JW subtitle extractor

Menghasilkan Rakaman Audio untuk Bible

Video Other languages Share text Share link Show times

“Hendaklah engkau sentiasa bercakap
tentang kitab yang mengandungi Hukum itu.
Bacalah dan renungkannya siang dan malam,
supaya engkau mematuhi semua yang tertulis
dalamnya dengan sungguh-sungguh.
Dengan demikian, engkau akan berjaya
dan bertindak dengan bijak.”
Selain daripada Bible bercetak dan digital
yang boleh dibaca,
ramai orang juga menikmati rakaman audio
Terjemahan Dunia Baharu.
Bagaimanakah rakaman audio Bible dihasilkan?
Semasa Badan Pimpinan ingin menghasilkan
rakaman audio Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan,
kami sedar ini ialah projek yang sangat besar.
Selain daripada pengulas,
kami juga perlu suara yang berbeza
untuk watak-watak lain.
Ini bukan pembacaan dramatik, tapi pembacaan
yang dapat menghidupkan kisah Bible.
Tiada muzik, tiada kesan bunyi, hanya suara.
Kami terkejut bila kami tahu bahawa Bible ada
banyak sekali watak.
Kami tidak sangka betapa besarnya projek ini.
Projek ini tidak mudah
dan perlukan banyak usaha.
Salah satu hal yang paling penting ialah
membuat penyelidikan yang teliti.
Kami perlu cari maklumat yang tepat
kerana semua kisah Bible ini ialah
kisah benar tentang kehidupan orang.
Kami perlu menentukan siapa watak Bible itu.
Kami juga memberikan gelaran yang sesuai
kepada watak-watak Bible yang namanya tidak diketahui.
Kami beri gelaran menurut konteks,
seperti “orang Yahudi ketiga”
atau “pertama antara orang ramai.”
Kami bekerja di sebuah bilik yang tidak terlalu besar.
Di sana, kami senaraikan semua watak dalam
buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes.
Kami mula dari buku Matius
dan kami harus bandingkan kisah yang serupa
daripada buku-buku yang lain.
Kami harus guna suara yang sama
untuk satu watak Bible dalam buku-buku lain juga.
Contohnya, di Matius bab 21, murid-murid Yesus kata
pokok ara itu telah layu.
Siapakah murid-murid Yesus yang dimaksudkan?
Adakah mereka semua mengatakannya
pada masa yang sama?
Catatan di buku Markus memberitahu kita
Petruslah yang berkata, “Pokok ara itu sudah pun layu.”
Bahagian Seni mencetak peta dan carta
dari bahagian lampiran dalam saiz yang
lebih besar untuk kami.
Kami menggunakannya untuk menentukan
siapa yang bercakap
dan di mana mereka berada.
Kami mengumpulkan semua butiran mereka,
seperti umur, asal usul, dan keperibadian
setiap watak daripada kata-kata mereka.
Apabila Bible kata bahawa Yehuwa sedang bercakap,
adakah Yehuwa sendiri yang bercakap?
Kami dapat pastikan bahawa Yehuwa bercakap
sekurang-kurangnya tiga kali,
iaitu semasa Yesus berada di bumi.
Kami mengumpulkan semua penyelidikan kami
dan menghantarnya ke Bahagian Penulisan.
Kami dapat cari banyak maklumat
di sebuah perpustakaan yang besar di Bethel.
Dengan membuat penyelidikan yang teliti,
kami dapat pastikan semuanya adalah berdasarkan Bible.
Itulah tanggungjawab kami sebagai umat Yehuwa.
Kami tidak mahu buat kesimpulan yang salah
tentang kisah Bible
sehingga maksudnya pun lari.
Projek ini perlukan banyak suara.
Walaupun Paterson ada studio audio video,
kami sedar bahawa menggunakan pembaca
di sana sahaja tidak mencukupi.
Kami ingin cari tempat rakaman yang sesuai
yang berdekatan dengan Badan Pimpinan.
Bandar Raya New York sangat bising.
Tapi akhirnya, kami jumpa sebuah bilik bawah tanah
yang senyap dalam bangunan di 25, Colombia Heights.
Ya. Di sinilah studio kami. Di bawah tanah.
Mula-mula, kami cari di Bethel.
Kami kumpulkan rakaman uji bakat di Bahagian Audio Video.
Banyak uji bakat telah diadakan.
Kami uji bakat satu saudara dari Afrika melalui Internet.
Saya perhatikan cara saudara itu membaca.
Selepas mengiranya, kami dapati bahawa
terdapat kira-kira 1,000 watak dalam seluruh Bible.
Ini bermaksud kami harus cari 1,000 pembaca.
Kami menghadiri latihan dan kami diajar
setiap aspek pembacaan yang baik.
Latihan ini mengingatkan kami tentang
apa yang patut dan tidak patut kami lakukan
semasa pembacaan.
Sekarang, saya lebih yakin untuk melakukan
tugasan ini.
Ada watak yang bahagiannya pendek.
Ada sesetengah petikan Bible yang perlu dibaca
yang sangat pendek.
Walaupun pembaca itu perlu merakam
satu ayat sahaja, hal itu tidaklah begitu mudah
dan perlukan banyak latihan.
Apabila saya dijemput untuk menyertai
