JW subtitle extractor

Pengenalan kepada Buku 2 Tawarikh

Video Other languages Share text Share link Show times

Pengenalan kepada buku 2 Tawarikh.
Buku 1 dan 2 Tawarikh pada mulanya
terdapat dalam satu jilid,
tetapi kemudiannya dipisah menjadi dua.
Ezra, seorang jurutulis dan imam dari
keturunan Harun, telah menyiapkan
buku ini sekitar 460 SM.
Sebahagian besar buku ini adalah
tentang kerajaan Yehuda.
Buku 2 Tawarikh meliputi tempoh 500 tahun,
dari permulaan pemerintahan Salomo
pada 1037 SM sehingga perintah
Raja Kores pada 537 SM
untuk bina semula Rumah Yehuwa.
Bab 1 hingga 9 menceritakan
pemerintahan Salomo.
Di bab 1, Yehuwa memberi Salomo
kebijaksanaan yang luar biasa untuk
memimpin umat Tuhan.
Di bab 2 hingga 7, Salomo menyediakan
banyak peralatan dan perabot
untuk pembinaan dan pentahbisan Rumah Tuhan.
Di bab 9, ratu dari Syeba melawat Salomo
dan sangat kagum dengan kebijaksanaannya.
Selepas Salomo memerintah selama 40 tahun,
anaknya Rehabeam menjadi raja.
Dalam bab seterusnya, 10 suku
memberontak terhadap Rehabeam
lalu membentuk kerajaan Israel di utara.
Di bab 17 hingga 20, Raja Yehosafat yang setia
telah menghantar pegawainya dan orang Lewi
untuk mengajar rakyat tentang Hukum Yehuwa.
Di bab 20, Yehosafat berdoa kepada Tuhan
semasa diancam orang Ammon, Moab,
dan tentera dari kawasan pergunungan Seir.
Tuhan menjawab doanya dan menyebabkan
musuh membunuh satu sama lain.
Bab 22 mengisahkan Ratu Atalya yang
“membunuh semua kerabat diraja Yehuda,”
kecuali Yehoas.
Yehoas telah diselamatkan
oleh Yehosyabet dan suaminya
Imam Agung Yehoyada.
Di bab 23 dan 24, Yehoas menjadi raja
semasa berumur tujuh tahun
dan Atalya dibunuh.
Pengaruh baik Imam Agung Yehoyada mendorong
Yehoas untuk melakukan apa yang benar.
Dia juga membaiki Rumah Tuhan.
Sedihnya Yehoas meninggalkan ibadat sejati
selepas kematian Yehoyada.
Dia bahkan menolak amaran Zakharia,
anak Yehoyada, lalu membunuhnya.
Di bab 26, Uzia menjadi raja.
Pada mulanya, dia raja yang baik
tapi dia kemudiannya menjadi angkuh.
Dia cuba mengambil alih tugas para imam
untuk membakar kemenyan.
Akibatnya, Yehuwa menyebabkannya
dijangkiti kusta.
Bab 29 hingga 32 adalah tentang Raja Hizkia.
Dia menyokong ibadat suci sepanjang hayatnya.
Apabila Raja Sanherib dari Assyria
menyerang Yehuda dan mengancam Yerusalem,
malaikat Yehuwa ‘membunuh semua pemimpin
dan pahlawan yang gagah
di perkhemahan tentera raja Assyria.’
Bab 33 menceritakan Manasye
yang menjadi raja selama 55 tahun.
Dia melakukan banyak dosa di mata Tuhan.
Tahukah anda?
Walaupun Manasye kemudiannya bertaubat,
Yehuda sudah terjerumus dalam
ibadat palsu dan perbuatan yang tidak bermoral.
Akibatnya, mereka ditawan.
Bab 34 dan 35 adalah tentang Raja Yosia.
Dia menjadi raja semasa berusia lapan tahun,
dan dia tetap setia kepada Yehuwa.
Dia berusaha melenyapkan ibadat palsu
dan penyembahan berhala.
Bab 36 adalah tentang empat
raja Yehuda yang terakhir:
Yehoahas, Yehoyakim, Yehoyakhin, dan Zedekia.
Mereka tidak mentaati Yehuwa.
Usaha baik raja-raja yang setia
tidak dapat menghalang Yehuda
daripada terjerumus ke dalam ibadat palsu.
Oleh itu, Yehuwa membiarkan Babilon
menyerang Yerusalem.
Kota itu dimusnahkan dan
penduduknya dijadikan tawanan.
Buku 2 Tawarikh berakhir dengan catatan peristiwa
tentang Raja Kores yang berlaku 70 tahun kemudian.
Dia memberikan perintah
untuk membebaskan orang Yahudi
dan untuk membina semula Rumah Yehuwa.
Semasa membaca buku 2 Tawarikh,
perhatikanlah contoh baik buruk raja Israel,
bagaimana Yehuwa memberkati orang yang taat,
dan bagaimana Dia melindungi
garis keturunan Daud yang akan
menghasilkan Mesias, Raja Kerajaan Tuhan.