00:00:00
Di Matius 5:9,00:00:03
00:00:03
Yesus beri kita sebab kenapa kita semua00:00:05
00:00:05
harus berusaha mewujudkan kedamaian.00:00:08
00:00:08
Dia kata orang yang suka damai00:00:09
00:00:09
ialah orang yang gembira.00:00:11
00:00:11
Kedengarannya sangat mudah00:00:13
00:00:13
tapi menjadi orang yang suka damai00:00:16
00:00:16
merupakan satu cabaran.00:00:18
00:00:18
Mari kita bincang satu cabaran spesifik00:00:22
00:00:22
yang tercatat Yakobus bab 3.00:00:24
00:00:25
Mari baca Yakobus 3:5.00:00:27
00:00:27
“Lidah ialah anggota badan00:00:30
00:00:31
yang kecil,00:00:32
00:00:32
tetapi lidah dapat bercakap besar.00:00:35
00:00:35
Lihatlah betapa kecilnya api yang diperlukan00:00:38
00:00:38
untuk membakar hutan yang luas.”00:00:41
00:00:41
Dan ayat 8 kata,00:00:42
00:00:43
“Tetapi tiada seorang pun00:00:45
00:00:45
yang dapat menjinakkan lidah.00:00:47
00:00:47
Lidah tidak dapat dikawal,00:00:49
00:00:49
dapat menyakiti orang00:00:50
00:00:50
dan penuh dengan racun yang membawa maut.”00:00:53
00:00:54
Ya, lidah memang susah dikawal.00:00:56
00:00:56
Itulah sebabnya susah mewujudkan kedamaian.00:01:00
00:01:00
Lidah adalah bahagian tubuh yang bantu kita00:01:03
00:01:03
untuk makan, bernafas, dan bercakap.00:01:06
00:01:06
Di sini, Yakobus menekankan cara kita00:01:09
00:01:09
guna lidah kita untuk bercakap.00:01:11
00:01:11
Kata lidah dalam bahasa Inggeris00:01:13
00:01:13
diambil daripada kata Latin iaitu lingua.00:01:16
00:01:16
Banyak kata dalam bahasa Inggeris00:01:17
00:01:17
diambil daripada perkataan lingua00:01:20
00:01:20
seperti “linguistic” atau “language.”00:01:23
00:01:23
Dan ada banyak ungkapan lain00:01:25
00:01:25
yang kita gunakan berkaitan dengan lidah00:01:27
00:01:27
seperti lidah bercabang, lidah masin, tajam lidah,00:01:31
00:01:31
panjang lidah atau manis lidah.00:01:34
00:01:34
Seperti yang disebut Yakobus,00:01:37
00:01:37
“Lidah bagaikan api”00:01:39
00:01:39
yang dapat membawa kebinasaan.00:01:41
00:01:42
Api yang kecil dapat membakar hutan yang luas.00:01:45
00:01:45
Jadi, untuk wujudkan kedamaian,00:01:48
00:01:48
kita perlu berusaha mengawal lidah00:01:50
00:01:50
terutamanya semasa kita marah.00:01:53
00:01:54
Lidah mempunyai empat deria rasa00:01:56
00:01:56
iaitu manis, masin, masam, dan pahit.00:02:00
00:02:01
Rasa manis terdapat pada hujung lidah00:02:04
00:02:04
manakala di bahagian sisi lidah00:02:07
00:02:07
terdapat rasa masin dan rasa masam.00:02:10
00:02:10
Rasa pahit pula ada di belakang lidah00:02:13
00:02:13
berhampiran dengan tekak.00:02:15
00:02:15
Penulis Bible bandingkan kebolehan lidah00:02:18
00:02:18
merasai makanan dengan kata-kata.00:02:21
00:02:21
Contohnya, Ayub 34:3 kata,00:02:24
00:02:24
"Telingalah yang menguji kata-kata,00:02:26
00:02:26
sebagaimana lidah mengecap makanan.”00:02:29
00:02:29
Di Kolose 4:6, Paulus kata,00:02:32
00:02:32
“Hendaklah kata-kata kamu00:02:33
00:02:33
sentiasa menyenangkan00:02:35
00:02:35
dan enak didengari,00:02:36
00:02:36
seperti makanan yang ditambahkan00:02:39
00:02:39
dengan garam.00:02:40
00:02:40
Dengan demikian,00:02:41
00:02:41
