JW subtitle extractor

Mark Scott: Kejarlah Matlamat yang Memuliakan Yehuwa (1 Kor. 9:26)

Video Other languages Share text Share link Show times

Komen ayat harian kita berdasarkan rencana Menara Pengawal
yang bincang manfaat menetapkan matlamat
dan sukacita yang kita raih semasa mencapai matlamat itu.
Perkataan “matlamat,” dalam Kitab Yunani Kristian,
diterjemah daripada perkataan Yunani, iaitu skopos.
Sebenarnya perkataan skop, mikroskop,
dan teleskop diambil daripada perkataan Yunani itu.
Kita gunakan alat-alat ini untuk melihat sesuatu
dengan lebih jelas.
Sebagai contoh,
seorang yang menggunakan pistol
akan melihat melalui skopnya
supaya tidak menembak sembarangan,
tetapi tepat pada sasarannya.
Contoh-contoh tadi bantu kita faham
tujuan menetapkan matlamat dalam hidup.
Dengan berfokus pada matlamat kita,
kita ada arah tuju
dan dapat menumpu pada hal penting dalam hidup.
Rasul Paulus tahu pentingnya menetapkan matlamat.
Di 1 Korintus 9:26 dia kata,
“Oleh itu, cara aku berlari bukanlah dengan tidak menentu.
Aku menghalakan tumbukanku sedemikian rupa
supaya aku tidak menumbuk udara.”
Nota pembelajaran untuk ayat itu kata,
“Seorang Kristian perlu mengarahkan usahanya dengan baik
dan sentiasa berusaha untuk mendapat hidup kekal.”
Dengan menetapkan matlamat, kita meniru teladan Yehuwa
kerana Efesus 3:11
merujuk kepada “tujuan kekal yang ditentukan oleh [Yehuwa]
sehubungan dengan Kristus Yesus.”
Menurut nota pembelajaran,
“Perkataan ‘tujuan’ dalam ayat ini
merujuk kepada matlamat yang spesifik,”
iaitu matlamat atau tekad Yehuwa
untuk melaksanakan tujuan-Nya bagi manusia
walaupun mereka telah memberontak terhadap-Nya.
Kebanyakan daripada anda
yang sedang menonton program ini,
telah menetapkan dan berjaya mencapai matlamat anda,
dan kami memuji anda semua.
Apakah yang mendorong anda
untuk menetapkan matlamat
untuk meluaskan khidmat anda kepada Yehuwa?
Mungkin teladan dan galakan keluarga
yang mendorong anda.
Ini Saudara George Young.
Dia menjadi mubaligh sebelum Sekolah Gilead wujud.
Sebelum dia meninggal pada usia 53 tahun,
dia sudah berkhidmat di sekurang-kurangnya 15 negara
di tiga benua yang berlainan.
Tiga minggu lalu, saya dan isteri saya berpeluang
untuk berjumpa dengan cicitnya.
Dia seorang sukarelawan pembinaan di Afrika Timur.
Dia juga sudah berkhidmat di tujuh negara.
Bak kata pepatah, “Bagaimana acuan begitulah kuihnya.”
Jadi, teladan keluarga kita
dapat mendorong kita menetapkan matlamat rohani.
Atau mungkin seorang penyelia litar,
ahli keluarga Bethel atau mubaligh
ceritakan pengalamannya dalam khidmat Yehuwa
dan itulah yang mendorong kita.
Mungkin “hamba yang setia dan bijaksana” mendorong anda.
Dalam . . . um . . .
Kerja Teokratik Kita bulan Jun 1979
terdapat sisipan ini yang bertajuk,
“Lelaki Muda, Dapatkah Anda Berkhidmat di Bethel?”
Inilah yang mendorong saya berkhidmat di Bethel.
Atau mungkin anda mendengar ceramah
di konvensyen serantau yang mendorong anda.
Mungkin penceramah
telah menanya soalan yang terus terang seperti,
“Dapatkah anda terangkan kepada Yehuwa mengapa
anda tidak berkhidmat kepada-Nya sepenuh masa?”
Soalan seperti itu bagus untuk difikirkan.
Ataupun, kisah hidup Saksi-Saksi Yehuwa mendorong anda.
Semasa belajar Bible, isteri saya banyak baca
kisah hidup Saksi-Saksi Yehuwa dalam majalah kita,
milik guru Biblenya.
Dia mendapat banyak galakan daripada kisah hidup ini.
Semua perkara ini mendorong kita menetapkan matlamat
untuk meluaskan khidmat kita.
Sudah tentu, keberanian dan disiplin diri diperlukan
untuk menetapkan dan mengejar matlamat kita.
Jadi, anda sekalian patut dipuji atas usaha anda.
Kita juga dapat menggalakkan
orang lain untuk menetapkan matlamat.
