JW subtitle extractor

Kasihi Kerja Penyebaran—Meluaskan Khidmat Kita

Video Other languages Share text Share link Show times

Dulu saya dan isteri selalu cerita
tentang berpindah ke tempat yang
perlu lebih banyak penyiar.
Namun, kami tinggal di Lima.
Di sana ada banyak peluang pekerjaan.
Jadi, jika kami berpindah,
kami risau kami tiada kerja.
Semasa suami saya cadangkan kami merintis semula,
saya rasa itu mustahil.
Dulu kami pernah merintis,
tapi itu sudah lama.
Kami masih ada lima anak yang tinggal bersama
dan kedua-dua bapa kami ada masalah kesihatan.
Saya mula merintis selepas habis sekolah menengah.
Setahun kemudian,
saya dapat tahu saya ada masalah saraf tunjang
yang banyak mengehadkan aktiviti harian saya.
Sebab itu, saya berhenti merintis.
Saya harap saya dapat buat lebih lagi,
tapi sekarang saya rasa
seolah-olah terperangkap dalam terowong yang gelap.
Saya selalu fikir tentang Yakub di Kejadian bab 32,
semasa dia bergelut dengan malaikat.
Dia tidak berhenti sehingga dia mendapat berkat.
Saya belajar untuk mendapat berkat Yehuwa,
kami perlu berusaha,
buat pengorbanan, dan banyak berdoa.
Mazmur 34:8 kata,
“Rasakanlah sendiri betapa baiknya Yehuwa.”
Ayat itu mengingatkan kami Yehuwa akan
memberkati mereka yang buat lebih untuk-Nya.
Semasa pembelajaran peribadi saya,
saya merenungkan tentang kisah balu yang miskin.
Kisah itu banyak membantu saya
dan buat saya sedar
Yehuwa memperhatikan segala usaha saya
dan sangat gembira dengan apa yang saya dapat buat.
Selepas kami beritahu bos
kami mahu berhenti kerja,
mereka tawarkan gaji dua kali ganda.
Tapi kami bertekad untuk pindah
dan kami rela buat apa sahaja kerja seperti
menyapu di tepi jalan,
jual barang di pasar
agar kami ada lebih masa untuk menginjil.
Kami mendapati orang-orang di kawasan baharu kami
sangat suka dengar Firman Tuhan.
Jadi, kami dapat mulakan banyak pembelajaran Bible.
Kami akan keluar rumah pada awal pagi
dan balik pada lewat malam.
Kami ada kalendar untuk sekeluarga.
Kami tulis jadual kami di sana supaya
kami dapat bantu satu sama lain.
Contohnya, jika kami tahu seorang akan lambat balik,
kami akan pastikan makan malam tersedia
dan kerja lain sudah dibuat.
Saya sedar, saya masih boleh ada semangat seperti mubaligh.
Setiap bulan,
saya akan cari masa dalam jadual saya
untuk menginjil bersama saudara saudari
melalui panggilan video.
Kadangkala, saya cuba kongsi sedikit mesej Bible
dengan sepupu saya.
Apabila saya rasa sihat, saya akan keluar menginjil.
Selepas setahun, duit kami habis.
Suatu pagi,
kami berdoa minta bantuan Yehuwa
agar kami terus utamakan Kerajaan-Nya.
Kemudian, kami keluar menginjil.
Semasa menginjil di rumah terakhir,
seorang wanita bagi kami beg yang penuh sayur.
Apabila kami mahu beredar,
satu lagi jiran bagi kami satu bakul penuh dengan makanan.
Kamu ingat lagi apa yang kamu kata?
“Wow, Yehuwa beli-belah untuk kita.
Hanya kurang daging saja.”
Tapi semasa kami sampai rumah,
anak seorang saudari bagi kami beg yang penuh dengan daging.
Kami sangat terharu.
Apabila kami kenang kembali,
kami dapat ‘rasakan sendiri betapa baiknya Yehuwa.’
Seperti yang dikatakan di Mazmur 34:8.
Kami dapat merintis
dengan tiga anak kami yang dewasa.
Dua lagi yang masih bersekolah ada matlamat untuk merintis
selepas mereka tamat sekolah.
Kami sekeluarga rasa erat dapat sembah Yehuwa bersama-sama.
Itulah berkat yang berharga bagi kami.
Apabila saya buat apa yang saya mampu
dalam kerja penyebaran,
saya tidak berfokus pada diri sendiri.
Sekarang, saya menikmati mengendalikan satu pembelajaran Bible.
Kami biasanya belajar melalui talian.
Tapi, dia akan datang ke rumah saya sebulan sekali.
Dia sudah mula komen semasa perjumpaan.
Melihat kemajuannya secara rohani
dalam cara yang saya tidak jangka menggalakkan saya.
Ada masa kami rasa sangat susah untuk buat lebih
dalam khidmat Yehuwa.
Tapi kebanyakan masa, itu hanya fikiran kita sendiri.
Jika kita buat saja,
Yehuwa akan memberi kita
kekuatan untuk melakukannya.