JW subtitle extractor

“Masanya Tidak Akan Ditunda Lagi”

Video Other languages Share text Share link Show times

Kita memang hidup pada masa yang mencabar.
Biarpun teknologi semakin canggih,
manusia masih berdepan dengan masalah perang,
kebuluran, wabak penyakit,
dan bermacam-macam bencana.
Tambahan lagi, umat Yehuwa dianiaya
dan ditentang oleh mereka
yang tidak kenal Tuhan.
Kita tentu mahu semua ini berakhir.
Menurut buku Wahyu,
orang yang dibunuh demi iman mereka
seolah-olah berseru kepada Yehuwa,
Biarpun mereka disuruh
untuk menunggu sebentar lagi,
Kristus Yesus memberi mereka jaminan
di Wahyu 10:6.
Itu berita baik!
Seluruh buku Wahyu ialah berita baik
bagi orang yang mengasihi
dan mempercayai Yehuwa.
Walaupun perkara yang dahsyat akan berlaku,
kita tidak perlu takut kerana kita tahu
Yehuwa akan menjaga kita.
Berita baik dalam buku Wahyu ialah
semua perkara yang menyedihkan sekarang
bakal dilenyapkan,
dan semua janjinya
akan terjadi menerusi satu orang,
Yesus Kristus.
Wahyu 1:1 menggambarkan buku ini
sebagai wahyu atau “penyingkapan
daripada Yesus Kristus.”
Buku ini menubuatkan apa yang akan
berlaku pada “hari Tuan” yang bermula
pada tahun 1914 semasa Yesus
menjadi Raja dan berakhir pada hujung
Pemerintahan Seribu Tahun Kristus.
Sepanjang buku ini, kita membaca
bagaimana Yesus akan membinasakan musuh Tuhan,
melenyapkan penderitaan kita,
dan memulihkan bumi Firdaus.
Semua ini bukan janji kosong.
Wahyu 1:1 menyatakan bahawa
semua nubuat ini “mesti segera berlaku.”
Apakah peristiwa yang “mesti segera berlaku”?
Apakah peranan Yesus dalam semua peristiwa itu?
Bagaimana semua itu akan
bawa keadilan dan kelegaan?
Mula-mula, mari kita bincang
apa yang akan berlaku kepada
semua agama palsu di dunia.
Sila buka Wahyu bab 18.
Buku Wahyu menggambarkan agama palsu
sebagai seorang pelacur yang bernama
Babilon Besar.
Selama ribuan tahun, dia menghina,
menganiaya, dan membunuh umat Tuhan.
Dia telah menipu dan memperalatkan
orang ramai tanpa rasa malu.
Pengaruhnya memang kuat,
tapi semua itu bakal berubah.
Mari baca Wahyu 18:1.
Perhatikan apa yang menantikan
Babilon Besar, dan mengapa.
Selepas itu, aku nampak satu lagi
malaikat turun dari syurga.
Malaikat itu mempunyai kekuasaan yang besar,
dan bumi diterangi kemuliaannya.
Dia berseru dengan suara yang lantang,
Dia sudah jatuh!
Babilon Besar sudah jatuh!
Dia menjadi tempat tinggal roh jahat
dan tempat naungan bagi setiap burung
yang najis dan dibenci.
Semua bangsa menjadi mangsa kepada wainnya
yang menimbulkan nafsu dan raja-raja di bumi
melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral dengannya.
Para saudagar di bumi menjadi kaya
kerana wanita ini mengumpulkan barangan mewah
tanpa rasa malu.
Aku mendengar satu lagi suara
dari syurga berkata,
Keluarlah daripadanya, hai umat-Ku,
jika kamu tidak mahu menanggung dosanya
dan tidak mahu menerima
sebahagian daripada tulahnya
kerana dosanya sudah bertimbun-timbun
sampai ke syurga,
dan Tuhan akan menghakiminya.
Perlakukanlah dia sebagaimana
dia memperlakukan orang lain.
Balaslah dia dua kali ganda.
Isikanlah cawannya dua kali lebih banyak
daripada minuman yang disediakannya.
Sejauh mana dia memuliakan diri
dan hidup mewah tanpa rasa malu,
sejauh itulah dia harus diseksa dan meratap,
kerana dia asyik berkata,
“Aku duduk sebagai ratu,
dan aku bukan seorang balu.
Tidak mungkin aku akan meratap.”
Itulah sebabnya dalam satu hari,
tulahnya akan datang:
kematian, ratapan, dan kebuluran.
Dia akan dimusnahkan dengan api
kerana Tuhan Yehuwa yang
menghakiminya itu perkasa.