Jangan sesekali meremehkan kesan soalan yang mudah.
Soalan seperti, “Apa rancangan kamu selepas habis sekolah?
atau selepas bersara?”
Kita seperti tanya, “Apa matlamat anda?”
Adalah bijak untuk fikirkan apa yang terlibat
apabila tetapkan matlamat.
Tapi ada satu prinsip untuk difikirkan
di Pengkhutbah 11:4, 
dan saya baca dari Alkitab Berita Baik.
“Sesiapa yang menunggu hingga angin dan cuaca baik,
tidak akan menabur ataupun menuai apa-apa.”
Jadi, kadang-kadang kita perlukan keberanian untuk bertindak.
Itulah pengalaman Saudari Malinda Keefer.
Semasa berumur 24 tahun,
Saudari Keefer bercakap dengan Saudara C. T. Russell
tentang impiannya untuk menjadi seorang perintis,
tapi dia sedikit ragu-ragu.
Kenapa?
Sebab dia fikir dia perlu ada lebih banyak pengetahuan.
Hal ini kerana dia hanya mengenal kebenaran
satu tahun sebelumnya.
Jadi, kita dapat faham perasaannya.
Apakah nasihat Saudara Russell?
“Jika kamu tunggu sehingga kamu tahu semuanya,
kamu tidak akan mula merintis.
Jika kamu mula saja, kamu akan belajar.”
Kata-kata ini bantu dia untuk jadi perintis.
Dia merintis selama 76 tahun,
sehingga dia meninggal pada tahun 1983
apabila berumur 100 tahun.
Saudari Keefer kata,
“Saya sangat bersyukur kerana merintis semasa muda
dan sentiasa mendahulukan Kerajaan Tuhan.”
Apakah kesilapan yang mungkin kita buat
semasa menetapkan matlamat?
Kita mungkin menetapkan matlamat yang kurang spesifik.
Contohnya, kita mungkin berdoa dan kata,
“Yehuwa, bantulah saya menjadi orang Kristian yang lebih baik.”
Tapi, itu kurang spesifik, kan?
Adalah lebih baik jika kita doa dengan lebih spesifik dan kata,
“Yehuwa, bantulah saya kawal kemarahan saya.”
“Yehuwa, bantulah saya elak fikiran tidak bermoral
dan bantu saya berpuas hati dalam khidmat saya.”
Matlamat seperti itu bagus.
Tapi, mungkin matlamat yang kita tetapkan,
terlalu spesifik.
“Kalau saya dapat berkhidmat di Bethel, saya akan gembira.”
Sebenarnya, Yehuwa boleh buat kita gembira,
tidak kira dalam apa bentuk khidmat yang kita lakukan untuk-Nya.
Jadi, dapatkah kita
lebih terbuka kepada aspek khidmat lain dalam organisasi Yehuwa?
Fikirkan juga, “Adakah saya kejar tugasan istimewa saja?”
Memang di 1 Timotius 4:15 Paulus kata,
“Kemajuan kita dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang.”
Tapi, kita tidak patut fikir
perkataan “kemajuan” hanya bermaksud tugasan yang istimewa
seperti jadi penatua, penyelia, atau penceramah konvensyen.
Para pembantu sidang,
adakah anda ingin dilantik sebagai penatua?
Sudah tentu, seperti 1 Timotius 3:1 kata,
kita mahu mengejar “pekerjaan yang baik.”
Tetapi, menjadi penatua
tidak bermaksud memberi ceramah,
mengajar orang,
atau mendengar tepukan.
Menjadi penatua bermaksud melakukan kerja penggembalaan,
mendengar mereka yang murung,
rela membantu saudara saudari pada bila-bila masa,
melawat orang sakit,
dan cuba membetulkan fikiran orang yang berbuat salah,
walaupun mereka menolak bantuan anda
atau memarahi anda.
Sebenarnya, Paulus jelaskan apa maksud perkataan kemajuan
dalam ayat Bible lain.
Sila buka 1 Timotius bab 4,
dan mari baca ayat 12.
Ayat ini kata,
“Hendaklah percakapanmu,
tingkah lakumu,
kasihmu,
imanmu,
dan kemurnianmu,
menjadi contoh kepada orang yang setia.”
Penting kan sifat-sifat ini?
Efesus 4:13 menggalakkan kita
untuk “menjadi orang yang matang
dan mencapai tahap kematangan Kristus.”
Nota pembelajaran bagi Efesus 4:13 kata,
“Setiap orang Kristian harus bermatlamat untuk menjadi matang,
atau dalam kata lain, menjadi ‘dewasa’ secara rohani.”
Yehuwa gembira apabila matlamat kita menunjukkan
kasih kita kepada-Nya.
Semoga semua matlamat
yang kita tetapkan
menyumbang kepada penyucian nama Yehuwa.