00:00:00
Pengenalan kepada buku 2 Raja-Raja.00:00:05
00:00:06
Yeremia mungkin penulis buku ini,00:00:08
00:00:08
yang merupakan sambungan kepada buku 1 Raja-Raja.00:00:12
00:00:12
Kisah buku ini meliputi sekitar 340 tahun,00:00:16
00:00:16
bermula kira-kira 920 hingga 580 SM.00:00:22
00:00:22
Buku ini menceritakan orang Israel dan Yehuda00:00:25
00:00:25
yang tidak setia kepada Yehuwa.00:00:28
00:00:28
Akibatnya, mereka ditawan oleh musuh.00:00:32
00:00:33
Di bab 2, Nabi Elia diangkat ke langit dengan angin ribut,00:00:38
00:00:38
dan pembantunya Elisa menggantikannya sebagai nabi.00:00:42
00:00:42
Di bab 4 dan 5, Elisa membangkitkan anak seorang wanita Sunem.00:00:48
00:00:48
Elisa juga sediakan makanan bagi 100 orang00:00:52
00:00:52
dengan menggunakan 20 roti dan sebuah kantung bijirin,00:00:55
00:00:55
serta menyembuhkan Naaman, ketua tentera Siria, yang dijangkiti kusta. 00:01:01
00:01:01
Di bab 6, askar Siria mencari Elisa00:01:05
00:01:05
lalu mereka mengepung Dotan untuk menangkapnya.00:01:09
00:01:09
Pembantunya berasa takut, lalu Yehuwa membuka matanya00:01:14
00:01:14
supaya dia dapat lihat kereta kuda berapi di sekeliling Elisa.00:01:19
00:01:20
Di bab 9, Yehu dilantik sebagai raja Israel.00:01:25
00:01:25
Yehuwa menyuruhnya untuk membunuh semua ahli keluarga Ahab,00:01:29
00:01:29
termasuk balu Ahab, Izebel.00:01:32
00:01:33
Di bab 11, anak perempuan Ahab, iaitu Atalya,00:01:37
00:01:37
merampas takhta Yehuda,00:01:39
00:01:39
dan cuba membunuh semua kerabat diraja.00:01:43
00:01:43
Namun, Imam Agung Yehoyada dan isterinya00:01:46
00:01:46
telah menyelamatkan Yehoas.00:01:49
00:01:49
Apabila Yehoas berumur tujuh tahun,00:01:52
00:01:52
dia ditabalkan sebagai raja, dan Atalya dihukum bunuh.00:01:56
00:01:56
Di bab 15, raja Assyria, iaitu Tiglat-pileser III,00:02:02
00:02:02
menyerang kerajaan Israel di utara dan mengambil banyak tawanan.00:02:07
00:02:07
Di bab 17, Raja Salmaneser dari Assyria juga menyerang Israel00:02:12
00:02:12
dan membawa saki-baki penduduk di sana sebagai tawanan.00:02:17
00:02:18
Tahukah anda?00:02:20
00:02:20
Untuk elakkan pemberontakan,00:02:22
00:02:22
raja Assyria akan mengambil00:02:24
00:02:24
penduduk di sebuah tempat sebagai tawanan00:02:27
00:02:27
dan memindahkan orang asing ke sana.00:02:29
00:02:30
Maka, orang asing yang tinggal di Samaria00:02:32
00:02:32
mula dikenali sebagai orang Samaria.00:02:35
00:02:37
Di bab 18, Hizkia menjadi raja Yehuda.00:02:41
00:02:41
Dia melakukan apa yang baik di mata Yehuwa.00:02:44
00:02:44
Pada tahun ke-14 pemerintahannya, Raja Sanherib dari Assyria00:02:49
00:02:49
menyerang Yehuda dan ingin menawan Yerusalem.00:02:53
00:02:53
Di bab 19, Yehuwa beritahu Nabi Yesaya00:02:57
00:02:57
bahawa Dia akan melindungi Yerusalem.00:03:00
00:03:00
Kemudian, Yesaya menyampaikan firman Yehuwa kepada Hizkia.00:03:05
00:03:05
Pada malam itu juga,00:03:07
00:03:07
malaikat Yehuwa membunuh 185,000 orang askar Assyria.00:03:12
00:03:13
Di bab 21, anak Hizkia, Manasye, menjadi raja pada usia 12 tahun.00:03:20
00:03:20
Dia melakukan begitu banyak dosa,00:03:22
00:03:22
dan bahkan membakar anak-anak lelakinya di dalam api.00:03:27
00:03:27
Di bab 22, selepas kematian Manasye dan anaknya Amon,00:03:32
00:03:32
Yosia yang berusia 8 tahun menjadi raja.00:03:35
00:03:35
Dia taat kepada Yehuwa.00:03:38
00:03:39
Tiga bab yang seterusnya adalah tentang00:03:41
00:03:41
empat raja Yehuda yang terakhir dan yang tidak setia,00:03:45
00:03:45
iaitu Yehoahas, Yehoyakim, Yehoyakhin, dan Zedekia.00:03:50
00:03:52
Di bab 24, semasa pemerintahan Yehoyakhin selama tiga bulan,00:03:58
00:03:58
Raja Nebukadnezar mengepung Yerusalem.00:04:01
00:04:01
Yehoyakhin menyerah diri dan dibawa ke Babilon00:04:05
00:04:05
bersama para pegawai, pemimpin, dan hamba-hambanya.00:04:09
00:04:10
Di bab 25, semasa pemerintahan Zedekia,00:04:14
00:04:14
Nebukadnezar menyerang Yerusalem buat kali kedua.00:04:18
00:04:18
Orang Babilon membakar Rumah Tuhan,00:04:20
00:04:20
merobohkan tembok kota,00:04:22
00:04:22
dan membawa Zedekia dan rakyatnya00:04:25
00:04:25
ke Babilon sebagai tawanan.00:04:27
00:04:28
Gedalia dilantik sebagai gabenor00:04:30
00:04:30
untuk memimpin orang miskin yang masih tinggal di Yehuda.00:04:34
00:04:34
Tapi dia telah dibunuh,00:04:36
00:04:36
dan semua rakyat melarikan diri ke Mesir.00:04:39
00:04:41
Semasa membaca buku 2 Raja-Raja,00:04:45
00:04:45
perhatikan bagaimana raja yang jahat00:04:47
00:04:47
menyebabkan rakyat menderita,00:04:50
00:04:50
bagaimana Yehuwa memberkati raja yang mengasihi-Nya,00:04:53
00:04:53
dan bagaimana Yehuwa melindungi garis keturunan Daud,00:04:57
00:04:57
yang akan menghasilkan Mesias, Raja Kerajaan Tuhan.00:05:02
Pengenalan kepada Buku 2 Raja-Raja
-
Pengenalan kepada Buku 2 Raja-Raja
Pengenalan kepada buku 2 Raja-Raja.
