JW subtitle extractor

Hermanus van Selm: Apakah Maksud Benar-Benar Bertaubat? (Kej. 44:16)

Video Other languages Share text Share link Show times

Menara Pengawal ada sebut tentang kisah Yusuf,
iaitu anak Yakub.
Salah satu pengajaran yang ada dalam kisah ini ialah bertaubat.
Kita akan bincang soalan:
Apakah maksud benar-benar bertaubat,
dan bagaimana Yehuwa memberkati mereka yang bertaubat?
Untuk benar-benar bertaubat,
seseorang perlu (1) mengakui kesalahan,
(2) buktikan dengan jelas
bahawa dia sudah berhenti buat kesalahan itu.
Dua perkara ini dapat dilihat dalam kisah Yusuf.
Jadi, mari kita kajinya.
Yakub sangat mengasihi anaknya Yusuf.
Tapi bagaimana pula dengan abang-abang Yusuf?
Di Kejadian bab 37,
tiga kali abang-abang menunjukkan kebencian terhadapnya.
Pada suatu hari, Yusuf dan abang-abang
berada jauh dari rumah dan dari bapa.
Ini beri peluang kepada abang-abang
untuk tunjuk kebencian dengan mencampakkan Yusuf
ke dalam sebuah lubang.
Kemudian, Yehuda mencadangkan agar Yusuf dijual sebagai hamba.
Masa itu, Yusuf baru berumur 17 tahun.
Dia menjadi hamba, banduan,
dan pemerintah yang berkuasa di Mesir.
Kita akan bertumpu pada masa dia menjadi pemerintah.
Pada masa itu, Yakub dan keluarganya tinggal di Kanaan
dan mereka kekurangan makanan.
Jadi, untuk mendapatkan makanan,
Yakub hantar anak-anaknya ke Mesir.
Apabila Yusuf nampak abang-abangnya, dia kenal mereka.
Tapi mereka tidak kenal dia.
Kali kedua dan ketiga mereka jumpa,
abang-abangnya masih tidak kenal dia.
Ini buat Yusuf sangat sedih semasa jumpa mereka.
Kali pertama mereka jumpa, apakah reaksi Yusuf?
Dia “mula menangis.”
Kali kedua mereka jumpa, apakah reaksi Yusuf?
Dia “mula menangis.”
Kali ketiga mereka jumpa, apakah reaksi Yusuf?
Dia “menangis.”
Mengapa Yusuf mahu lalui situasi yang menyedihkan ini?
Kerana dia mahu
mencari tahu jika abang-abangnya sudah bertaubat.
Seperti yang disebutkan,
seseorang perlu buat dua perkara untuk benar-benar bertaubat.
Pertama, akui kesalahan.
Adakah abang-abangnya mengakui kesalahan?
Ya, ada.
Mari baca Kejadian bab 42. Kejadian 42:21.
Abang-abangnya kata,
“Kita dihukum kerana kesalahan kita terhadap adik kita
[iaitu Yusuf].
Sewaktu dia menderita,
dia merayu agar kita berbelas kasihan terhadapnya,
tetapi kita tidak mempedulikannya.
Itulah sebabnya kita mengalami penderitaan ini.”
Kata-kata itu menunjukkan mereka menyesal.
Mereka telah melakukan perkara yang pertama,
iaitu mengakui kesalahan mereka.
Tapi, adakah mereka buat perkara yang kedua?
Adakah kelakuan mereka sudah berubah?
Bagaimana Yusuf cari tahu jika mereka sudah benar-benar berubah?
Dia buat rancangan untuk cari tahu tentang mereka.
Sudah tentu, Yusuf tidak dapat uji mereka
dengan peristiwa yang berlaku kepadanya 22 tahun yang lalu.
Namun, dia boleh mencipta situasi yang hampir sama
dengan peristiwa itu untuk cari tahu tindakan mereka.
Jadi, apa yang Yusuf buat?
Dia cipta situasi yang buat abang-abangnya
terpaksa meninggalkan salah seorang adik sebagai hamba
supaya mereka semua tidak menjadi banduan di Mesir.
Agar situasi itu sama seperti peristiwa 22 tahun yang lalu,
mereka perlu tinggalkan salah seorang adik
yang sangat dikasihi Yakub.
