00:00:01
Apabila seseorang cuba untuk membuat kita00:00:04
00:00:04
tidak lagi setia kepada Yehuwa,00:00:07
00:00:07
kita tahu kita tidak boleh bergantung pada diri sendiri.00:00:10
00:00:10
Seperti dalam komen ayat harian kita hari ini,00:00:13
00:00:13
jika kita bergantung pada pandangan manusia,00:00:17
00:00:17
kita mungkin mula mengabaikan pandangan Yehuwa.00:00:20
00:00:21
Semasa Syaitan menyerang kita secara terang-terangan00:00:25
00:00:25
menerusi penganiayaan atau tentangan,00:00:28
00:00:28
kita sudah sedia,00:00:30
00:00:30
tahu ayat Bible yang dapat bantu,00:00:32
00:00:32
dan cara untuk membela iman kita dengan hormat.00:00:35
00:00:35
1 Petrus 3:15 kata00:00:37
00:00:37
"Kita sentiasa bersedia untuk membela diri di hadapan00:00:41
00:00:41
orang yang menuntut penjelasan tentang harapan kita."00:00:44
00:00:44
Ini bukan kerana kita sangat yakin00:00:46
00:00:46
atau fikir kita pandai daripada orang lain.00:00:49
00:00:49
Sebaliknya, kita percaya bimbingan Yehuwa00:00:51
00:00:51
dan kebijaksanaan-Nya.00:00:53
00:00:53
Amsal 3:5, 6 mengingatkan kita00:00:57
00:00:57
untuk percayalah kepada Yehuwa dengan sepenuh hati00:01:01
00:01:01
dan bukannya pada pengertian sendiri.00:01:03
00:01:03
Bila kita ikut nasihat ini,00:01:05
00:01:05
kita tidak akan dipengaruhi oleh pandangan dunia00:01:07
00:01:07
yang selalu menggalakkan orang00:01:09
00:01:09
untuk buat apa saja sesuka hati.00:01:12
00:01:12
Bagaimana pula jika serangan itu tidak begitu ketara?00:01:16
00:01:16
Serangan itu mungkin tidak dijangka00:01:18
00:01:18
atau datang daripada keluarga kita sendiri.00:01:21
00:01:22
Memang tidak mudah00:01:23
00:01:23
jika seorang ahli keluarga membuat kita rasa bersalah,00:01:26
00:01:26
terutamanya semasa kita menghadapi situasi yang mencabar.00:01:31
00:01:31
Apabila situasi sebegini berlaku,00:01:33
00:01:33
kita mungkin rasa ini bukan sesuatu yang menguji iman kita,00:01:37
00:01:37
tetapi hanya masalah hubungan antara keluarga.00:01:41
00:01:41
Yehuwa memahami cabaran ini.00:01:44
00:01:44
Itulah sebabnya Bible00:01:46
00:01:46
mengandungi contoh mereka yang tetap setia00:01:49
00:01:49
biarpun mengalami tekanan secara emosi.00:01:52
00:01:52
Contoh yang baik ialah Ayub.00:01:55
00:01:56
Kita tahu Ayub seorang yang setia00:01:58
00:01:58
meskipun telah menghadapi cabaran yang sangat susah.00:02:02
00:02:02
Salah satu cabaran yang dialami oleh Ayub00:02:05
00:02:05
disebabkan oleh isterinya sendiri.00:02:08
00:02:09
Ayub dan isterinya00:02:11
00:02:11
menghadapi kehilangan yang sangat besar.00:02:14
00:02:14
Mari baca apa yang isterinya kata di Ayub 2:9.00:02:20
00:02:21
Ayub 2:9,00:02:24
00:02:24
isteri Ayub sangat sedih00:02:26
00:02:26
sehingga dia berkata,00:02:28
00:02:28
"Apa gunanya kamu tetap setia kepada Tuhan?00:02:32
00:02:32
Kutuklah Tuhan dan matilah."00:02:35
00:02:35
Isteri Ayub bukannya jahat.00:02:38
00:02:38