Babilon memang ada sebab
untuk menganggap dirinya
sebagai ratu yang tidak akan dijatuhkan.
Dia sudah berkuasa untuk ribuan tahun.
Meskipun begitu, pembinasaan yang dahsyat
akan menimpanya secara tiba-tiba,
seolah-olah “dalam satu hari.”
Apakah peranan Yesus dalam peristiwa ini?
Lihat lagi ayat 1 dan 2.
Siapakah yang mengumumkan kejatuhan Babilon?
Satu malaikat yang amat berkuasa dan mulia.
Siapakah malaikat itu?
Tuan kita, Yesus Kristus.
Sejak tahun 1914,
Yesus telah menjadi Raja
dan Hakim atas bumi,
maka dialah yang paling layak
untuk mengumumkan kejatuhan Babilon Besar.
Namun, dia juga beri amaran ini.
“Keluarlah daripadanya”!
Babilon Besar pasti dimusnahkan,
maka kita mesti menjauhinya.
Kita mesti benci Babilon Besar,
seperti Yehuwa.
Bagaimana pula dengan mereka
yang bersekongkol dengan agama palsu?
Para pemimpin politik mengharapkan
sokongan daripada Babilon Besar.
Para pedagang pun menjadi kaya kerananya.
Apakah reaksi mereka semasa Babilon
dibinasakan secara mengejut?
Mari kita sambung pembacaan di Wahyu 18:9.
Apabila raja-raja melihat asap
daripada api yang membakarnya,
mereka akan menangis
dan memukul dada dengan sedih.
Merekalah yang melakukan
perbuatan seks yang tidak bermoral dengannya
dan hidup mewah tanpa rasa malu bersamanya.
Mereka akan berdiri dari jauh
kerana takut akan penderitaannya dan berkata,
“Alangkah malangnya, alangkah malangnya,
hai Babilon, kerana dalam masa satu jam,
hukumanmu sudah tiba!”
Para saudagar di bumi juga menangis
dan meratap kerana tiada lagi
orang yang akan membeli semua
barang dagangan mereka termasuk emas,
perak, batu permata, mutiara,
kain linen bermutu tinggi, kain ungu,
kain sutera, kain merah marak,
segala sesuatu yang diperbuat
daripada kayu wangi, gading,
kayu yang berharga, tembaga,
besi, dan marmar.
Terdapat juga kayu manis,
rempah-ratus India, kemenyan,
minyak wangi, kemenyan putih, wain,
minyak zaitun, tepung bermutu tinggi,
gandum, lembu, biri-biri, kuda,
kereta kuda, hamba, dan manusia.
Ya, hal baik yang didambakannya
sudah meninggalkannya.
Semua makanan yang sedap
dan barangan yang cantik telah lenyap.
Para saudagar yang menjadi kaya kerananya
akan berdiri dari jauh
kerana takut akan penderitaannya.
Mereka akan menangis dan meratap
sambil berkata, “Alangkah malangnya,
alangkah malangnya, hai kota besar
yang berpakaian kain linen bermutu tinggi,
kain ungu, dan kain merah marak
yang dihiasi emas, batu permata,
dan mutiara, kerana dalam satu jam,
kekayaan yang begitu banyak sudah dibinasakan!”
Setiap kapten kapal, setiap orang
yang berlayar, dan anak-anak kapal,
serta semua orang yang mempunyai
mata pencarian di laut,
berdiri dari jauh dan berseru,
“Kota manakah yang seperti kota besar itu?”
Mereka menghamburkan debu ke atas kepala
sambil menangis dan meratap.
Mereka berkata, “Alangkah malangnya,
alangkah malangnya, hai kota besar itu!”
Di situlah orang yang memiliki
kapal-kapal di laut menjadi kaya.
Tetapi dalam satu jam,
dia telah dibinasakan!
Mereka berseru, ‘Alangkah malangnya!’
Bagaimana pula dengan hamba Tuhan?
Reaksi mereka sangat berbeza.
Sila baca dari ayat 20
untuk lihat reaksi hamba Tuhan di syurga
dan bumi semasa Babilon dibinasakan.
Lihat juga mengapa agama palsu
patut dihukum dengan begitu berat.
Bergembiralah, hai syurga, umat suci Tuhan,
para rasul, dan para nabi,
kerana Tuhan telah menjatuhkan hukuman
kepadanya bagi pihak kamu!
Kemudian satu malaikat perkasa
mengangkat sebuah batu yang
seperti batu kisaran besar,
lalu mencampakkannya ke dalam laut.
