JW subtitle extractor

Belajarlah daripada Sahabat Yehuwa—Mefiboset

Video Other languages Share text Share link Show times

Itu saya punya!
Ini tidak adillah.
Oh, ini seperti cerita Mefiboset,
seorang sahabat Yehuwa.
Dia pun dilayan dengan tidak adil.
Kasihan dia.
Tapi apa yang dia buat?
Mari lihat ceritanya.
Mefiboset ialah cucu seorang raja di Israel.
Tapi semasa umurnya lima tahun,
datuk dan bapanya telah meninggal.
Kemudian,
kerana kemalangan,
dia tidak dapat berjalan.
Walaupun begitu,
Mefiboset masih gembira.
Apabila dia dewasa,
dia dijemput ke rumah Raja Daud.
Daud bagi dia banyak benda
dan jaga dia dengan baik.
Mefiboset sangat berterima kasih kepadanya.
Selepas suatu masa,
Daud hadapi bahaya
dan dia perlu lari.
Masa itu,
ada seorang lelaki cakap bohong tentang Mefiboset
dan Daud percaya dia.
Ini tidak adil bagi Mefiboset.
Dan lebih teruk lagi,
semua yang Daud beri kepadanya,
kena ambil!
Adakah Mefiboset jadi sangat sedih
atau naik marah?
Tidak.
Dia masih gembira apabila Daud,
yang juga sahabat Yehuwa,
pulang dengan selamat.
Mefiboset bersyukur dengan apa yang dia pernah terima
dan dia tidak terlalu risau tentang apa yang dia hilang.
Walaupun sahabat Yehuwa dilayan dengan tidak adil,
mereka masih gembira dengan apa yang mereka ada.
Apa lagi yang berlaku
dan adakah Mefiboset dapat balik barang dia?
Bacalah kisahnya dan bayangkan kamu ada di sana.
Belajarlah daripada sahabat Yehuwa setiap hari.
Mana satu ini?
Mesibo...
fet
Me...
fi...
Mesibo...
Eh?
Helo, boleh tolong saya dulu?