JW subtitle extractor

Jonathan Smith: Setia Mematuhi dalam Hal yang Kecil (Luk. 16:10)

Video Other languages Share text Share link Show times

Daripada ayat harian hari ini dan komen majalah Menara Pengawal,
kita belajar bahawa kepatuhan kita dalam perkara kecil
boleh mempengaruhi sama ada kita
terselamat semasa kesengsaraan besar atau tidak.
Majalah Menara Pengawal dari beberapa tahun ini juga mengatakan
perkara yang hampir sama.
Sebagai contoh, Menara Pengawal Disember 2007 kata:
“Seraya kita semakin mendekati permulaan kesengsaraan besar,
kemungkinan besar kita akan menerima beberapa
arahan yang spesifik.
Untuk mengharungi masa yang susah itu,
kita perlu mematuhi arahan yang kita terima
bersama umat setia Yehuwa yang lain.”
Menara Pengawal April 2012 kata:
‘Semasa kesengsaraan besar,
orang Kristian perlu mematuhi arahan
daripada organisasi Tuhan dan firman-Nya.
Kita hanya akan terselamat
jika kita mematuhi arahan yang kita terima
pada masa itu.’
Menara Pengawal Mac 2022 kata:
“Ada kalanya, hamba yang setia mungkin memberikan arahan
yang tidak kita faham.
Sebagai contoh,
kita mungkin diberi arahan tentang
cara bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam tertentu,
tetapi kita berasa bencana itu tidak mungkin
berlaku di kawasan kita.”
Menara Pengawal Oktober 2023 kata:
‘Tidak lama selepas pandemik COVID-19 bermula,
kita diberi arahan supaya tidak lagi berhimpun di Dewan Perjumpaan
dan menginjil dari rumah ke rumah.
Adakah anda rasa susah untuk patuhi arahan itu?
Meskipun begitu, anda tetap patuh.
Hasilnya, anda dilindungi,
anda menyumbang kepada perpaduan dalam sidang,
dan anda gembirakan Yehuwa.
Setelah mengharungi cabaran ini,
kita sudah lebih bersedia untuk patuhi apa-apa arahan
yang diberikan semasa kesengsaraan besar kelak.’
Dan akhirnya, Menara Pengawal Februari 2024 kata:
‘Ada kalanya, kita mungkin berasa susah
untuk mengikut bimbingan Yehuwa,
terutamanya apabila bimbingan itu disampaikan
melalui manusia yang tidak sempurna.
Mengapa?
Kita mungkin tidak menyukai nasihat itu.
Atau kita mungkin rasa arahan yang kita terima itu tidak bijak,
lalu menyimpulkan bahawa arahan itu
bukan daripada Yehuwa.
Seperti yang kita dengar,
Menara Pengawal beberapa tahun ini
sering mengingatkan kita untuk mematuhi arahan.
Komen Menara Pengawal hari ini juga kata
kita mesti mematuhi arahan
walaupun arahan itu mungkin susah untuk difahami,
dipatuhi, atau kedengaran tidak logik.
Mengapa?
Mari kita bincang tentang kisah orang Israel,
semasa mereka dibebaskan dari Mesir.
Dapatkah anda ingat beberapa arahan
pada masa itu yang mungkin kedengaran
pelik atau tidak logik?
Ya, pertama sekali,
Yehuwa suruh Musa dan Harun untuk beritahu Firaun
supaya membebaskan orang Israel.
Jadi, apakah hasilnya?
Firaun menyuruh orang Israel untuk mengumpulkan jerami sendiri
dan orang Israel masih perlu
membuat jumlah batu-bata sebanyak dahulu.
Maksudnya, situasi mereka jadi lagi teruk.
Seterusnya, tulah pertama:
Air di Sungai Nil menjadi darah.
Tapi, Firaun kemudian lihat tukang-tukang sihir dia
juga dapat melakukan hal yang sama.
Jadi, dia berkeras hati.
Tulah yang seterusnya:
Katak-katak.
Tapi, tukang-tukang sihir Firaun
juga dapat melakukan mukjizat itu.
Bayangkan jika anda di situasi Musa dan Harun,
mungkinkah anda mula meragui cara Yehuwa melakukan sesuatu?
Tetapi kemudian terdapat lebih banyak tulah
dan tukang-tukang sihir Mesir
tidak dapat melakukan mukjizat-mukjizat itu.
Malah mereka kata,
“Kuasa suci Tuhan yang membolehkan hal ini terjadi!”
Sebelum tulah yang kesepuluh,
semua keluarga orang Israel
disuruh untuk menyembelih seekor kambing yang berumur satu tahun,
memanggangnya, jangan merebusnya,
jangan mematahkan satu pun daripada tulangnya,
jangan tinggalkan sedikit pun daripada dagingnya sehingga pagi,
apa yang tertinggal haruslah dibakar.