Dia kata,
Demikianlah kota Babilon akan
dicampakkan dan tidak akan dijumpai lagi.
Penyanyi yang memainkan kecapi,
pemain seruling, pemain trompet,
dan para pemuzik yang lain,
tidak akan kedengaran di dalammu lagi.
Para pekerja yang mahir
tidak akan dijumpai lagi,
dan bunyi batu kisaran pun
tidak akan kedengaran lagi.
Tiada cahaya pelita yang akan
bersinar di dalammu lagi,
dan tiada suara pengantin yang akan
kedengaran lagi kerana saudagarmu
ialah orang yang berpangkat tinggi,
dan semua bangsa disesatkan
kerana amalan sihirmu.
Ya, darah nabi-nabi, darah umat suci Tuhan,
dan semua orang yang telah
dibunuh dijumpai di dalam kota itu.
Selepas itu, aku mendengar sesuatu
seperti suara lantang sekumpulan besar
makhluk di syurga yang berseru,
Pujilah Yah!
Penyelamatan, kemuliaan,
dan kuasa, merupakan milik Tuhan kita
kerana penghakiman-Nya benar dan adil.
Dia telah menghukum pelacur besar
yang merosakkan bumi dengan
perbuatan seks yang tidak bermoral,
dan Dia telah melaksanakan pembalasan
bagi hamba-hamba-Nya yang telah
dibunuh oleh pelacur itu.
Dengan segera, mereka berkata
untuk kali kedua,
Pujilah Yah!
Asap daripada api yang membakar
pelacur itu terus naik buat selamanya.
Ya, “Pujilah Yah!”
Mengapa?
Para pemimpin agama palsu
bertanggungjawab atas kematian nabi-nabi
dan bahkan Yesus Kristus.
Stefanus menanya mereka,
“Siapakah antara para nabi
yang tidak dianiaya oleh nenek moyang kamu?
Mereka telah membunuh orang yang
menubuatkan kedatangan dia
yang diperkenankan Tuhan.
Sekarang kamu mengkhianati
dan membunuh dia yang diperkenankan Tuhan.”
Para pemimpin agama
tidak mendengar nasihatnya,
malah membunuhnya pada hari yang sama.
Sejak zaman Stefanus,
agama palsu telah menyesatkan orang,
membunuh orang, dan mencemari bumi
dengan perbuatan yang tidak bermoral.
Jadi, mengapakah kita mahu ‘memuji Yah’?
Makhluk-makhluk di syurga menjawab,
“Kerana penghakiman-Nya benar dan adil.”
Tuhan kita, Yehuwa, akan memastikan
agama palsu tidak akan dapat
mencemari bumi dan menganiaya
hamba-Nya lagi.
Pembinasaan Babilon Besar
ialah permulaan kepada peristiwa
yang dipanggil “kesengsaraan besar.”
Selepas agama palsu binasa,
apa akan berlaku?
Yehezkiel menubuatkan bahawa bangsa-bangsa
akan menyerang umat Yehuwa dengan
‘angkatan tentera yang besar sekali,’
“seperti awan yang meliputi tanah.”
Tapi, ini bukan kali pertama sistem politik dunia
menentang Yehuwa dan umat-Nya.
Banyak negara telah menentang ibadat sejati.
Mereka melarang kita berhimpun dan menginjil,
dan memenjarakan lelaki dan wanita,
orang tua dan muda,
hanya kerana memiliki Bible
atau bercakap tentang Tuhan.
Ada antara rakan seiman kita yang bahkan diseksa.
Sudah tentu, selagi Yehuwa mengizinkan
kerajaan manusia memerintah,
kita menghormati mereka.
Lagipun, bukan semua kerajaan menentang kita.
Tapi, pemerintahan manusia
tetap bertentangan dengan tujuan Yehuwa.
Mereka fikir mereka lebih layak memerintah
daripada “Raja atas segala raja,” Kristus Yesus.
Sombong betul!
Maka, tidak hairanlah semasa kuasa politik
menyerang umat Tuhan,
Yesus akan bertindak.
Di Wahyu bab 19, perhatikan apa yang
akan Yesus lakukan terhadap “nabi palsu,”
iaitu Kuasa Dunia Inggeris Amerika
dan “raja-raja di bumi” serta “binatang buas,”
iaitu sistem politik dunia.
Kita mula baca Wahyu 19:11.
Aku nampak langit terbuka dan lihatlah!
Ada seekor kuda putih.
Penunggang kuda itu dipanggil
Yang Setia dan Yang Benar.
Dia menghakimi dan berperang dengan adil.
Matanya seperti api yang bernyala-nyala
dan di atas kepalanya terdapat banyak mahkota.
