JW subtitle extractor

Cara Gunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya!

Video Other languages Share text Share link Show times

Sejak pengeluaran Nikmati Hidup Selama-Lamanya! pada tahun 2021,
jutaan orang telah mempelajarinya
dan lebih sejuta orang telah dibaptis.
Mari lihat ciri-ciri bahan ini
yang bantu kita ajar orang dengan mudah dan berkesan.
Bahagian awal setiap pelajaran mengandungi
prinsip-prinsip Bible bagi topik itu.
Galakkan pelajar untuk baca bahagian ini
semasa membuat persiapannya.
Jika dia sudah buat begitu,
perenggan tidak perlu dibaca lagi.
Poin-poin ini akan dikaji dengan lebih dalam di bahagian seterusnya.
Anda hanya perlu tanya soalan yang berhuruf tebal
dan baca ayat Bible yang ditandakan “Baca.”
Janganlah terlalu lama di sini
supaya ada lebih banyak masa untuk bahagian “Ketahuilah.”
Bahagian ini bantu anda mencapai hati pelajar melalui soalan,
ayat Bible, gambar, dan video.
Kurangkan bercakap dan biarlah pelajar anda
yang meluahkan perasaan dan pendapatnya.
Berusahalah supaya perbincangan terus maju.
Bagaimana pula dengan video?
Tengoklah terlebih dahulu semasa persiapan.
Jika video itu tidak berkaitan dengan keadaan pelajar anda,
anda tidak perlu main atau bincangnya.
Jika keadaan tidak mengizinkan video dimainkan,
perbincangan masih berkesan hanya dengan buku dan ayat Bible.
Bahagian akhir pelajaran bantu pelajar untuk ingat
dan terapkan apa yang dia belajar.
Bacalah “Ringkasan,”
tanyalah soalan “Ulang Kaji,”
dan bincang “Matlamat” yang dia ingin capai.
Bagaimana pula dengan bahagian “Jom Belajar”?
Anda boleh gunakannya mengikut keperluan pelajar
untuk jawab soalannya
atau memberinya maklumat tambahan.
Anda tidak perlu bincang ini semasa pembelajaran.
Pelajar boleh kaji sendiri.
Tapi jika perlu, anda boleh guna bahan itu
untuk bincang poin yang spesifik dengan keadaannya.
Ya! Ciri-ciri buku ini direka
supaya kita dapat siap satu pelajaran dalam satu sesi.
Tapi setiap pelajar berbeza.
Sesetengah pelajaran juga perlu lebih banyak masa.
Supaya perbincangan terus maju,
elakkan bincang terlalu lama isi sampingan
atau isi yang sudah pelajar faham,
dan kurangkan bercakap.
Anda juga boleh lompat ke pelajaran lain
atau bincang semula pelajaran yang pernah
dipelajari mengikut keperluannya.
Jika ada topik yang tidak berkaitan dengan pelajar anda,
mungkin kerana situasinya atau budayanya,
anda mungkin pilih untuk tidak membincangkan pelajaran itu.
Bagaimana pula jika pelajar ada soalan
yang tiada dalam pelajaran minggu itu?
Fikirlah sama ada soalan itu perlu dijawab dengan segera.
Adakah pelajar susah buat kemajuan
jika dia tidak tahu jawapannya sekarang?
Jika tidak, tunjuklah dia cara untuk cari jawapannya.
Dia juga boleh catatkan soalan
di bahagian ulang kaji
di bawah “Soalan lain yang ingin anda tanya.”
Bagaimana jika pelajar dibaptis sebelum dia habis buku ini?
Teruslah belajar dengannya sehingga dia habis semua pelajaran.
Pembelajaran Bible menjadi mudah dan menarik
dengan menggunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya!
Dengan sokongan Yehuwa,
marilah kita bantu ramai orang menempuh haluan
yang menuju ke kehidupan kekal.