JW subtitle extractor

Robert Ciranko: Adakah Anda Percaya Mukjizat? (Kis. 24:15)

Video Other languages Share text Share link Show times

Adakah anda percaya mukjizat?
Jika anda percaya bahawa
orang mati akan dibangkitkan,
maksudnya, anda percaya mukjizat.
Hal ini kerana biasanya
orang percaya mukjizat adalah peristiwa menakjubkan
yang berlaku kerana kuasa Tuhan.
Ya, sebenarnya,
hanya Yehuwa saja yang dapat berikan kita harapan pembangkitan.
Rasul Paulus percaya pada pembangkitan.
Apabila seorang pemuda yang bernama Eutikhus
jatuh daripada tingkat tiga,
Lukas mendapati dia sudah mati.
Tapi dengan kuasa Tuhan, Paulus,
yang juga berada di situ, membangkitkan Eutikhus.
Pada kemudian hari,
apabila Paulus diadili di hadapan gabenor Yudea
dan menjelaskan mengapa dia percaya Yesus,
Paulus menyebut ayat harian hari ini.
Mari kita bacanya.
Kisah 24:15.
Ayat ini mengatakan, “Seperti mereka,
aku memiliki harapan bahawa
Tuhan akan membangkitkan
orang yang baik, dan orang yang tidak baik.”
Harapan yang Paulus sebutkan itu bukanlah mimpi
atau angan-angan saja
kerana harapan sejati adalah berdasarkan bukti yang kukuh,
iaitu iman pada janji-janji Tuhan.
Sebanyak dua kali sebelum Yesus membangkitkan orang,
dia memberitahu orang yang berada di situ
bahawa mereka perlu mempunyai iman.
Contohnya, di Lukas 8:50,
semasa anak Yairus mati,
Yesus beritahunya, “Berimanlah dan anakmu akan diselamatkan.”
Itulah yang berlaku.
Yesus membangkitkannya.
Di Yohanes 11:25 juga,
semasa bercakap kepada Marta
tentang Lazarus yang sudah meninggal,
Yesus kata,
“Seseorang yang beriman kepada aku
akan hidup semula meskipun dia mati.”
Kemudian, Yesus membangkitkan kawannya, Lazarus,
yang sudah meninggal.
Imanlah yang meneguhkan harapan kita terhadap pembangkitan.
Bagaimana?
Paulus diilhami untuk jelaskan maksud iman.
Mari lihat bagaimana kata-katanya di Ibrani 11:1
berkaitan dengan kepercayaan kita terhadap pembangkitan.
Menurut ayat itu, iman ada dua ciri penting.
Pertama, “iman ialah keyakinan yang teguh
bahawa apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.”
Jika anda beriman,
anda percaya semua yang Yehuwa katakan akan berlaku.
Dalam Bible,
Yehuwa memberitahu kita
sembilan kisah pembangkitan yang telah berlaku.
Tiga di dalam Kitab Ibrani,
enam di dalam Kitab Yunani.
Yehuwa tidak dapat berdusta
dan Dia sendiri mengilhami penulis Bible
untuk mencatatkan kisah pembangkitan.
Jadi, kita tidak perlu meraguinya.
Kita dapat pasti Dia akan membangkitkan orang tersayang kita.
Kedua, “iman ialah bukti yang kukuh
bahawa apa yang dipercayai adalah nyata
meskipun hal-hal itu tidak dapat dilihat.”
Dalam sesetengah video kita,
kita nampak lakonan semula
kisah pembangkitan zaman Bible dan masa depan.
Tetapi, itu tidak sama
dengan melihat pembangkitan orang yang telah mati
dengan mata kita sendiri.
Jadi, adakah kita mempunyai bukti
untuk menunjukkan bahawa orang yang telah mati
dapat dihidupkan semula?
Ya, ada.
Yesus menunjukkan buktinya dalam Ceramah Di Atas Gunung.
Sila buka Bible anda ke Matius bab enam.
Di sini,
Yesus menggalakkan pendengarnya untuk “jangan khuatir lagi”
tentang keperluan hidup mereka.
Sebaliknya, jika mereka ‘mengutamakan Kerajaan Tuhan
dan apa yang benar di mata-Nya,
semua keperluan mereka akan dijaga.’
Fikirkan lagi dua ciri iman di Ibrani 11:1.
Bagaimanakah Yesus menguatkan iman mereka terhadap janji itu?
Di Matius 6:32, dia kata,
‘Bapa kamu yang di syurga tahu kamu memerlukan
semua perkara ini.’
Di sini, Yesus janji bahawa Bapanya di syurga
akan menjaga keperluan mereka.
Ya, mereka diyakinkan bahawa
“apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.”
Yesus juga berikan bukti yang kukuh
bahawa Yehuwa akan jaga keperluan mereka.
Di ayat 26 dan 28, Yesus kata,