Padanya tertulis satu nama yang tidak diketahui
oleh sesiapa pun kecuali dia sendiri.
Dia memakai sehelai jubah luar
yang mempunyai kesan darah,
dan namanya ialah Firman Tuhan.
Angkatan tentera di syurga juga
mengikutnya dengan menunggang kuda putih.
Mereka memakai kain linen bermutu tinggi
yang bersih dan berwarna putih.
Daripada mulutnya keluar sebilah pedang
yang tajam dan panjang supaya dia dapat
membunuh bangsa-bangsa,
dan dia akan memerintah mereka
dengan tongkat besi.
Selain itu, dia akan menginjak-injak
pemeras anggur, yang melambangkan
kemurkaan besar Tuhan.
Pada jubah luarnya,
iaitu pada bahagian pahanya,
tertulis nama:
Raja atas segala raja
dan Tuan atas segala tuan.
Aku juga nampak satu malaikat
berdiri di depan matahari.
Malaikat itu berseru kepada
semua burung di langit,
Marilah ke perjamuan malam besar Tuhan,
kamu boleh makan daging raja-raja,
daging ketua pasukan tentera,
daging lelaki yang perkasa, daging kuda,
dan daging penunggang kuda.
Kamu juga boleh makan daging semua orang,
baik orang bebas mahupun hamba,
baik orang biasa mahupun
orang yang berpangkat tinggi.
Kemudian aku nampak binatang buas
dan raja-raja di bumi serta angkatan tentera
mereka berkumpul untuk berperang
melawan dia yang duduk di atas kuda itu
dan angkatan tenteranya.
Binatang buas itu ditangkap
bersama-sama nabi palsu yang
melakukan tanda-tanda di hadapannya.
Nabi palsu itu telah menyesatkan orang
yang menerima tanda binatang buas tersebut
dan orang yang menyembah patungnya.
Binatang buas dan nabi palsu itu
dicampakkan hidup-hidup ke dalam
tasik yang bernyala-nyala
dengan api dan belerang.
Tetapi yang lain dibunuh dengan
pedang panjang yang keluar daripada
mulut penunggang kuda itu.
Kemudian semua burung memakan daging
mereka sehingga kenyang.
Kristus Yesus akan memimpin
angkatan tentera di syurga
semasa perang Armagedon.
Agama palsu sudah pun binasa.
Sekarang, Yesus mengalihkan perhatiannya
kepada sistem politik
dan sistem perdagangan dunia Syaitan.
Yesus akan memusnahkan dan menghancurkan
semua penentang ibadat sejati di bumi.
Tapi, masih ada musuh ibadat sejati.
Siapakah mereka?
Apakah yang akan Yesus lakukan?
Mari kita baca Wahyu 20:1-3.
Aku nampak satu malaikat turun dari syurga.
Di dalam tangannya terdapat kunci jurang
yang dalam dan seutas rantai yang besar.
Dia menangkap naga itu,
yang merupakan Iblis dan Syaitan,
lalu mengikatnya selama 1,000 tahun.
Kemudian, malaikat itu membuangnya
ke dalam jurang yang dalam itu
lalu menutupi dan memeterai jurang itu
supaya dia tidak menyesatkan bangsa-bangsa lagi,
sehingga 1,000 tahun itu berakhir.
Selepas itu, dia mesti dibebaskan
buat jangka waktu yang singkat.
Siapakah yang pegang “kunci jurang yang dalam”?
Keturunan yang akan meremukkan
kepala Syaitan, iaitu Yesus Kristus.
Yesuslah yang akan melenyapkan
semua musuh Tuhan,
termasuk musuh ketat Tuhan, Syaitan.
Yesus bukan menghantar Syaitan
ke jurang yang dalam.
Sebaliknya, dia membuangnya
atau menghumbannya ke situ.
Selepas perang Armagedon berakhir,
Kerajaan Tuhan akan memulihkan
bumi menurut kehendak Yehuwa yang asal.
Orang yang setia kepada Yehuwa
akan menyaksikan banyak hal yang menakjubkan.
Mari kita baca salah satu mukjizat itu
di Wahyu 20:12.
Aku nampak orang mati,
berdiri di hadapan takhta,
dan kitab-kitab pun dibuka.
Selepas itu, sebuah kitab yang lain dibuka,
iaitu kitab kehidupan.
Orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka
seperti yang tertulis dalam kitab itu.
Laut menyerahkan orang mati
yang ada di dalamnya.
Maut menyerahkan orang mati
yang ada dalamnya,
begitu juga dengan Kuburan.