Dia berkata sedemikian kerana dia sangat sedih.00:02:41
00:02:41
Hal itu pasti sangat susah bagi Ayub.00:02:44
00:02:44
Tekanan yang dihadapinya00:02:46
00:02:46
bukan datang daripada seorang musuh00:02:49
00:02:49
tetapi daripada orang yang dia kasihi.00:02:51
00:02:52
Pernahkah anda dalam situasi yang sama?00:02:55
00:02:55
Mungkin ibu atau bapa anda masuk hospital00:02:58
00:02:58
atau baru meninggal.00:03:00
00:03:00
Semua orang sedang bersedih.00:03:03
00:03:03
Tapi kemudian,00:03:04
00:03:04
seorang ahli keluarga berkata kepada anda,00:03:08
00:03:08
"Kenapa kamu jarang datang?"00:03:10
00:03:10
atau "Kamu lebih pentingkan tugasan kamu00:03:12
00:03:12
daripada keluarga sendiri."00:03:14
00:03:15
Itu memang buat kita sakit hati00:03:17
00:03:17
sebab datang daripada orang yang kita sayang.00:03:19
00:03:19
Kita mungkin fikir mengapa mereka cakap begitu.00:03:23
00:03:23
Kalaulah mereka tahu00:03:25
00:03:25
betapa inginnya saya berada di sini.00:03:28
00:03:28
Dan kalaulah mereka tahu betapa susahnya saya tidur00:03:31
00:03:31
kerana asyik fikir hal ini dan berdoa tentangnya.00:03:35
00:03:35
Ya, pada saat itu,00:03:37
00:03:37
fikiran kita mudah dipengaruhi oleh emosi kita.00:03:41
00:03:41
Bukan isteri Ayub saja yang buat dia rasa bersalah.00:03:45
00:03:45
Tiga sahabatnya iaitu Elifas, Bildad dan Zofar00:03:49
00:03:49
juga berbuat demikian.00:03:50
00:03:50
Elifas kata Ayub telah buat kesalahan.00:03:54
00:03:54
Zofar menyuruh Ayub berhenti berdosa.00:03:56
00:03:56
Bildad pula kata anak-anak Ayub mati kerana dosa mereka.00:04:01
00:04:01
Kata-kata mereka berdasarkan pandangan manusia,00:04:04
00:04:04
bukan berdasarkan kasih atau kebenaran.00:04:06
00:04:06
Di Ayub 42:7,00:04:09
00:04:09
Yehuwa berkata kepada Elifas,00:04:11
00:04:11
"Aku murka terhadapmu00:04:12
00:04:12
dan kedua-dua orang sahabatmu,00:04:14
00:04:14
kerana kamu semua tidak mengatakan00:04:16
00:04:16
apa yang benar tentang aku00:04:18
00:04:18
seperti yang dilakukan oleh hambaku Ayub."00:04:21
00:04:21
Daripada membantu Ayub,00:04:23
00:04:23
mereka membuatnya rasa lebih teruk.00:04:25
00:04:25
Hari ini, kita mungkin hadapi tekanan yang serupa.00:04:29
00:04:29
Bukan daripada kawan-kawan00:04:31
00:04:31
tetapi mungkin daripada ahli keluarga yang tidak seiman.00:04:34
00:04:35
Mungkin kita sudah berkhidmat dengan setia00:04:37
00:04:37
selama bertahun-tahun.00:04:39
00:04:39
Tapi sekarang tugasan kita berubah00:04:41
00:04:41
atau sudah berakhir00:04:43
00:04:43
dan kita sedang pertimbangkan00:04:44
00:04:44
khidmat sepenuh masa yang lain.00:04:47
00:04:47
Tetapi keluarga kita tidak faham dan berkata,00:04:51
00:04:51
"Kamu masih mahu buat kerja sukarela?00:04:53
00:04:53
Carilah duit.00:04:55
00:04:55
Cukuplah dengan agama kamu itu.00:04:56
00:04:56
Fikirlah tentang masa depan kamu."00:04:59
00:04:59
Mereka mungkin tidak faham00:05:01
00:05:01