Jadi, rancangan Yusuf ialah memaksa mereka
bawa Benyamin ke Mesir.
Kenapa Benyamin?
Yakub sangat mengasihi anak lelakinya, Benyamin,
sama seperti dia sangat mengasihi Yusuf.
Jadi dalam rancangan ini,
situasi Benyamin sama dengan Yusuf 22 tahun yang lalu.
Dari cara 10 orang abangnya melayan Benyamin,
Yusuf boleh tahu sama ada mereka sudah bertaubat
dari cara mereka melayannya pada masa lalu.
Jadi, Yusuf ambil langkah seterusnya dalam rancangannya.
Sebelum anak-anak Yakub kembali ke Kanaan,
Yusuf suruh hambanya letak cawan perak dalam guni Benyamin.
Dalam perjalanan pulang mereka,
Yusuf arahkan pegawainya untuk kejar mereka
dan periksa guni mereka.
Bayangkan mereka sangat takut
apabila cawan itu dijumpai dalam guni Benyamin.
Maka mereka perlu jumpa kembali pemerintah Mesir itu.
Tapi apa mereka akan kata?
Semasa hal ini berlaku,
ingatlah bahawa kira-kira 20 tahun yang lalu,
Yehudalah yang mencadangkan agar Yusuf dijual sebagai hamba.
Bukan itu sahaja, Yehuda jugalah yang memujuk Yakub
hantar Benyamin ke Mesir.
Apa yang Yehuda akan buat?
Yehuda buat sesuatu yang baik
semasa dia mewakili adik-beradiknya cakap kepada Yusuf.
Mari baca kata-katanya di Kejadian 44:16.
“Apa lagi yang dapat kami katakan kepada tuan? . . .
Bagaimanakah kami dapat membuktikan kami tidak bersalah?
Tuhan yang benar telah mendedahkan kesalahan kami.
Sekarang, kami semua,
termasuk orang yang didapati mempunyai cawan itu,
akan menjadi hamba tuan.”
Jadi, Yehuda cadangkan agar mereka 11 adik-beradik
dijadikan hamba.
Tapi, itu bukan apa yang Yusuf mahu.
Di Kejadian 44:17, Yusuf jawab Yehuda,
“Mustahil aku berbuat demikian!
Hanya orang yang didapati mempunyai cawan itu
akan menjadi hambaku.
Kamu yang lain boleh kembali kepada bapa kamu dengan damai.”
Dengan kata-kata ini, Yusuf benarkan Yehuda
dan sembilan adik-beradiknya untuk pulang ke rumah
jika mereka tinggalkan Benyamin sebagai hamba.
Yehuda dengan beraninya tidak setuju
dengan pemerintah Mesir itu,
dan beri ucapan yang panjang.
Sebenarnya,
ucapan itulah yang paling panjang dalam buku Kejadian.
Mari kita baca penghujung ucapan Yehuda di Kejadian 44:33, 34.
‘Aku memohon tuan izinkan aku tinggal di sini sebagai hamba tuan
untuk menggantikan anak ini.
Biarlah dia pulang dengan abang-abangnya.
Bagaimana aku dapat balik kepada bapaku
jika anak itu tidak bersamaku?
Aku tidak sanggup lihat malapetaka itu menimpa bapaku!’
Dengan kata-kata ini,
Yehuda cadangkan agar dia yang dijadikan hamba
untuk gantikan Benyamin.
Sifat Yehuda bukan lagi seperti 22 tahun yang lalu.
Dia sudah berubah.
Dia benar-benar bertaubat.
Jadi Yusuf berhenti uji abang-abangnya
dan beritahu siapa dirinya yang sebenar.
Apa yang kita belajar dari kisah yang menyentuh hati ini?
Adakah Yehuwa memberkati dan memberi ganjaran kepada orang
yang benar-benar bertaubat?
Ya, Yehuwa memastikan keturunan Mesias
datang daripada Yehuda.
Yehuda dapat berkat yang berharga kerana benar-benar bertaubat!
Bagaimana pula kita?
Kita semua buat silap.
Kita perlu belas kasihan Yehuwa.
Kita berasa lega untuk tahu Yehuwa rela mengampuni
jika kita benar-benar bertaubat dengan mengakui dosa kita
dan buktikan dengan jelas kita berhenti melakukannya.