JW subtitle extractor

Clive Martin: Kurniaan Korban Tebusan daripada Tuhan Beri Kita Manfaat (Mzm. 27:13)

Video Other languages Share text Share link Show times

Jika kita beriman terhadap korban tebusan,
kita akan dapat kehidupan kekal.
Kita ajar kebenaran ini.
Tapi adakah kita hanya meraih manfaat
korban tebusan pada masa depan sahaja?
Tidak.
Oleh sebab kita ada korban tebusan,
kita dapat membaktikan diri kepada Yehuwa
dan ada hubungan yang erat dengan-Nya.
Hasilnya, Yehuwa menunjukkan kebaikan dan kasih setia-Nya kepada kita.
Kita mendapat manfaat itu setiap hari.
Mengapa hal ini penting untuk kita?
Mari kita lihat pandangan Daud di Mazmur 27:13.
Daud menghargai kebaikan dan kasih setia Yehuwa.
Selepas dia sebut tentang cara Yehuwa menunjukkan
kebaikan kepadanya setiap hari,
dia kata di ayat itu:
“Jika aku tidak beriman bahawa aku
akan merasai kebaikan Yehuwa dalam hidupku ini,
apakah yang akan berlaku kepadaku?”
Untuk menerapkannya, mari kita fikir,
‘Jika tiada korban tebusan
tiada kebaikan daripada Yehuwa setiap hari.
Apakah yang akan berlaku kepada kita?’
Hidup kita pasti teruk.
Kadang-kadang, adalah bagus untuk kita fikirkan tentang hal ini.
Ini bantu kita sedar kita perlu Yehuwa,
kita perlu merasakan kebaikan Yehuwa setiap hari dalam hidup kita.
Sekarang, mari kita fikirkan cara spesifik kita dapat merasai
kebaikan Yehuwa kerana kita beriman terhadap-Nya dan korban tebusan.
Mari kita buat senarai bersama.
Kata-kata Daud dalam Mazmur akan bantu kita.
Di permulaan Mazmur 27.
Ini cara pertama Yehuwa tunjukkan kasih.
Daud kata: ‘Yehuwa ialah cahayaku dan penyelamatku.
Aku tidak perlu takut kepada sesiapa pun
Yehuwa ialah kubu perlindungan dalam hidupku.
Aku tidak perlu gentar terhadap sesiapa pun.
Apabila musuh-musuhku yang jahat serang untuk bunuh aku,
mereka sendiri yang tersandung dan jatuh.’
Adakah Daud kalahkan musuhnya kerana dia pahlawan yang kuat?
Tidak, Daud kata kerana “Yehuwa kubu perlindungan” dia.
Yehuwa menunjukkan kasih setia
kerana selalu membantu Daud semasa dia menghadapi masalah.
Sebab itulah dia berjaya.
Jadi, semasa Daud renungkan
cara Yehuwa tunjuk kasih setia dan menyokongnya,
dia kata di ayat 3:
“Walaupun semua askar mengepung aku,
aku tidak akan berasa takut.
Meskipun mereka berperang melawan aku,
aku tetap akan berasa yakin.”
Betapa kuatkah keyakinan Daud terhadap kasih setia Yehuwa?
Mari kita lihat ayat 10:
‘Walaupun ibu bapa kandungku meninggalkan aku
[susah mahu bayangkan, tapi],
Yehuwa pasti akan memelihara aku.’
Oleh sebab kita pernah merasai kasih setia
dan sokongan Yehuwa pada masa lampau,
kita ada keyakinan bahawa Dia akan bantu kita pada masa depan
walaupun kita menghadapi cabaran.
Itu adalah cara pertama.
Ini cara kedua.
Mari lihat ayat 14.
Daud kata:
“Berharaplah kepada Yehuwa.
Jadilah berani dan kentalkanlah hatimu.”
Oleh sebab kita ada tebusan,
kita ada asas yang kukuh untuk berharap kepada Yehuwa.
Kita berharap kepada-Nya agar kita dapat bertabah setiap hari
dan agar Dia laksanakan janji-Nya pada masa depan.
Bagaimana ini mempengaruhi kita?
Kita jadi berani dan hati kita kental.
Adakah ini benar?
Ya, benar.
Baru-baru ini, saya dengar satu pengalaman yang comel tentang
seorang anak kecil Eliza yang berumur tujuh tahun.
Ibunya ada seorang pelajar Bible
yang ada seorang anak yang hampir sama umur dengan Eliza.
Pelajar Bible itu sangat sakit
dan dia perlu tinggal di hospital untuk satu jangka masa.
Pada suatu hari, ibu Eliza membawa anak pelajar Biblenya
ke rumahnya agar dia dapat bermain dengan Eliza.