Makan dengan memakai tali pinggang,
kasut, serta memegang tongkat, dan makan cepat-cepat.
Banyak arahan.
Adakah orang Israel faham sebab di sebalik arahan-arahan ini?
Contohnya, mereka mungkin fikir,
‘Mengapa kita tidak boleh mematahkan tulang kambing?’
Yehuwa tidak memberi sebab di sebalik arahan itu.
Sebenarnya, arahan itu ialah satu nubuat
dan nubuat itu menjadi kenyataan selepas 1,500 tahun kemudian.
Pada masa itu, adakah orang Israel fikir,
‘Musa, sekarang kamu sedang ajar saya cara masakkah?
Bolehkah saya buat pilihan sendiri?’
‘Saya lebih suka rebus daging saya
walaupun saya terpaksa patah beberapa
tulang semasa letaknya ke dalam periuk.’
‘Kalau saya makan dengan terlalu cepat, perut saya akan sakit.’
Mungkin ada orang Israel yang merungut,
tapi adakah mereka patuhi arahan itu?
Ya.
Keluaran 12:28 kata:
“Umat Israel melakukan segala
yang telah diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa dan Harun.
Mereka melakukan semuanya seperti yang diperintahkan.”
Sekarang, selepas tulah yang kesepuluh,
Yehuwa beri satu lagi arahan
yang mungkin susah untuk faham.
Dia kata:
“Pergi dan minta barang emas, perak,
dan pakaian daripada orang Mesir.”
Jadi, adakah orang Israel enggan patuhi arahan ini?
Mungkinkah mereka kata:
“Musa, mungkin ini bukan masa yang sesuai?
Setiap keluarga dalam seluruh negeri Mesir
baru kehilangan anak sulung mereka
dan sekarang kami perlu pergi minta perak,
emas, dan pakaian mereka?
Bukankah itu sedikit kejam?’
Sebenarnya, orang Mesir sedang membayar orang Israel
kerana telah paksa mereka untuk kerja selama banyak tahun.
Orang Mesir sebenarnya tiada hak untuk
jadikan orang Israel hamba mereka
kerana orang Israel datang ke Mesir sebagai tetamu,
dan bukannya hamba.
Jadi, adakah orang Israel mematuhi arahan itu?
Ya, mereka patuh dan Bible kata
“Yehuwa menyebabkan orang Mesir menghormati orang Israel.”
Dan orang Mesir bagi apa yang orang Israel minta.
Orang Mesir bagi mereka apa yang diperlukan untuk
membina khemah suci.
Selepas mereka tinggalkan Mesir,
Yehuwa memberitahu Musa untuk beritahu orang Israel
agar berpatah balik dan berkhemah di tepi Laut Merah.
Sekarang, mereka terperangkap
antara Laut Merah dan tentera Firaun.
Adakah arahan itu bahaya atau bijak?
Anda tahu jawapannya.
Jadi, apa pengajarannya bagi kita?
Apa yang kita akan buat jika kita terima
arahan daripada organisasi Yehuwa
yang nampaknya kurang baik?
Mungkin arahan yang kita terima buat hidup kita lebih susah,
seperti masa orang Israel perlu cari jerami
untuk membuat batu-bata.
Atau bagaimana jika arahan yang diterima
mempengaruhi keputusan peribadi kita,
seperti apa yang kita makan, cara masak makanan itu,
dan cara makan makanan itu?
Atau kita tidak faham sebab arahan yang kita
terima untuk beberapa hari, minggu, bulan
atau untuk 1,500 tahun lagi?
Atau apa yang kita akan buat jika arahan daripada organisasi Yehuwa
nampaknya membahayakan kita
seperti semasa orang Israel terperangkap di Laut Merah?
Apa yang bantu kita untuk patuh?
Kita perlu ingat,
Yehuwa telah berulang kali menunjukkan dengan jelas
Dia menggunakan Musa dan Harun dalam setiap tulah.
Yehuwa melakukan hal yang sama hari ini,
fikirkan bagaimana kita dibimbing
dengan bijak berulang kali oleh organisasi Yehuwa,
“hamba yang setia dan bijaksana”
semasa bencana alam, peperangan, dan pandemik.
Pengajarannya, inilah masanya kita belajar
untuk mempercayai Yehuwa,
mempercayai orang yang Dia guna,
dan patuhi arahan walaupun dalam hal yang kecil.
Ini akan membantu kita bersedia
bukan hanya untuk kesengsaraan besar,
tapi juga untuk apa yang akan berlaku
semasa Pemerintahan Seribu Tahun
seperti yang dikatakan di Mazmur 45:16.
Jadi, adakah kita akan terus ikut arahan
walaupun hal itu bukan yang kita mahu?
Itu bergantung
pada bagaimana kita mematuhi arahan Yehuwa sekarang.