Setiap orang dihakimi menurut
perbuatan masing-masing.
Selepas itu, maut dan Kuburan
dicampakkan ke dalam tasik api
yang melambangkan kematian yang kedua.
Menurut ayat 4,
Yehuwa, Hakim yang Tertinggi,
telah memberikan “kuasa untuk menghakimi”
kepada Yesus Kristus dan kaum terurap.
Mereka hakimi siapa?
Bukan hanya orang yang selamat
mengharungi Armagedon,
tapi juga berbilion-bilion orang
yang akan dibangkitkan!
Pada akhir seribu tahun,
maut pun akan dilenyapkan.
Seperti kertas yang dihanguskan api,
maut akan dicampakkan
“ke dalam tasik api” dan tidak wujud lagi.
Apakah keadaan hidup pada masa itu?
Fikirkan janji di Wahyu 21:4,
“[Tuhan] akan menyapu semua air mata mereka,
dan kematian tidak akan ada lagi.
Ratapan,
tangisan,
dan kesakitan pun
tidak akan ada lagi”!
Bayangkan keadaannya
orang yang pekak dapat mendengar semula.
Mereka dapat mendengar bunyi hujan,
suara orang gelak ketawa,
burung berkicauan,
dan muzik yang indah.
Mata orang buta akan dipulihkan.
Mereka akan melihat bintang di langit,
pelangi yang berwarna-warni,
dan melihat kanak-kanak dan binatang bermain.
Manusia di serata bumi akan disembuhkan
dalam cara yang luar biasa.
Orang yang tua dan kurang upaya
akan bersiar-siar di hutan,
mendaki gunung,
atau berlari di pantai.
Tiada lagi kebuluran,
penyakit,
dan ketidakadilan.
Tiada lagi orang jahat.
Semua orang akan menikmati kesihatan,
keselamatan, dan kebahagiaan yang sempurna
buat selama-lamanya.
Renungkan janji ini.
Bayangkan dirimu di dunia baharu.
Mari kita akhiri dengan membaca
beberapa ayat dalam Wahyu bab 22.
Bab terakhir ini menggambarkan
berkat-berkat lain yang akan
dibawa oleh Kerajaan Tuhan.
Malaikat itu menunjukkan
sungai air kehidupan kepadaku.
Airnya jernih seperti kristal
dan mengalir dari takhta Tuhan
dan takhta Anak Bebiri
ke tengah-tengah jalan utama kota itu.
Di kedua-dua belah sungai itu
terdapat pokok-pokok kehidupan
yang berbuah 12 kali setahun.
Daun-daun pokok itu
dapat menyembuhkan bangsa-bangsa.
Segala kutukan tidak akan wujud lagi.
Takhta Tuhan dan takhta Anak Bebiri
akan ada di dalam kota itu,
dan hamba-hamba Tuhan akan menjalankan
khidmat suci kepada-Nya.
Mereka akan melihat wajah-Nya,
dan nama-Nya akan tertulis
pada dahi mereka.
Waktu malam tidak akan wujud lagi,
dan mereka tidak memerlukan cahaya pelita,
ataupun cahaya matahari,
kerana Yehuwa akan menerangi mereka,
dan mereka akan memerintah buat selamanya.
Malaikat itu berkata,
Kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.
Yehuwa yang mengilhami para nabi
mengutus malaikat-Nya kepada hamba-Nya
untuk menunjukkan hal yang
mesti segera berlaku.
Lihatlah, aku akan segera datang.
Berbahagialah orang yang mematuhi
nubuat dalam gulungan ini.
Inginkah anda menikmati
kesihatan yang sempurna,
pemerintahan yang sempurna,
dan dunia yang sempurna?
Raja kita menantikan hari itu juga.
Malaikat itu kata,
hal-hal ini “mesti segera berlaku.”
Malaikat itu juga beritahu Yohanes,
‘Yesus akan segera datang.’
Hari ini, kita ada banyak masalah.
Tapi, Yesus akan lenyapkan semuanya.
Dia akan lenyapkan agama palsu.
Dia akan binasakan seluruh sistem
dunia Syaitan semasa Armagedon.
Kemudian, dia akan mengurung
dan menghapuskan Syaitan Si Iblis
dan “musuh terakhir yang akan
dilenyapkan ialah kematian.”
Semua ini pasti berlaku.
Jika kita ragu-ragu,
ingatlah jaminan malaikat itu,
“Kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.”
Itu memang berita baik
bagi semua yang menyokong Raja Yesus!
Kita setuju dengan kata-kata
Yohanes di ayat 20,
“Amin!
Datanglah, Tuan Yesus.”