Kemudian, semasa mereka membawa anak itu balik rumah,
anak itu kata, “Eliza, terima kasih kerana buat saya gembira.”
Ibunya hairan. Jadi dia tanya, “Apa yang berlaku?”
Eliza kata: “Dia sangat sedih kerana ibunya masih di hospital
dan dia rindu ibunya.
Jadi, saya mahu buat dia gembira, saya berdoa dengan dia.
Dan saya terfikir, ‘Dia perlu tahu tentang ayat itu.’
Ayat itu yang kata
‘Tuhan akan sapu semua air mata kita
dan buang kesakitan kita.’
Saya tunjuk ayat itu dan saya peluk dia.”
Sangat ringkas, tapi sangat berkesan.
Kawannya dapat kekuatan dan
dapat hadapi situasi yang susah itu. Mengapa?
Kerana Eliza beritahu dia,
dia boleh berharap kepada Yehuwa.
Dalam cara yang sama,
oleh sebab kita berharap kepada Yehuwa setiap hari,
Dia memberi kita keberanian untuk menghadapi cabaran.
Itulah cara kedua.
Mari lihat cara ketiga.
Mari kita baca ayat 4.
Ini sesuatu yang penting bagi Daud.
“Aku telah memohon satu perkara daripada Yehuwa.
Ini sahajalah yang aku inginkan.
Aku ingin tinggal di rumah Yehuwa seumur hidupku.
Aku ingin menyaksikan perbuatan baik Yehuwa
dan memandang rumah-Nya dengan penuh penghargaan.”
Daud bersyukur atas penghormatan ibadat sejati.
Apa yang kita ada sekarang lebih baik daripada Daud.
Oleh sebab adanya aturan korban tebusan
daripada Yehuwa melalui Yesus Kristus,
kita dapat menyembah Yehuwa dalam Rumah Rohani Tuhan,
iaitu aturan Yehuwa untuk ibadat sejati.
Semasa kita menyembah Yehuwa, apakah perasaan kita?
Kata-kata Daud dapat membantu.
Daud kata dia mahu “menyaksikan perbuatan baik Yehuwa.”
Kita belajar tentang “perbuatan baik Yehuwa.”
Kita dapat belajar sifat-sifat Yehuwa
yang indah yang Dia tunjukkan.
Dalam aturan ibadat sejati,
kita dapat lihat sifat Yehuwa yang baik dalam tindakan-Nya
dan bagaimana hal itu mempengaruhi dan beri manfaat kepada kita.
Dan apakah reaksi kita?
Kita “memandang rumah-Nya dengan penuh penghargaan.”
Kita sangat bersyukur kerana dapat menyembah Yehuwa.
Memang, kita hidup dalam dunia yang banyak perkara buruk berlaku.
Tetapi apabila kita bersyukur,
ini dapat membantu kita untuk menyembah Yehuwa dengan sukacita.
Itulah cara ketiga.
Mari kita tengok senarai kita.
Senarai ini menunjukkan bahawa
kerana kita beriman terhadap korban tebusan,
Yehuwa menghampiri kita dan Dia menunjukkan kasih setia
dan kebaikan-Nya kepada kita.
Jadi pertama, kerana kita beriman terhadap korban tebusan,
kita dapat merasai kasih setia dan sokongan Yehuwa.
Oleh itu, kita yakin kita dapat tambah menghadapi masalah.
Kedua, kerana kita beriman terhadap korban tebusan,
kita merasai kekuatan daripada harapan.
Apabila kita berharap kepada Yehuwa,
Dia akan beri kita keberanian setiap hari untuk menghadapi cabaran.
Dan yang ketiga,
kita menikmati penghormatan ibadat sejati,
apabila kita menyembah Yehuwa,
kita dapat lihat sifat-sifat Yehuwa,
kita bersyukur kepada-Nya dan kita dapat bersukacita.
Adakah korban tebusan membantu kita dalam tiga cara ini sahaja?
Tidak.
Tapi kita hanya akan bincang tiga cara pagi ini.
Bagaimana jika anda buat topik ini
sebagai pembelajaran peribadi atau penyembahan keluarga?
Mulailah dengan poin hari ini dan fikirkanlah poin anda sendiri.
Seraya anda renungkan kasih setia yang Yehuwa tunjukkan setiap hari,
iaitu hasil daripada korban tebusan Yesus Kristus,
ada dua perkara yang akan berlaku.
Pertama, kita ingin bersyukur kepada Yehuwa kerana kurniaan ini.
Dan kita ingin memberitahu hal ini kepada
orang lain kerana kita mahu sebanyak yang mungkin orang menerima
manfaat daripada hadiah yang luar biasa ini,
kurniaan korban tebusan.