JW subtitle extractor

Nikmatilah Pembelajaran Bible Anda

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang ke pembelajaran Bible anda.
Jutaan orang di seluruh bumi sedang
menikmati pembelajaran mereka
dan kami harap anda pun sama.
Apakah yang akan anda belajar?
Cara mempunyai keluarga yang bahagia,
cara menangani tekanan,
cara menghampiri Tuhan,
dan harapan masa depan yang cerah.
Bagaimanakah kursus ini diadakan?
Guru anda mungkin mula
dengan doa yang singkat.
Kemudian, anda akan bincang
muka surat pertama dalam pelajaran.
Baca perenggan dan bincang soalannya.
Lakukan hal yang sama bagi
semua perenggan pada muka surat itu.
Kebanyakan perenggan mempunyai
ayat Bible dalam huruf tebal.
Anda juga akan baca dan bincang ayat lain,
terutamanya ayat yang ditanda “Baca.”
Selepas itu, baca dan bincang bahagian “Ketahuilah.”
Dengan membaca ayat Bible,
membincangkan soalan,
dan menonton video,
anda akan lebih memahami
topik yang sedang dibincangkan
dan mendapat manfaat daripadanya.
Selepas membuat ulang kaji,
guru anda mungkin mengakhiri
pembelajaran dengan doa.
Berapa kerapkah anda harus belajar
dan berapa lamakah setiap sesi pembelajaran?
Hal itu terpulang kepada anda.
Tapi untuk mendapat manfaat sepenuhnya,
cubalah untuk belajar
satu pelajaran setiap minggu.
Nasihat Bible dapat
buat hidup anda lebih bahagia.
Lihatlah sendiri manfaatnya melalui
kursus perbincangan Bible ini.