kamu akan tahu cara untuk00:02:42
00:02:42
menjawab setiap orang.”00:02:44
00:02:44
Maksudnya,00:02:45
00:02:45
kata-kata orang yang mewujudkan kedamaian00:02:47
00:02:47
enak didengari.00:02:49
00:02:49
Kata-kata yang tercatat di Yakobus 3:1000:02:53
00:02:53
memang benar.00:02:54
00:02:55
“Kata-kata pujian dan kutukan diucapkan00:02:58
00:02:58
daripada mulut yang sama.”00:03:00
00:03:00
Dalam kata lain,00:03:01
00:03:01
kata-kata yang keluar dari mulut kita00:03:03
00:03:03
antara manis atau pahit.00:03:05
00:03:05
Kita mungkin bercakap sopan00:03:07
00:03:07
semasa menginjil atau di perjumpaan00:03:09
00:03:09
tapi tidak kepada ahli keluarga00:03:12
00:03:12
atau kawan sekerja kita.00:03:14
00:03:14
Mengapa kita kadangkala gagal melakukan hal ini?00:03:18
00:03:19
Yesus jelaskan bahawa apa yang kita kata00:03:22
00:03:22
menunjukkan fikiran dan perasaan kita.00:03:25
00:03:25
Di Matius 12:34, dia kata,00:03:28
00:03:28
“Apa yang melimpah dalam hati,00:03:30
00:03:30
itulah yang akan diucapkan oleh mulut.”00:03:32
00:03:33
Seperti rasa pahit00:03:35
00:03:35
yang terdapat di belakang lidah,00:03:37
00:03:37
kata-kata pahit berasal dari lubuk hati00:03:40
00:03:40
dan mendedahkan fikiran dan perasaan00:03:43
00:03:43
kita yang sebenar.00:03:44
00:03:45
Jadi, kita menunjukkan perasaan kita00:03:48
00:03:48
melalui apa yang kita katakan00:03:50
00:03:51
dan cara kita bercakap tentang orang lain.00:03:54
00:03:55
Apa yang kita dapat lihat dari gambar ini?00:03:58
00:03:58
Gambar ini jelaskan bahawa00:04:00
00:04:00
cara kita bercakap menunjukkan sama ada00:04:03
00:04:03
kita hormat orang lain atau tidak.00:04:05
00:04:06
Seorang saudari bercakap dengan saudari lain00:04:09
00:04:09
dengan cara yang tidak hormat.00:04:11
00:04:11
Semasa kita katakan sesuatu yang menyakiti orang lain,00:04:14
00:04:14
kita tidak dapat tarik balik kata-kata kita.00:04:17
00:04:17
Jadi,00:04:18
00:04:18
apabila seorang yang mewujudkan kedamaian00:04:22
00:04:22
menyakiti hati orang lain dengan kata-katanya,00:04:25
00:04:25
dia akan meminta maaf dengan ikhlas00:04:27
00:04:27
seperti saudari ini lakukan00:04:29
00:04:29
selepas mengkaji Bible.00:04:31
00:04:33
Sekarang, mari kita buka Amsal 12:1800:04:37
00:04:37
dan sila perhatikan mengapa kita patut00:04:40
00:04:40
berfikir dahulu sebelum bercakap.00:04:43
00:04:43
Amsal 12:18 kata,00:04:45
00:04:46
“Kata-kata yang melulu ibarat tikaman pedang,00:04:49
00:04:49
tetapi kata-kata orang yang bijak00:04:52
00:04:52
dapat menyembuhkan orang lain.”00:04:54
00:04:55
Lidah boleh jadi pedang.00:04:58
00:04:59
Apabila seseorang mengatakan hal yang tidak baik,00:05:02
00:05:02
ini dapat meninggalkan parut kiasan00:05:04
00:05:04
buat masa yang lama.00:05:06
00:05:06
Seseorang yang tawar hati,00:05:08
00:05:08
mudah mengingati hal-hal buruk00:05:10
00:05:10
yang dikatakan orang kepadanya.00:05:12
00:05:12
Pernahkah anda alaminya?00:05:13
00:05:14
Kamu kecewa dan ingat kembali00:05:16
00:05:16
kata-kata buruk orang terhadap kamu.00:05:18
00:05:19
Namun, “kata-kata orang yang bijak”00:05:22
00:05:22
mewujudkan kedamaian.00:05:24
