JW subtitle extractor

Belajarlah daripada Sahabat Yehuwa—Rut

Video Other languages Share text Share link Show times

OK, sudah siap!
Kamu akan senyumkah nampak ini?
Cukupkah atau mahu lukis lagi?
Saya mahu buat kawan saya gembira semula
seperti Rut.
Kamu ingatkah cerita dia?
Jom!
Mari belajar tentang Rut.
Ini ibu mentua Rut.
Namanya Naomi.
Dia ada dua anak.
Seorang anaknya berkahwin dengan Rut
dan seorang lagi dengan Orpa.
Mereka tinggal di Moab.
Kemudian, anak-anak Naomi meninggal.
Mereka sangat sedih.
Naomi mahu pulang ke Israel.
Dia fikir Yehuwa akan jaga dia,
dan hidupnya akan lebih baik di sana.
Rut dan Orpa pun ikut dia sebab mereka mahu bantu.
Jadi, mereka bertiga pun bertolak.
Dalam perjalanan, Naomi beritahu mereka
hidupnya akan susah.
Dia suruh mereka pulang
dan mulakan hidup baru dengan keluarga sendiri.
Orpa ikut cakap Naomi dan meninggalkan mereka.
Rut pula bagaimana?
Dia pilih untuk ikut Naomi dan pergi bersamanya.
Rut kata, ‘Ke mana saja mak pergi,
saya hendak pergi juga.
Bangsa mak, bangsa saya juga.
Dan Tuhan yang mak sembah, akan saya sembah juga.’
Rut terus bersama ibu mentuanya
dan mereka mulakan hidup baru bersama-sama di Israel.
Rut ialah kawan yang setia.
Sahabat Yehuwa selalu saling membantu pada masa yang susah.
Bagaimanakah Yehuwa menjaga Rut di Israel?
Bacalah ceritanya untuk tahu.
Bye, saya perlu hantar ini dulu.
Oh ya,
belajarlah daripada sahabat Yehuwa setiap hari.