‘Perhatikanlah burung di langit yang tidak menyemai benih,
menuai, atau mengumpulkan hasil ke dalam jelapang.
Namun Yehuwa masih memberi burung makanan.
Perhatikanlah dengan cermat bunga bakung di padang.
Bunga-bunga itu tidak bekerja atau menenun pakaian.’
Namun Yehuwa memberi bunga pakaian.
Itulah buktinya,
jika kita utamakan Yehuwa, Dia akan jaga keperluan kita.
Ada satu lagi pengajaran tentang cara bunga bakung tumbuh
yang dapat menguatkan keyakinan kita terhadap pembangkitan
dan kemampuan Yehuwa untuk menghidupkan semula
orang yang telah mati.
Nota pembelajaran menyatakan bahawa
bunga bakung “mungkin merangkumi beberapa jenis bunga,
seperti bunga tulip, bunga hyacinth,
bunga iris, dan bunga gladiolus.”
Semua bunga ini
tumbuh dalam cara yang sama.
Bagaimana bunga ini tumbuh?
Jom kita belajar tentang bunga.
Bunga-bunga ini tumbuh daripada bebawang
dan bukannya daripada benih.
Bunga-bunga itu
seolah-olah mati setiap tahun
dan hidup semula pada musim seterusnya.
Inilah bebawang bunga tulip.
Dan menariknya,
dalam bebawang bunga tulip ini,
ada semua yang diperlukan untuk bunga ini tumbuh semula.
Di dalamnya,
ada akar, batang, daun, kuncup,
dan makanan yang diperlukan.
Hampir sepanjang tahun, bahkan semasa musim sejuk,
bebawang tulip ini seolah-olah tidur di bawah tanah,
tetapi dapat tumbuh semula.
Bila musim bunga tiba dan tanah tidak lagi beku,
bebawang ini akan tumbuh semula.
Bebawang akan mula bercambah dalam tanah
dan akan terus bertumbuh sehingga dapat dilihat di atas tanah.
Dengan itu, semua orang dapat melihat bukti yang kukuh
bahawa bunga ini hidup semula.
Jadi,
ada dua hal yang sudah kita belajar
daripada bunga bakung dan cara bunga itu tumbuh.
Pertama, Yehuwa beri bunga pakaian.
Ini yakinkan kita Yehuwa akan jaga keperluan kita.
Kedua,
Yehuwa ciptakan bunga ini untuk tumbuh semula setiap tahun.
Ini yakinkan kita Yehuwa juga dapat menghidupkan semula
orang yang telah mati.
Jadi, bukti kukuh yang kita lihat dalam alam semula jadi
dan juga keyakinan teguh yang Yehuwa berikan
melalui kisah Bible,
menguatkan harapan kita
bahawa orang tersayang kita yang sudah meninggal
akan hidup semula.
Semua butiran tentang setiap orang ada dalam ingatan Yehuwa,
termasuk DNA mereka yang lengkap,
supaya Dia dapat membangkitkan mereka
dengan keperibadian yang sama,
sama seperti sebelum mereka mati,
tapi dengan tubuh baharu.
Mereka dapat kenal siapa diri mereka
dan orang lain pun akan kenal mereka
kerana rupa, cara bercakap, dan cara berfikir mereka masih sama.
Sila buka Bible anda ke Yesaya bab 26.
Yesaya bab 26.
Di sini,
Nabi Yesaya memberi gambaran yang indah tentang pembangkitan.
Mari kita baca bersama ayat 19.
“Orang mati dalam kalangan kamu akan hidup semula.
Mayat umat-Ku akan bangkit.
Hai kamu yang tinggal di dalam debu,
bangunlah dan berserulah dengan sukacita,
kerana embun kamu seperti embun pada waktu pagi.
Bumi akan membiarkan orang mati hidup semula.”
Gambaran yang indah, kan?
Dalam The New English Bible, ayat ini berbunyi,
“Orang yang tidur di bawah tanah
akan bangun dan bersorak dengan gembira.”
Kita menanti-nantikan saatnya
bila kita dapat menyambut
orang tersayang kita yang sudah meninggal.
Apabila anda lihat bunga bakung yang tumbuh semula,
cuba kaitkannya dengan harapan pembangkitan.
Ada satu lagi ayat yang menarik di Mazmur 27.
Di sini, Daud menulis
tentang harapan masa depan yang sangat kita hargai.
Mari baca Mazmur 27:13, 14,
“Jika aku tidak beriman
bahawa aku akan merasai kebaikan Yehuwa dalam hidupku ini,
apakah yang akan berlaku kepadaku?
Berharaplah kepada Yehuwa; . . .
Ya, berharaplah kepada Yehuwa.”
Mengapakah kita dapat yakin
kita akan “merasai kebaikan Yehuwa” di dunia baharu nanti?
Kerana seperti yang dikatakan Rasul Paulus, kita percaya
bahawa “Tuhan akan membangkitkan orang.”