00:05:25
Mari kita lihat contoh dari Bible00:05:27
00:05:27
untuk menggambarkan hal ini.00:05:29
00:05:29
Biasanya,00:05:30
00:05:30
kita akan fikir tentang penderitaan fizikal Ayub,00:05:33
00:05:34
tapi nampaknya00:05:35
00:05:35
kata-kata orang lain juga menyakitinya.00:05:37
00:05:38
Mari kita buka Ayub 19:200:05:41
00:05:41
untuk lihat satu contoh00:05:43
00:05:44
dan sila perhatikan gambar yang tertera.00:05:47
00:05:48
Ayub menggambarkan kesan00:05:50
00:05:50
kata-kata jahat Bildad00:05:51
00:05:51
semasa dia kata,00:05:53
00:05:53
“Sampai bilakah kamu akan terus menyeksa jiwaku,00:05:57
00:05:57
dan meremukkan aku dengan kata-kata kamu?”00:06:00
00:06:01
Kata-kata Ayub bermaksud00:06:03
00:06:03
dia bukan sekadar kecewa, marah,00:06:06
00:06:06
tapi hatinya remuk.00:06:07
00:06:08
Kata-kata tiga sahabat palsu Ayub00:06:11
00:06:11
bagaikan tikaman pedang.00:06:12
00:06:12
Perbualan mereka terdapat dalam00:06:15
00:06:15
sembilan bab dalam buku Ayub,00:06:16
00:06:17
dan mereka tidak pernah sekali pun sebut nama Ayub.00:06:20
00:06:20
Tidak hairanlah Ayub berasa remuk hati.00:06:23
00:06:24
Sebenarnya,00:06:25
00:06:25
kita semua pun pernah mengalaminya, bukan?00:06:28
00:06:28
Apa yang sahabat palsu Ayub katakan00:06:31
00:06:31
menyebabkan Ayub boleh bertindak dalam dua cara.00:06:34
00:06:35
Dalam hati Ayub,00:06:37
00:06:37
dia boleh saja kata,00:06:38
00:06:38
‘Saya akan melayan kamu bertiga00:06:41
00:06:41
sebagaimana kamu telah melayan saya.’00:06:45
00:06:45
Tapi sebaliknya,00:06:47
00:06:47
Ayub pilih untuk berdamai.00:06:49
00:06:49
Mari kita baca Ayub 42:8,00:06:53
00:06:53
seraya kita lihat gambar yang ditayangkan.00:06:56
00:06:59
Dalam bahagian kedua ayat 8,00:07:01
00:07:01
Yehuwa berkata,00:07:02
00:07:03
“Kemudian hamba-Ku Ayub akan berdoa bagi pihak kamu.”00:07:07
00:07:08
Menariknya,00:07:09
00:07:09
Yehuwa seolah-olah berkata kepada Ayub,00:07:12
00:07:12
‘Cara untuk berdamai dengan00:07:14
00:07:14
sahabat-sahabat palsu kamu00:07:16
00:07:16
dan menghilangkan rasa sakit hati kamu00:07:19
00:07:19
adalah dengan berdoa untuk mereka.’00:07:22
00:07:23
Sangat menarik,00:07:24
00:07:24
berdoa bagi seseorang yang telah menyakiti hati kita00:07:28
00:07:28
adalah perkara yang paling susah00:07:30
00:07:30
bagi orang yang ingin mewujudkan kedamaian.00:07:33
00:07:33
Di ayat 10, kita belajar bahawa00:07:36
00:07:36
selepas Ayub berdoa bagi mereka,00:07:38
00:07:39
“Yehuwa menyingkirkan penderitaan Ayub00:07:41
00:07:41
dan memulihkan keadaan Ayub00:07:43
00:07:43
sehingga dia hidup makmur semula.”00:07:46
00:07:47
Dengan berdoa bagi mereka,00:07:49
00:07:49
Ayub dibantu untuk tidak rasa sakit hati lagi00:07:52
00:07:52
dan dapat fokus pada masa depan.00:07:55
00:07:56
Nampaknya,00:07:57
00:07:57
kehidupan Ayub selepas itu00:07:59
00:07:59
sangat bahagia.00:08:00
00:08:00
Sebab utama dia bahagia ialah00:08:03
00:08:03
kerana tahu dia berdamai dengan Yehuwa.00:08:07
00:08:07
Seorang yang mewujudkan kedamaian00:08:10
00:08:10
akan bahagia apabila dia memilih00:08:12
00:08:12
untuk mengampuni orang00:08:14
00:08:14
