JW subtitle extractor

Bersedia Menghadapi Bencana: Menjangkakan Hal yang Di Luar Jangkaan

Video Other languages Share text Share link Show times

Bencana alam selalunya berlaku pada masa yang kita tidak jangka.
Tetapi umat Yehuwa selalu membuat persiapan yang baik,
dan ketaatan mereka telah menyelamatkan nyawa.
Mari kita dengar beberapa pengalaman.
Sebagai contoh, di Republik Demokratik Congo,
saudara saudari kita telah mengalami pergolakan politik
dan keganasan selama bertahun-tahun.
Kami sudah tinggal di kem pelarian untuk tiga tahun setengah.
Tapi kemudian pihak berkuasa suruh semua orang tinggalkan tempat itu
kerana perang akan berlaku.
Kami sangat risau.
Kami tidak tahu macam mana keadaan di tempat baru itu
jika kami tinggalkan kem pelarian kami.
Para penatua bantu saya sedar
bahawa keadaan sangat serius dan bahaya.
Saya banyak fikir apa langkah yang terbaik untuk keluarga saya.
Selepas banyak doa, kami sekeluarga pun buat keputusan
untuk tinggalkan kem pelarian.
Ibu bapa suruh kami sedia beg kecemasan
dan simpan barang-barang yang penting.
Kami bersyukur kami ada buat persiapan
sebab telefon kami ada cukup bateri.
Kami juga ada nombor telefon orang lain.
Jadi, kami dapat panggil mereka
dan sepanjang perjalanan kami,
kami dapat beritahu mereka di mana kami.
Tidak lama selepas itu, situasi menjadi sangat teruk.
Banyak orang mati.
Bencana boleh datang dalam pelbagai bentuk: Perang, api, atau lain-lain.
Jika kita ikut arahan yang organisasi Yehuwa bagi, kita akan selamat.
Di kawasan lain pula,
saudara saudari kita perlu bersedia untuk menghadapi bencana alam.
Salah satunya ialah semasa Taufan Helene
melanda Amerika Syarikat pada 2024.
Kami tinggal di kawasan gunung.
Saya rasa tempat tinggal kami selamat.
Jarang ada taufan berlaku di sini.
Jadi kami tidak terlalu risau akan ada bencana yang datang.
Tapi itulah bahayanya.
Saya betul-betul tidak sangka taufan akan melanda.
Ya, taufan itu sangat dahsyat!
Saya tidak pernah lihat keadaan yang begitu teruk dalam hidup saya.
Semuanya musnah.
Pada masa itu, saya mula rasa sangat takut sebab
kami bukan hanya fikir tentang diri kami, tapi juga ibu kami.
Kami sangat bersyukur Yehuwa selalu mengingatkan
kami melalui organisasi-Nya,
pengalaman orang lain, dan perjumpaan.
Walaupun kami baru pindah
dan kami masih ada barang-barang dalam kotak,
tapi beg kecemasan kami sentiasa bersama kami.
Bila kami cuba untuk keluar, kami sedar keadaan masih bahaya.
Jadi kami terus tinggal di rumah saja,
kerana kami ada apa yang kami perlukan.
Bila fikir balik, ada beberapa hal yang patut kami buat.
Contohnya, check bateri lampu suluh kami.
Kami ada banyak lampu suluh, tapi baterinya sudah berkarat.
Jadi, kami tidak dapat guna.
Saya dapat rasa itu bila Gabriel pergi ambil lampu suluh,
dia buka beg, tapi dia tiba-tiba senyap,
dan saya kata, “Semua OK?”
Ini memang suatu pengajaran bagi kami.
Yehuwa terus ingatkan kita supaya buat persiapan
untuk menghadapi bencana.
Dengan ambil langkah praktikal dan taat pada arahan,
kita sedang tunjuk kasih dan jaga keluarga kita.
Di Matius 11:19, “Kebijaksanaan dibuktikan benar oleh perbuatan,”
atau hasilnya, menurut terjemahan lain.
Seperti saudara saudari kita,
bagaimanakah kita menunjukkan kita bijak?
Semoga Yehuwa memberkati usaha anda
untuk bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka.