperbaiki
dan mempercepatkan terjemahan mereka.
Saudara Albert Schroeder pernah ditanya,
“Terjemahan Dunia Baharu akan diterjemahkan
ke dalam berapa banyak bahasa?”
Dia menjawab,
“Dalam setiap bahasa yang menterjemahkan Menara Pengawal.”
Dia sedar terjemahan Bible yang tepat
memudahkan orang belajar kebenaran Bible.
Menjelang 1995,
para saudara sedar pentingnya untuk ada
terjemahan Bible yang tepat
dalam lebih banyak bahasa.
Mereka yang tiada Terjemahan Dunia Baharu
dalam bahasa mereka
perlu guna terjemahan Bible lain.
Sesetengah sidang yang besar
perlu kongsi satu atau dua Bible saja.
Banyak terjemahan tidak tepat
atau menyokong ajaran palsu.
Sesetengah terjemahan mereka bahkan
menggantikan nama Yehuwa dengan nama dewa mereka.
Selepas para penterjemah dilatih
dan ada alat yang diperlukan,
pada 2004, Badan Pimpinan beri arahan
untuk menterjemahkan Bible dalam lebih banyak bahasa.
Mereka yang ada pengalaman menterjemahkan Menara Pengawal
diberi tugas untuk menterjemahkan Bible.
Nampaknya harapan Saudara Schroeder akan jadi kenyataan,
tapi ada banyak kerja yang perlu dilakukan.
Seraya masa berlalu, bahasa pun berubah.
Jadi, dari masa ke masa,
terjemahan Bible harus dikemaskini
agar maksud teks asal masih jelas.
Sekarang, hampir 700 saudara dan saudari
bekerja sepenuh masa untuk menterjemahkan Bible.
Walaupun kita dapat muat turun Bible
dalam beberapa saat saja,
secara purata kerja penterjemahan
mengambil masa lima hingga tujuh tahun.
Dengan berkat Yehuwa,
kita ada terjemahan Bible yang memuliakan nama-Nya,
tepat, dan mudah difahami
dalam lebih daripada 325 bahasa.
Bahasa yang dituturkan oleh sedikit orang pun,
juga ada Terjemahan Dunia Baharu.
Orang yang berhati jujur yang menerima Bible
berasa gembira, bersemangat, dan sukacita.
Semasa Bible diterjemahkan ke dalam
bahasa yang dituturkan oleh
“setiap bangsa, suku, bahasa, dan kaum”
berita baik dapat disebarkan di serata dunia.
Hal terpenting bagi kita
adalah biarkan mesej Bible capai hati kita
dan mendorong kita kongsi mesej penyelamatan
kepada seramai orang yang mungkin.
Adakah anda terasa ingin menari
bersama saudara saudari itu?
Memang gembira kita dapat terima Terjemahan Dunia Baharu
dalam bahasa ibunda kita.
Apakah yang sudah kita belajar?
Dengan bimbingan Firman Tuhan,
kita boleh tetap bertumpu kepada hal rohani.
Biarpun perlu membuat pengorbanan,
kita dapat lebih gembira bila kita sederhanakan hidup
dan memperluaskan khidmat kita.
Jika anda tinggal berdekatan dengan Bethel,
bolehkah anda cuba luaskan khidmat
sebagai pekhidmat ulang-alik Bethel?
Buku Zakharia bantu kita untuk bayangkan kuasa Yehuwa
dan meniru-Nya seraya kita menggalakkan orang lain.
Dan kita juga menikmati satu lagu asal.
Adakah anda juga tersentuh semasa mendengarnya?
Alangkah gembiranya apabila kita menyambut semula
orang yang kita kasihi
yang sedang tidur dalam kematian.
Poskad bulan ini datang dari Luxembourg.
Mari kita lawat saudara saudari di sana.
Luxembourg ialah negara yang kecil
yang terletak di Eropah.
Namanya berasal daripada perkataan yang bermaksud
“kubu yang kecil.”
Nama ini sesuai
kerana negara ini
ada lebih daripada 70 buah istana.
Gambar menunjukkan
Istana Bourscheid yang ada 11 menara
dan terletak di atas bukit
berdekatan dengan Sungai Sûre.
Tidak jauh dari situ,
ada Istana Vianden
yang dibina di atas tapak sebuah bangunan
yang dibuat oleh orang Rom
lebih daripada 1,700 tahun dahulu.
Sepertimana istana ini masih berdiri kukuh
selepas ratusan tahun,
saudara saudari tempatan
juga tetap setia
biarpun mengalami pelbagai cubaan.
Contohnya,
semasa ditentang kuat oleh pihak gereja,
Eugene Reuter telah membuka rumahnya bagi saudara saudari.
Pada 1933,
rumahnya menjadi tempat pertama
di negara itu untuk menyimpan dan mengedar bahan bacaan Bible.
Pada pintu depan rumahnya,
terdapat tanda Pertubuhan Watchtower.
Ini menunjukkan dia sangat berani dan beriman.
Pada 1940,
semasa Luxembourg dikuasai tentera Jerman,
Rosalie Fonck ditahan
kerana bahan bacaan ditemui di rumahnya.
Dia disuruh untuk mendedahkan nama rakan seiman dan ketuanya.
Tapi dia menjawab,
“Ketua saya ialah Tuhan Yehuwa.”
Sekitar masa yang sama,
Victor Bruch telah dipenjarakan kerana enggan menyertai perang.
Dia telah dihantar ke kem konsentrasi Buchenwald.
Di kem itu,
saudara kita dipaksa untuk berdiri selama berjam-jam,
kerja pada waktu malam,
dan berkawad dengan kasut kayu yang berat.
Tapi mereka terus menguatkan satu sama lain.
Selepas Victor dipindahkan ke Auschwitz,
dia tetap setia
dan terus mengongsi harapan dalam Bible kepada orang lain.
Hari ini, saudara saudari di Luxembourg
juga beriman dan mengasihi kebenaran.
Lebih 2,000 penyiar mengongsi berita baik
dalam 10 bahasa yang berbeza.
Saudara saudari tempatan suka bergaul
sambil menikmati hidangan yang enak seperti
sup kacang hijau,
leher daging babi yang disalai, dan kekacang.
Mereka juga suka bernyanyi kepada Yehuwa bersama-sama.
Mari dengar
nyanyian 84 saudara saudari
dari Sidang Allemand.
Saudara saudari di Luxembourg
ingin sampaikan salam kasih Kristian mereka kepada anda.
Kami juga sama.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.