dan tidak balas dendam.00:08:16
00:08:17
Mari bincangkan cara lain00:08:19
00:08:19
kita dapat mewujudkan kedamaian.00:08:21
00:08:22
Apa harus kita buat apabila nampak00:08:24
00:08:24
tindakan kawan kita menyakiti orang lain?00:08:27
00:08:27
Abaikan saja00:08:29
00:08:29
atau cuba wujudkan kedamaian?00:08:31
00:08:32
Perhatikan kata-kata Daud di Mazmur 141:5.00:08:38
00:08:39
Kita akan baca bahagian pertama saja.00:08:43
00:08:43
Mazmur 141:5 kata,00:08:46
00:08:46
“Jika orang baik menghukumku,00:08:48
00:08:48
aku akan menganggapnya sebagai kasih setia.”00:08:52
00:08:53
Menghukum kawan kedengarannya00:08:55
00:08:55
bukan wujudkan kedamaian, kan?00:08:57
00:08:58
Biasanya,00:08:59
00:08:59
kita sering ragu-ragu untuk menegur kawan kita00:09:02
00:09:02
kerana risau kawan kita akan sakit hati00:09:05
00:09:05
dan merosakkan persahabatan kita.00:09:07
00:09:09
Sangat menarik,00:09:10
00:09:10
orang yang sering menyinggung00:09:12
00:09:12
perasaan orang lain,00:09:13
00:09:13
biasanya cepat tersinggung00:09:15
00:09:15
apabila orang lain menegur mereka.00:09:18
00:09:19
Namun, sahabat sejati00:09:22
00:09:22
akan menegur kawannya00:09:24
00:09:24
bila diperlukan.00:09:25
00:09:26
Biarpun cara kita menegurnya sopan00:09:28
00:09:28
dan bantu kawan kita,00:09:30
00:09:30
pada mulanya dia mungkin masih rasa sakit hati 00:09:33
00:09:33
sama seperti semasa sapu ubat pada luka.00:09:36
00:09:37
Jika kawan kita terapkan teguran itu,00:09:40
00:09:40
hubungannya dengan orang lain00:09:42
00:09:42
akan jadi lebih baik00:09:43
00:09:43
dan kita akan bahagia kerana berusaha00:09:46
00:09:46
mewujudkan kedamaian.00:09:48
00:09:50
Jika kita mahu menjadi kawan baik00:09:52
00:09:52
kepada orang lain,00:09:53
00:09:53
kita harus berhati-hati00:09:55
00:09:55
dengan apa yang kita katakan.00:09:57
00:09:58
Hari ini, kita ada banyak perbualan00:10:00
00:10:00
serta gurauan dengan orang lain.00:10:02
00:10:02
Jadi, kita mahu ingat00:10:04
00:10:04
jika kita mahu mewujudkan kedamaian,00:10:06
00:10:06
kita mahu pastikan kata-kata kita menyenangkan 00:10:09
00:10:10
“seperti makanan yang ditambahkan dengan garam.”00:10:12
Paul Gillies: “Berbahagialah Orang yang Berusaha Mewujudkan Kedamaian” (Mat. 5:9)
-
Paul Gillies: “Berbahagialah Orang yang Berusaha Mewujudkan Kedamaian” (Mat. 5:9)
Di Matius 5:9,
Yesus beri kita sebab kenapa kita semua
harus berusaha mewujudkan kedamaian.
Dia kata orang yang suka damai
ialah orang yang gembira.
Kedengarannya sangat mudah
tapi menjadi orang yang suka damai
merupakan satu cabaran.
Mari kita bincang satu cabaran spesifik
yang tercatat Yakobus bab 3.
Mari baca Yakobus 3:5.
“Lidah ialah anggota badan
yang kecil,
tetapi lidah dapat bercakap besar.
Lihatlah betapa kecilnya api yang diperlukan
untuk membakar hutan yang luas.”
Dan ayat 8 kata,
“Tetapi tiada seorang pun
yang dapat menjinakkan lidah.
Lidah tidak dapat dikawal,
dapat menyakiti orang
dan penuh dengan racun yang membawa maut.”
Ya, lidah memang susah dikawal.
Itulah sebabnya susah mewujudkan kedamaian.
Lidah adalah bahagian tubuh yang bantu kita
untuk makan, bernafas, dan bercakap.