rakaman pembacaan Bible ini, saya sangat gembira.
Bila saya tahu hanya ada satu ayat saja
yang saya perlu rakam,
saya fikir itu sangat senang.
Tapi selepas menghadiri latihan pembacaan Bible,
saya sedar ada banyak lagi yang saya perlu buat.
Kami minta pembaca buat penyelidikan.
Walaupun hanya satu ayat,
dia perlu kaji watak itu dengan menyeluruh.
Saya baca seluruh bab itu
dan kaji watak itu dalam buku “Pemahaman.”
Saya sedar ini bukan hanya sekadar membaca satu ayat saja.
Kami akan sediakan skrip yang sesuai
untuk digunakan oleh para pembaca.
Tanda pada perkataan digunakan untuk
menunjukkan cara untuk baca.
Saya akan baca “Sulomo.” Siapa dia?
Tapi akhirnya saya belajar untuk sebut Salomo.
Para saudara sangat teliti dan memastikan
sebutan kami betul sepanjang pembacaan.
Hasilnya, pembacaan Bible adalah konsisten
dan tepat.
Setiap pagi, kami sediakan studio untuk sesi rakaman.
Kami sediakan semua alat,
dan pastikan ada air panas dan sejuk untuk pembaca.
Seminar pembacaan tonjolkan pentingnya
untuk minum cukup air.
Kami boleh campur cuka atau madu.
Lemon pun boleh.
Apabila pembaca sampai di studio,
kami akan bincang dengan mereka tentang
watak tersebut dan konteks petikan Bible itu.
Memang mereka telah buat penyelidikan
dan latihan.
Tapi kami ingin bantu mereka bayangkan
perasaan watak itu.
Kami juga pastikan saudara saudari
rasa relaks dan selesa untuk buat rakaman itu.
Biasanya di studio ada tiga orang
yang ikut rakaman itu.
Seseorang akan pastikan skrip dibaca dengan tepat,
dan tiada perkataan yang tertinggal
atau ditambahkan.
Jururakam akan mengenal pasti bunyi
yang mungkin mengganggu pendengar,
seperti bunyi perut, geseran pakaian, atau suspenders.
Pelatih pastikan ajaran disampaikan dengan baik.
Pelatih akan membantu pembaca untuk menunjukkan
emosi yang betul.
Dia mungkin meminta pembaca
membaca ayat sekali lagi sambil tersenyum,
dan hasilnya kedengaran lebih baik.
Pembaca dapat meluahkan kata-kata
dan perasaan yang sesuai
dan bukan hanya meniru gaya pelatih.
Biasanya kami akan minta pembaca untuk mula
dengan satu jenis perasaan, contohnya sedih,
lalu dia akan tambahkan
perasaan-perasaan yang lain.
Hasilnya, dia akan baca dengan emosi yang betul.
Sebelum ini, saya tidak tahu ada begitu banyak
cara untuk baca satu ayat.
Saya fikir saya tahu cara watak akan menyebutkannya.
Tapi kemudian, pelatih bagi cadangan yang lebih baik.
Watak-watak Bible ada pelbagai keperibadian.
Bible juga ada banyak watak yang jahat.
Semasa saya terima tugasan ini
dan tahu apa yang akan saya baca,
saya betul-betul terkejut dan berfikir panjang.
Di Bethel, kami biasanya guna kata-kata yang membina.
Tapi sekarang, saya kena jadi watak
yang tidak menghormati Yehuwa.
Hal ini sangat mencabar bagi saya.
Semua saudara ini sangat matang secara rohani
dan mereka telah memupuk keperibadian baharu
selama bertahun-tahun.
Saya harus menjiwai watak yang jahat itu,
barulah saya dapat meluahkan perasaan yang betul.
Kadangkala semasa melakukan pembacaan,
saya terlebih emosi dan pelatih akan
minta saya untuk lebih bertenang.
Saya pun cuba ikut nasihat itu.
Tapi, saya juga cuba jadi watak
yang jahat itu sebaik mungkin.
Proses menyunting bermula semasa rakaman dibuat.
Kami akan memilih rakaman yang terbaik
bagi setiap ayat dalam bab itu.
Pelatih dan pembaca juga akan lihat
jika rakaman itu bagus atau tidak.
Kami guna perisian komputer yang canggih
untuk menyunting rakaman.
Kami juga akan gabungkan rakaman bagi
semua watak dalam bab itu.
Rakaman tidak dibuat secara berkumpulan,
tapi setiap watak dirakam secara berasingan.
Kemudian, setiap rakaman akan disunting
dan digabungkan menjadi satu bab.
Selepas penyuntingan dibuat, kami dapat lihat
kebenaran Bible menjadi semakin jelas,
dan rakaman itu menghidupkan kisah-kisah Bible.
Ya, kami yakin bahawa hal ini pasti
menyentuh hati mereka yang mendengar
rakaman audio Bible.
Sering kali saya dengar komen ini:
“Rakaman audio ini telah menghidupkan kisah Bible
dalam hati dan minda saya."
Melalui rakaman audio Bible,
kita dapat membuat perenungan
yang mendalam tentang Firman Tuhan.
Setiap watak ada suara yang berbeza,
dan kita dapat bayangkan perasaan mereka
serta menyentuh hati kita.
Saya rasa pembacaan Bible akan jadi lebih menarik.
Sekarang, kita dapat menyelami perasaan
setiap watak dalam Bible.
Semua orang pasti menikmatinya.