JW subtitle extractor

Belajarlah daripada Sahabat Yehuwa—Elia

Video Other languages Share text Share link Show times

Wah!
Saya sangat suka cerita Elia.
Elia ialah sahabat Yehuwa.
Ada sekali,
dia fikir dia saja yang sedang buat baik.
Pernah kamu rasa begitu?
Marilah belajar dari cerita Elia.
Elia ialah nabi yang berani.
Yehuwa guna Elia untuk tunjuk semua orang
Yehuwalah satu-satunya Tuhan yang benar.
Tapi ada yang tidak percaya,
seperti Raja Ahab dan Permaisuri Izebel yang jahat.
Mereka mahu orang Israel sembah Tuhan palsu.
Izebel mahu bunuh Elia.
Jadi Elia sangat takut dan melarikan diri.
Tapi, dia bukan hanya takut.
Dia ingat
hanya tinggal dia seorang yang menyembah Yehuwa.
Elia rasa sunyi,
jadi Yehuwa mencari sahabat-Nya dan bercakap dengannya.
Elia tidak tahan lagi dan beritahu Yehuwa semuanya.
Dia kata, ‘Saya sembah-Mu dengan penuh semangat,
tapi mereka bunuh nabi-nabi-Mu
dan saya seorang saja yang tinggal.’
Yehuwa mendengar dan suruh Elia untuk berdiri di depannya.
Lalu, angin kuat mula bertiup.
Di sekeliling Elia semuanya bergegar,
ada gempa bumi,
dan dia lihat api di langit.
Kemudian, Elia mendengar suara yang tenang dan lembut.
Yehuwa mahu Elia tahu bahawa
Dialah sahabat yang paling berkuasa.
Seperti Elia,
masih ada ramai lagi orang yang sedang menyembah Yehuwa.
Yehuwa juga beri Elia seorang kawan dan pembantu,
namanya Elisa.
Yehuwa tidak pernah biarkan kawan-Nya seorang diri.
Apa yang berlaku kepada Elia dan Elisa?
Ahab dan Izebel pula bagaimana?
Bacalah kisah mereka dan
bayangkan kamu ada di sana.
Belajarlah daripada sahabat Yehuwa setiap hari.