mengapa kita guna hidup kita untuk khidmat Yehuwa.00:05:04
00:05:04
Kata-kata mereka00:05:06
00:05:06
mungkin membuat kita meragui keputusan kita,00:05:09
00:05:09
terutamanya semasa kita sedang bersedih00:05:11
00:05:11
kerana perubahan tugasan kita.00:05:14
00:05:14
Namun seperti kawan-kawan Ayub,00:05:17
00:05:17
nasihat mereka berdasarkan pandangan manusia,00:05:19
00:05:19
bukan pandangan Yehuwa.00:05:21
00:05:21
Nasihat sebegitu boleh membuat kita beransur-ansur00:05:25
00:05:25
mengabaikan pandangan Yehuwa.00:05:27
00:05:27
Serangan emosi sebegini00:05:29
00:05:29
dapat membuat kita terpengaruh tanpa kita jangka.00:05:33
00:05:33
Ayub tidak menyerah kepada tekanan emosi00:05:36
00:05:36
daripada isteri dan sahabat-sahabatnya.00:05:39
00:05:39
Dia tetap setia kepada Yehuwa00:05:41
00:05:41
biarpun dia tidak faham mengapa dia menderita.00:05:45
00:05:45
Jadi apa yang kita boleh belajar daripada contoh Ayub?00:05:48
00:05:48
Mari bincang tiga pengajaran.00:05:50
00:05:50
Pertama, Ayub ajar kita00:05:53
00:05:53
untuk bergantung pada kebijaksanaan Yehuwa,00:05:55
00:05:55
bukan ikut emosi atau pandangan manusia.00:05:59
00:05:59
Semasa isterinya sedang bersedih00:06:01
00:06:01
dan menyuruhnya untuk berputus asa,00:06:04
00:06:04
Ayub tidak menjadi marah atau membela diri.00:06:07
00:06:07
Sebaliknya, dia ingatkan isterinya00:06:10
00:06:10
bahawa dia percaya Yehuwa.00:06:12
00:06:12
Mari baca reaksi Ayub di Ayub 2:10.00:06:16
00:06:16
Ayub berkata kepada isterinya,00:06:19
00:06:19
"Kamu bercakap seperti seorang wanita yang bodoh.00:06:22
00:06:22
Adakah kita hanya menerima perkara yang baik00:06:24
00:06:24
daripada Tuhan tetapi tidak menerima perkara yang buruk?"00:06:27
00:06:27
Walaupun semua hal tersebut menimpa Ayub,00:06:29
00:06:29
dia tidak mengucapkan apa-apa00:06:31
00:06:31
yang menyebabkannya berdosa.00:06:33
00:06:33
Ayub faham isterinya bercakap begitu00:06:36
00:06:36
kerana dia sangat sedih.00:06:38
00:06:38
Tapi Ayub tidak bertengkar atau balas balik.00:06:41
00:06:41
Ayub tidak bertindak mengikut pandangan manusia.00:06:44
00:06:44
Dengan tenang, dia menunjukkan dia percaya Yehuwa.00:06:48
00:06:48
Begitu juga, bila orang yang kita kasihi00:06:51
00:06:51
ucapkan kata-kata yang menyakitkan,00:06:54
00:06:54
kita ingin menjawabnya dengan baik hati.00:06:57
00:06:57
Kita tidak perlu membela diri.00:06:59
00:06:59
Dengan tenang, kita dapat beritahunya00:07:02
00:07:02
kita mengasihinya dan kita percaya pada Yehuwa.00:07:05
00:07:05
Kedua, Ayub ajar kita cara untuk tetap setia00:07:09
00:07:09
semasa kita tidak faham mengapa keadaan kita berubah.00:07:13
00:07:13
Sahabatnya menggunakan pandangan manusia00:07:16
00:07:16
dan menuduh Ayub dengan tidak adil.00:07:19
00:07:19
Ayub memang bingung dan sedih00:07:21
00:07:21
sehingga dia ucapkan kata-kata yang melulu.00:07:24
00:07:24
Namun begitu,00:07:26
00:07:26
dia masih bersyukur kerana Yehuwa menjaganya.00:07:29