Di sini, Yakobus menekankan cara kita
guna lidah kita untuk bercakap.
Kata lidah dalam bahasa Inggeris
diambil daripada kata Latin iaitu <i>lingua</i>.
Banyak kata dalam bahasa Inggeris
diambil daripada perkataan <i>lingua</i>
seperti “<i>linguistic”</i> atau <i>“language.</i>”
Dan ada banyak ungkapan lain
yang kita gunakan berkaitan dengan lidah
seperti lidah bercabang, lidah masin, tajam lidah,
panjang lidah atau manis lidah.
Seperti yang disebut Yakobus,
“Lidah bagaikan api”
yang dapat membawa kebinasaan.
Api yang kecil dapat membakar hutan yang luas.
Jadi, untuk wujudkan kedamaian,
kita perlu berusaha mengawal lidah
terutamanya semasa kita marah.
Lidah mempunyai empat deria rasa
iaitu manis, masin, masam, dan pahit.
Rasa manis terdapat pada hujung lidah
manakala di bahagian sisi lidah
terdapat rasa masin dan rasa masam.
Rasa pahit pula ada di belakang lidah
berhampiran dengan tekak.
Penulis Bible bandingkan kebolehan lidah
merasai makanan dengan kata-kata.
Contohnya, Ayub 34:3 kata,
"Telingalah yang menguji kata-kata,
sebagaimana lidah mengecap makanan.”
Di Kolose 4:6, Paulus kata,
“Hendaklah kata-kata kamu
sentiasa menyenangkan
dan enak didengari,
seperti makanan yang ditambahkan
dengan garam.
Dengan demikian,
kamu akan tahu cara untuk
menjawab setiap orang.”
Maksudnya,
kata-kata orang yang mewujudkan kedamaian
enak didengari.
Kata-kata yang tercatat di Yakobus 3:10
memang benar.
“Kata-kata pujian dan kutukan diucapkan
daripada mulut yang sama.”
Dalam kata lain,
kata-kata yang keluar dari mulut kita
antara manis atau pahit.
Kita mungkin bercakap sopan
semasa menginjil atau di perjumpaan
tapi tidak kepada ahli keluarga
atau kawan sekerja kita.
Mengapa kita kadangkala gagal melakukan hal ini?
Yesus jelaskan bahawa apa yang kita kata
menunjukkan fikiran dan perasaan kita.
Di Matius 12:34, dia kata,
“Apa yang melimpah dalam hati,
itulah yang akan diucapkan oleh mulut.”
Seperti rasa pahit
yang terdapat di belakang lidah,
kata-kata pahit berasal dari lubuk hati
dan mendedahkan fikiran dan perasaan
kita yang sebenar.
Jadi, kita menunjukkan perasaan kita
melalui apa yang kita katakan
dan cara kita bercakap tentang orang lain.
Apa yang kita dapat lihat dari gambar ini?
Gambar ini jelaskan bahawa
cara kita bercakap menunjukkan sama ada
kita hormat orang lain atau tidak.
Seorang saudari bercakap dengan saudari lain
dengan cara yang tidak hormat.
Semasa kita katakan sesuatu yang menyakiti orang lain,
kita tidak dapat tarik balik kata-kata kita.
Jadi,
apabila seorang yang mewujudkan kedamaian
menyakiti hati orang lain dengan kata-katanya,
dia akan meminta maaf dengan ikhlas
seperti saudari ini lakukan
selepas mengkaji Bible.
Sekarang, mari kita buka Amsal 12:18
dan sila perhatikan mengapa kita patut
berfikir dahulu sebelum bercakap.
Amsal 12:18 kata,
“Kata-kata yang melulu ibarat tikaman pedang,
tetapi kata-kata orang yang bijak
dapat menyembuhkan orang lain.”
Lidah boleh jadi pedang.
Apabila seseorang mengatakan hal yang tidak baik,
ini dapat meninggalkan parut kiasan
buat masa yang lama.
Seseorang yang tawar hati,
mudah mengingati hal-hal buruk
yang dikatakan orang kepadanya.
Pernahkah anda alaminya?
Kamu kecewa dan ingat kembali
kata-kata buruk orang terhadap kamu.
Namun, “kata-kata orang yang bijak”
mewujudkan kedamaian.
Mari kita lihat contoh dari Bible
untuk menggambarkan hal ini.
