JW subtitle extractor

Betty Georges: Ketaatan Selalu Membawa Kejayaan (1 Raj. 2:3)

Video Other languages Share text Share link Show times

Mari kita bincang apa yang berlaku
semasa kata-kata ayat harian ini ditulis.
Ini bantu kita lihat
kebenaran penting yang boleh kita ikut.
Mula-mula,
kita baca 1 Raja-Raja 2:1
untuk lihat
apa yang berlaku pada masa itu.
“Apabila Daud hampir meninggal,
dia memberikan arahan-arahan berikut
kepada anaknya Salomo.”
Di ayat 2,
kita baca apa yang Daud katakan kepada anaknya
sebelum meninggal.
Ini juga
ayat harian kita.
“Kamu mesti kuat dan berani.”
Sila perhatikan
satu kebenaran penting
di ayat 3.
Di sini Daud kata,
‘Hendaklah kamu taat kepada Yehuwa, Tuhanmu,
dengan hidup menurut haluan-Nya
dan mendengarkan perintah-Nya.’
Kalau kita nak rumuskan apa yang Daud katakan
dalam satu perkataan,
apakah dia?
Ketaatan.
Jadi,
jika Salomo taat,
apakah hasilnya?
Perhatikan bahagian akhir di ayat 3.
Daud menyambung,
“Dengan demikian,
kamu akan berjaya dalam segala usahamu,
tidak kira di mana kamu berada.”
Memang betul.
Jadi inilah prinsip utama ceramah ini:
Ketaatan
selalu membawa kejayaan.
Itulah pengalaman Salomo.
Selagi dia taat kepada Yehuwa, dia berjaya.
Sekarang,
kita akan bincang bagaimana Daniel juga hidup
menurut prinsip ini
dan berjaya dalam hidupnya.
Mari kita buka Bible ke Daniel bab 1.
Sini, kita akan baca tentang kisah Daniel
semasa dia ditawan di kota Babilon.
Kita juga akan lihat
bagaimana tindakan Daniel
dicontohi oleh Jawatankuasa Perhubungan Hospital
atau HLC
di seluruh dunia.
Jadi mari lihat prinsip ini
di Daniel bab 1.
Di ayat 8,
perhatikan Daniel telah mempersiapkan hati
untuk taat kepada Yehuwa.
Ayat 8 kata,
“Tetapi
Daniel bertekad dalam hatinya
untuk tidak mencemari dirinya
dengan makanan dan wain raja.”
Mengapa dia tidak mahu makan hidangan raja?
Mungkin darah daripada daging yang dihidangkan
tidak dicurahkan dengan betul.
Daniel mahu taat kepada hukum Tuhan tentang darah.
Begitu juga dengan kita.
Kita taat sepenuhnya hukum Yehuwa tentang darah.
Bagi Daniel,
dia sedar dia memerlukan bantuan untuk tetap taat.
Jadi apa dia buat?
Ayat itu sambung,
“Dia meminta kebenaran ketua pegawai istana
agar dia tidak diberi makanan dan minuman itu.”
Sama juga hari ini.
Untuk taat kepada hukum Tuhan tentang darah,
kita memerlukan bantuan para doktor yang mahir
dan rela menghormati pendirian kita tentang darah.
“[Daniel] meminta kebenaran ketua pegawai istana.”
Adakah satu kali saja?
Menariknya,
ayat ini juga boleh diterjemahkan sebagai
“Dia terus meminta kebenaran.”
Hari ini,
oleh sebab HLC bekerja keras membina
dan mengekalkan hubungan yang baik dengan para doktor,
banyak hasil baik telah diperoleh.
Hal yang sama telah berlaku kepada Daniel.
Perhatikan ayat 9 kata,
“Tuhan yang benar
menyebabkan
ketua pegawai istana itu
menunjukkan belas kasihan dan kebaikan hati kepada Daniel.”
Daniel telah berjaya.
Begitu juga dengan HLC.
Disebabkan kerja keras mereka selama bertahun-tahun,
kita ada lebih daripada 100,000 doktor di serata dunia
yang sudi rawat Saksi-Saksi Yehuwa tanpa transfusi
atau pemindahan darah.
Namun perhatikan perubahan di ayat 10,
“Tetapi ketua pegawai istana itu berkata kepada Daniel,
‘Aku takut akan raja.’”
Begitu juga, seorang doktor yang terima pendirian kita
boleh saja berubah fikiran.
Kadangkala,
seorang doktor mungkin berasa takut untuk rawat kita.
Mengapa?
Mungkin dia kurang pengalaman,
tiada alat rawatan yang diperlukan,
atau dia hanya mahu ikut arahan yang ditetapkan oleh pihak atasan.
Hal ini serupa dengan ketua pegawai istana yang kata,
“Aku takut akan raja.”
Adakah Daniel putus asa dan kata,
“Yehuwa,
saya sudah berusaha taati-Mu,
tapi tak dapat”?
Tidak!
Ayat 11 kata,
“Daniel berkata kepada penjaga itu,”
penjaga yang dilantik ketua pegawai istana.
Jadi Daniel cakap dengan orang lain.
Hari ini,
HLC bukan hanya berhubung dengan segelintir doktor
yang sudi bekerjasama.
Sebaliknya,