00:07:29
Lihat apa yang dia kata di Ayub 10:12.00:07:34
00:07:36
Ayat ini kata,00:07:37
00:07:37
"Engkau telah mengurniai aku nafas kehidupan00:07:39
00:07:39
dan mengasihi aku dengan setia.00:07:42
00:07:42
Engkau telah menjaga dan memelihara nyawaku."00:07:46
00:07:46
Pada masa itu,00:07:47
00:07:47
Ayub tidak tahu cara Yehuwa akan bantunya.00:07:50
00:07:50
Dia menderita secara emosi dan fizikal,00:07:53
00:07:53
tapi dia tidak henti percaya Yehuwa.00:07:56
00:07:56
Dia masih bercakap kepada penuduhnya00:07:58
00:07:58
tentang kasih dan penghargaannya00:08:00
00:08:00
atas apa yang Yehuwa beri kepadanya.00:08:03
00:08:04
Begitu juga kita mungkin rasa tawar hati00:08:07
00:08:07
apabila hadapi tekanan00:08:08
00:08:08
daripada keluarga yang tidak seiman,00:08:10
00:08:10
terutamanya semasa perubahan tugasan kita.00:08:14
00:08:14
Tapi kita juga dapat beritahu mereka00:08:18
00:08:18
tentang kasih dan penghargaan kita terhadap Yehuwa.00:08:21
00:08:21
Ingatlah ahli keluarga kita yang tidak seiman00:08:24
00:08:24
mungkin tidak faham usaha yang kita curahkan00:08:27
00:08:27
untuk Yehuwa.00:08:28
00:08:28
Tetapi Yehuwa tahu usaha kita00:08:30
00:08:30
dan menghargainya.00:08:32
00:08:32
Pengajaran yang ketiga00:08:33
00:08:33
daripada jawapan Ayub ialah00:08:35
00:08:35
Ayub mengingatkan kita00:08:37
00:08:37
tentang pentingnya untuk menantikan Yehuwa.00:08:40
00:08:40
Kita tahu Ayub tetap setia00:08:43
00:08:43
biarpun dia tidak tahu mengapa dia menderita.00:08:45
00:08:45
Tapi perhatikan kata-katanya di Ayub 19:25.00:08:50
00:08:52
Ayat ini kata,00:08:53
00:08:53
"Aku tahu bahawa Penebusku memang wujud.00:08:57
00:08:57
Dia akan muncul di muka bumi pada kemudian hari."00:09:01
00:09:02
Menariknya, cubaan Ayub00:09:05
00:09:05
mungkin berlanjutan beberapa bulan00:09:07
00:09:07
atau mungkin kurang daripada setahun.00:09:09
00:09:09
Tapi daripada ayat ini,00:09:12
00:09:12
kita dapat lihat Ayub sangat yakin00:09:14
00:09:14
bahawa Yehuwa akan menebusnya00:09:16
00:09:16
kerana dia berharga di mata Yehuwa.00:09:18
00:09:18
Ya, Ayub bertabah dan menantikan Yehuwa.00:09:22
00:09:22
Jika keadaan hidup kita berubah,00:09:25
00:09:25
tugasan kita berakhir,00:09:26
00:09:26
atau kita sedang bersedih00:09:28
00:09:28
kerana kehilangan orang tersayang,00:09:30
00:09:30
hal ini mungkin mengambil masa00:09:32
00:09:32
untuk kita berasa gembira lagi.00:09:34
00:09:34
Tapi seperti Ayub,00:09:36
00:09:36
kita dapat menantikan Yehuwa.00:09:38
00:09:38
Dia menghargai ketabahan kita,00:09:41
00:09:41
Dia nampak kesetiaan kita00:09:43
00:09:43
dan tidak akan melupakannya.00:09:45
00:09:45
Contoh Ayub menunjukkan00:09:47
00:09:47
bahawa tekanan emosi00:09:49
00:09:49
terutamanya daripada orang yang kita rapat00:09:51
00:09:51
boleh menjadi satu cubaan yang besar.00:09:54
00:09:54
Tapi contohnya juga membuktikan00:09:57
00:09:57