Yeremia mungkin penulis buku ini,
yang merupakan sambungan kepada buku 1 Raja-Raja.
Kisah buku ini meliputi sekitar 340 tahun,
bermula kira-kira 920 hingga 580 SM.
Buku ini menceritakan orang Israel dan Yehuda
yang tidak setia kepada Yehuwa.
Akibatnya, mereka ditawan oleh musuh.
Di bab 2, Nabi Elia diangkat ke langit dengan angin ribut,
dan pembantunya Elisa menggantikannya sebagai nabi.
Di bab 4 dan 5, Elisa membangkitkan anak seorang wanita Sunem.
Elisa juga sediakan makanan bagi 100 orang
dengan menggunakan 20 roti dan sebuah kantung bijirin,
serta menyembuhkan Naaman, ketua tentera Siria, yang dijangkiti kusta.
Di bab 6, askar Siria mencari Elisa
lalu mereka mengepung Dotan untuk menangkapnya.
Pembantunya berasa takut, lalu Yehuwa membuka matanya
supaya dia dapat lihat kereta kuda berapi di sekeliling Elisa.
Di bab 9, Yehu dilantik sebagai raja Israel.
Yehuwa menyuruhnya untuk membunuh semua ahli keluarga Ahab,
termasuk balu Ahab, Izebel.
Di bab 11, anak perempuan Ahab, iaitu Atalya,
merampas takhta Yehuda,
dan cuba membunuh semua kerabat diraja.
Namun, Imam Agung Yehoyada dan isterinya
telah menyelamatkan Yehoas.
Apabila Yehoas berumur tujuh tahun,
dia ditabalkan sebagai raja, dan Atalya dihukum bunuh.
Di bab 15, raja Assyria, iaitu Tiglat-pileser III,
menyerang kerajaan Israel di utara dan mengambil banyak tawanan.
Di bab 17, Raja Salmaneser dari Assyria juga menyerang Israel
dan membawa saki-baki penduduk di sana sebagai tawanan.
Tahukah anda?
Untuk elakkan pemberontakan,
raja Assyria akan mengambil
penduduk di sebuah tempat sebagai tawanan
dan memindahkan orang asing ke sana.
Maka, orang asing yang tinggal di Samaria
mula dikenali sebagai orang Samaria.
Di bab 18, Hizkia menjadi raja Yehuda.
Dia melakukan apa yang baik di mata Yehuwa.
Pada tahun ke-14 pemerintahannya, Raja Sanherib dari Assyria
menyerang Yehuda dan ingin menawan Yerusalem.
Di bab 19, Yehuwa beritahu Nabi Yesaya
bahawa Dia akan melindungi Yerusalem.
Kemudian, Yesaya menyampaikan firman Yehuwa kepada Hizkia.
Pada malam itu juga,
malaikat Yehuwa membunuh 185,000 orang askar Assyria.
Di bab 21, anak Hizkia, Manasye, menjadi raja pada usia 12 tahun.
Dia melakukan begitu banyak dosa,
dan bahkan membakar anak-anak lelakinya di dalam api.
Di bab 22, selepas kematian Manasye dan anaknya Amon,
Yosia yang berusia 8 tahun menjadi raja.
Dia taat kepada Yehuwa.
Tiga bab yang seterusnya adalah tentang
empat raja Yehuda yang terakhir dan yang tidak setia,
iaitu Yehoahas, Yehoyakim, Yehoyakhin, dan Zedekia.
Di bab 24, semasa pemerintahan Yehoyakhin selama tiga bulan,
Raja Nebukadnezar mengepung Yerusalem.
Yehoyakhin menyerah diri dan dibawa ke Babilon
bersama para pegawai, pemimpin, dan hamba-hambanya.
Di bab 25, semasa pemerintahan Zedekia,
Nebukadnezar menyerang Yerusalem buat kali kedua.
Orang Babilon membakar Rumah Tuhan,
merobohkan tembok kota,
dan membawa Zedekia dan rakyatnya
ke Babilon sebagai tawanan.
Gedalia dilantik sebagai gabenor
untuk memimpin orang miskin yang masih tinggal di Yehuda.
Tapi dia telah dibunuh,
dan semua rakyat melarikan diri ke Mesir.
Semasa membaca buku 2 Raja-Raja,
perhatikan bagaimana raja yang jahat
menyebabkan rakyat menderita,
bagaimana Yehuwa memberkati raja yang mengasihi-Nya,
dan bagaimana Yehuwa melindungi garis keturunan Daud,
yang akan menghasilkan Mesias, Raja Kerajaan Tuhan.
-