mereka terus mencari lebih banyak doktor
yang rela menghormati pendirian kita
untuk taat hukum Yehuwa soal darah.
Apakah hasilnya?
Di ayat 12,
perhatikan kata-kata Daniel kepada penjaga itu.
“Ujilah kami selama 10 hari.”
Daniel seolah-olah beritahu penjaga itu
bahawa terdapat satu lagi cara untuk hadapi situasi itu.
Dia seolah-olah tanya,
“Boleh kami cuba cara lain?”
Sama juga dengan HLC.
Mereka seolah-olah tanya doktor,
“Boleh kita cuba cara lain untuk rawat pesakit ini,
suatu cara yang tidak memerlukan transfusi darah?”
Apa hasil bagi Daniel?
Di ayat 13, penjaga itu setuju uji mereka selama 10 hari.
Begitu juga hari ini,
ahli HLC membuat penyampaian kepada doktor.
Beberapa tahun ini,
organisasi kita sediakan penyampaian baharu
dalam bentuk PowerPoint
kepada HLC untuk dibentangkan kepada para doktor.
Mari lihat tiga gambar pertama bagi penyampaian ini.
Gambar satu menunjukkan kepada doktor,
“Kami ingin guna pendekatan kerjasama.
Kami tidak ingin bertengkar dengan anda.
Kami harap dapat saling bekerjasama.”
Di gambar dua,
nampaknya para Saksi dan para doktor
tidak berada di pihak yang sama.
Tapi kita lihat tujuan penyampaian ini
dan aturan HLC di gambar tiga.
Tujuannya adalah untuk bantu para doktor dan pesakit Saksi
saling bekerjasama.
Kami gembira
kerana penyampaian ini
sangat berguna bagi HLC.
Terima kasih atas gambar.
Dalam satu tahun ini
di kawasan cawangan Amerika Syarikat,
lebih daripada 3,600 penyampaian diberi
untuk tunjuk kepada doktor
cara berbeza bagi merawat pesakit Saksi.
Sebenarnya,
prinsip yang sama
juga membantu Daniel.
Dia taat dan Yehuwa berkati ketaatannya.
Hari ini,
Yehuwa juga memberkati ketaatan kita
dalam menjauhi darah.
Hasil daripada kerja keras para saudara di HLC
atau Jawatankuasa Perhubungan Hospital,
ada banyak doktor yang sudi menjaga keperluan kita.
Jadi, kita mahu tanya diri:
Bagaimana kita dapat menyokong
aturan yang pengasih dan berkesan ini,
yang berasal daripada Yehuwa?
Kita boleh buat dua perkara.
Pertama,
kita mahu ikut arahan Badan Pimpinan
yang diumumkan lebih daripada dua tahun yang lalu
pada Januari 2023.
Kita digalakkan untuk menghubungi HLC
jika ada masalah perubatan,
bahkan semasa kita fikir
doktor tidak akan cuba beri kita pemindahan darah.
Bagus untuk hubungi HLC seawal yang mungkin.
Jadi kami gembira lihat saudara saudari di serata dunia
ikut arahan ini.
Hasilnya,
jumlah situasi kecemasan sudah berkurang berbanding dahulu.
Ini sungguh menggembirakan.
Ya, kita sedang selamatkan nyawa.
Hal ini terutamanya penting
kepada para saudari yang mengandung,
kerana yang terlibat
bukan saja satu nyawa,
tapi dua nyawa.
Jadi menghubungi HLC seawal mungkin
membawa hasil baik.
Contohnya satu pengalaman di Afrika.
Seorang saudari yang mengandung dan suaminya
menghubungi HLC.
HLC bantu mereka cari doktor yang sudi bekerjasama.
Untuk enam bulan yang pertama saudari itu mengandung,
dia tiada masalah.
Tapi selepas itu,
dia ada masalah perubatan.
Jadi dia dan suami menghubungi doktor itu
yang kebetulan sedang bercuti.
Tapi dia sanggup balik awal
untuk merawat saudari itu.
Dia kata,
“Syukurlah kamu hubungi saya
kerana jika tidak,
kamu dan anak mungkin mati.”
Ya, kita gembira apabila lihat hasil baik
kerana kita taat kepada arahan organisasi Yehuwa.
Bagaimana sokong aturan ini?
Pertama, hubungi HLC seawal mungkin.
Kita juga mahu galakkan saudara saudari lain
untuk buat hal yang sama.
Kedua, doa untuk ahli HLC dan keluarga mereka.
Jika difikirkan,
kita perlu bayar banyak
untuk minta seseorang sentiasa sedia bantu kita.
Tapi HLC lakukannya secara percuma.
Jadi kita bersyukur kepada Yehuwa,
serta ahli HLC dan keluarga mereka
kerana sudi berkorban untuk bantu kita
taat perintah Tuhan mengenai darah.
Dalam kes Daniel,
prinsip ketaatan membawa hasil.
Dia berjaya kerana ketaatannya kepada Yehuwa.
Hari ini,
apabila kita taat kepada Yehuwa serta ikut arahan-Nya,
kita pasti berjaya.
Jadi ingatlah prinsip ini:
Ketaatan selalu membawa kejayaan.