kita dapat setia kepada Yehuwa00:09:59
00:09:59
biarpun menghadapi keadaan yang sangat susah.00:10:02
00:10:03
Pada saat-saat yang susah,00:10:05
00:10:05
janganlah bergantung pada fikiran00:10:07
00:10:07
atau ikut emosi,00:10:08
00:10:08
tapi bergantung pada kebijaksanaan Yehuwa.00:10:11
00:10:11
Tetap setia biarpun tidak tahu sebab kita menderita,00:10:15
00:10:15
dan nantikan Yehuwa00:10:17
00:10:17
kerana kita tahu Dia lihat dan menghargai ketabahan kita.00:10:21
00:10:21
Sepertimana Dia memberkati kesetiaan Ayub,00:10:24
00:10:24
Dia juga akan memberkati kita.00:10:26
Peter Price: Tetap Setia semasa Mengalami Tekanan Emosi (Ayb. 2:9, 10)
-
Peter Price: Tetap Setia semasa Mengalami Tekanan Emosi (Ayb. 2:9, 10)
Apabila seseorang cuba untuk membuat kita
tidak lagi setia kepada Yehuwa,
kita tahu kita tidak boleh bergantung pada diri sendiri.
Seperti dalam komen ayat harian kita hari ini,
jika kita bergantung pada pandangan manusia,
kita mungkin mula mengabaikan pandangan Yehuwa.
Semasa Syaitan menyerang kita secara terang-terangan
menerusi penganiayaan atau tentangan,
kita sudah sedia,
tahu ayat Bible yang dapat bantu,
dan cara untuk membela iman kita dengan hormat.
1 Petrus 3:15 kata
"Kita sentiasa bersedia untuk membela diri di hadapan
orang yang menuntut penjelasan tentang harapan kita."
Ini bukan kerana kita sangat yakin
atau fikir kita pandai daripada orang lain.
Sebaliknya, kita percaya bimbingan Yehuwa
dan kebijaksanaan-Nya.
Amsal 3:5, 6 mengingatkan kita
untuk percayalah kepada Yehuwa dengan sepenuh hati
dan bukannya pada pengertian sendiri.
Bila kita ikut nasihat ini,
kita tidak akan dipengaruhi oleh pandangan dunia
yang selalu menggalakkan orang
untuk buat apa saja sesuka hati.
Bagaimana pula jika serangan itu tidak begitu ketara?
Serangan itu mungkin tidak dijangka
atau datang daripada keluarga kita sendiri.
Memang tidak mudah
jika seorang ahli keluarga membuat kita rasa bersalah,
terutamanya semasa kita menghadapi situasi yang mencabar.
Apabila situasi sebegini berlaku,
kita mungkin rasa ini bukan sesuatu yang menguji iman kita,
tetapi hanya masalah hubungan antara keluarga.
Yehuwa memahami cabaran ini.
Itulah sebabnya Bible
mengandungi contoh mereka yang tetap setia
biarpun mengalami tekanan secara emosi.
Contoh yang baik ialah Ayub.
Kita tahu Ayub seorang yang setia
meskipun telah menghadapi cabaran yang sangat susah.
Salah satu cabaran yang dialami oleh Ayub
disebabkan oleh isterinya sendiri.
Ayub dan isterinya
menghadapi kehilangan yang sangat besar.
Mari baca apa yang isterinya kata di Ayub 2:9.
Ayub 2:9,
isteri Ayub sangat sedih
sehingga dia berkata,
"Apa gunanya kamu tetap setia kepada Tuhan?
Kutuklah Tuhan dan matilah."
Isteri Ayub bukannya jahat.
Dia berkata sedemikian kerana dia sangat sedih.
Hal itu pasti sangat susah bagi Ayub.
Tekanan yang dihadapinya
bukan datang daripada seorang musuh
tetapi daripada orang yang dia kasihi.
