JW subtitle extractor

Memuliakan Yehuwa dengan Memberi

Video Other languages Share text Share link Show times

Saudara saudari, Badan Pimpinan ingin berterima kasih
atas sumbangan anda yang murah hati.
Sumbangan anda tidak hanya membawa sukacita,
tetapi juga memuliakan nama Yehuwa.
Pernahkah anda terfikir,
“Sumbangan saya akan digunakan untuk menyokong projek apa?”
Dalam video ini, kita akan pergi beberapa negara
untuk melihat hal-hal yang menakjubkan
yang dicapai melalui sumbangan anda.
Kita juga akan dengar
perasaan beberapa anak muda tentang sumbangan mereka.
Pertama, kita akan pergi ke Costa Rica.
Semasa membaca surat penghargaan bulan Oktober 2025,
saya rasa sangat bersyukur dan digalakkan
kerana saya tahu saudara saudari saya
ada Firman Tuhan dalam bahasa ibunda mereka.
Sumbangan yang saya berikan
telah bantu rakan seiman saya seperti di Mozambique.
Mereka ada Bible dalam bahasa mereka, iaitu bahasa Tshwa.
Itu buat saya sangat gembira.
Saya juga sedar sumbangan kecil saya dapat digunakan oleh Yehuwa
untuk menyokong rakan seiman di mana-mana saja.
Saya betul-betul gembira dapat menyokong usaha organisasi kita.
Seperti saudari tadi,
anda akan terima surat penghargaan setiap bulan
jika anda buat sumbangan secara elektronik.
Surat ini sememangnya sangat menggalakkan
dan ada yang membacanya semasa penyembahan keluarga.
Surat ini bantu mereka lihat bagaimana sumbangan mereka
menyokong kerja yang memuliakan Yehuwa di seluas dunia.
Seterusnya, kita akan melawat Cameroon.
Saya mahu guna wang saku saya
untuk sokong organisasi Yehuwa
sebab saya sangat sayang Yehuwa dan organisasi-Nya.
Walaupun saya masih muda,
saya mahu ambil bahagian.
Jadi bila ibu bapa bagi saya wang,
saya simpan sedikit dan masukkannya dalam peti kerja sedunia
di Dewan Perjumpaan atau kadang-kadang semasa pergi perhimpunan.
Semasa melawat cawangan, saya nampak banyak pameran.
Saya sangat gembira.
Saya belajar wang saya digunakan untuk pameran sebegini.
Saya gembira kerana sumbangan saya sangat berguna.
Di pameran ini, ada banyak barang
yang tunjuk sejarah kerja Saksi-Saksi Yehuwa di negara saya.
Ini kuatkan iman saya.
Tidak kira tua atau muda,
anda dapat raih sukacita yang sama.
Semasa anda melawat atau dengar tentang kerja
yang dilakukan di cawangan tempatan,
fikirlah sejenak tentang bagaimana sumbangan anda
dapat menjayakan kerja itu.
Yang terakhir, mari kita pergi ke Thailand.
Saya baca rencana tentang bagaimana sumbangan kita digunakan
untuk hasilkan drama Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.
Projek ini sungguh besar,
makan banyak masa, usaha, dan wang.
Tapi dengan perancangan dan aturan yang teliti,
saudara saudari dapat kerja dengan gembira.
Saya sangat bersukacita dan bersyukur kepada Yehuwa untuk drama ini
kerana saya dapat lihat hubungan akrab antara Yehuwa dan Yesus.
Dan lebih penting, drama ini mendorong saya untuk pupuk
hubungan yang lebih dekat dengan Yehuwa dan Yesus juga.
Kita semua menanti-nantikan episod-episod baru drama itu.
Selain menghasilkan video-video seperti ini,
sumbangan anda juga digunakan untuk pameran cawangan,
kerja menterjemahkan Bible, dan banyak lagi.
Adakah anda ingin tahu lebih banyak tentang semua projek ini?
Layarilah jw.org.
Di tab perpustakaan, klik “Siri Rencana”
dan kemudian klik “Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan.”
Anda akan lihat lebih banyak rencana yang berkaitan dengan topik ini.
Memang suatu penghormatan untuk buat sumbangan
yang dapat muliakan nama Yehuwa.
Raja Daud juga rasa begitu
semasa dia buat sumbangan untuk pembinaan Rumah Tuhan.
Perhatikan kata-katanya di 1 Tawarikh 29:14.
Walaupun segala sesuatu milik Yehuwa,
Dia beri kita peluang untuk menyumbang
kepada kerja yang sedang dijalankan di serata dunia.
Yehuwa menghargai semua sumbangan sukarela anda,
kerana ini bukan pemberian wang semata-mata,
tetapi sebahagian daripada ibadat dan kasih kita.
Semua ini dapat bawa pujian kepada Bapa kita yang di syurga.
Sekali lagi, Badan Pimpinan berterima kasih atas kemurahan hati anda.
Kita bersyukur kepada Yehuwa atas peluang untuk memberi
kepada Dia yang telah memberi kita segala sesuatu.