Biasanya,
kita akan fikir tentang penderitaan fizikal Ayub,
tapi nampaknya
kata-kata orang lain juga menyakitinya.
Mari kita buka Ayub 19:2
untuk lihat satu contoh
dan sila perhatikan gambar yang tertera.
Ayub menggambarkan kesan
kata-kata jahat Bildad
semasa dia kata,
“Sampai bilakah kamu akan terus menyeksa jiwaku,
dan meremukkan aku dengan kata-kata kamu?”
Kata-kata Ayub bermaksud
dia bukan sekadar kecewa, marah,
tapi hatinya remuk.
Kata-kata tiga sahabat palsu Ayub
bagaikan tikaman pedang.
Perbualan mereka terdapat dalam
sembilan bab dalam buku Ayub,
dan mereka tidak pernah sekali pun sebut nama Ayub.
Tidak hairanlah Ayub berasa remuk hati.
Sebenarnya,
kita semua pun pernah mengalaminya, bukan?
Apa yang sahabat palsu Ayub katakan
menyebabkan Ayub boleh bertindak dalam dua cara.
Dalam hati Ayub,
dia boleh saja kata,
‘Saya akan melayan kamu bertiga
sebagaimana kamu telah melayan saya.’
Tapi sebaliknya,
Ayub pilih untuk berdamai.
Mari kita baca Ayub 42:8,
seraya kita lihat gambar yang ditayangkan.
Dalam bahagian kedua ayat 8,
Yehuwa berkata,
“Kemudian hamba-Ku Ayub akan berdoa bagi pihak kamu.”
Menariknya,
Yehuwa seolah-olah berkata kepada Ayub,
‘Cara untuk berdamai dengan
sahabat-sahabat palsu kamu
dan menghilangkan rasa sakit hati kamu
adalah dengan berdoa untuk mereka.’
Sangat menarik,
berdoa bagi seseorang yang telah menyakiti hati kita
adalah perkara yang paling susah
bagi orang yang ingin mewujudkan kedamaian.
Di ayat 10, kita belajar bahawa
selepas Ayub berdoa bagi mereka,
“Yehuwa menyingkirkan penderitaan Ayub
dan memulihkan keadaan Ayub
sehingga dia hidup makmur semula.”
Dengan berdoa bagi mereka,
Ayub dibantu untuk tidak rasa sakit hati lagi
dan dapat fokus pada masa depan.
Nampaknya,
kehidupan Ayub selepas itu
sangat bahagia.
Sebab utama dia bahagia ialah
kerana tahu dia berdamai dengan Yehuwa.
Seorang yang mewujudkan kedamaian
akan bahagia apabila dia memilih
untuk mengampuni orang
dan tidak balas dendam.
Mari bincangkan cara lain
kita dapat mewujudkan kedamaian.
Apa harus kita buat apabila nampak
tindakan kawan kita menyakiti orang lain?
Abaikan saja
atau cuba wujudkan kedamaian?
Perhatikan kata-kata Daud di Mazmur 141:5.
Kita akan baca bahagian pertama saja.
Mazmur 141:5 kata,
“Jika orang baik menghukumku,
aku akan menganggapnya sebagai kasih setia.”
Menghukum kawan kedengarannya
bukan wujudkan kedamaian, kan?
Biasanya,
kita sering ragu-ragu untuk menegur kawan kita
kerana risau kawan kita akan sakit hati
dan merosakkan persahabatan kita.
Sangat menarik,
orang yang sering menyinggung
perasaan orang lain,
biasanya cepat tersinggung
apabila orang lain menegur mereka.
Namun, sahabat sejati
akan menegur kawannya
bila diperlukan.
Biarpun cara kita menegurnya sopan
dan bantu kawan kita,
pada mulanya dia mungkin masih rasa sakit hati
sama seperti semasa sapu ubat pada luka.
Jika kawan kita terapkan teguran itu,
hubungannya dengan orang lain
akan jadi lebih baik
dan kita akan bahagia kerana berusaha
mewujudkan kedamaian.
Jika kita mahu menjadi kawan baik
kepada orang lain,
kita harus berhati-hati
dengan apa yang kita katakan.
Hari ini, kita ada banyak perbualan
serta gurauan dengan orang lain.
Jadi, kita mahu ingat
jika kita mahu mewujudkan kedamaian,
kita mahu pastikan kata-kata kita menyenangkan
“seperti makanan yang ditambahkan dengan garam.”
-