Pernahkah anda dalam situasi yang sama?
Mungkin ibu atau bapa anda masuk hospital
atau baru meninggal.
Semua orang sedang bersedih.
Tapi kemudian,
seorang ahli keluarga berkata kepada anda,
"Kenapa kamu jarang datang?"
atau "Kamu lebih pentingkan tugasan kamu
daripada keluarga sendiri."
Itu memang buat kita sakit hati
sebab datang daripada orang yang kita sayang.
Kita mungkin fikir mengapa mereka cakap begitu.
Kalaulah mereka tahu
betapa inginnya saya berada di sini.
Dan kalaulah mereka tahu betapa susahnya saya tidur
kerana asyik fikir hal ini dan berdoa tentangnya.
Ya, pada saat itu,
fikiran kita mudah dipengaruhi oleh emosi kita.
Bukan isteri Ayub saja yang buat dia rasa bersalah.
Tiga sahabatnya iaitu Elifas, Bildad dan Zofar
juga berbuat demikian.
Elifas kata Ayub telah buat kesalahan.
Zofar menyuruh Ayub berhenti berdosa.
Bildad pula kata anak-anak Ayub mati kerana dosa mereka.
Kata-kata mereka berdasarkan pandangan manusia,
bukan berdasarkan kasih atau kebenaran.
Di Ayub 42:7,
Yehuwa berkata kepada Elifas,
"Aku murka terhadapmu
dan kedua-dua orang sahabatmu,
kerana kamu semua tidak mengatakan
apa yang benar tentang aku
seperti yang dilakukan oleh hambaku Ayub."
Daripada membantu Ayub,
mereka membuatnya rasa lebih teruk.
Hari ini, kita mungkin hadapi tekanan yang serupa.
Bukan daripada kawan-kawan
tetapi mungkin daripada ahli keluarga yang tidak seiman.
Mungkin kita sudah berkhidmat dengan setia
selama bertahun-tahun.
Tapi sekarang tugasan kita berubah
atau sudah berakhir
dan kita sedang pertimbangkan
khidmat sepenuh masa yang lain.
Tetapi keluarga kita tidak faham dan berkata,
"Kamu masih mahu buat kerja sukarela?
Carilah duit.
Cukuplah dengan agama kamu itu.
Fikirlah tentang masa depan kamu."
Mereka mungkin tidak faham
mengapa kita guna hidup kita untuk khidmat Yehuwa.
Kata-kata mereka
mungkin membuat kita meragui keputusan kita,
terutamanya semasa kita sedang bersedih
kerana perubahan tugasan kita.
Namun seperti kawan-kawan Ayub,
nasihat mereka berdasarkan pandangan manusia,
bukan pandangan Yehuwa.
Nasihat sebegitu boleh membuat kita beransur-ansur
mengabaikan pandangan Yehuwa.
Serangan emosi sebegini
dapat membuat kita terpengaruh tanpa kita jangka.
Ayub tidak menyerah kepada tekanan emosi
daripada isteri dan sahabat-sahabatnya.
Dia tetap setia kepada Yehuwa
biarpun dia tidak faham mengapa dia menderita.
Jadi apa yang kita boleh belajar daripada contoh Ayub?
Mari bincang tiga pengajaran.
Pertama, Ayub ajar kita
untuk bergantung pada kebijaksanaan Yehuwa,
bukan ikut emosi atau pandangan manusia.
Semasa isterinya sedang bersedih
dan menyuruhnya untuk berputus asa,
Ayub tidak menjadi marah atau membela diri.
Sebaliknya, dia ingatkan isterinya
bahawa dia percaya Yehuwa.
Mari baca reaksi Ayub di Ayub 2:10.
Ayub berkata kepada isterinya,
"Kamu bercakap seperti seorang wanita yang bodoh.
Adakah kita hanya menerima perkara yang baik
daripada Tuhan tetapi tidak menerima perkara yang buruk?"
Walaupun semua hal tersebut menimpa Ayub,
dia tidak mengucapkan apa-apa
yang menyebabkannya berdosa.
Ayub faham isterinya bercakap begitu
kerana dia sangat sedih.
Tapi Ayub tidak bertengkar atau balas balik.
Ayub tidak bertindak mengikut pandangan manusia.
Dengan tenang, dia menunjukkan dia percaya Yehuwa.
Begitu juga, bila orang yang kita kasihi
ucapkan kata-kata yang menyakitkan,
kita ingin menjawabnya dengan baik hati.
Kita tidak perlu membela diri.
Dengan tenang, kita dapat beritahunya
kita mengasihinya dan kita percaya pada Yehuwa.
Kedua, Ayub ajar kita cara untuk tetap setia
semasa kita tidak faham mengapa keadaan kita berubah.
Sahabatnya menggunakan pandangan manusia
dan menuduh Ayub dengan tidak adil.
Ayub memang bingung dan sedih
sehingga dia ucapkan kata-kata yang melulu.
Namun begitu,
dia masih bersyukur kerana Yehuwa menjaganya.
Lihat apa yang dia kata di Ayub 10:12.
Ayat ini kata,
"Engkau telah mengurniai aku nafas kehidupan
dan mengasihi aku dengan setia.
Engkau telah menjaga dan memelihara nyawaku."
Pada masa itu,
Ayub tidak tahu cara Yehuwa akan bantunya.
Dia menderita secara emosi dan fizikal,
tapi dia tidak henti percaya Yehuwa.
Dia masih bercakap kepada penuduhnya
tentang kasih dan penghargaannya
atas apa yang Yehuwa beri kepadanya.
Begitu juga kita mungkin rasa tawar hati
apabila hadapi tekanan
daripada keluarga yang tidak seiman,
terutamanya semasa perubahan tugasan kita.
Tapi kita juga dapat beritahu mereka
tentang kasih dan penghargaan kita terhadap Yehuwa.
Ingatlah ahli keluarga kita yang tidak seiman
mungkin tidak faham usaha yang kita curahkan
untuk Yehuwa.
Tetapi Yehuwa tahu usaha kita
dan menghargainya.
Pengajaran yang ketiga
daripada jawapan Ayub ialah
Ayub mengingatkan kita
tentang pentingnya untuk menantikan Yehuwa.
Kita tahu Ayub tetap setia
biarpun dia tidak tahu mengapa dia menderita.
Tapi perhatikan kata-katanya di Ayub 19:25.
Ayat ini kata,
"Aku tahu bahawa Penebusku memang wujud.
Dia akan muncul di muka bumi pada kemudian hari."
Menariknya, cubaan Ayub
mungkin berlanjutan beberapa bulan
atau mungkin kurang daripada setahun.
Tapi daripada ayat ini,
kita dapat lihat Ayub sangat yakin
bahawa Yehuwa akan menebusnya
kerana dia berharga di mata Yehuwa.
Ya, Ayub bertabah dan menantikan Yehuwa.
Jika keadaan hidup kita berubah,
tugasan kita berakhir,
atau kita sedang bersedih
kerana kehilangan orang tersayang,
hal ini mungkin mengambil masa
untuk kita berasa gembira lagi.
Tapi seperti Ayub,
kita dapat menantikan Yehuwa.
Dia menghargai ketabahan kita,
Dia nampak kesetiaan kita
dan tidak akan melupakannya.
Contoh Ayub menunjukkan
bahawa tekanan emosi
terutamanya daripada orang yang kita rapat
boleh menjadi satu cubaan yang besar.
Tapi contohnya juga membuktikan
kita dapat setia kepada Yehuwa
biarpun menghadapi keadaan yang sangat susah.
Pada saat-saat yang susah,
janganlah bergantung pada fikiran
atau ikut emosi,
tapi bergantung pada kebijaksanaan Yehuwa.
Tetap setia biarpun tidak tahu sebab kita menderita,
dan nantikan Yehuwa
kerana kita tahu Dia lihat dan menghargai ketabahan kita.
Sepertimana Dia memberkati kesetiaan Ayub,
Dia juga akan memberkati kita.
-