JW subtitle extractor

Kasihi Kerja Penyebaran—Menangani Perasaan Kurang Yakin

Video Other languages Share text Share link Show times

Saya tidak dibesarkan dalam kebenaran.
Saya ditentang oleh ahli keluarga
dan kawan yang sama agama dengan saya dulu.
Kadang, mereka hina saya.
Jadi, saya mula rasa takut semasa pergi menginjil.
Dari kecil, saya sudah mula kerja di ladang.
Saya sedih nampak budak-budak lain boleh pergi sekolah.
Saya akan kata, “Saya pun mahu belajar membaca.”
Tapi, masa itu tiada peluang.
Jadi bila saya mula keluar menginjil,
saya ingat saya sangat takut.
Saya fikir, “Mereka akan buka pintukah?
Mereka mahu dengarkah apa saya cakap?”
Saya dibesarkan dalam kebenaran.
Tapi, semasa kecil pun saya sangat pemalu.
Saya rasa susah luahkan fikiran dan perasaan sendiri.
Bila saya mahu cakap sesuatu, yang lain pula keluar.
Kemudian semasa pandemik, saya menjadi lagi pemalu
kerana saya tidak dapat kawal rasa bimbang dan takut.
Bila saya keluar menginjil, saya rasa kurang yakin diri.
Jadi saya akan kata, “Saudara, kamulah yang menginjil.
Saya hanya temankan kamu.”
Rasa khuatir yang melampau itu
buat saya ragu-ragu tentang apa yang saya cakap.
Saya risau saya cakap salah
atau orang lain mungkin tidak suka apa yang saya cakap.
Sebab itu kerja menginjil menjadi lebih susah.
Ada sekali, seorang wanita kata,
“Kamu baca pun tidak tahu, macam mana mahu menginjil?”
Lepas itu, saya sangat sedih.
Doa sangat bantu saya.
Setiap kali saya pergi menginjil dan mula rasa risau dan takut,
saya ucap doa singkat dan saya pun kurang risau.
Saya juga boleh rasa Yehuwa sedang pegang tangan saya
dan bantu saya untuk terus menginjil.
Memang saya tidak pandai membaca masa itu,
tapi saya ingatkan diri, saya tak perlu takut.
Tuhan sedang pegang tangan saya.
Bila saya gementar, saya selalu berdoa.
Seorang saudari matang yang selalu menginjil bersama saya
banyak membantu saya.
Dia kata, “Yehuwalah yang buat kita layak untuk buat satu tugasan
dan bukan kerana kebolehan kita sendiri.”
Saudara saudari lain juga banyak membantu saya.
Mereka kongsi pengalaman menginjil mereka
dan beritahu saya bagaimana Yehuwa bantu mereka jadi berani.
Saya rasa digalakkan.
Jika mereka boleh menginjil dengan bantuan Yehuwa, saya pun boleh.
Bila saya menginjil,
saya sedar saya cakap banyak tentang pandangan saya.
Tapi bila Yesus menginjil, dia menggunakan ayat Bible.
Teladan Yesus ajar saya, saya tidak perlu cakap terlalu banyak.
Saya cuba guna kata-kata yang ringkas semasa menginjil.
Mungkin saya cakap, “Oh, kamu sedang menyapu ya?”
atau “Wah, cantiknya bunga-bunga itu!”
Lepas itu saya cakap, “Kalau kita belajar Bible,
kita boleh tahu apa lagi hal-hal baik yang Tuhan sudah buat.”
Kata-kata Yesus sangat melegakan saya.
“Aku akan sentiasa menyertai kamu.”
Saya rasa lebih yakin
kerana saya sedar saya tidak melakukannya seorang diri.
Yesus ada bersama saya.
Kalau kamu tidak pandai membaca, janganlah takut.
Masih ada banyak yang kita boleh dengar tentang Yehuwa.
Jadi, jangan putus asa.
Waktu saya tidak pandai membaca,
saya pun telah belajar tentang nama Yehuwa.
Dan kerana itu, sekarang saya pun dapat belajar membaca.
Saya bangga dapat kenal Yehuwa dan nama-Nya.
Semua ini saya tidak pernah dengar dahulu.
Memang nama Yehuwa betul-betul indah.
Maksud nama Yehuwa memang betul.
Dia dapat menjadikan kita apa-apa saja untuk lakukan kehendak-Nya.
Orang yang pemalu macam saya pun sekarang berani untuk menginjil.
Saya sangat hargai peluang untuk jadi umat Yehuwa.
Saya dapat belajar banyak tentang Yehuwa.
Saya pun boleh kongsi banyak kebenaran Bible kepada orang lain.
Dan ini buat saya gembira.
Sekarang, saya lebih suka menginjil
kerana saya tahu Yehuwa akan bantu saya.
Dialah yang bantu saya
supaya dapat tunjuk kasih-Nya kepada semua orang.